RAKYAT MARHAEN |
- OHMSI Truth Matters Forum Part 4
- OHMSI Truth Matters Forum Part 3
- OHMSI Truth Matters Forum Part 2
- OHMSI Truth Matters Forum Part 1
- Dewan Rakyat: Pertanyaan Jawab Lisan (YB India Bertikam lidah)
- Video Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov
- Benarkah bahaya sedang mengancam umno/BN?
- Umno cabar Pas nyata pendirian kenyataan Nurul Izzah
- Media Fitnah : Nurul Izzah mahu saman
- Kaji semula projek Lynas, elak tragedi Bukit Merah berulang
- Ikram puji Selangor bina rumah mampu milik
- Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik
- ‘BN only wants to disunite Malaysians’
- Gadai Negara Demi Kuasa : Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi
- Najib sebenarnya petualang negara ! ~ beri ic kepada Burma demi undi
- Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?
- Semakan Elaun Kakitangan Awam : “Kami Dapat Elaun Rumah Rendah RM180 Sebulan Tapi Rumah Sewa Sekarang RM500 Sebulan”?
- Kase dedah bukti baru
- Perangkap hudud MCA tidak mengena
- Mengapa Tuan Guru Hj Hadi Pilih Pekan? Ini Rahsianya?
- (Versi Penuh) Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban
- (Versi Penuh) Lim Kit Siang: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban
- Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' kejutkan PKR..!!!
- Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan..!!
- Malaysia Kita : Ibu tuntut masjid serah bantuan
OHMSI Truth Matters Forum Part 4 Posted: 05 Nov 2012 08:05 PM PST | ||||
OHMSI Truth Matters Forum Part 3 Posted: 05 Nov 2012 08:04 PM PST | ||||
OHMSI Truth Matters Forum Part 2 Posted: 05 Nov 2012 08:03 PM PST | ||||
OHMSI Truth Matters Forum Part 1 Posted: 05 Nov 2012 08:02 PM PST | ||||
Dewan Rakyat: Pertanyaan Jawab Lisan (YB India Bertikam lidah) Posted: 05 Nov 2012 08:01 PM PST | ||||
Video Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov Posted: 05 Nov 2012 07:59 PM PST | ||||
Benarkah bahaya sedang mengancam umno/BN? Posted: 05 Nov 2012 07:55 PM PST "Untuk membuktinya, PRU 12, kerajaan yang memerintah Negara ini hilang lima buah Negeri dan hilang 2/3 parlimen. Ianya sangat munasabah berlakunya pembelotan punca lima ratus ribu ahli umno undi PR. Apa pun MCA dan Gerakan turut terbabit sehingga tokoh tokoh parti itu kalah teruk. Atas sebab itulah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun)dipersalahkan dan dipaksa serta terpaksa letak jawatan dan umno juga kerajaan diambil alih Datuk Seri Mohd Najib Razak. Inilah keputusan drastik yang dilakukan tanpa fikir panjang PRU 11 umno/BN mencipta rekod cemerlang Terengganu dirampas semula dan Kelantan hampir hampir tumbang atas nama semata mata untuk menyelamatkan umno dari bahaya hilang kuasa dalam PRU 13. Atas sebab itu jugalah Datuk Seri Najib Razak menerusi penasihat penasihat keliling pingang yang pintar pintar mengandaikan sanjungan rakyat jelata terbit dari perasaan takut dan harapan. Dan harus diperban yakkan slogan slogan termasuk slogan" satu Malaysia"untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Umno cabar Pas nyata pendirian kenyataan Nurul Izzah Posted: 05 Nov 2012 07:53 PM PST IPOH - Pemuda Umno negeri mencabar pimpinan Pas Perak untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Iozah Anwar berkaitan hak kebebasan beragama yang menyentuh kepada orang Melayu dalam negara. Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda Umno Perak melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap kenyataan itu dan pimpinan Pas di negeri ini khususnya Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pemuda Pas negeri seharusnya tampil membuat kenyataan. Katanya, kenyataan pemimpin PKR amat dikesali kerana ia seolah-olah menunjukkan cubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Media Fitnah : Nurul Izzah mahu saman Posted: 05 Nov 2012 07:51 PM PST "Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan. Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut. "(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama. "Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya. | ||||
Kaji semula projek Lynas, elak tragedi Bukit Merah berulang Posted: 05 Nov 2012 07:34 PM PST KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan mengkaji semula dan mendapat pandangan rakyat sebelum meluluskan pembinaan loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan bagi mengelak tragedi Bukit Merah berulang. "Ini nyawa orang. Ini bukan politik. Jangan sombong. Kaji semula sama ada berisiko atau tidak," kata Ketua Umum KEADILAN itu di depan 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan, Ahad lalu. Beliau merujuk kelulusan yang diberi kepada loji penapisan nadir bumi Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak pada 80-an. "Masa (projek itu) lulus, saya jadi Menteri. Ramai yang bantah. Tapi Dr Mahathir (Mohamad) kata 'jalan' (teruskan projek). (Konon) Semua bagus walaupun ada kajian EIA (Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar) dan Jabatan Alam Sekitar. Kerajaan sahkan selamat. "Tapi, selepas 20 tahun ada banyak laporan. Ada (penduduk) mengalami penyakit kulit, malah ada yang mati sebab 'rare earth' ini," katanya. "Kita bukannya anti pembangunan. Tapi cara macam ini (pembangunan tanpa rundingan) tak boleh lagi dilakukan, jangan sombong…," tegas Anwar. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Ikram puji Selangor bina rumah mampu milik Posted: 05 Nov 2012 07:33 PM PST KUALA LUMPUR: Usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman mampu milik wajar dipuji. Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ini di dalam keadaan harga pasaran dan nilai rumah kediaman di Negeri Selangor secara purata meningkat pada kadar 7 peratus setiap tahun. "Inisiatif dan komitmen sebegini sepatutnya dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain," ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, kata beliau pihaknya mengalu-alukan kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad di mana sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah yang berharga di bawah RM42,000 berjaya disiapkan sejak mengambilalih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik Posted: 05 Nov 2012 07:30 PM PST Menurut mereka yang telah menyaksinya, klip perayaan selama tiga minit itu bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan - adalah tidak sesuai. Wikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi. (*Wikipedia explains 'Dappan Kuthu' as: 'This instrument can be heard being played in houses where death has occurred to reduce or to suppress the sound of crying or to inform others about a death in Tamil villages. The particular beat employed is called Saavu Adi.) Dilancarkan di YouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial. Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat. Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan. Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh itu, tegasnya, ia perlu dihentikan dan dikeluarkan serta-merta daripada YouTube dan daripada ke udara. Senator S Ramakrishnan yang telah menyaksikan klip itu di YouTube, berkata walaupun iklan Petronas disasarkan kepada golongan belia, tetapi ia mengagungkan trend yang tidak lama lagi akan pudar. Menurutnya, klip itu tidak mewakili budaya masyarakat India yang berusia lebih 5,000 tahun atau sentimen menyambut Deepavali di kalangan penganut Hindu di seluruh dunia. "Iklan itu tidak menggambarkan budaya India, tetapi berdasarkan trend semasa filem-filem Tamil yang menggambarkan keganasan, kegiatan samseng dan mengagungkan bintang-bintang filem," katanya. | ||||
‘BN only wants to disunite Malaysians’ Posted: 05 Nov 2012 07:05 PM PST The unity among Malaysians in the Pakatan Rakyat is frightening Umno and Najib, says PAS deputy president Mat Sabu. "Don't fall for it. It is the unity among Malaysians in the Pakatan Rakyat that is frightening Umno and Najib," he said in his policy address at the Johor PAS annual convention over the weekend. More than 600 state PAS delegates attended the assembly, including PKR vice-president and Johor PKR chief Chua Jui Meng. This year's assembly was hosted by Parit Sulong PAS. Mat Sabu, as he is more popularly known, said: "If any of the three Pakatan partners – PAS, PKR or DAP – quit the opposition coalition now, Najib would dissolve Parliament the next day. "That is what he is hoping for. And that is why Malaysians have been kept in an election mode for about two years." Read More / Baca Lagi >> | ||||
Gadai Negara Demi Kuasa : Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi Posted: 05 Nov 2012 07:02 PM PST SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan. Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah. Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia. Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya. Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai? | ||||
Najib sebenarnya petualang negara ! ~ beri ic kepada Burma demi undi Posted: 05 Nov 2012 06:59 PM PST
| ||||
Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa? Posted: 05 Nov 2012 06:29 PM PST Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan: Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 05 Nov 2012 06:24 PM PST Gambar Hiasan Elaun kakitangan awam : Jika sebelum ini mungkin ada yang memasang impian akan ada kemungkinan sekali lagi semakan gaji kakitangan awam melibatkan 1.4 juta kakitangan awam. Malangnya, berita semakan kaji hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja kakitangan awam yang diberikan perhatian di atas sebab-sebab seperti DI SINI. Kali ini kalangan kakitangan awam mendesak pula supaya dibuat semakan semula elaun penjawat awam seperti elaun perumahan untuk dikaji semula kerana merasakan elaun perumahan yang diberikan sekarang sudah tidak relevan lagi lebih-lebih lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ada ketika ini terutamanya kadar sewa rumah yang semakin meningkat tinggi…..
Apa Kata Kalangan kakitangan Awam Mengenai Elaun Yang Diberikan Sekarang Ini?Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 05 Nov 2012 06:19 PM PST Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa bukti menunjukkan ada kelemahan perlaksanaan AES ini. Menurutnya, sebelum ini Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamad memberitahu AES mempunyai kelonggaran (buffer speed limit) sebanyak 10km/sejam. Bagaimanapun, Kase mendapati pemandu yang didakwa menerima saman bawah had laju yang ditetapkan JPJ. "Salah satu saman yang diterima adalah di Kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80km sejam. "Sedangkan lokasi yang dimaklumkan dalam laman web JPJ, menunjukkan had laju kilometer 6.6 SKVE yang ditetapkan adalah 90km/sejam. Ini bukan buffer, tetapi pengurangan had laju, sepatutnya apabila ada yang memandu lebih 101km/sejam barulah disaman," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Menurutnya, saman AES lebih bercelaru apabila penerima saman terbabit diminta hadir ke Mahkamah Majistret Sepang, bukannya Kajang. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon kelmarin membuktikan AES didakwa ada kelemahan. | ||||
Perangkap hudud MCA tidak mengena Posted: 05 Nov 2012 06:15 PM PST Selain PAS, parti-parti PR tidak memberikan respons yang mencetuskan perdebatan terbuka antara parti terbabit, terutama PAS dengan DAP, yang dilihat menjadi matlamat Chua mencetuskan isu bahaya hudud. Malah, Chua turut terpaksa memberikan penjelasan panjang berhubung kenyataannya yang disifatkan sebagai anti-Islam itu, yang dipublisitikan secara prominen oleh akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini. Penjelasan Chua itu juga dilihat sebagai mengawal kerosakan yang menimpa Umno, sekutu MCA dalam Barisan Nasional yang bersaing merebut undi Melayu dengan PAS. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Mengapa Tuan Guru Hj Hadi Pilih Pekan? Ini Rahsianya? Posted: 05 Nov 2012 06:14 PM PST Oleh WFAUZDIN NS PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan? Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja. Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada kaitan dengan Altantuya itu. Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya menguntungkan Tuan Guru Presiden. Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja. Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah. Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan. | ||||
(Versi Penuh) Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban Posted: 05 Nov 2012 06:02 PM PST | ||||
(Versi Penuh) Lim Kit Siang: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban Posted: 05 Nov 2012 06:01 PM PST | ||||
Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' kejutkan PKR..!!! Posted: 05 Nov 2012 05:54 PM PST Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun. Zaid (kiri) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan. "Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden. "Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang. Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden. Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan. | ||||
Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan..!! Posted: 05 Nov 2012 05:45 PM PST "Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan." | ||||
Malaysia Kita : Ibu tuntut masjid serah bantuan Posted: 05 Nov 2012 05:42 PM PST SUBANG JAYA - Seorang peniaga pusat kesihatan menuntut pihak pengurusan sebuah masjid di sini menyerahkan bantuan hari raya terkumpul berjumlah RM3,000 yang didakwa diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk lima orang anaknya sejak enam tahun lalu. Sariffah Mat Nor Rashid, 45, mendakwa, pengurusan masjid berkenaan gagal menyerahkan bantuan hari raya untuk golongan anak yatim itu kepada anaknya sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kronik pada tahun 2005. "Lima anak saya yang kini berusia antara tujuh hingga 13 tahun sepatutnya menerima bantuan hari raya tersebut daripada MAIS sebanyak RM100 seorang selepas mereka menjadi anak yatim. "Malangnya, pihak masjid tidak menyerahkan wang itu dengan alasan MAIS tidak menyalurkan bantuan hari raya untuk kelima-lima anak saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan