Sabtu, 20 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno mesti keluar BN

Posted: 20 Oct 2012 11:02 PM PDT



Nasrudin Hassan,21 Okt 2012
1.     Semakin jelas "MCA anti Islam". MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan "sebantal" dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4.     UMNO terpaksa "menutup mata" dan "menyumbat mulut" terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5.     Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6.     Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7.     UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan "politik biawak" apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8.     Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9.     Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10.  Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila "bersekedudukan" tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kumpulan K Pop Wonder Girls berbaju kurung ketika konsert di KL

Posted: 20 Oct 2012 09:29 PM PDT


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2012
Wonder Girls sopan berbaju kurung
Wonder Girls
COMEL sungguh lima gadis dari kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan di konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan imej sopan sebegitu, mereka langsung tidak kekok menari menghiburkan peminat.

Ramai peminat memuji kumpulan dari Korea Selatan ini kerana pandai membawa diri dan menghormati budaya masyarakat di sini.

Jika artis antarabangsa boleh mengikut garis panduan berpakaian ketika membuat persembahan di Malaysia, mengapa tidak artis kita?

Malah, kebelakangan ini artis tempatan seolah-olah berlumba-lumba untuk tampil seksi di majlis anugerah.

Mungkin selepas ini, penganjuran mana-mana majlis anugerah boleh mengangkat baju kurung sebagai tema pakaian. Pasti ramai artis kita yang tampil sopan dan sejuk mata memandang.

Para Dermawan Rahsia Untuk Musa Aman

Posted: 20 Oct 2012 08:52 PM PDT

 – Kami Dedahkan Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah "betul" bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.



Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.


Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.

Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:

"Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik," katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. "Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya," [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org

VIDEO (18SX): "TUALA WANITA BERDARAH BUKTI SAYA BUKAN PONDAN"- VIVIAN LEE

Posted: 20 Oct 2012 07:27 AM PDT



Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun,  memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal  dakwaan mengatakan dia pondan.

Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.
Melalui pengamatan saya, majoriti masyarakat Cina di Malaysia tidak gemar mendedahkan kisah keluarga mereka. 

Semalam saya bersembang bersama rakan setugas berbangsa Cina.

"Ingat lagi segmen Jejak Kasih pernah disiarkan oleh program bual bicara, Malaysia Hari Ini?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

"Majoriti daripada mereka muncul di kaca televisyen, mencari saudara terdekat hilang, berbangsa Melayu. Tidak pernah saya menonton individu berbangsa Cina merayu dan menangis di televisyen sewaktu menceritakan kisah sedih kehilangan ayah, ibu, adik-beradik," kata saya.

Saya percaya, terdapat kes masyarakat Cina terpisah dengan ahli keluarga tetapi enggan mendedahkan hal itu kepada umum.

Alvin dan Vivian mengambil keputusan berbeza dan tanpa segan silu menampilkan gambar dan video berhubung kegiatan seks mereka di alam maya sebelum ini. Vivian mengaku menerima tekanan daripada keluarganya manakala Alvin pula mungkin ditolak menyambung pelajarannya di National University Of Singapore berikutan tindakan mereka.

Barangkali mereka berdua tidak berfikir secara matang sebelum membuat keputusan.

Setelah tertekan berikutan cercaan masyarakat, mereka menutup blog Sumptuos Erotica dan membuka blog baru tetapi bukan untuk tontonan umum.

Baca blog What's On Dalian, klik di sini untuk mendapatkan gambaran pandangan masyarakat. Nilai juga komen mereka berdua, klik di sini.
-http://www.mazidulakmal.com

hahahahaha ... mai kita pakat-pakat baca apa SPR dok klentong kita

Posted: 20 Oct 2012 05:41 AM PDT


SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat
8:06PM Okt 20 2012
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.

"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.


Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu.

Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo.

"Sebelum ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya masuk ke situ," katanya. - Malaysiakini


PECAH BERITA : KAMERA AES : 97.5% Rakyat Malaysia MENOLAK

Posted: 20 Oct 2012 01:34 AM PDT



KAMERA AES DARI JPJ DAN KERAJAAN BN
UNTUK MENJAMIN KEWANGAN RAKYAT
MASUK POKET KAUM BANGSAWAN.
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL!
KERANA MEMAHAMI ASPIRASI RAKYAT.


Kuala Lumpur - by @tiewnama..
kerajaan persekutuan dibawah kendalian Barisan Nasional
berkata bahawa kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana iainya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat


JPJ yang ''mewakili'' dan menjadi juru cakap kerajaan BN berkata sebanyak
63,000 gambar telah di tangkap di 21 lokasi AES hanya selama 8 hari.

rakyat pula mengkritik bahawa JPJ di bawah Barisan Nasional tidak memasang
kamera AES ini di kawasan maut tetapi di kawasan lapang dan jalan yang luas
yang lurus yang hanya boleh di bawa 35kmj hingga 70kmj saja!

berikut adalah Bancian dan Undian dari Rakyat Malaysia sendiri berkaitan dengan
kamera AES yang di letakkan di 813 kawasan seluruh malaysia.

2,345 orang tidak bersetuju dengan sistem Kamera AES
66 orang bersetuju dengan sistem AES..

buat perbandingan di sini adalah seperti berikut..
2,345 + 66 = 2411 orang yang mengundi secara rawak.

2,411 / 100 = 1% mewakili 24 orang,

tidak bersetuju mewakili 97.5% 
berbanding yang bersetuju hanya 2.5% saja!

adakah ini yang di katakan oleh menteri pengangkutan dan timbalannya 
serta pengarah JPJ bahawa sistem ini di terima oleh MAJORITI Rakyat Malaysia?

seperti sedia maklum, rakyat malaysia kini mahukan sebuah kerajaan yang jujur
dan amanah dalam menjaga KEBAJIKAN rakyat, bukan mengaiaya mereka dengan
tindakan tindakan yang di lihat semakin hari semakin MELAMPAU!.

CARTA BANCIAN & UNDIAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.

















SUMBER

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANGAN LEKA LAGI, BAU PUTRAJAYA SEMAKIN DEKAT !!

Posted: 20 Oct 2012 10:44 AM PDT

 
Pakatan Rakyat Kini Pada Kedudukan 'Majoriti Mudah'!

Apakah yang dimaksudkan dengan majoriti mudah?

Takrifan yang paling sesuai adalah seperti berikut:

Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi di seluruh negara.

Untuk memperolehi majoriti mudah, sesebuah pakatan politik mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tersebut, atau 111 kerusi (222 bahagi 2 = 111 kerusi).

Ini bermakna pakatan politik yang hendak menubuhkan kerajaan persekutuan mestilah mempunyai lebih 111 kerusi iaitu mesti berkelebihan sekurang-kurangnya satu kerusi berbanding pakatan politik lain (112).

Keyakinan tersebut berdasarkan kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak, bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

"Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

"Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Najib Altantuya telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

"Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif," katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib Altantuya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

"Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

"Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali," ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib Altantuya menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Mahathir Mohamad lapan bulan, Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

"Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN," tambahnya./JalanPulang

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


RAIS YATIM TIBAI TV3 SUKU DAN RTM...KAHKAHKAH11

Posted: 20 Oct 2012 04:00 AM PDT



Aku cilok dari TT...

Najwa Latif sokong Red Warriors...Hehe!!

Posted: 20 Oct 2012 03:36 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” 22 Oktober ini

Posted: 20 Oct 2012 09:09 PM PDT


KUALA LUMPUR 21 OKTOBER: Mendepani krisis urus tadbir ekonomi negara oleh BN, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan lanjut Pakatan Rakyat dalam forum "Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?" yang akan diadakan pada 22 Oktober 2012 hari Isnin bermula jam 8 malam ini bertempat di Tingkat 1, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH).
Forum yang dianjurkan oleh portal maklumat dan berita Roketkini.com bakal menampilkan beberapa panelis yang pakar dan berpengalaman dalam bidang perekonomian iaitu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa nak rakyat berfikir sebagai gajah?

Posted: 20 Oct 2012 09:05 PM PDT


Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba henti…

"Bagaimana satu tali nipis yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tak pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali nipis di kaki… tapi mengapa mereka tidak?" bisik hati beliau…


Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri…

"Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali nipis tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….," terang pelatih tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan Pakatan Rakyat boleh benam Bajet BN 2013

Posted: 20 Oct 2012 09:04 PM PDT

Oleh Safar Jumaat
APABILA Pakatan Rakyat membentangkan Alternatif Bajet 2012 – "Ekonomi Rakyat Negara Berkat", dua hari lebih awal dari Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan – memberi kesan yang cukup positif.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika memberi taklimat di Parlimen, Rabu lalu menyebut tiada kenaikan cukai dibuat kecuali mengawal ketirisan yang meningkat akibat gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Lebih menarik, apabila Anwar menyebut, cadangan untuk menubuhkan PetroSabah, PetroSarawak dan PetroTerengganu – di mana Petronas diminta menaungi syarikat-syarikat ini hingga ia berjaya berjalan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 1

Posted: 20 Oct 2012 08:34 PM PDT

Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 2

Posted: 20 Oct 2012 08:34 PM PDT

Rais Yatim - I have changed my MODE

Posted: 20 Oct 2012 08:33 PM PDT

IMBAS KEMBALI : Rais Yatim Bantai TV3 Dan RTM

Posted: 20 Oct 2012 08:29 PM PDT

Anti Islam : Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM

Posted: 20 Oct 2012 08:20 PM PDT

Para perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.
NONEKemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.

Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.

Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak.

Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru.

Amboi-amboi Najib.... Seronoknya kena peluk... ?

Posted: 20 Oct 2012 08:19 PM PDT

Kat dalam negara dialah manusia paling hebat... paling terbaik,, kalau tidak masakan boleh menjadi  orang no 1 ...  


Lu orang tengok dan lihat sendiri... seronok sungguh Najib... 

Jadi tak hairan apa yang berlaku dalam negara yng mana ada kaitan dengan negara Uncle Sam ni..

DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang

Posted: 20 Oct 2012 07:50 PM PDT


DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang
Kor Ming (kiri) menunjukkan video pertemuan Adnan dengan masyarakat Orang Asli Pahang pada sidang media, semalam.
 
IPOH - DAP Perak menuntut Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Pahang atas kekasaran bahasa yang didakwa digunakan dalam pertemuannya bersama penduduk Orang Asli di negeri itu, beberapa hari lalu.
Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, penggunaan perkataan kasar dan kesat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang menjawat jawatan tertinggi dalam negeri.

Katanya, insiden yang dimuat naik melalui laman YouTube itu agak memalukan apabila ada ketikanya, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.      
Read More / Baca Lagi >>

Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno

Posted: 20 Oct 2012 07:49 PM PDT



Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai pemuda kuno apabila membawa isu lama dalam politik tanah air.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
"Sebagai anak muda, beliau sepatutnya lebih dinamik dan maju dalam membawa politik yang lebih matang. Rugilah MCA ada (Ketua) Pemuda seperti beliau.

 "Beliau mendendangkan lagu lama MCA. Isu agama dan perkauman tidak patut dimainkan. Sebagai ketua, beliau perlu bawa dimensi baru dalam partinya. Kalau lagu lama masih didendangkan macam mana nak pandu arah anak muda masa kini?" soalnya.

Semalam, Ka Siong menggesa rakyat untuk menolak pemerintahan teokratik pembangkang.

Katanya, politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ka Siong tersasar daripada realiti.

"Beliau cukup silap menggambarkan PR seperti itu. Sebagai pemimpin muda, beliau perlu bawa anak muda lebih telus, cekap dan demokratik dalam menyuburkan demokrasi negara, tetapi sebaliknya," katanya.

Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Skudai Johor

Posted: 20 Oct 2012 07:40 PM PDT

Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol Yang Menarik

Posted: 20 Oct 2012 07:32 PM PDT

Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor!

Posted: 20 Oct 2012 07:24 PM PDT


DARIPADA 546 Sekolah Agama Kerajaan Johor, 170 masih menumpang di Sekolah Kebangsaan, Surau, rumah kedai dan bangunan Ladang.

Salah satu yang saya sempat rakam ialah Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai. Muridnya 1,800 orang. Bersesak2 dengan murid yg ramai di bangunan yg tidak sesuai.

Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor!

Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya!

Posted: 20 Oct 2012 07:21 PM PDT


Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri!

Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini.

Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13

Posted: 20 Oct 2012 07:18 PM PDT


Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.
Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.
 Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.
Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO...!!!

Posted: 20 Oct 2012 07:14 PM PDT

iiAAYAAAH !!! LU MANA CEKOLAH LATUK, UTANG MANYAK TATAK BULIH BANKLAP Oiii... KAH KAH KAH !

Gua rasalah beb Datuk Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA ni semasa sekolah beliau TAK GUNAKAN CAPUAH seperti yang selalu di GUNA PAKAI oleh SEKOLAH JENIS CINA... sebab itu BEBAL beliau sama dengan PEMIMPIN UMNO... kah kah kah... ada ke HUTANG BANYAK TAK BOLEH MUFLIS... kah kah kah... sekolah mana lah beliau ya beb... sepatut cikgu kat sekolah tersebut DIPECAT 24 JAM kerana mengajar ILMU SALAH atau ILMU SONGSANG... kah kah kah !.
Dulu gua ingatkan ORANG CINA semuanya PANDAI MATEMATIK beb... tapi gua SILAP kerana TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO... nampak GAYANYA pemimpin Umno lagi BIJAK MENIPU hinggakan orang CINA MCA pun boleh TERPENGARUH dengan PERKIRAAN pemimpin Umno... lebih baik lu jangan jadi orang Cina lah LATUK sebab itu kecik punya PERSOALAN pun lu dah TAK TAHU... kah kah kah !.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Ugut rogol, bunuh dua cucu

Posted: 20 Oct 2012 07:05 PM PDT


Ugut rogol, bunuh dua cucu
Suresh (kiri) menunjukkan kepada Hian Wah almari baju miliknya yang diselongkar suspek.
 
SERI KEMBANGAN – "Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.

Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.

Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Buat maksiat di hotel bajet

Posted: 20 Oct 2012 07:04 PM PDT


Buat maksiat di hotel bajet
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
 
DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Read More / Baca Lagi >>

Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea

Posted: 20 Oct 2012 07:01 PM PDT

oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).
1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.
2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.
3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya

Posted: 20 Oct 2012 06:57 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang 'seludup' RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.
Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:
"Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya."
Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

EU kutuk rancangan Israel

Posted: 20 Oct 2012 06:54 PM PDT


EU kutuk rancangan Israel
Pembinaan haram juga mula dibina berdekatan bandar Har Homa.
 
BRUSSELS - Perwakilan Tinggi Kesatuan Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton, menyelar tindakan Israel membina kira-kira 767 unit rumah baru di kawasan Tebing Barat.
Dalam kenyataannya semalam, pembinaan itu terletak antara Baitulmaqdis Timur dengan Baitullaham di Tebing Barat.
"Mustahil rancangan ini boleh diteruskan kerana ia menyalahi undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, EU berulang kali menggesa Israel segera menamatkan semua aktiviti penempatan di Tebing Barat selaras dengan perjanjian di bawah Pelan Tindakan Antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Libya still not free on Gaddafi death anniversary

Posted: 20 Oct 2012 06:16 PM PDT

Israeli navy seizes European Gaza aid ship

Posted: 20 Oct 2012 06:16 PM PDT

Lebanese fear bombing means Syrian conflict has spilled over

Posted: 20 Oct 2012 06:15 PM PDT