RAKYAT MARHAEN |
- Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” 22 Oktober ini
- Siapa nak rakyat berfikir sebagai gajah?
- Belanjawan Pakatan Rakyat boleh benam Bajet BN 2013
- Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 1
- Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 2
- Rais Yatim - I have changed my MODE
- IMBAS KEMBALI : Rais Yatim Bantai TV3 Dan RTM
- Anti Islam : Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM
- Amboi-amboi Najib.... Seronoknya kena peluk... ?
- DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang
- Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno
- Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Skudai Johor
- Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol Yang Menarik
- Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor!
- Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya!
- Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13
- TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO...!!!
- Malaysia Kita : Ugut rogol, bunuh dua cucu
- Malaysia Kita : Buat maksiat di hotel bajet
- Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea
- Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya
- EU kutuk rancangan Israel
- Libya still not free on Gaddafi death anniversary
- Israeli navy seizes European Gaza aid ship
- Lebanese fear bombing means Syrian conflict has spilled over
Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” 22 Oktober ini Posted: 20 Oct 2012 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR 21 OKTOBER: Mendepani krisis urus tadbir ekonomi negara oleh BN, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan lanjut Pakatan Rakyat dalam forum "Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?" yang akan diadakan pada 22 Oktober 2012 hari Isnin bermula jam 8 malam ini bertempat di Tingkat 1, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH). Forum yang dianjurkan oleh portal maklumat dan berita Roketkini.com bakal menampilkan beberapa panelis yang pakar dan berpengalaman dalam bidang perekonomian iaitu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng. |
Siapa nak rakyat berfikir sebagai gajah? Posted: 20 Oct 2012 09:05 PM PDT Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba henti… "Bagaimana satu tali nipis yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tak pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali nipis di kaki… tapi mengapa mereka tidak?" bisik hati beliau… Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri… "Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali nipis tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….," terang pelatih tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Belanjawan Pakatan Rakyat boleh benam Bajet BN 2013 Posted: 20 Oct 2012 09:04 PM PDT Oleh Safar Jumaat APABILA Pakatan Rakyat membentangkan Alternatif Bajet 2012 – "Ekonomi Rakyat Negara Berkat", dua hari lebih awal dari Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan – memberi kesan yang cukup positif. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika memberi taklimat di Parlimen, Rabu lalu menyebut tiada kenaikan cukai dibuat kecuali mengawal ketirisan yang meningkat akibat gejala rasuah dan ketidakcekapan. Lebih menarik, apabila Anwar menyebut, cadangan untuk menubuhkan PetroSabah, PetroSarawak dan PetroTerengganu – di mana Petronas diminta menaungi syarikat-syarikat ini hingga ia berjaya berjalan sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 1 Posted: 20 Oct 2012 08:34 PM PDT |
Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 2 Posted: 20 Oct 2012 08:34 PM PDT |
Rais Yatim - I have changed my MODE Posted: 20 Oct 2012 08:33 PM PDT |
IMBAS KEMBALI : Rais Yatim Bantai TV3 Dan RTM Posted: 20 Oct 2012 08:29 PM PDT |
Anti Islam : Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM Posted: 20 Oct 2012 08:20 PM PDT Para perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya. Kemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan. Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP. Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak. Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun". Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru. |
Amboi-amboi Najib.... Seronoknya kena peluk... ? Posted: 20 Oct 2012 08:19 PM PDT |
DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang Posted: 20 Oct 2012 07:50 PM PDT Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, penggunaan perkataan kasar dan kesat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang menjawat jawatan tertinggi dalam negeri. Katanya, insiden yang dimuat naik melalui laman YouTube itu agak memalukan apabila ada ketikanya, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. |
Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno Posted: 20 Oct 2012 07:49 PM PDT Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai pemuda kuno apabila membawa isu lama dalam politik tanah air. "Sebagai anak muda, beliau sepatutnya lebih dinamik dan maju dalam membawa politik yang lebih matang. Rugilah MCA ada (Ketua) Pemuda seperti beliau. "Beliau mendendangkan lagu lama MCA. Isu agama dan perkauman tidak patut dimainkan. Sebagai ketua, beliau perlu bawa dimensi baru dalam partinya. Kalau lagu lama masih didendangkan macam mana nak pandu arah anak muda masa kini?" soalnya. Semalam, Ka Siong menggesa rakyat untuk menolak pemerintahan teokratik pembangkang. Katanya, politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ka Siong tersasar daripada realiti. "Beliau cukup silap menggambarkan PR seperti itu. Sebagai pemimpin muda, beliau perlu bawa anak muda lebih telus, cekap dan demokratik dalam menyuburkan demokrasi negara, tetapi sebaliknya," katanya. |
Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Skudai Johor Posted: 20 Oct 2012 07:40 PM PDT |
Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol Yang Menarik Posted: 20 Oct 2012 07:32 PM PDT |
Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor! Posted: 20 Oct 2012 07:24 PM PDT DARIPADA 546 Sekolah Agama Kerajaan Johor, 170 masih menumpang di Sekolah Kebangsaan, Surau, rumah kedai dan bangunan Ladang. Salah satu yang saya sempat rakam ialah Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai. Muridnya 1,800 orang. Bersesak2 dengan murid yg ramai di bangunan yg tidak sesuai. Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor! |
Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya! Posted: 20 Oct 2012 07:21 PM PDT Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri! Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini. Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang. Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> |
Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13 Posted: 20 Oct 2012 07:18 PM PDT Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti. Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus. Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri. Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang. |
TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO...!!! Posted: 20 Oct 2012 07:14 PM PDT iiAAYAAAH !!! LU MANA CEKOLAH LATUK, UTANG MANYAK TATAK BULIH BANKLAP Oiii... KAH KAH KAH ! Gua rasalah beb Datuk Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA ni semasa sekolah beliau TAK GUNAKAN CAPUAH seperti yang selalu di GUNA PAKAI oleh SEKOLAH JENIS CINA... sebab itu BEBAL beliau sama dengan PEMIMPIN UMNO... kah kah kah... ada ke HUTANG BANYAK TAK BOLEH MUFLIS... kah kah kah... sekolah mana lah beliau ya beb... sepatut cikgu kat sekolah tersebut DIPECAT 24 JAM kerana mengajar ILMU SALAH atau ILMU SONGSANG... kah kah kah !. Dulu gua ingatkan ORANG CINA semuanya PANDAI MATEMATIK beb... tapi gua SILAP kerana TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO... nampak GAYANYA pemimpin Umno lagi BIJAK MENIPU hinggakan orang CINA MCA pun boleh TERPENGARUH dengan PERKIRAAN pemimpin Umno... lebih baik lu jangan jadi orang Cina lah LATUK sebab itu kecik punya PERSOALAN pun lu dah TAK TAHU... kah kah kah !. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Ugut rogol, bunuh dua cucu Posted: 20 Oct 2012 07:05 PM PDT Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka. Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya. Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita : Buat maksiat di hotel bajet Posted: 20 Oct 2012 07:04 PM PDT Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang. |
Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea Posted: 20 Oct 2012 07:01 PM PDT oleh Muhammad Sanusi Md Nor Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007). 1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah. 2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. 3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri. |
Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya Posted: 20 Oct 2012 06:57 PM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang 'seludup' RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008. Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam: "Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya." Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu: Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Oct 2012 06:54 PM PDT Dalam kenyataannya semalam, pembinaan itu terletak antara Baitulmaqdis Timur dengan Baitullaham di Tebing Barat. "Mustahil rancangan ini boleh diteruskan kerana ia menyalahi undang-undang antarabangsa," katanya. Beliau berkata, EU berulang kali menggesa Israel segera menamatkan semua aktiviti penempatan di Tebing Barat selaras dengan perjanjian di bawah Pelan Tindakan Antarabangsa. |
Libya still not free on Gaddafi death anniversary Posted: 20 Oct 2012 06:16 PM PDT |
Israeli navy seizes European Gaza aid ship Posted: 20 Oct 2012 06:16 PM PDT |
Lebanese fear bombing means Syrian conflict has spilled over Posted: 20 Oct 2012 06:15 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan