Ahad, 14 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Norizan [mangsa tembakan polis] saman kerajaan Najib dan PDRM

Posted: 14 Oct 2012 11:39 PM PDT


October 15, 2012
Norizan Salleh (kanan) bersama peguam, Latheefah Koya di Mahkamah Jalan Duta. - Gambar oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, Oct 15 — Norizan Salleh, 32 menfailkan tuntutan saman dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir tiga tahun.
Norizan mendakwa dia telah menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis telah melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009 lalu.
Kejadian tersebut menyebabkan ibu tunggal itu kini mengalami masalah pada pergelangan tangan dan sering sakit di bahagian jantung akibat daripada pembedahan yang dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selepas insiden tembakan tersebut.
"Saya kini sering menggeletar di bahagian tangan dan jantung sering sakit terutamanya apabila cuaca sejuk.
"Saya masih trauma dengan insiden ini hinggakan setiap kali terlihat kereta peronda saya akan teringat peristiwa tiga tahun lalu itu," kata Norizan.
Disamping itu, Norizan juga melahirkan kekesalannya terhadap pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepadanya hingga sekarang. - TMI

Edisi Kantoi .... hahaha orang UMNO sendiri yang masuk UMNO

Posted: 14 Oct 2012 09:59 PM PDT


MB tertipu jika percaya 86 ahli PR sertai Umno

Khairil Abdul Rahim,15 Okt 2012
BERA: PAS menganggap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tertipu jika percaya seramai 86 orang ahli parti-parti Pakatan Rakyat dari Cawangan Bukit Mendi menyertai Umno dalam 'Majlis Pemimpin Turun Padang' kelmarin.


Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Mendi, Hasan Abdul Latif yang mendakwa mengikuti program yang dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakub itu secara dekat, hampir semua yang hadir bukannya datang dari Felda berkenaan.

(Gambar: Hassan menunjukan laporan akhbar kononnya 86 ahli komponen PR menyertai Umno.)

"Saya pasti kebanyakan yang hadir didatangkan dari Kampung Baris, Felda Sungai Kemahal, Jawi-jawi yang semuanya dari Dun Menteri Besar sendiri (Dun Pelangai).

"Memang ada seorang penduduk Bukit Mendi iaitu Ismail Yusoff yang mengetuai kumpulan masuk Umno dan majlis tersebut diadakan di perkarangan kedainya sendiri, tetapi dia hanya bekas penyokong DAP" jelasnya.

Media massa, elektronik dan portal berita internet semalam menyiarkan berita kononnya lebih 80 anggota PKR, PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Adnan pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, kelmarin.

Turut hadir menyaksikan ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan dan Adun Guai, Norol Azali Sulaiman.

Felda bukit Mendi berada dalam Dun Triang yang dimenangi wakil DAP Leong Ngah Ngah.

Sementara itu Hasan berkata, beliau mengsyaki kemungkinan orang Umno sendiri yang masuk Umno pada majlis berkenaan bagi mengambil hati Menteri Besar yang pertama kali datang ke Bukit Mendi walau pun berada bersebelahan dengan Dun Pelangai.

"Saya terpaksa tampil untuk menjelaskan kekeliruan ini setelah menerima banyak panggilan telefon bertanyakan keadaan sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu Yang Dipertua PAS Kawasan Bera, Sulaiman Mohamad pula berkata, propaganda isu PAS masuk Umno merupakan fenomena biasa menjelang pilihan raya.

Beliau turut mengesahkan, tidak ada ahli PAS di Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong yang keluar menyertai Umno.

"Berdasarkan gambar yang kita perolehi, tiada seorang pun yang kita kenali sebagai ahli PAS. Malah dengan hanya seorang saja (Ismail) yang tampil mengesahkan dia mennyertai Umno, itu bukan membuktikan ada penyokong PAS turut sama menyertai Umno.

"Mungkin yang mahu masuk Umno itu hanya penyokong atas pagar ataupun penyokong Umno sendiri yang berlakon sebagai ahli Umno baru. Propaganda itu biasa menjelang PRU," katanya.

Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi, mengesahkan Ismail pernah menjadi penyokong DAP pada satu ketika dulu tetapi sudah tidak aktif.

"Bagi saya keputusan Ismail untuk menyertai Umno itu haknya dan beliau bebas menentukan haknya untuk berpolitik dalam sebuah negara demokrasi, DAP tiada hak untuk menghalang," ujarnya. - Harakah

Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

Posted: 14 Oct 2012 09:04 PM PDT


Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar




Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.



"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.

"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.

Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.

Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.

Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

Najib perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik : DSAI

Posted: 14 Oct 2012 08:01 PM PDT


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 15 Oktober: Usaha Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai hubungan dengan spekulator mata wang, George Soros akhirnya terpalit kepada mereka sendiri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mantan Perdana Menteri, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata kalau Anwar jadi PM, negara ini akan dijual kepada Soros.
"Akhirnya beliau (Mahathir) sebenarnya yang jumpa (Soros) dan keluar gambar mereka…tengok-tengok, bukan main lagi (mereka) senyum," kata Ketua Umum KEADILAN itu disambut sorakan lebih 12,000 hadirin ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang di tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, malam tadi.
Pada masa sama, skrin di tepi pentas turut memaparkan gambar pertemuan Mahathir dan Soros di sebuah hotel dalam negara pada 2006.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menempelak Umno BN melalui media kawalannya yang setiap hari mengaitkan Pakatan dengan jutawan itu.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja bertemu Soros di dalam negara, malah mengaturkan pertemuan khas di New York dua tahun lalu.
"Saya tiada masalah kalau nak jumpa, tapi jangan fitnah kita…ini Utusan Malaysia dan Buletin Utama (TV3) setiap hari buat fitnah," kata Anwar.
Turut berucap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dalam pada itu, Anwar turut menceritakan sambutan luar biasa rakyat Sabah ketika jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu Jumaat dan Sabtu lalu.
"Sambutan cukup luar biasa, termasuk di kubu kuat Umno di Lahad Datu…Sabah kini bukan lagi 'fixed deposit' mereka," kata Anwar.
Sebab itu, katanya lagi, Najib mengumumkan peruntukan tambahan RM2.89 bilion kepada Sabah kerana takut kehilangan negeri itu.
"Tapi saya nak cakap kat Najib, it's too late (ianya sudah terlambat)…beliau perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik, InsyaAllah," sinis Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37851

Najib - Soros : Terima kasih Muhyiddin kata Mahfuz

Posted: 14 Oct 2012 06:35 AM PDT


(Pertemuan Soros dan Najib tidak perlu jika benar apa yang dicanangkan oleh tukang kempen BN)


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengingatkan Perdana Menteri bahawa bantuan George Soros "tidak membantu negara".

Ketika menyokong apa yang didakwanya sebagai peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Soros, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah satu perkara bahaya jika tidak disedari peranan jutawan Yahudi di pelbagai negara.

Walaupun tidak dinyatakan, Mahfuz menyifatkan ingatan Muhyiddin itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhirnya, Najib semalam mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan Soros di New York dua tahun lalu.


Mahfuz (gambar) berharap, peringatan Muhyiddin itu diberi perhatian serius oleh Najib.

"Tidak elok merayu bantuan orang yang siang malam Dr Mahathir dan Umno sendiri hebah dan hebohkan sebagai penyangak.

"Kalau tidak ada keperluan dan tidak ada bantuan yang hendak dirayu, tidak mungkin seorang Perdana Menteri sanggup mengambil risiko berjumpa senyap-senyap 'dalam gelap' dengan watak yang dicerca siang malam oleh partinya sendiri.

"Tak usahlah mendakwa kononnya Soros yang hendak jumpa beliau, nanti banyak lagi yang akan terdedah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak dakwaan Muhyiddin kononnya Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan isu Soros demi keuntungan politik parti pemerintah itu.

"Selamba sungguh Muhyiddin berbohong seolah-olah rakyat tidak ada maklumat dan tidak baca berita," katanya sambil merujuk kepada projek memburuk-burukkan pembangkang melalui tindakan mengaitkan mereka dengan Soros seperti yang dilaporkan dengan meluas oleh media sekarang.

Projek itu dilaporkan telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini dan dakyah berkenaan disebarluaskan melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Mahfuz berharap Najib dapat mengingatkan Muhyiddin bahawa, bukan sahaja tidak menepati janji, berbohong juga perbuatan munafik.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan mendakwa bahawa kerajaan BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Sambil terus mengaitkan dengan pertemuan senyap-senyap Najib dengan Soros, Mahfuz mengingatkan bahawa Perdana Menteri yang jujur tidak bercakap lain di hadapan rakyat tetapi di belakang mereka melakukan yang lain pula.

"Adalah satu perbuatan songsang dan hipokrit yang amat serius apabila Perdana Menteri senyap-senyap bertemu 'dalam gelap' dengan watak yang dikempenkan sebagai penyangak di hadapan rakyat malah digambarkan sebagai musuh yang merosakkan negara," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa kerajaannya menunaikan janji, Mahfuz yakin ruang siber sehari dua ini akan penuh dengan senarai janji-janji bohong BN.

"Janji tidak ditepati BN sudah terlalu masyhur," kata beliau- Harakah

Lingkup BN Sabah : Lagi pemimpin, tokoh koporat Sabah tinggalkan BN

Posted: 14 Oct 2012 01:38 AM PDT


LAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37846

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JIKA HARON DIN GANTI TOK GURU NIK AZIZ, HASSAN JATI INGAT UMNO MAHU SOKONG PAS?

Posted: 14 Oct 2012 04:25 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena Hassan Jati suruh Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan Mursyidul Am Pas. Nampaknya dendam Presiden JATI yang entah ada beberapa ekor ahli ini terhadap Pas semakin tidak terkawal sehingga Tuan Gutu Nik Aziz pun menjadi mangsa hasad dengkinya.

Selama ini Mursyidul Am Pas itu tidak pernah pun mengusik atau menghentam Jati, jauh sekali menghentam peribadi Hassan Jati.  Apa yang si Hassan sakit hati sangat dengan Tuan Guru?

Hassan Jati lupa bahawa beliau diangkat menjadi wakil rakyat pun kerana adanya undi dari penyokong Dap.  Ertinya, dengan kerjasama bersama Dap maka Pas lebih beruntung daripada Pas bersendirian.  Cuba lihat beza sewaktu Pas bersendirian dulu, adakah Pas sekuat sekarang?  Ketika itu, ada calon Pas yang hilang deposit bertanding.  Itu fakta yang tidak boleh kita nafikan.

Dap yang kini mengetuai P.Pinang, adakah lebih teruk dari zaman Gerakan mentadbir P.Pinang?  Di zaman Gerakan, peruntukan untuk majlis agama islam paling tinggi RM 12 juta setahun.  Di era Lim Guan Eng, peruntukan setahun adalah RM 64 juta.  Ini sudah cukup membezakan baik buruknya Pas bekerjasama dengan Dap.  Terlalu banyak contoh yang boleh diberikan tentang baiknya Pas bekerjasama dengan Dap.  

Hassan Jati menyebut Pas kebih baik dipimpin oleh Dr Haron Din atau Us Nasha.  Apakah jika Pas dipimpin oleh Dr Haron Din atau Us Nasha maka Hassan Jati fikir Umno akan sokong Pas?  Kalau Pas ini dipimpin oleh Malaikat sekalipun, Umno konsisten dan istiqomah akan terus menentang Pas.  Hassan Jati kena sedar dan belajar mengenali Umno semula.

bumiperak

bumiperak


Ceramah TIBAI di Sungai Rokam penuh dengan maki hamun

Posted: 14 Oct 2012 10:11 PM PDT

 Zahid Mat Arip bekas Naib Pemuda PKR sebagai wakil TIBAI dan Zulkifli Nordin bekas ahli Parlimen PKR dari Kulim sebagai wakil JATI di ceramah bersama UMNO dan Perkasa
Sebahagiannya golongan remaja yang diangkut dengan lebih dari 10 buah bas bagi meramai orang
 Bas-bas menurunkan penumpang dari luar kawasan jika tidak ceramah Hamidah Osman sudah tentu tiada sambutan.
Bukan datang sahaja.. cukup dengan jamuan makan, kenderaan dan upah

fcamel 雜記

fcamel 雜記


我們買了動物園

Posted: 14 Oct 2012 10:04 AM PDT

算是最近看過印象比較深的一部, 溫馨的好片。不過到是沒什麼特別的心得或衍生些對人生的想法

型男飛行日記

Posted: 14 Oct 2012 09:57 AM PDT

看了型男飛行日記 (up in the air) 後, 對人生有些不同的想法, 滿值得看的片子。中譯片名差點毀了這部片, 幸好瑞芳仔有推薦, 不然就錯過這部好片了

之前在看心靈補手也有這種對人生想法的感觸, 幾年前看心靈補手會特別有感覺, 現在這個時期, 或是再過個五年十年, 看 up in the air 會更有感覺吧。

需要多一些時間慢慢消化新的感觸 ...

dollah yankee

dollah yankee


40 juta..derma mai sikit !

Posted: 14 Oct 2012 08:16 AM PDT

Bukan sahaja gurkah-gurkah politik yang di'port', tetapi juga seluruh rakyat marhain mendesak dan mahukan jawapan yang benar dan mahu mereka dedahkan sumber wang 40 juta yang sedang hangat ini datang dari mana? dan siapa lah orang yang begitu baik hati mahu menderma wang yang sebanyak itu?

Najib 'haram-jadah' pula senang-senang saja kata duit 40 juta tu adalah duit sumbangan untuk tabung politik. Sumbangan untuk tabung politik? Atau sumbangan untuk poket Musa Aman? Jadi bila kes yang macam ini yang sedang 'hot', yang tak senang duduk ialah SPRM, sebab 'hangat pungkok' sebab hari-hari kena maki dengan rakyat.

Berbalik pada duit 40 juta tu, fikiran gurkah-gurkah ini melayang jauh sekali sampaikan ada yang andaikan yang wang itu mungkin juga sumbangan rahsia dari George Soros sebab Mahathir asyik kata yang Soros mahu menggulingkan kerajaan Najib... Kah..Kah..Kah..

Ada gurkah-gurkah yang bermulut jahat pula menambah olih kerana wang 40 juta ringgit itu telah melalui satu  akaun bank di Hong Kong yang merupakan wilayah tadbiran Negara China parti komunis, jadi mereka bertanya adakah umno telah menjadi alat komunis? Jika ya, ini bermakna satu undi untuk BN/umno ada lah satu undi untuk parti komunis. Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Jika anda kena tangkap dengan SPRM sebab rasuah, anda cuma cakap yang duit rasuah tu ada lah untuk derma tabung politik umno cawangan atau bahagian. 
Kah..Kah..Kah..





RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar

Posted: 14 Oct 2012 08:53 PM PDT




Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.

"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat Adun kena ceroboh lagi

Posted: 14 Oct 2012 08:48 PM PDT


Pejabat Adun kena ceroboh lagi
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memasuki pejabat Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
 
BUKIT JAMBUL- Pejabat Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak  yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai di Jalan Rumbia di sini dipecah masuk awal pagi semalam.
Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh jirannya di tingkat bawah yang turut menjadi mangsa apabila pusat kecantikannya dipecah masuk.

Tze Tzin berkata, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dia bergegas ke pejabatnya dan mendapati ada kesan umpilan pada pintu masuk pejabatnya namun selepas pemeriksaan dilakukan beliau mengesahkan tiada barangan berharga yang hilang.

Read More / Baca Lagi >>

LIST OF DONORS EXPOSED! Ting Pek Kiing among KEY contributors to Musa's RM40mil fund

Posted: 14 Oct 2012 08:46 PM PDT

LIST OF DONORS EXPOSED! Ting Pek Kiing among KEY contributors to Musa's RM40mil fundThis weekend Malaysia's PM, Najib Razak, indicated it was perfectly "proper" for his party to accept secret donations of millions of dollars from undisclosed sources.
He was referring to the RM40million that the Hong Kong authorities seized in 2008 in the possession of a courier Michael Chia, who was in the process of trafficking the money in a suitcase to Sabah.
For the past four years the Chief Minister of Sabah, Musa Aman, has strenuously denied that this money had anything to do with him or indeed that he had "any business association whatsoever" with Michael Chia.
However, the Prime Minister has now been forced to admit in the face of overwhelming evidence that the money was linked to Musa. He is nevertheless trying to make the 'excuse' that the purpose was to spend it on their own political party UMNO.
In any other country such an excuse would be treated as an admission of enormous guilt, because of course it is just as criminal to launder illegal money on behalf of your political party as it is for yourself!
But in the looking glass world of an utterly corrupted Malaysia under BN, it appears that Najib is hoping that enough of his followers will accept that Musa can be excused prosecution on these grounds.  After all Najib desperately needs Sabah's votes to hang on to power at the General Election.
What about the payments to Musa's kids?
Musa Aman time for an apology – for years he denied the money was anything to do with him. He accused Sarawak Report of fraud and defamation. Now it has been admitted by the PM that the money was destined for him to spend on his political party UMNO
This startling and shocking recent series of admissions and excuses by BN's leadership over the past days has been met with silence from Musa himself.  But, since he has been now confirmed by his own party as the man behind the money in the black bag, he should at the very least be making some apologies for lying for so long that he had nothing to do with this affair.
Musa should also say sorry for denying his association with Michael Chia, who was bringing him this money and he should say sorry to Sarawak Report, whom he accused of publishing forged documents and spreading falsehoods.
Meanwhile, BN/UMNO has brought not the slightest piece of evidence to back up its claims about where the money was destined and it is still refusing to admit where it came from!
Let us make clear again, if this money was legitimate then it would have been simple to transfer from one bank account to another.  So, why would anyone attempt to smuggle RM40 million in dirty notes if it was legitimate cash?
This entire shambles of an excuse about payments to UMNO is anyway completely destroyed by the proof that Michael Chia was also making payments from his accounts to Musa's own sons as a standing arrangement over many years.
Was the education of Musa's sons in Australia and their spending money 'UMNO party business'?
Don't rely on "forged documents" from Sarawak Report for the proof on this matter. Go to the High Court of Singapore and look at the depositions made by the Swiss UBS Bank, which has been seeking to defend its management of these accounts for Michael Chia.
In its evidence the bank swears to a series of payments from these accounts made out to the sons of Musa Aman!
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Soros-Pembangkang terkena batang hidung Umno BN

Posted: 14 Oct 2012 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Usaha Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai hubungan dengan spekulator mata wang, George Soros akhirnya terpalit kepada mereka sendiri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mantan Perdana Menteri, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata kalau Anwar jadi PM, negara ini akan dijual kepada Soros.
"Akhirnya beliau (Mahathir) sebenarnya yang jumpa (Soros) dan keluar gambar mereka…tengok-tengok, bukan main lagi (mereka) senyum," kata Ketua Umum KEADILAN itu disambut sorakan lebih 12,000 hadirin ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang di tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, malam tadi.
Pada masa sama, skrin di tepi pentas turut memaparkan gambar pertemuan Mahathir dan Soros di sebuah hotel dalam negara pada 2006.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menempelak Umno BN melalui media kawalannya yang setiap hari mengaitkan Pakatan dengan jutawan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN fobia hadapi PRU-13

Posted: 14 Oct 2012 08:39 PM PDT

Dalam seminggu yang lalu, terdapat banyak rumours di Parlimen, yang mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa yang terdekat iaitu sekitar Oktober atau November ini.

Antara tarikh yang popular diperkatakan di kalangan ahli-ahli parlimen (MP) adalah, pada 18 November 2012. Ada juga yang meneka Parlimen akan dibubarkan pada 11 November, ianya akan menjadi nombor 11.11.12. Malah ada yang suka bermain dengan angka iaitu 12.12.12.

Bagi kita, tarikh bila pun diadakan Pilihan Raya Umum (PRU), kita akan tetap hadapinya. Namun bagi sesetengah pihak, mereka masih percaya, nombor yang cantik atau nombor yang pelik-pelik, boleh membawa 'ong' (tuah).

Kebetulan baru-baru ini tatkala penulis berbual dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, kami terserempak dengan seorang Menteri dari Umno. Menteri tersebut kelihatan tergesa-gesa dan berjalan dengan ajak laju.

Namun melihat kami sedang duduk di lobi Parlimen, beliau berhenti, lalu menyapa Wahid dan kami bersalam-salaman.

"Bila hendak buat pilihan raya ni," tanya Wahid kepada beliau.

Lantas Menteri menjawab, "Dah dekat dah ni, macam dah nak bubar, kalau buat bulan November, macam tahun 1999, Terengganu you ambil balik." Kata Menteri kepada Wahid.

Lantas kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak, entah apa buat yang mereka geli hati.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Audit Negara dibentangkan hari ini

Posted: 14 Oct 2012 08:33 PM PDT



Selepas tertangguh lebih dua minggu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pengurusan kewangan kerajaan 2011 catat prestasi lebih baik dari 2009 dan 2010 — laporan Ketua Audit Negara

Posted: 14 Oct 2012 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Pengurusan kewangan agensi kerajaan pada tahun 2011 telah mencatat prestasi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, hari ini.
Beliau berkata daripada keseluruhan agensi kerajaan yang telah dinilai pada tahun 2011, 111 buah (31.4 peratus) daripadanya mendapat penarafan 'Sangat Baik'(Empat Bintang), berbanding 77 buah (21.6 peratus) pada tahun 2010 dan 48 (12 peratus) pada tahun 2009. 
"Pencapaian ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti (IA) telah memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," katanya dalam kenyataan di sini.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 akan diedarkan kepada anggota Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ambrin berkata Jabatan Audit Negara telah melaksanakan sistem penarafan yang berasaskan kepada IA 2007 yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Wajib dan Kategori Giliran, untuk menilai sejauh mana pengurusan kewangan kerajaan dan agensi dibawahnya telah mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan kerajaan.
Ambrin berkata berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
"Manakala 25 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya dan baki 43 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2013 hanya untuk golongan menengah dan atasan

Posted: 14 Oct 2012 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bajet 2013 kerajaan BN dianggap lebih memberikan manafaat kepada golongan pertengahan dan atasan berbanding dengan golongan bawahan, kata penganalisis kewangan Islam.

Firma konsultan Kewangan Islam, Daya Fikir, dalam analisa mereka mendapati, ptongan bayaran 20 peratus untuk pemimjam PTPTN yang membuat bayaran sekalugus adalah contoh yang paling ketara.

Ini kerana, hanya golongan pertengahan dan berada saja mampu membuat bayaran ini sedangkan golongan bawahan tidak mempunyai wang untuk membayarnya sekaligus.

Firma ini juga berkata,secara umumnya Bajet 2013 adalah lebih bersifat mesra peniaga dan kelompok menengah atasan.

"Asasnya, sebahagian besar daripada 130 inisiatif dan peruntukan yang telah digariskan dilihat lebih memberikan manafaat yang signifikan kepada golongan tersebut secara jangka panjang, samada secara langsung dan tidak langsung," kata firma itu.

Kedua, inisiatif potongan cukai kepada semua pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti pelaburan (angel investor) yang dilakukan secara tunai dalam syarikat-syarikat untuk tujuan pengembangan perniagaan.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO lahir di Johor, Insyallah, meninggal pun di Johor....

Posted: 14 Oct 2012 07:13 PM PDT

Ini bukan ramalan Nujum pak Belalang dalam cerita P Ramle.... tetapi inilah kenyataan, dan akan menjadi satu sejarah umat Melayu Malaysia.... 



 

Apa pun kepujian yang tak terhingga buat UMNO,,, kerana membuat persediaan sebelum nak kojol... he he... 
Kalau sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO, banyak persediaan untuk kepentingan umat melayu diadakan.... 
tetapi Najib jadi Presiden UMNO dia lagi terhebat,,, Perancangan yang sesiapa pun tak terfikir, iaitu menyediakan 80 ekar tanah kubur di Pengerang Johor bernilai RM31 juta..Fuiyoo. satu persediaan.... Innalillah Hi wainna ilai Hiroujiuun...

Anwar Yakin Dengan Angin Perubahan Di Sabah!

Posted: 14 Oct 2012 07:11 PM PDT


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yakin perubahan politik akan berlaku di Sabah dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.


  • Katanya, beliau yakin dengan "angin perubahan" tersebut apabila melihat sambutan menggalakkan daripada rakyat Sabah dalam kunjungannya ke beberapa kampung di Pensiangan, Tenom, Lahad Datu dan Tawau.

    " Di Pensiangan semalam, saya melihat seorang ibu datang sambil menggendong anak. Dia datang kerana soal tanah, maruah, harga diri dan ini tidak boleh diberi dengan zink.

    "Saya boleh lihat pada mata mereka dan juga kesungguhan mereka. Oleh itu saya yakin perubahan akan berlaku," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Anwar Ibrahim Ke Sabah di Beringgis kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGV, Isa Samad Buat Kelakar Lagi.

Posted: 14 Oct 2012 07:09 PM PDT

Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kata Isa Samad.  
Kah..kah..kah, kalau tengok graf dekat bawah nei takde la sementara pun. graf kat bawah nei menceritakan harga saham felda tu "naik sementara" je sebelum mejunam dengan konsisten dan bergaya sekali.

isa Samad kata lagi harga saham tu dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna,

Camne isa samad leh tahu nak meningkat tak lama lagi, nak pump pakai duit mana pulak tu... kah..kah..kah.
Read More / Baca Lagi >>

TV3 akan menghadapi nasib yang sama seperti Utusan?

Posted: 14 Oct 2012 06:43 PM PDT

TV3 sedang merudum 'rating'nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat 'rating' yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.
Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.
Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku keatas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Buih tidak dikenal pasti di persisiran Sungai Kapal

Posted: 14 Oct 2012 06:41 PM PDT


PENGERANG: Pada pagi semalam, penduduk di Sungai Kapal, Pengerang telah mendapati buih putih yang tidak dapat dikenali di kawasan penambakan Dialog Group.

Lebih kurang pukul 10 pagi, Bendahari Gabungan NGO Pengerang, Chua Peng San telah membuat pemerhatian di tepi pantai Tokong Soon Chin Kong, Tanjung Sungai Kapal, dan mendapati bahan terapung itu mempunyai keluasan yang agar besar, berwarna kuning, tidak berbau, pada masa sama ketumpatan buih adalah besar, tetapi adalah berlainan daripada buih detergen.

Mengikut pemerhatian, sumber buih itu adalah dari kawasan penambakan.

Chua juga berkesempatan membuat persempelan terhadap buih tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

JMB Pro-BN Mangsakan Rakyat, Tak Kerjasama Tukar Meter Air Individu

Posted: 14 Oct 2012 06:32 PM PDT



SHAH ALAM, 14 OKT: Terdapat segelintir Badan Pengurusan Bersama (JMB) pro-Umno-BN yang dikesan sengaja menafikan penduduk pangsapuri mereka perkhidmatan air percuma.
Tindakan yang disifatkan sebagai sabotaj ini dilakukan apabila JMB tersebut tidak menukar meter pukal pangsapuri kepada meter individu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perbuatan itu berkata akhirnya penduduk pangsapuri terlibat menjadi mangsa sikap fanatik JMB tersebut.
"Memang ada kes dalam program lapor dan dapat JMB sengaja tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Negeri.
"Tak mahu melaporkan sehingga penduduk tidak dapat air percuma, ini memang terbukti ada kes.
"Saya rasa tidak patutlah kita mengambil sikap sedemikian walaupun bukan dari parti Pakatan Rakyat, tetapi kita kena pentingkan rakyat dan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri," ujar Iskandar apabila dihubungi TVSelangor.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Maszlee : Belanjawan Alternatif PR Cerminkan Kesedian Untuk Memerintah

Posted: 14 Oct 2012 06:31 PM PDT


SHAH ALAM, 14 OKT: Pembentangan belanjawan alternatif oleh Pakatan Rakyat secara konsisten semenjak 2008 menunjukkan kesediaan mereka untuk memerintah sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.
Ini ditambah pula dalam situasi PR yang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan pusat untuk berbuat demikian dan sumber data yang terhad bagi merangka belanjawan mereka.
Belanjawan PR juga satu cabaran terhadap Kerajaan Pusat agar tidak sekadar membentangkan belanjawan yang bermanfaat kepada rakyat, malah yang sihat untuk pertumbuhan ekonomi.
Demikian menurut Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam
Read More / Baca Lagi >>

Korea Selatan tunjuk cara mengundi di luar negara

Posted: 14 Oct 2012 06:30 PM PDT



 
Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bergelut untuk membuat perubahan yang perlu bagi memudahkan pengundian di luar negara, rakyat Korea Selatan yang tinggal di Malaysia sedang bersiap sedia untuk pertama kalinya mengundi bagi memilih presiden mereka.

NONEDalam Pameran Hari Korea di Pusat Konvensyen Sunway, Subang Jaya, yang berakhir semalam, para pegawai kedutaannya dan sukarelawan menyediakan kaunter tempat untuk mendaftar rakyat mereka sebagai pengundi tidak hadir.

Pegawai penyelianya, Sim Hyun Whoa (kiri), ketika ditemui di kaunter
kedutaan tersebut, memberitahu Malaysiakini bahawa pindaan perundangan yang perlu telah dibuat pada tahun 2007, tetapi persediaan hanya bermula pada tahun 2011 menjelang pilihan raya umum negara itu pada April 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya kampus petunjuk PRU13

Posted: 14 Oct 2012 06:21 PM PDT

Saifuddin Abdullah
Pilihan raya kampus (PRK) bagi 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk sesi ini telah selesai dijalankan pada 2 Oktober lalu. Kecuali masalah teknikal yang menyebabkan PRK Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terpaksa diadakan semula, umumnya PRK kali ini berjalan tanpa masalah besar.

Kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah dipilih, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan doakan dapat memikul amanah ini dengan cemerlang.
PRK kali ini menarik minat ramai secara luar biasa. Ini berlaku kerana dua sebab. Pertama, kerana ia PRK yang pertama sejak pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Kedua, kerana ia PRK terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Read More / Baca Lagi >>

AKU, SOROS DAN SESUATU

Posted: 14 Oct 2012 06:16 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/579218_294083967370998_118675731_n.jpg

Pehal UMNO nak sangat Haron Din jadi Mursyidul Am nih?

Posted: 14 Oct 2012 06:14 PM PDT

Nik Aziz perlu berundur

Haron Din
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut.


Katanya, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.
"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Presiden Jati mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tetap akan bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.
P/S: ada makna tuuuuu! hahaha! depa tak pikiaq ka lagu mana jadi kalau presiden PAS "pi" dan jawatan presiden disandang oleh Mat Sabu? pheeeeewit! patut la aku dengaq ada usaha kuat dikalangan 'oghang ataih' parti nak hapuskan pengaruh Mat Sabu dengan Nizar! Ooooooooo! ada agenda no!

Kisah antara si Najib Dol dengan Kereta Lembu

Posted: 14 Oct 2012 05:48 PM PDT

Si Najib Dol sepupu Sharip Dol pening memikirkan mana nak dapat 500 kupang untuk bayar ke penduduk Kpg Dusun seperti yang dijanjikan.
Tukang jaga jalan Kg Dusun, Pak Saman datang jumpa Najib Dol...
"Tak perlu risau tok... aku ada cara...."
"Apanya? Cepat lah beritahu, nanti hang Tukang jaga jalan pun hilang tahu..." kata Najib Dol...
"Kg Dusun ramai yg guna kereta lembu... kita boleh ambil untung daripada kesalahan kereta lembu..." kata Pak Saman...
"Macam mana?" tanya Najib Dol...


"Mudah aje, kita bina khemah tepi jalan... kereta lembu mana yang berak atas jalan, kita denda mereka...." kata Pak Saman...
Read More / Baca Lagi >>

Mengkritik dan menikmati

Posted: 14 Oct 2012 05:47 PM PDT

Oleh Zulhabri Supian
Malaysia pasca pilihanraya 8 Mac 2008 mengalami perkembangan ekonomi, politik dan sosial budaya yang sangat menarik dan berwarna warni. Kehambaran yang mewarnai sebelumnya mulai perlahan-lahan terpadam dan diganti dengan keterujaan.
Kemenangan terbesar 8 Mac bukan sekadar jatuhnya 4 negeri ke Pakatan Rakyat dan hilangnya majoriti 2/3 Barisan Nasional di peringkat pusat, tetapi lebih penting kembalinya keterujaan dan harapan untuk melihat Malaysia yang lebih baik


Setelah lebih 4 tahun, persaingan politik kekuasaan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus berlangsung dalam suasana panas dan tegang. Sulit untuk mencari jalan tengah, kondisi politik memaksa rakyat secara tidak sedar memilih bersama BN atau PR. Suara-suara rasional yang berlawanan baik dalam BN atau PR akan segera mati dan mendapat tentangan dengan alasan belum tiba masanya untuk memilih posisi yang bebas ikatan. Read More / Baca Lagi >>

Tuhan Pun Nampaknya Sudah Bersama PR...

Posted: 14 Oct 2012 05:46 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Semakin hampir waktu edah pilihanraya, pergelutan merebut kuasa antara BN dan PR nampaknya makin memuncak. Saban hari ada saja isu baru muncul di atmosfera politik negara, sekaligus menjadikan rating kedua-dua parti itu menjadi tidak menentu.
Sekejap BN diatas, tapi sekejap kemudian dipintas kembali oleh PR. Begitu juga sebaliknya bila PR di atas, BN akan berusaha menariknya ke bawah semula.



Rating Najib dan Anwar, dua sosok yang berebut kerusi empuk Perdana Menteri juga turut tidak menentu. Kedua mereka saling berebut kasih sayang dan kepercayaan daripada rakyat.

Tetapi dalam beberapa isu besar yang muncul, terutamanya yang mahu dijadikan modal utama oleh BN, seringkali ia menjadi seperti boomerang, berpatah balik dan merosakkan tubuh badan UMNO sendiri. Berulangkalinya berlaku senjata makan tuan ini seolah-olah menunjukkan Tuhan juga bersama-sama PR dan merestui perjuangan PR untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Read More / Baca Lagi >>

KIMMA dan jawatan pentadbiran

Posted: 14 Oct 2012 05:45 PM PDT

Oleh Syed Imran
Semua pihak yang menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan akan meminta jawatan termasuk dalam pentadbiran. Terkini Kongres India Muslim Malaysian atau KIMMA berbuat demikian. Sekurang-kurangnya KIMMA mahu jawatan timbalan menteri.


Tindakan KIMMA sama saja dengan pertubuhan politik lain yang bergabung atau menyokong Barisan Nasional. Mereka melihat perjuangan sebagai landasan untuk meminta atau mendapatkan jawatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, ketika berucap merasmikan mesyuarat KIMMA dan sebagai jawapan kepada permintaan KIMMA itu, bertanya siapakah Ketua Setiausaha Negara (KSN)?
Read More / Baca Lagi >>

Umno la ni dah jadi gulai basi, perjuangan Asang Ali hanya 'gigi palsu'

Posted: 14 Oct 2012 05:30 PM PDT

Pagi Ahad kawan saya telefon dan berceritakan kepada saya tentang Umno dan Asang Ali Jati tiga jalur.Dia tinggal di Sekyen 5 ,Taman Putra Mahkota, Bangi. Bila dengaq nama Asang Ali saya kata buat apa nak dok kalut dengan dia.Kawan saya kata dengaq la apa veteran Umno kata kepada Umno dan Hasan Ali.

Kawan saya tu bercerita.Veteran Umno tu kata tunggu orang lain tak ada kat surau kita sembang pasal Umno.Veteran Umno tu kata ,"Jangan bimbang saya sendiri nak sokong Pas dan PR.Umno la ni dah jadi macam gulai yang dah basi.Gulai kalau naik berbuih tu orang tak makan dah tu tanda dah basi.Kalau makan juga gerenti sakit perut dan cirit birit."

Veteran Umno tu kata pulak pasal Asan Ali Tiga Jalur."Dulu apabila Asan Ali kena pecat daripada Pas dan tubuhkan Jati saya dan kawan-kawan saya dok follow dengar ceramah Asan Ali.Lama-lama kami rasa lain macam ceramah Asan Ali.Kami ingat perjuangan Asan Ali 'perjuangan gigi original' tapi rupanya hanya 'gigi palsu' saja."

Sapa nak makan gulai basi makan lah.Kalau veteran Umno pun tak mau makan takkan kita pulak nak makan?:-)


Umno tandus pemimpin muda, dakwa Azmin

Posted: 14 Oct 2012 05:25 PM PDT


Azmin Ali
Azmin (tiga, kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil Persatuan Seni Silat Cemendi Lincah Kampung Johan Setia, semalam.
 
SHAH ALAM – Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa 'kitar semula' pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.

Read More / Baca Lagi >>