MIMPI SENJA |
- Norizan [mangsa tembakan polis] saman kerajaan Najib dan PDRM
- Edisi Kantoi .... hahaha orang UMNO sendiri yang masuk UMNO
- Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun
- Najib perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik : DSAI
- Najib - Soros : Terima kasih Muhyiddin kata Mahfuz
- Lingkup BN Sabah : Lagi pemimpin, tokoh koporat Sabah tinggalkan BN
Norizan [mangsa tembakan polis] saman kerajaan Najib dan PDRM Posted: 14 Oct 2012 11:39 PM PDT October 15, 2012 Norizan mendakwa dia telah menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis telah melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009 lalu. Kejadian tersebut menyebabkan ibu tunggal itu kini mengalami masalah pada pergelangan tangan dan sering sakit di bahagian jantung akibat daripada pembedahan yang dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selepas insiden tembakan tersebut. "Saya kini sering menggeletar di bahagian tangan dan jantung sering sakit terutamanya apabila cuaca sejuk. "Saya masih trauma dengan insiden ini hinggakan setiap kali terlihat kereta peronda saya akan teringat peristiwa tiga tahun lalu itu," kata Norizan. Disamping itu, Norizan juga melahirkan kekesalannya terhadap pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepadanya hingga sekarang. - TMI | ||
Edisi Kantoi .... hahaha orang UMNO sendiri yang masuk UMNO Posted: 14 Oct 2012 09:59 PM PDT MB tertipu jika percaya 86 ahli PR sertai Umno
BERA: PAS menganggap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tertipu jika percaya seramai 86 orang ahli parti-parti Pakatan Rakyat dari Cawangan Bukit Mendi menyertai Umno dalam 'Majlis Pemimpin Turun Padang' kelmarin. Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Mendi, Hasan Abdul Latif yang mendakwa mengikuti program yang dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakub itu secara dekat, hampir semua yang hadir bukannya datang dari Felda berkenaan. (Gambar: Hassan menunjukan laporan akhbar kononnya 86 ahli komponen PR menyertai Umno.) "Saya pasti kebanyakan yang hadir didatangkan dari Kampung Baris, Felda Sungai Kemahal, Jawi-jawi yang semuanya dari Dun Menteri Besar sendiri (Dun Pelangai). "Memang ada seorang penduduk Bukit Mendi iaitu Ismail Yusoff yang mengetuai kumpulan masuk Umno dan majlis tersebut diadakan di perkarangan kedainya sendiri, tetapi dia hanya bekas penyokong DAP" jelasnya. Media massa, elektronik dan portal berita internet semalam menyiarkan berita kononnya lebih 80 anggota PKR, PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Adnan pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, kelmarin. Turut hadir menyaksikan ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan dan Adun Guai, Norol Azali Sulaiman. Felda bukit Mendi berada dalam Dun Triang yang dimenangi wakil DAP Leong Ngah Ngah. Sementara itu Hasan berkata, beliau mengsyaki kemungkinan orang Umno sendiri yang masuk Umno pada majlis berkenaan bagi mengambil hati Menteri Besar yang pertama kali datang ke Bukit Mendi walau pun berada bersebelahan dengan Dun Pelangai. "Saya terpaksa tampil untuk menjelaskan kekeliruan ini setelah menerima banyak panggilan telefon bertanyakan keadaan sebenar," katanya kepada Harakahdaily. Dalam pada itu Yang Dipertua PAS Kawasan Bera, Sulaiman Mohamad pula berkata, propaganda isu PAS masuk Umno merupakan fenomena biasa menjelang pilihan raya. Beliau turut mengesahkan, tidak ada ahli PAS di Felda Bukit Mendi dan Bukit Puchong yang keluar menyertai Umno. "Berdasarkan gambar yang kita perolehi, tiada seorang pun yang kita kenali sebagai ahli PAS. Malah dengan hanya seorang saja (Ismail) yang tampil mengesahkan dia mennyertai Umno, itu bukan membuktikan ada penyokong PAS turut sama menyertai Umno. "Mungkin yang mahu masuk Umno itu hanya penyokong atas pagar ataupun penyokong Umno sendiri yang berlakon sebagai ahli Umno baru. Propaganda itu biasa menjelang PRU," katanya. Leong Ngah Ngah pula ketika dihubungi, mengesahkan Ismail pernah menjadi penyokong DAP pada satu ketika dulu tetapi sudah tidak aktif. "Bagi saya keputusan Ismail untuk menyertai Umno itu haknya dan beliau bebas menentukan haknya untuk berpolitik dalam sebuah negara demokrasi, DAP tiada hak untuk menghalang," ujarnya. - Harakah | ||
Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun Posted: 14 Oct 2012 09:04 PM PDT Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa SedarMahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki. "Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat. "Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily. Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno. Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun. "Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. "Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi. Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat. "Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi. Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain. Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. | ||
Najib perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik : DSAI Posted: 14 Oct 2012 08:01 PM PDT (Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 15 Oktober: Usaha Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai hubungan dengan spekulator mata wang, George Soros akhirnya terpalit kepada mereka sendiri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Mantan Perdana Menteri, Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata kalau Anwar jadi PM, negara ini akan dijual kepada Soros. "Akhirnya beliau (Mahathir) sebenarnya yang jumpa (Soros) dan keluar gambar mereka…tengok-tengok, bukan main lagi (mereka) senyum," kata Ketua Umum KEADILAN itu disambut sorakan lebih 12,000 hadirin ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Merdeka Rakyat ke Pulau Pinang di tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, malam tadi. Pada masa sama, skrin di tepi pentas turut memaparkan gambar pertemuan Mahathir dan Soros di sebuah hotel dalam negara pada 2006. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menempelak Umno BN melalui media kawalannya yang setiap hari mengaitkan Pakatan dengan jutawan itu. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja bertemu Soros di dalam negara, malah mengaturkan pertemuan khas di New York dua tahun lalu. "Saya tiada masalah kalau nak jumpa, tapi jangan fitnah kita…ini Utusan Malaysia dan Buletin Utama (TV3) setiap hari buat fitnah," kata Anwar. Turut berucap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Dalam pada itu, Anwar turut menceritakan sambutan luar biasa rakyat Sabah ketika jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu Jumaat dan Sabtu lalu. "Sambutan cukup luar biasa, termasuk di kubu kuat Umno di Lahad Datu…Sabah kini bukan lagi 'fixed deposit' mereka," kata Anwar. Sebab itu, katanya lagi, Najib mengumumkan peruntukan tambahan RM2.89 bilion kepada Sabah kerana takut kehilangan negeri itu. "Tapi saya nak cakap kat Najib, it's too late (ianya sudah terlambat)…beliau perlu sedia untuk jadi Ketua Pembangkang yang baik, InsyaAllah," sinis Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37851 | ||
Najib - Soros : Terima kasih Muhyiddin kata Mahfuz Posted: 14 Oct 2012 06:35 AM PDT (Pertemuan Soros dan Najib tidak perlu jika benar apa yang dicanangkan oleh tukang kempen BN) KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengingatkan Perdana Menteri bahawa bantuan George Soros "tidak membantu negara". Ketika menyokong apa yang didakwanya sebagai peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Soros, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah satu perkara bahaya jika tidak disedari peranan jutawan Yahudi di pelbagai negara. Walaupun tidak dinyatakan, Mahfuz menyifatkan ingatan Muhyiddin itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akhirnya, Najib semalam mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan Soros di New York dua tahun lalu. Mahfuz (gambar) berharap, peringatan Muhyiddin itu diberi perhatian serius oleh Najib. "Tidak elok merayu bantuan orang yang siang malam Dr Mahathir dan Umno sendiri hebah dan hebohkan sebagai penyangak. "Kalau tidak ada keperluan dan tidak ada bantuan yang hendak dirayu, tidak mungkin seorang Perdana Menteri sanggup mengambil risiko berjumpa senyap-senyap 'dalam gelap' dengan watak yang dicerca siang malam oleh partinya sendiri. "Tak usahlah mendakwa kononnya Soros yang hendak jumpa beliau, nanti banyak lagi yang akan terdedah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz juga menolak dakwaan Muhyiddin kononnya Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan isu Soros demi keuntungan politik parti pemerintah itu. "Selamba sungguh Muhyiddin berbohong seolah-olah rakyat tidak ada maklumat dan tidak baca berita," katanya sambil merujuk kepada projek memburuk-burukkan pembangkang melalui tindakan mengaitkan mereka dengan Soros seperti yang dilaporkan dengan meluas oleh media sekarang. Projek itu dilaporkan telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini dan dakyah berkenaan disebarluaskan melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Mahfuz berharap Najib dapat mengingatkan Muhyiddin bahawa, bukan sahaja tidak menepati janji, berbohong juga perbuatan munafik. Perdana Menteri hari ini dilaporkan mendakwa bahawa kerajaan BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik. Sambil terus mengaitkan dengan pertemuan senyap-senyap Najib dengan Soros, Mahfuz mengingatkan bahawa Perdana Menteri yang jujur tidak bercakap lain di hadapan rakyat tetapi di belakang mereka melakukan yang lain pula. "Adalah satu perbuatan songsang dan hipokrit yang amat serius apabila Perdana Menteri senyap-senyap bertemu 'dalam gelap' dengan watak yang dikempenkan sebagai penyangak di hadapan rakyat malah digambarkan sebagai musuh yang merosakkan negara," katanya. Ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa kerajaannya menunaikan janji, Mahfuz yakin ruang siber sehari dua ini akan penuh dengan senarai janji-janji bohong BN. "Janji tidak ditepati BN sudah terlalu masyhur," kata beliau- Harakah | ||
Lingkup BN Sabah : Lagi pemimpin, tokoh koporat Sabah tinggalkan BN Posted: 14 Oct 2012 01:38 AM PDT LAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat. Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS). Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS. Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu. Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan. Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN. Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37846 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan