Sabtu, 13 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SANTAI PAGI [Video] Kalau lemah semangat jangan tengok na - FINAL DESTINATION 5 :BRIDGE COLLAPSE

Posted: 13 Oct 2012 08:29 PM PDT

hahahhaha mampuih BN pulak dah .... PRU 13 BN hanya akan menang di 3 negeri kata Daim

Posted: 13 Oct 2012 09:19 AM PDT

Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.

"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.

"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.

Daim turut meramalkan agak
sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.

Mengenai
Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai
Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara
Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Nasha Lidah Panjang -TGNA

Posted: 13 Oct 2012 05:30 AM PDT

Saturday, 13 October 2012 20:03
Mursyidul Am  PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pix: Sinar HarianMursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pix: Sinar HarianKOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Pas, mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

"(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang'," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.


Pendirian Nasharudin yang mengkritik kerjasama Pas dan DAP tidak disenangi Nik Aziz yang pernah memberi kata dua kepadanya supaya melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok pada 2009.

Sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau terharu dengan sokongan masyarakat bukan Islam di Kelantan yang menyokong pembinaan Lebuh Raya Rakyat dengan menghulurkan derma.

"Wat Buddha sanggup mengadakan majlis untuk memungut derma dan mereka menyerahkan lebih RM65,000 untuk membangunkan lebuh raya ini, walaupun miskin tetapi memberi sokongan yang kuat kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam dan mengunjungi wat walaupun mendapat kritikan pihak tertentu yang tidak memahami asas perjuangan Islam.

"Saya sentiasa berkunjung ke wat dengan menghadiri pelbagai acara yang dibenarkan, (Islam) saya tahu yang mana tidak boleh dan yang mana  boleh.

"Saya juga ke sana menyebarkan Islam dengan menyatakan apa yang betul dan apa yang salah," katanya.

- Sinar Harian

Sah mampuih dah Pakatan P Pinang PRU kali ni ,,,, tengok la ....hahahahahaha

Posted: 13 Oct 2012 12:52 AM PDT


50,000 Veteran Umno P. Pinang Bantu BN Pada PRU13
BUKIT MERTAJAM: Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan B Nmerampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. "Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN. "Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, Sabtu.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan.
Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu. "Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti.
Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja. "Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. -BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Royalti : Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion

Posted: 13 Oct 2012 09:40 PM PDT


BACHOK: Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di perairan negeri ini.

Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan.

Read More / Baca Lagi >>

KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Kediaman Tun Mustapha Terbongkar!

Posted: 13 Oct 2012 08:38 PM PDT


Rupanya, muslihat Perdana Menteri Najib Altantuya yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, yang akan melawat kediaman Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun, yang digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, hari ini, terbongkar.

Najib Altantuya dijadual berkunjung ke kediaman Allahyarham, yang dinamakan 'Istana Tun Mustapha' pada sebelah tengah Hari selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat.

Antara yang dijangka menyambut ketibaan Najib Altantuya ialah anak Allahyarham iaitu Amir Kahar, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi.

Lawatan Najib Altantuya itu kununnya merupakan satu pengiktirafan kepada Allahyarham, seorang negarawan dan pahlawan yang banyak berjasa kepada negara serta rakyat Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Kelab MP-BN: 'Pengaruh Dr M cukup besar'....Najib makin tidak diyakini...!!!

Posted: 13 Oct 2012 08:36 PM PDT


Abdul Rahman Dahlan
Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
SHAH ALAM – Sambil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad "ada pengaruh" dalam menentukan arah aliran sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan hak orang Melayu.
Peranan itu katanya, memberi pengaruh yang cukup besar dalam arena politik negara, lebih-lebih dalam menghadapi PRU13.
"Beliau diingat sebagai Perdana Menteri bermakna memang dari segi pengaruh itu masih ada," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online.
Umno, parti teras BN, dikembangkan ke Sabah ketika era Dr Mahathir.
Abdul Rahman, pemimpin muda Umno dari Sabah berkata, beliau melihat Dr Mahathir sentiasa bersungguh-sungguh dalam memastikan sokongan orang Melayu menyumbang kepada kestabilan politik negara yang sekali gus memberi ruang kepada Umno-BN kekal mentadbir Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Fiesta Jalanan Selangor Tarik Perhatian Anak Muda

Posted: 13 Oct 2012 08:34 PM PDT

KLANG, 14 OKT: Fiesta Jalanan Selangor Daerah Klang Dan Fiesta Teater Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Klang berjaya menarik perhatian anak-anak muda daerah tersebut.
Dianggarkan lebih separuh penyertaan dalam acara-acara yang dianjurkan selama sehari tersebut melibatkan golongan belia di bawah umur 40 tahun.
Dalam program yang diadakan di Dataran Seni Klang itu, pelbagai acara diadakan termasuklah persembahan teater, bacaan puisi, tarian tradisional, gamelan, muzik asli dan lain-lain.
Selain itu pelbagai pertandingan yang mampu menarik penyertaan golongan anak muda seperti pertandingan kompang, congkak, batu seremban, galah panjang, dam harimau dan memasak turut diadakan.
Pertandingan karaoke yang dikhususkan bagi golongan 40 tahun ke atas turut diadakan pada sebelah petangnya pula.
Read More / Baca Lagi >>

Erdogan bidas PBB tidak bertindak ke atas Syria

Posted: 13 Oct 2012 08:33 PM PDT


ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan Sabtu lalu membidas Majlis Keselamatan PBB kerana tidak bertindak ke atas Syria, berkata badan dunia telah mengulangi kesilapan yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di Bosnia pada tahun 1990-an.
Tentera Presiden Bashar al-Assad menggunakan serangan udara dan artileri ke atas pemberontak, dengan konflik 19-bulan ini berisiko menyeret kuasa-kuasa serantau.

Turki semakin terlibat selepas memintas pesawat Syria yang didakwa membawa peluru buatan Rusia untuk tentera Syria, sekaligus membangkitkan kemarahan Moscow dan Damsyik.Turki turut menyeru untuk campur tangan, termasuk penguatkuasaan zon larangan terbang kepada pesawat asing untuk menghentikan serangan udara oleh kuasa Assad.

Read More / Baca Lagi >>

Report lodged over Umno’s RM40m

Posted: 13 Oct 2012 08:32 PM PDT

Sabah Progressive Party has lodged a police report over the 'clearance' of Sabah Chief Minister Musa Aman of graft and money laundering allegations last week.

PETALING JAYA: The clearance of Sabah Chief Minister Musa Aman of any wrongdoing last week over money laundering and graft allegations involving RM40 million has continued to bewilder and anger opposition parties.
Among the latest is the youth wing of Sabah Progressive Party (SAPP), whose members claimed that the government explanation that the money did not belong to Musa, but Sabah Umno, smacks of a deliberate cover up.
Lodging a police report over the matter on Friday, they urged the police to further investigate the origin of the RM40 million. They also questioned the need to smuggle the money out of Hong Kong and businessman Michael Chia's relationship with Umno.
"If there is no connection (between Chia and Umno), why isn't Umno managing the transaction?" asked the report.
Speaking to FMT, SAPP Youth chief Edward Dagul said that the party finds it hard to believe that the Minister in Prime Minister's Department Nazri Aziz has attempted to "swipe away such a serious case with such a simple sentence".
Read More / Baca Lagi >>

Langat 2: Imej negara buruk di peringkat antarabangsa

Posted: 13 Oct 2012 08:27 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa," kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar).

Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Warga estet dakwa kehidupan terpinggir

Posted: 13 Oct 2012 08:26 PM PDT


KUALA LIPIS: "55 tahun merdeka nasib warga estet tidak terbela, janji BN gagal ditepati", demikian bunyi ayat yang terpampang pada banner semasa menyambut kedatangan konvoi 'PAS Cakna ke kawasan Parlimen Lipis' di Ladang Benta dekat sini baru-baru ini.
Rombongan PAS Pahang itu hadir bagi mendengar sendiri keluhan masyarakat berketurunan India pekerja estet yang mendakwa tiada pihak yang menitikberatkan kebajikan mereka selama ini.

Seorang penduduk, R Krishnan, 62 menceritakan, majoriti warga estet khususnya buruh ladang masih tercicir daripada menikmati peluang kehidupan lebih baik dan selesa berbanding pekerja sektor lain.

"Kami menyumbangkan tenaga untuk kemajuan ladang dan ekonomi negara. Namun peluang kami untuk memiliki rumah sendiri masih samar-samar begitu juga dengan pendidikan lebih terjamin," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz serah gelang untuk derma pilihan raya

Posted: 13 Oct 2012 08:24 PM PDT


Nik Aziz
Nik Aziz menunjukkan gelang yang disumbangkan kepada tabung pilihan raya, semalam.
 
KOTA BHARU- Selepas berjaya melelong tongkat sempena Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat dua minggu lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil sekali lagi menunjukkan barangan untuk disumbangkan.
Kali ini beliau menunjukkan seutas gelang emas  milik seorang Muslimah untuk didermakan kepada tabung Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) yang berlangsung tidak lama lagi.

"Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri  gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan," katanya semasa berucap Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

WHAT - M'SIAN CHINESE POOR? YES - their poverty is actually entrenched & intractable

Posted: 13 Oct 2012 08:22 PM PDT

REPRINT Soon after I returned to Malaysia in late 2005, I met with a former president of the country's major Chinese party in his office. During the discussion which covered a range of issues, I expressed my concern at the failure of the Chinese political leadership to deal effectively with the socio-economic problems and challenges that the community was facing.
WHAT - M'SIAN CHINESE POOR? YES - their poverty is actually entrenched & intractableI had known the leader since the 1970s but especially in the late '80s and early 1990s when I was a panellist in the 150-member National Economic Consultative Council (NECC) which had been set up by the then-Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, to come up with a post-1990 economic policy to replace the New Economic Policy (NEP).
The response of the former president to my concern shocked me. Besides defending his party and his leadership, he declared that the Chinese were very lucky to be able to live in Malaysia. "Where else in the world can you find a simple char koay teow seller become so rich and drive a Mercedes!" was his rejoinder.
This view that the Chinese have done very well for themselves — and by extension, do not require assistance from the government — is not uncommon. However, it is a gross generalisation and erroneous on several counts. Taken to its logical end and juxtaposed with the fact that many of the country's richest individuals are Chinese, such a simplistic view has provided the underpinnings for the racially biased public policies pursued in a wide range of sectors and over such a long period of time in the country.
Off the public radar
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: 'PRU 2008, tiada siapa minta bantuan saya'

Posted: 13 Oct 2012 08:21 PM PDT


PRU 13 pengaruh Dr M SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya, Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menceritakan bagaimana beliau dipinggirkan pada Pilihan Raya Umum 2008 sehingga membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan disusuli dengan 2008.
"Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008 kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz.

Read More / Baca Lagi >>

Cybertroopers, media sosial kunci kepada kejayaan BN pada PRU 13, kata Saifuddin

Posted: 13 Oct 2012 08:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Kandungan oleh "cybertroopers" Barisan Nasional (BN) dan seluruh platform media sosial akan menentukan kejayaan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah (gambar).
Kata timbalan menteri yang popular itu, BN telah menerima pelajaran penting sewaktu pilihan raya umum 2008 selepas kalah teruk ekoran kegagalan mereka menguasai dunia siber yang ketika itu lebih dikuasai parti yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat (PR).
"Kita tiada di sana (dunia siber) pada 2008 ... kita handicap. Kita tewas pada masa itu, sebab itu kita hilang pengundi muda.
"Tapi kini BN telah bersedia, kita mempunyai pasukan blogger dan media baru yang dikenali sebagai "BNcybertroopers", bezanya sekarang adalah isi kandungan media itu," kata Ahli Parlimen Temerloh itu kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.
BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.
Saifuddin yang seringkali mengeluarkan pendirian berbeza daripada pemimpin Umno yang lain turut menjelaskan, pucuk pimpinan BN dan juga Umno turut dilihat bergiat aktif di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.
"Kita lihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau sanngat aktif dengan media baru menjelang pilihan raya umum, berbanding pemimpin-pemimpin BN terdahulu.
"Boleh dikatakan majoriti pemimpin sekarang aktif menggunakan media baru," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Projek kubur 80 ekar, kos RM31 juta di Pengerang

Posted: 13 Oct 2012 08:05 PM PDT

Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan, kata ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang.

PETALING JAYA: Satu projek perkuburan mega membabitkan kawasan seluas lebih 80 ekar dengan kos RM31 juta sedang dilaksanakan di Kampung Pungai, Pengerang  di Johor.
Bagaimanapun, penduduk kampung  membantah dan tidak gembira dengan projek perkuburan mega yang didakwa dibiayai Petronas itu.
"Kerja-kerja menambak  tanah sudah bermula sejak sebulan lalu tetapi projek ini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung ini.
"Apa perlunya sebesar ini? Mengapa dibuat di tanah lapang? Kenapa tidak dibuat di  atas tanah bukit di kawasan berhampiran,?" tanya  ketua cawangan Umno, Isa Sultan yang juga AJK Umno Pengerang.
"Kampung lain dapat pembangunan, Kampung Pungai dapat tanah perkuburan." katanya dengan nada kecewa.
Menurut Isa tidak ada keperluan untuk Petronas membina tanah perkuburan seluas 80 ekar kerana tanah kubur sedia seluas dua ekar masih banyak yang kosong.
"Sejak seratus tahun, masih banyak kawasan kosong di atas tanah perkuburan ini," kata beliau lagi.
Kampung Pungai tidak terbabit dengan projek petrokimia dan hanya mempunyai kira-kira 200 buah rumah.
Isa yang tidak gembira dengan projek perkuran mega itu  berkata, sepatutnya tanah perkuburan  itu digunakan untuk projek perumahan untuk pemindahan projek RAPID.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Pilih ‘teman’ dalam kereta - Pandu Angkut..!!!

Posted: 13 Oct 2012 08:00 PM PDT

Pilih 'teman' dalam keretaKUALA LUMPUR: Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring.
Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.
Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.

Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.

Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.

Malaysia Kita : Formula maut yang rosak badan dan otak

Posted: 13 Oct 2012 07:59 PM PDT

Rosak badan, otak
BOB... mendakwa ubat batuk campuran baru mencerdaskan otak. 
 
KUALA LUMPUR: Bermodalkan RM6 segelintir remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah dikesan mencipta 'formula lalok' dengan mencampurkan ubat batuk dan sejenis pil kononnya sebagai minuman kesihatan tambahan untuk kecerdasan badan dan otak.
Bagaimanapun, perbuatan kreatif tidak bertempat ini boleh mengundang maut jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman, buah pinggang, otot badan mengecut dan berat badan menurun secara mengejut.
Penemuan kaedah baru menghasilkan formula yang murah dan mudah didapati ini menjadi faktor utama peningkatan penyalahgunaan ubat batuk di kalangan remaja.

Kos untuk menghasilkannya iaitu RM6 jauh lebih murah berbanding ubat batuk haram yang dijual antara RM50 hingga RM80 sebotol (150-200 mililiter), manakala bekalan ubat batuk mudah diperoleh di farmasi sekitar Lembah Klang.

Pendedahan mengejutkan ini berjaya dibongkar Metro Ahad hasil tinjauan dan siasatan selama seminggu di beberapa daerah di Selangor dan di sini.

Hina Islam : Poster 'Raya Haji and Halloween' cetus kontroversi

Posted: 13 Oct 2012 07:54 PM PDT

Poster 'Raya Haji and Halloween
Poster besar yang diletakkan di ruang legar utama sebuah pusat membeli-belah mencetuskan rasa kurang senang pengunjung umat Islam.
 
KUANTAN - Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama lain.

Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.
Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13:Mahathir ada ‘pengaruh besar’?

Posted: 13 Oct 2012 07:53 PM PDT


PRU 13 pengaruh Dr M SHAH ALAM –  Karisma dan pencapaian mantap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara faktor besar yang bakal menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, meskipun pembabitan Dr Mahathir hanya secara tidak langsung iaitu menerusi komen-komen beliau terhadap dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia membantu memberi impak besar dalam siri kempen kerajaan dalam PRU.

Read More / Baca Lagi >>

Kelulusan Langat 2 Muhyiddin Gagal Dapat Nasihat Yang Betul

Posted: 13 Oct 2012 07:52 PM PDT


SHAH ALAM, 14 OKT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat nasihat yang betul sekiranya beliau menganggap pengambilan tanah Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat akan membolehkan projek loji Langat 2 diteruskan.
Sebaliknya dalam isu tersebut, isu pengambilan tanah oleh Kerajaan Pusat bukanlah isu utama, tetapi kelulusan untuk membina sebarang struktur di dalam Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Demikian reaksi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah yang juga merupakan pengamal perundangan negara berhubung kenyataan terbaru Muhyiddin mengenai projek Langat 2.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tidak rugi kerjasama dengan DAP, NGO

Posted: 13 Oct 2012 07:51 PM PDT



KUALA TERENGGANU: Kerjasama PAS dengan mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak pernah merugikan parti sebaliknya pengaruh PAS berkembang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerjasama PAS dengan mana-mana pihak termasuk Umno pada tahun 1970 hingga 1978 tidak pernah merugikan parti.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi Awang menandatangani plak perasmian pejabat Masjid MTT Darul Iman).
Menurutnya, meski pun ketika itu PAS kehilangan kerajaan di Kelantan serta dipecat oleh Barisan Nasional (BN) tahun 1978.

Namun, katanya pengaruh PAS berkembang di seluruh kementerian, pusat pengajian tinggi serta jabatan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih kutip lebih RM13,000 dalam konsert ‘Bersih Rock’

Posted: 13 Oct 2012 07:50 PM PDT

Konsert Bersih 2.0 berjaya mengumpul dana lebih RM13,000 melalui derma yang diterima daripada pengunjung konsert tersebut. — Gambar oleh Choo Choo May
PETALING JAYA, 14 Okt — Walaupun dalam keadaan hujan dan becak, Konsert Bersih 2.0 malam tadi berjaya mengutip lebih daripada RM13,000 dana melalui derma yang diterima daripada pengunjung konsert tersebut. Konsert yang bermula sekitar jam 4.30 petang di Stadium Kelana Jaya itu berjaya menarik kehadiran sekitar 500 pengunjung rata-ratanya penyokong Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih).
Julung-julung kalinya mengadakan kempen menuntut pilihan raya yang bersih menggunakan konsert seumpama ini, dana yang diterima daripada derma pengunjung itu akan digunakan untuk membantu perjuangan badan bukan kerajaan ini bagi memastikan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan mereka, jelas Pengerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said (gambar).
"Kami tidak akan berjaya tanpa bantuan anda semua," kata sasterawan negara itu lagi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad turut mengharapkan agar semangat perjuangkan lapan tuntutan Bersih itu akan dapat dizahirkan melalui konsert pada malam itu.
Bersih sebelum ini pernah menganjurkan dua demonstrasi besar-besaran di ibu negara menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dengan yang pertama pada April tahun lalu, dan terbaru, Bersih 3.0 pada awal tahun ini.
Konsert Bersih 8T pada malam tadi dianjurkan berikutan kekecewaan mereka kerana kerajaan dilihat enggan melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Muda Ganu : Amzad Ceramah Di Banggol Pradong

Posted: 13 Oct 2012 07:47 PM PDT

Dr Zulkifli Hassan - Pemikiran Yusuf Qaradhawi dan Pengaruhnya Dalam Konteks Dakwah dan Pemikiran Islam

Posted: 13 Oct 2012 07:45 PM PDT

Usul 181 Lawatan Kapal Perang USA PAS Tumpat

Posted: 13 Oct 2012 07:42 PM PDT

Bersih syor pemantau asing bantu SPR

Posted: 13 Oct 2012 07:40 PM PDT

Konsert Bersih : Lapan tuntutan BERSIH + Lagu BERSIH

Posted: 13 Oct 2012 07:38 PM PDT