Khamis, 4 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tukar kerajaan jika tidak mau anak/kroni Mahathir bolot hasil minyak

Posted: 04 Oct 2012 10:43 PM PDT


KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37408

Ali Rustam boleh digelar Jayalalithaa Malaysia - Mat Sabu

Posted: 04 Oct 2012 08:25 PM PDT


Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'
KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.
Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.
"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.
Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.
Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.
Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.
Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.
Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".
Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.
-harakahdaily

... bukti orang muda tolak Najib, BN

Posted: 04 Oct 2012 07:00 AM PDT


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila  percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
"Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.
Setakat ini, jumlah 'like' pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran 'Anwar Ibrahim' adalah sebanyak 1,352 manakala 'dislike' hanya 163.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37346

Azmin tak perlu minta maaf - Tan Sri Khalid

Posted: 04 Oct 2012 05:17 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham. 


Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang. 



"Bagi sayaAzmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat. 


"Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 

Azmin berkata Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu. 

Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU ke-13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.

Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang disifatkan mengamalkan kronisme. 

Malah, beliau berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam kabinet bayangan itu. 

"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah kabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam kabinet bayangan. Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf. 

"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ANWAR TAKUT SEEKOR KATAK?

Posted: 04 Oct 2012 01:54 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, Ibrahim Alkataki pun teramat marah dengan DS Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah berlepas ke Paris.  Raja katak ini mendakwa DS Anwar takut untuk berhadapan dengannya sebab itu beliau ke Paris (Berita dari Utusan Meloya). Orang gila mana mahu percaya akan kata-kata Ibrahim Alkataki itu kecuali yang bengap seperti beliau juga.

Mengapa Raja katak ini tidak marah dengan Najib apabila Najib tidak menggunakan peluang terbuka untuk berhadapan dengan DS Anwar sewaktu beliau membahaskan Bajet "Santa Clause" Najib baru-baru ini?  Bukankah DS Anwar berjanji untuk memberikan sepenuh ruang bahkan masa 10 minit untuk Najib bercakap sekiranya Najib hadir pada hari DS Anwar bahaskan bajet?  Pertarungan Perdana yang sepatutnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia adalah pada dua sesi, iaitu sesi Najib membentangkan Bajet dan sesi Ketua Pembangkang membahaskan Bajet tersebut.  Malangnya, Najib tidak langsung ada keberanian seperti DS Anwar yang setia menanti Najib merepek menaburkan 'gula-gula' beracun Jumaat lalu.  Najib menghilangkan diri sewaktu sesi yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Lihat ni....PAS tolong kawe...kalau tak mapuh kawe demoo.....

Ibrahim alkataki pula yang perasan kononnya DS Anwar takut dengan beliau.  Mengapa sewaktu Najib tidak hadir, Ibrahim Raja katak ini tidak bangun membantu Najib mencelah sewaktu DS Anwar bahaskan belanjawan?  Beberapa orang Ahli Parlimen dari Bn telah diberi laluan yang selesa oleh DS Anwar untuk mencelah, tapi ketika itu Ibrahim Raja katak masih berada di bawah tempurung.

Siapa Ibrahim alkataki yang merasa hebat sangat ini?  Orang yang menumpang atas ihsan PAS sebagai Ahli Parlimen ini tidak sedar diri dan masih merasa beliau hebat.  Setakat hero kepada geng-geng baling kasut ke dalam masjid, tidak layak untuk Ibrahim alkataki menyamai tarafnya dengan DS Anwar.  Umno sendiri pun telah campakkan Raja katak ini ke dalam longkang sebelum dikutip oleh PAS.

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia sudah kenal siapa Najib.  Hebatnya Najib hanya di hadapan TV semata-mata kerana di situ beliau tidak boleh disoal.  Hebatnya Ibrahim alkataki adalah beliau pengukir sejarah tokoh politik yang paling kerap cium tangan bos-bosnya terdahulu dan kita tidak lupa kaki ampu ini adalah tokoh politik yang pertama mengunjungi DS Anwar di German sewaktu DS Anwar keluar dari penjara dan mendapatkan rawatan di German.  Tidak pula dipastikan sewaktu di German, Ibrahim Raja katak ini melutut atau mencium tangan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Apa beza kisah kenduri ala Jayalalithaa Ali Rustam dengan lembu di kondo?

Posted: 04 Oct 2012 01:59 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Khalid,buang tengah laut pun boleh hidup daa..

Posted: 04 Oct 2012 07:22 AM PDT



dollah yankee -
Ushar laa rambut ... Kah..Kah..Kah.. 

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Baru aku tau siapa itu orangnya...Thank you Zunar!!

Posted: 03 Oct 2012 11:46 PM PDT

Hahahahahaha!! Satira ini telah dipentaskan dalam MCOBA Annual Dinner kalu x silap aku...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Do you want the devil you know?

Posted: 04 Oct 2012 09:07 PM PDT

BN happens to have been in federal government for so long that people tend to automatically assume they have the required leadership.

by Kee Thuan Chye
I'm finding this frequent comment by people rather irksome: "But does Pakatan Rakyat (PR) have leadership? Can it take over the federal government?"
I'm prompted to ask: What do they mean by "leadership"? Is the Barisan Nasional (BN) leadership the kind we want?
I'd take it further: Does BN have leaders? I mean, real leaders?
People tend to forget to look at the states currently being governed by PR. I don't know much about Kedah and Kelantan, but Selangor and Penang have been doing fine.
I live in Selangor, and as a Penang-born-and-bred, I visit Penang from time to time. The Auditor-General has commended the PR government of Penang for its financial management and monitoring system for three consecutive years – 2008, 2009 and 2010.
The Auditor-General has also commended the PR government of Selangor for its "very good" performance in 2010 of reducing public debt and loan repayment arrears. And from 2009 to 2010, its consolidated revenue also increased by 20.2%.
Leadership must have something to do with it, must it not?
Read More / Baca Lagi >>

#TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like..!!!

Posted: 04 Oct 2012 08:52 PM PDT


 
KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'.

Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298.

Saluran  'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes.

Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013.

Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik.

Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605.
Read More / Baca Lagi >>

POLITIK SONGSANG : BUKU-BUKU KECIL KELUARAN UMNO

Posted: 04 Oct 2012 08:50 PM PDT

MEMFITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM/PAS/DAP KINI DITABUR DISETIAP RUMAH DIBEBERAPA BUAH KAMPONG TRADISI DAN TAMAN PERUMAHAN MAJORITI PENDUDUKNYA ORANG MELAYU!!!!


3 buah buku kecil dipercayai keluaran UMNO kini ditabur merata dirumah-rumah orang Melayu sebagai usaha untuk menakut-nakutkan warga Melayu dengan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yaang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Buku kecil bertajuk ...
1) Anwar Bohong   2) 10 Perkara yang perlu diketahui oleh MELAYU ISLAM mengenai DAP dan 3)  Nasib Orang Melayu jika DAP berkuasa.. Fikirkanlah.

Betapa terdesaknya UMNO yang semakin nazak. Sanggup lakukan perkara sejijik ini untuk pertahankan kuasa yang semakin goyah dan Ins'y Allah pasti rebah pada PRU 13 nanti.

Jika beginilah cara politik yang masih diamalkan oleh UMNO maka sah dan sahih seperi apa ramalan dan amatan para penganalisis dan pengamat politik menyatakan yang UMNO besar kemungkinan akan tumbang kecundang pada PRU 13 dan negara Malaysia akan mendapat pemerintah yang baru, Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dewan Rakyat Gamat : Azalina Mengamuk Sakan..!!! Tak Tahan Dengan Demo Pengerang...ha..ha..ha..buruk bebenor rupenya..!!!

Posted: 04 Oct 2012 08:18 PM PDT

Di bawah Pakatan GLC negeri boleh urus carigali minyak

Posted: 04 Oct 2012 08:13 PM PDT

PENGKALAN CHEPA: Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya pada ceramah di Putik malam tadi.

Read More / Baca Lagi >>

Royalti: Kelantan tuntut bayaran penuh RM10.4 bilion

Posted: 04 Oct 2012 08:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

MP Pakatan: Kabinet bayangan Utusan ‘sampah’ dan adu-domba

Posted: 04 Oct 2012 08:09 PM PDT

Barisan jemaah menteri seperti yang dibayangkan itu khayalan yang tidak berasas sama sekali. 

KUALA LUMPUR: Kabinet bayangan ala akhbar Utusan Malaysia disifatkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tidak masuk akal.
Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, barisan jemaah menteri seperti yang dibayangkan itu khayalan yang tidak berasas sama sekali.
"Saya ucapkan terima kasih kerana dapat melihat begitu tinggi kebolehan saya dan anggap saya layak pegang Menteri Kewangan 1.
"Tapi perkara ini langsung tak pernah berbangkit dalam Pakatan Rakyat jadi tak perlu bincang panjang tentangnya.
"Laporan ini sama sekali sampah dan jelas menunjukkan tahap kualiti akhbar itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tidak ada sebab untuk rakyat mempercayai kesahihan sumber laporan tersebut.
"Saya tak perlu komen kerana kredibiliti akhbar itu memang sudah hancur. Ianya rancangan tersusun untuk mewujudkan percanggahan dan masalah.
"Polisi Pakatan sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU13) Perdana Menteri yang dilantik tidak boleh ambil portfolio Menteri Kewangan," katanya yang dikatakan akan diangkat sebagai Menteri Wilayah.

Pentadbiran negara

Read More / Baca Lagi >>

MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (2)

Posted: 04 Oct 2012 07:58 PM PDT

MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (1)

Posted: 04 Oct 2012 07:58 PM PDT

MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (4)

Posted: 04 Oct 2012 07:57 PM PDT

Sikap penakut Najib terserlah.....cakap tak serupa bikin

Posted: 04 Oct 2012 07:55 PM PDT

Dalam satu ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani "turun ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
 
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," tegas Najib lagi. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.

Kepada seluruh rakyat Malaysia !  Lihatlah lakunan perdana menteri kita yang bernama Najib Tun Razak ini. Beliau, kalau bercakap punya le hebat,, sehingga  microphone pun macam nak ditelannya. Setakat itu sajalah keberanian beliau,, bercakap sorang-sorang, tanpa disanggah oleh sesiapa,,  diajak berdebat dia tak berani !! 

Kelmarin DS Anwar jemput dia hadir ke parlimen untuk berdebat soal bajet 2013,  tetapi batang hidung dia pun tak nampak.  Tetapi lebih mengejutkan,  tiba-tiba dia muncul ditempat lain,  berkokok bergegar-gegar.bercakap pasal semangat dan keberanian! Dia tak sedar dia sedang lari dari cabaran Anwar serta tanggung jawab berdebat diparlimen Apa jenis pemimpin le macam ni?  Usah kata jadi Perdana Menteri! jadi ketua pembangkang pun tak layak!!!

Oleh : rahimothman

Bajet 2013 : C is for contrafibularity - Blackadder - BBC

Posted: 04 Oct 2012 07:52 PM PDT

Bila Ustajah Pengampu kupas isu ekonomi Negara....!!!

Posted: 04 Oct 2012 07:51 PM PDT

saya Petik (Sinaar Harian) Rakyat berasa pelik, bagaimana orang yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara 'bukan-bukan'. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bila rakyat Selangor menuntut pelbagai janji yang pernah dibuat berkaitan bekalan air percuma, penurunan cukai dan bantuan kewangan kepada golongan tertentu, Menteri Besarnya kata manifesto bukan janji. Manifesto bukan janji? Dari perspektif itu sahaja rakyat sudah memahami bahawa pembangkanglah sebenarnya yang menabur gula-gula bagi memenangi pilihan raya.
Kata Najib, janji 'bulan, bintang dan cakerawala' pembangkang yang semua pihak tahu tidak mampu ditunaikan "is not worth the paper they were written on". Boleh baca dan simpan sahaja; tidak boleh dipakai. Sebagai contoh, bajet pembangkang tidak ada strategi khusus untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau membantu generasi muda memiliki rumah.

Negara Zina : 2,500 sebulan, 83.3 sehari, setiap 15 minit anak luar nikah dilahirkan.

Posted: 04 Oct 2012 07:43 PM PDT


KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Oktober 2012

DI MANA PERUNTUKAN BAJET 2013 KHUSUS UNTUK MENANGANI GEJALA
SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING?

Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas membawatema : `Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat.'  Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap  suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.

Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah,  berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. 

Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak akan mampumenangani permasalahan peningkatan jenayah sosial di dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik dari sekadar merawat sesuatu gejala itu.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin

Posted: 04 Oct 2012 07:40 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak.

Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini.

Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja.

Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa Lebih Berani : Mat Maslan Atau Mazlan Aliman

Posted: 04 Oct 2012 07:37 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.


Mazlan lawan Ahmad Maslan.
Sebagai contoh katanya Mazlan mengatakan RM400 juta saham FVHB dijual atau diberikan kepada Genting syarikat perjudian tersohor dan terbesar di Malaya ini di mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya datuk Najib Razak.

Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal.

Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan.

Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah...Read More / Baca Lagi >>

Rasuah : Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang

Posted: 04 Oct 2012 07:31 PM PDT

Pakar undang-undang tidak bersetuju dengan penilaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa undang-undang perlu dipinda sebelum ia boleh menjadi lebih berkesan untuk bertindak terhadap tokoh-tokoh politik yang rasuah.
NONERabu lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, yang juga anggota panel khas SPRM, mendedahkan bahawa suruhanjaya itu telah berhujah bahawa ia terhalang oleh "peruntukan kuno" dalam undang-undang yang sedia ada.

Salahuddin (kiri) telah memberikan satu contoh kes yang dibangkitkan oleh SPRM kepada PSC di mana seorang pemimpin negeri yang kaya, tidak boleh didakwa kerana kelemahan dalam undang-undang, walaupun enam kertas siasatan dibuka terhadap individu tersebut.

Antara lain, kata Salahuddin, SPRM telah memberitahu PSC bahawa ia mahu seksyen 23 dan 50 (lihat di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dipinda.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Scorpene: Benarkan Peguam Perancis masuk Malaysia – Pakatan

Posted: 04 Oct 2012 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Kerajaan dituntut supaya tidak menghalang peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis masuk ke negara ini untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung pembelian dua kapal selam itu yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat bimbang jika peguam terbabit – William Bourdon dan Joseph Breham dihalang masuk ke Malaysia seperti yang berlaku sebelum ini.
"Kerajaan harus benarkan mereka masuk. Semua Ahli Parlimen sama ada Barisan Nasional atau Pakatan nak tahu secara objektif.
"Kita kena dapatkan gambaran sebenar dan nilaikan hujah-hujah mereka. Jadi kerajaan tidak kata Pembangkang saja mereka cerita. Semua pihak ingin tahu perkembangan siasatan dan perbicaraan di mahkamah Perancis.
Read More / Baca Lagi >>

Saya Lebih Popular, Kekalkan Jawatan Saya...

Posted: 04 Oct 2012 07:27 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Isu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dihadiri oleh 130 ribu orang tetamu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records(MBOR) sebagai majlis perkahwinan terbesar dan dihadiri oleh paling ramai tetamu, kini menjadi bualan di mana-mana dan oleh sesiapa saja.


Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Ali Rustam menjelaskan kos dan perbelanjaan majlis itu. Ini berikutan andaian jika kos jamuannya sebanyak RM10 pun seorang untuk 130 ribu tetamu, ia sudah mencecah RM1.3 juta. Itu belum lagi termasuk kos-kos lain seperti dewan, hiasan, pelamin, bunga telur dan sebagainya.

Jika kos jamuan tetamu meningkat kepada RM20 atau RM30 seorang, kosnya tentulah berlipat kali ganda lagi. Dalam pada itu, dilaporkan juga bahawa selepas ini beliau juga akan mengadakan satu lagi majlis di hotel lima bintang di Kuala Lumpur untuk tetamu VIP yang tentunya menelan belanja ratusan ribu ringgit lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Apa beza kisah kenduri ala Jayalalithaa Ali Rustam dengan lembu di kondo?

Posted: 04 Oct 2012 07:26 PM PDT

Oleh Penarik Beca
Kalaulah Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baca berita bertajuk "Apa tujuan taja kahwin anak Ali Rustam", "Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka", "Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM" dan "Pakatan buat laporan SPRM terhadap Ali Rustam", barangkali dia akan bertanya, adakah dia diperlakukan dengan adil oleh Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? 


Barangkali dia akan bertanya, apa beza majlis kenduri ala Jayalalithaa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan lembu di kondominium?

Semalam, saya tulis di ruang Facebook saya: 
Read More / Baca Lagi >>

Lakonan air: Hidup ini bukan satu sandiwara

Posted: 04 Oct 2012 07:24 PM PDT

Bersyukur ke hadrat Illahi kita diberi kesempatan oleh-Nya bagi memuzakarahkan isu semasa dan kali ini kita akan menyentuh propaganda murahan pihak tertentu, mutakhir ini dengan membuat filem atau iklan bagi menunjukkan apa didakwa masalah bekalan air di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat. 


Bagi orang beragama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara' terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa. Read More / Baca Lagi >>

Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES

Posted: 04 Oct 2012 07:23 PM PDT

Bersyukur ke hadrat Illahi kita diberi kesempatan oleh-Nya bagi memuzakarahkan isu semasa dan kali ini kita akan menyentuh propaganda murahan pihak tertentu, mutakhir ini dengan membuat filem atau iklan bagi menunjukkan apa didakwa masalah bekalan air di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat. 


Bagi orang beragama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara' terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa. Read More / Baca Lagi >>

Remaja hampir diculik, rogol

Posted: 04 Oct 2012 05:47 PM PDT

Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES

Posted: 04 Oct 2012 05:43 PM PDT

Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YESMalaysians are so informed and familiar with the land grabs in Sarawak and its Taib Mahmud.
However, land grabs have also been taking place in Johor for decades and it is ongoing. Only, now it has become more blatant.
The BN government would abuse, exploit and use the Land Acquisition Act 1960 to freeze the prices of parcels of land eyed by its well-connected cronies to facilitate the gazetting of acquisitions. The prices are always very much below market value.
The latest land grab in peninsular Malaysia is in the form of the RM60 billion Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) mega project.
The approval of Rapid is not only a front to grab land belonging to poor villagers, it is also a dirty political ploy to falsely give the Barisan Nasional (BN) federal government's Economic Transformation Programme (ETP) a boost.
The BN is using the Land Acquisition Act to force sell 22,500 acres, belonging to thousands of poor villagers, at dirt cheap prices.
Why so massive
In the first place, why does Rapid need such a ridiculously massive 22,500 acres?
Also, in relocating the people of the 17 affected villages, the villagers or land owners were offered an average of RM2.80 per sq foot (psf) for their land.
According to property surveyors, the land is worth between RM12 and RM15 psf! If this is not a land grab, what is?
Why is the BN government so eager and fond of welcoming foreign investors that even their countries of origin have rejected and don't want to have anything to do with them.
The Australian government don't want Lynas, and no thanks to BN, it is now in Pahang, the home state of Prime Minister Najib Abdul Razak.
Rolling out the red carpet for ANOTHER 'dirty' industry
Read More / Baca Lagi >>

Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov

Posted: 04 Oct 2012 05:39 PM PDT

ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.
"Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>