RAKYAT MARHAEN |
- Do you want the devil you know?
- #TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like..!!!
- POLITIK SONGSANG : BUKU-BUKU KECIL KELUARAN UMNO
- Dewan Rakyat Gamat : Azalina Mengamuk Sakan..!!! Tak Tahan Dengan Demo Pengerang...ha..ha..ha..buruk bebenor rupenya..!!!
- Di bawah Pakatan GLC negeri boleh urus carigali minyak
- Royalti: Kelantan tuntut bayaran penuh RM10.4 bilion
- MP Pakatan: Kabinet bayangan Utusan ‘sampah’ dan adu-domba
- MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (2)
- MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (1)
- MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (4)
- Sikap penakut Najib terserlah.....cakap tak serupa bikin
- Bajet 2013 : C is for contrafibularity - Blackadder - BBC
- Bila Ustajah Pengampu kupas isu ekonomi Negara....!!!
- Negara Zina : 2,500 sebulan, 83.3 sehari, setiap 15 minit anak luar nikah dilahirkan.
- Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin
- Siapa Lebih Berani : Mat Maslan Atau Mazlan Aliman
- Rasuah : Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang
- Kes Scorpene: Benarkan Peguam Perancis masuk Malaysia – Pakatan
- Saya Lebih Popular, Kekalkan Jawatan Saya...
- Apa beza kisah kenduri ala Jayalalithaa Ali Rustam dengan lembu di kondo?
- Lakonan air: Hidup ini bukan satu sandiwara
- Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES
- Remaja hampir diculik, rogol
- Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES
- Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov
Do you want the devil you know? Posted: 04 Oct 2012 09:07 PM PDT BN happens to have been in federal government for so long that people tend to automatically assume they have the required leadership. I'm finding this frequent comment by people rather irksome: "But does Pakatan Rakyat (PR) have leadership? Can it take over the federal government?" I'm prompted to ask: What do they mean by "leadership"? Is the Barisan Nasional (BN) leadership the kind we want? I'd take it further: Does BN have leaders? I mean, real leaders? People tend to forget to look at the states currently being governed by PR. I don't know much about Kedah and Kelantan, but Selangor and Penang have been doing fine. I live in Selangor, and as a Penang-born-and-bred, I visit Penang from time to time. The Auditor-General has commended the PR government of Penang for its financial management and monitoring system for three consecutive years – 2008, 2009 and 2010. The Auditor-General has also commended the PR government of Selangor for its "very good" performance in 2010 of reducing public debt and loan repayment arrears. And from 2009 to 2010, its consolidated revenue also increased by 20.2%. Leadership must have something to do with it, must it not? Read More / Baca Lagi >> | ||
#TanyaNajib 2013: Ramai pilih dislike dari like..!!! Posted: 04 Oct 2012 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Rakaman sesi Google Hangout #TanyaNajib 2013 yang dimuat naik ke Youtube oleh beberapa pengguna sejak semalam terus memperlihat lebih ramai penonton memilih 'dislike' berbanding yang 'like'. Pada saluran 'njoiawani', sejumlah 51,432 penonton direkodkan dengan angka dislike sebanyak 11,555 berbanding like iaitu 298. Saluran 'CliffyTRGx3' pula merekodkan sejumlah 1,653 penonton dengan jumlah 261 dislike berbanding 16 likes. Najib pada malam 2 Oktober lalu berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013. Sebelum ini difahamkan rakaman tersebut turut dimuat naik ke saluran Youtube rasmi Najib tetapi kemudiannya diprivatekan sebelum ianya ditarik balik. Rekod penonton sebelum ditarik balik memperlihatkan jumlah 'dislike' adalah 1,409 dan 'like' pula 605. | ||
POLITIK SONGSANG : BUKU-BUKU KECIL KELUARAN UMNO Posted: 04 Oct 2012 08:50 PM PDT MEMFITNAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM/PAS/DAP KINI DITABUR DISETIAP RUMAH DIBEBERAPA BUAH KAMPONG TRADISI DAN TAMAN PERUMAHAN MAJORITI PENDUDUKNYA ORANG MELAYU!!!!3 buah buku kecil dipercayai keluaran UMNO kini ditabur merata dirumah-rumah orang Melayu sebagai usaha untuk menakut-nakutkan warga Melayu dengan perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yaang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Buku kecil bertajuk ... 1) Anwar Bohong 2) 10 Perkara yang perlu diketahui oleh MELAYU ISLAM mengenai DAP dan 3) Nasib Orang Melayu jika DAP berkuasa.. Fikirkanlah. Betapa terdesaknya UMNO yang semakin nazak. Sanggup lakukan perkara sejijik ini untuk pertahankan kuasa yang semakin goyah dan Ins'y Allah pasti rebah pada PRU 13 nanti. Jika beginilah cara politik yang masih diamalkan oleh UMNO maka sah dan sahih seperi apa ramalan dan amatan para penganalisis dan pengamat politik menyatakan yang UMNO besar kemungkinan akan tumbang kecundang pada PRU 13 dan negara Malaysia akan mendapat pemerintah yang baru, Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Posted: 04 Oct 2012 08:18 PM PDT | ||
Di bawah Pakatan GLC negeri boleh urus carigali minyak Posted: 04 Oct 2012 08:13 PM PDT PENGKALAN CHEPA: Negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. "Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya pada ceramah di Putik malam tadi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Royalti: Kelantan tuntut bayaran penuh RM10.4 bilion Posted: 04 Oct 2012 08:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan atau 'R' kelmarin turut menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Read More / Baca Lagi >>Memorandum itu diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sejurus selesai Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat rayuan terhadap tiga tuntutan. Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri. | ||
MP Pakatan: Kabinet bayangan Utusan ‘sampah’ dan adu-domba Posted: 04 Oct 2012 08:09 PM PDT Barisan jemaah menteri seperti yang dibayangkan itu khayalan yang tidak berasas sama sekali. Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, barisan jemaah menteri seperti yang dibayangkan itu khayalan yang tidak berasas sama sekali. "Saya ucapkan terima kasih kerana dapat melihat begitu tinggi kebolehan saya dan anggap saya layak pegang Menteri Kewangan 1. "Tapi perkara ini langsung tak pernah berbangkit dalam Pakatan Rakyat jadi tak perlu bincang panjang tentangnya. "Laporan ini sama sekali sampah dan jelas menunjukkan tahap kualiti akhbar itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam. Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tidak ada sebab untuk rakyat mempercayai kesahihan sumber laporan tersebut. "Saya tak perlu komen kerana kredibiliti akhbar itu memang sudah hancur. Ianya rancangan tersusun untuk mewujudkan percanggahan dan masalah. "Polisi Pakatan sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU13) Perdana Menteri yang dilantik tidak boleh ambil portfolio Menteri Kewangan," katanya yang dikatakan akan diangkat sebagai Menteri Wilayah. Pentadbiran negara Read More / Baca Lagi >> | ||
MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (2) Posted: 04 Oct 2012 07:58 PM PDT | ||
MP DAP Ipoh Timur Bahas Bajet 2013 (1) Posted: 04 Oct 2012 07:58 PM PDT | ||
MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (4) Posted: 04 Oct 2012 07:57 PM PDT | ||
Sikap penakut Najib terserlah.....cakap tak serupa bikin Posted: 04 Oct 2012 07:55 PM PDT Dalam satu ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani "turun ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. "Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," tegas Najib lagi. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar. Kepada seluruh rakyat Malaysia ! Lihatlah lakunan perdana menteri kita yang bernama Najib Tun Razak ini. Beliau, kalau bercakap punya le hebat,, sehingga microphone pun macam nak ditelannya. Setakat itu sajalah keberanian beliau,, bercakap sorang-sorang, tanpa disanggah oleh sesiapa,, diajak berdebat dia tak berani !! Kelmarin DS Anwar jemput dia hadir ke parlimen untuk berdebat soal bajet 2013, tetapi batang hidung dia pun tak nampak. Tetapi lebih mengejutkan, tiba-tiba dia muncul ditempat lain, berkokok bergegar-gegar.bercakap pasal semangat dan keberanian! Dia tak sedar dia sedang lari dari cabaran Anwar serta tanggung jawab berdebat diparlimen Apa jenis pemimpin le macam ni? Usah kata jadi Perdana Menteri! jadi ketua pembangkang pun tak layak!!! Oleh : rahimothman | ||
Bajet 2013 : C is for contrafibularity - Blackadder - BBC Posted: 04 Oct 2012 07:52 PM PDT | ||
Bila Ustajah Pengampu kupas isu ekonomi Negara....!!! Posted: 04 Oct 2012 07:51 PM PDT Kata Najib, janji 'bulan, bintang dan cakerawala' pembangkang yang semua pihak tahu tidak mampu ditunaikan "is not worth the paper they were written on". Boleh baca dan simpan sahaja; tidak boleh dipakai. Sebagai contoh, bajet pembangkang tidak ada strategi khusus untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau membantu generasi muda memiliki rumah. | ||
Negara Zina : 2,500 sebulan, 83.3 sehari, setiap 15 minit anak luar nikah dilahirkan. Posted: 04 Oct 2012 07:43 PM PDT KENYATAAN MEDIA BERSAMA Oktober 2012 DI MANA PERUNTUKAN BAJET 2013 KHUSUS UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING? Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas membawatema : `Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat.' Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan. Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak akan mampumenangani permasalahan peningkatan jenayah sosial di dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik dari sekadar merawat sesuatu gejala itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin Posted: 04 Oct 2012 07:40 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak. Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini. Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja. Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat. Read More / Baca Lagi >> | ||
Siapa Lebih Berani : Mat Maslan Atau Mazlan Aliman Posted: 04 Oct 2012 07:37 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.
Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal. Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan. Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah...Read More / Baca Lagi >> | ||
Rasuah : Pakar kata prosedur SPRM cacat, bukan undang-undang Posted: 04 Oct 2012 07:31 PM PDT Pakar undang-undang tidak bersetuju dengan penilaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa undang-undang perlu dipinda sebelum ia boleh menjadi lebih berkesan untuk bertindak terhadap tokoh-tokoh politik yang rasuah. Rabu lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, yang juga anggota panel khas SPRM, mendedahkan bahawa suruhanjaya itu telah berhujah bahawa ia terhalang oleh "peruntukan kuno" dalam undang-undang yang sedia ada. Salahuddin (kiri) telah memberikan satu contoh kes yang dibangkitkan oleh SPRM kepada PSC di mana seorang pemimpin negeri yang kaya, tidak boleh didakwa kerana kelemahan dalam undang-undang, walaupun enam kertas siasatan dibuka terhadap individu tersebut. Antara lain, kata Salahuddin, SPRM telah memberitahu PSC bahawa ia mahu seksyen 23 dan 50 (lihat di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dipinda. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kes Scorpene: Benarkan Peguam Perancis masuk Malaysia – Pakatan Posted: 04 Oct 2012 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Oktober: Kerajaan dituntut supaya tidak menghalang peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis masuk ke negara ini untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung pembelian dua kapal selam itu yang sedang berjalan di mahkamah Perancis. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat bimbang jika peguam terbabit – William Bourdon dan Joseph Breham dihalang masuk ke Malaysia seperti yang berlaku sebelum ini. "Kerajaan harus benarkan mereka masuk. Semua Ahli Parlimen sama ada Barisan Nasional atau Pakatan nak tahu secara objektif. "Kita kena dapatkan gambaran sebenar dan nilaikan hujah-hujah mereka. Jadi kerajaan tidak kata Pembangkang saja mereka cerita. Semua pihak ingin tahu perkembangan siasatan dan perbicaraan di mahkamah Perancis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saya Lebih Popular, Kekalkan Jawatan Saya... Posted: 04 Oct 2012 07:27 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Isu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dihadiri oleh 130 ribu orang tetamu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records(MBOR) sebagai majlis perkahwinan terbesar dan dihadiri oleh paling ramai tetamu, kini menjadi bualan di mana-mana dan oleh sesiapa saja. Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Ali Rustam menjelaskan kos dan perbelanjaan majlis itu. Ini berikutan andaian jika kos jamuannya sebanyak RM10 pun seorang untuk 130 ribu tetamu, ia sudah mencecah RM1.3 juta. Itu belum lagi termasuk kos-kos lain seperti dewan, hiasan, pelamin, bunga telur dan sebagainya. Jika kos jamuan tetamu meningkat kepada RM20 atau RM30 seorang, kosnya tentulah berlipat kali ganda lagi. Dalam pada itu, dilaporkan juga bahawa selepas ini beliau juga akan mengadakan satu lagi majlis di hotel lima bintang di Kuala Lumpur untuk tetamu VIP yang tentunya menelan belanja ratusan ribu ringgit lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Apa beza kisah kenduri ala Jayalalithaa Ali Rustam dengan lembu di kondo? Posted: 04 Oct 2012 07:26 PM PDT Oleh Penarik Beca Kalaulah Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baca berita bertajuk "Apa tujuan taja kahwin anak Ali Rustam", "Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka", "Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM" dan "Pakatan buat laporan SPRM terhadap Ali Rustam", barangkali dia akan bertanya, adakah dia diperlakukan dengan adil oleh Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Barangkali dia akan bertanya, apa beza majlis kenduri ala Jayalalithaa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan lembu di kondominium? Read More / Baca Lagi >>Semalam, saya tulis di ruang Facebook saya: | ||
Lakonan air: Hidup ini bukan satu sandiwara Posted: 04 Oct 2012 07:24 PM PDT Bersyukur ke hadrat Illahi kita diberi kesempatan oleh-Nya bagi memuzakarahkan isu semasa dan kali ini kita akan menyentuh propaganda murahan pihak tertentu, mutakhir ini dengan membuat filem atau iklan bagi menunjukkan apa didakwa masalah bekalan air di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat. Bagi orang beragama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara' terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES Posted: 04 Oct 2012 07:23 PM PDT Bersyukur ke hadrat Illahi kita diberi kesempatan oleh-Nya bagi memuzakarahkan isu semasa dan kali ini kita akan menyentuh propaganda murahan pihak tertentu, mutakhir ini dengan membuat filem atau iklan bagi menunjukkan apa didakwa masalah bekalan air di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat. Bagi orang beragama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara' terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 04 Oct 2012 05:47 PM PDT | ||
Behind the Pengerang land grab: WHY S'gor PR said NO but Johor BN said YES Posted: 04 Oct 2012 05:43 PM PDT Malaysians are so informed and familiar with the land grabs in Sarawak and its Taib Mahmud. Read More / Baca Lagi >>However, land grabs have also been taking place in Johor for decades and it is ongoing. Only, now it has become more blatant. The BN government would abuse, exploit and use the Land Acquisition Act 1960 to freeze the prices of parcels of land eyed by its well-connected cronies to facilitate the gazetting of acquisitions. The prices are always very much below market value. The latest land grab in peninsular Malaysia is in the form of the RM60 billion Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) mega project. The approval of Rapid is not only a front to grab land belonging to poor villagers, it is also a dirty political ploy to falsely give the Barisan Nasional (BN) federal government's Economic Transformation Programme (ETP) a boost. The BN is using the Land Acquisition Act to force sell 22,500 acres, belonging to thousands of poor villagers, at dirt cheap prices. Why so massive In the first place, why does Rapid need such a ridiculously massive 22,500 acres? Also, in relocating the people of the 17 affected villages, the villagers or land owners were offered an average of RM2.80 per sq foot (psf) for their land. According to property surveyors, the land is worth between RM12 and RM15 psf! If this is not a land grab, what is? Why is the BN government so eager and fond of welcoming foreign investors that even their countries of origin have rejected and don't want to have anything to do with them. The Australian government don't want Lynas, and no thanks to BN, it is now in Pahang, the home state of Prime Minister Najib Abdul Razak. Rolling out the red carpet for ANOTHER 'dirty' industry | ||
Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil 3 Nov Posted: 04 Oct 2012 05:39 PM PDT ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan. Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana. "Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan