MIMPI SENJA |
- Tukar kerajaan jika tidak mau anak/kroni Mahathir bolot hasil minyak
- Ali Rustam boleh digelar Jayalalithaa Malaysia - Mat Sabu
- ... bukti orang muda tolak Najib, BN
- Azmin tak perlu minta maaf - Tan Sri Khalid
Tukar kerajaan jika tidak mau anak/kroni Mahathir bolot hasil minyak Posted: 04 Oct 2012 10:43 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno. "Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily. Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi. Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat. Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion. Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu. Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37408 |
Ali Rustam boleh digelar Jayalalithaa Malaysia - Mat Sabu Posted: 04 Oct 2012 08:25 PM PDT KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu. "Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya. Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan. Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan. "Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad. Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi. Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran. Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011. Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa. Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun". Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu. -harakahdaily |
... bukti orang muda tolak Najib, BN Posted: 04 Oct 2012 07:00 AM PDT (Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah 'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah 'dislike' yang direkodkan. Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani. Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90. Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini. "Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan," kata Khai Loon ketika dihubungi. Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang," kata Khai Loon lagi. Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu. Setakat ini, jumlah 'like' pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran 'Anwar Ibrahim' adalah sebanyak 1,352 manakala 'dislike' hanya 163. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37346 |
Azmin tak perlu minta maaf - Tan Sri Khalid Posted: 04 Oct 2012 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham. Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang. "Bagi sayaAzmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat. "Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Azmin berkata Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu. Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU ke-13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya. Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang disifatkan mengamalkan kronisme. Malah, beliau berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam kabinet bayangan itu. "Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah kabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam kabinet bayangan. Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf. "Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan