Jumaat, 28 September 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bajet 2013 : Bajet Pilihanraya dan memperkayakan kroni

Posted: 28 Sep 2012 05:35 AM PDT


Pembangkang sambut sinis Bajet 2013


Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang


anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

NONEKalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini.

Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja.

Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor

Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat.

Salahuddin Ayub, naib presiden PAS
Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli.

"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai.

"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan.

Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS

NONEIni bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.

Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.

Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara.

Anthony Loke, ketua Pemuda DAP

Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.

Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.

Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya.

Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)

NONEJelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.

Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya.

Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum.

Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat.


Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera)

Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi.

Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan - Malaysiakini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU BAJET - NAJIB SERANG ANWAR, SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB MASUK GELANGGANG

Posted: 28 Sep 2012 02:27 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAJIB sekali lagi diminta untuk berani selaku anak jantan, selaku PM yang bermaruah untuk tampil berdepan dan berdebat dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Cabaran ini dibuat oleh Ketua Pembangkang sendiri apabila melihat 'hebat'nya Najib menyerang Pembangkang bahkan menyerang peribadi DS Anwar sendiri sewaktu beliau membentangkan bajet "gula-gula" petang semalam di Parlimen.

Alangkah bertuahnya jika kita punyai PM seperti ini
Anwar ketika ditemubual sejurus selepas pembentangan Bajet 2013 oleh Najib berkata,"Berdebat dengan saya. Jika anda bersedia untuk menyerang pembangkang dan pemimpin pembangkang, mengapa anda tidak boleh melibatkan diri dalam perdebatan? (Terjemahan melalui Malaysian Insider).  

Sebenarnya kita naik jemu untuk memperkatakan soal debat ini kerana kita tahu Najib tidak akan ada sedikitpun keberanian di dalam hal ini.  Beliau tidak seperti beberapa pemimpin Bn yang lain, terutamanya dari pemimpin Cina MCA dan Gerakan, jauh sekali berani seperti pemimpin DAP.  Pemimpin MCA, sekalipun semua rakyat tahu beliau mempunyai rekod moral yang teruk tetapi namanya terukir sebagai pemimpin dari komponen Bn yang berani berhujah dengan Pembangkang.  Begitu juga dengan pemimpin Gerakan.  Pemimpin Umno patut malu dan perlu belajar dari pemimpin Cina ini.

Malangnya kita memiliki PM yang takut berbahas secara terbuka
MCA dan Gerakan selalu tidak sehaluan dengan DAP.  Namun mereka ini pantang bila dicabar berdebat atas apa jua isu yang melibatkan dasar atau kepentingan parti yang mereka wakili.  Telah beberapa kali kita menyaksikan Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon berdebat dengan Lim Guan Eng.  Di dalam Umno, pemimpin mereka menyorok tidak mahu bersoal jawab dengan pemimpin dari PR.  Najib hanya berani berkokok di hadapan kamera TV berseorangan.  Ini kelakuan aneh yang ada pada Presiden Umno yang ahli-ahli Umno sendiri ramai yang merasa pelik dengan sikap melarikan diri Najib ini.

Debat ini penting, bukan soal kita mahu memilih pemidato atau pemenang debat.  Jika Najib kerap menggunakan media kerajaan untuk memburuk-burukkan dasar PR bahkan sehingga memburuk-burukkan peribadi DS Anwar, sedangkan PR dan DS Anwar tidak boleh menjawab menggunakan media yang sama, maka ini menunjukkan Najib tidak bertanggungjawab.  Sebab itu kita mahu Najib dan DS Anwar ke hadapan agar rakyat boleh menilai apakah yang Najib laungkan tentang keburukan PR itu benar atau memang Najib ingin memperbodohkan rakyat?

Negara lain yang maju adalah kerana pemimpin mereka berani untuk berdepan dengan rakyat dan berani untuk mempertahankan dasar mereka di pentas perdebatan.  Rakyat di negara mereka terbuka minda kerana mereka tidak ditipu oleh media kerajaan yang memerintah.  Malangnya di negara kita, pemimpin negara mempunyai jiwa yang teramat kecil.  Mereka suka rakyat terus buta dengan isu-isu semasa kerana rakyat yang buta memudahkan mereka mengheret rakyat ke mana jua./wfauzdin.blogspot.com

PARLIMEN NIBONG TEBAL DIWAKILI OLEH PENYELARAS SAMM?

Posted: 28 Sep 2012 02:06 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang.  Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen.

Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap.  Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya.

Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau?  Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau.  Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya.  Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno.  Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos.

Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana.  Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti.

Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang.

dollah yankee

dollah yankee


Depa huluq,jangan tak ambik!

Posted: 28 Sep 2012 05:00 PM PDT

Budget last kopek buat BN/UMNO ... ROMPAKAN perlu dilakukan sebelum lenyap dan berkubur. Gurkah-gurkah politik di'port telah menyimpulkan yang ini bukan lah bajet kerajaan malaysia tetapi lebih kepada bajet peribadi Pak Haji Najib.

... menyedari hakikat BN/UMNO sudah dipenghujung jalan, yang bakal dikuburkan dan terus melenyapkan dua kali kewujudan UMNO itu sendiri, belanjawan negara Haji Najib kali ini merupakan ROMPAKAN terakhir, yang telah dirancang untuk dilaksanakan sebaik saja belanjawan itu mendapat kelulusan Dewan dan perkenan DYMM Sri Paduka Baginda Raja Yang di Pertuan Agung

... begitulah kehidupan PENYANGAK dalam BN/UMNO, memastikan kerajaan dan negara setelah mereka terkubur dalam PRU 13, dan bila Pakatan Rakyat mengambilalih, negara berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan, hampir bangkrap, melebih HAD belanjawan dari 55% pendapatan negara 

... sebaik saja belanjawan yang dibentang selesai, malamnya para kroni BN/UMNO akan bermesyuarat secara sulit untuk membahagikan HARTA ROMPAKAN yang harus dibelanjakan sebelum BN/UMNO di'tukar' dengan Pakatan Rakyat, dan kalau mengikut kaedah biasa UMNO, bahagian UMNO sudah pun dibayar oleh para kroni, sebagai ADVANCE PAYMENT, bayaran pendahuluan yang harus dikeluarkan dulu oleh para kroni, untuk diberikan projek-projek yang bakal diluluskan ...

BEGITU lah kerja PENYANGAK dalam BN/UMNO, ambil dulu walaupun projek belum ada kejelasan matlamat dan speksifikasi tender yang jelas, para kroni pula selepas membuat bayaran pendahuluan, akan mendapat mandat penuh untuk menyediakan spesifkasi yang menguntungkan mereka dan merugikan negara

BN/UMNO sudah lama sedar yang mereka bakal KALAH BESAR pada PRU13 nanti, mereka hanya berusaha menyediakan TABUNG SARA HIDUP buat para WARIS yang diharapkan dapat memberi NAFAS BARU kepada UMNO yang lebih BARU yang bakal mereka hidupkan ....


dollah yankee -
Betul lah kata Najib.."ini bajet terakhir mereka" sebelum mereka ditendang!


Kalau BN kata tak realistik,itu bermakna amat realistik

Posted: 27 Sep 2012 09:34 PM PDT


Belanjawan bayangan daripada Pakatan Rakyat adalah curahan idea dan pengalaman serta kesungguhan Anwar Ibrahim dan yang lain untuk membela rakyat dan merakyatkan ekonomi negara agar rakyat dapat menilai serta membandingkan dengan Belanjawan Negara yg akan di bentangkan oleh kerajaan umnoapco petang ini. 

Pakatan Rakyat memberikan rakyat Malaysia peluang untuk berfikir untuk membuat langkah penentu bagi kebaikan negara dan masa depan rakyat amnya. 

Locus standy tidak bermakna jika menghasilkan satu belanjawan yang tidak memihak kepada rakyat. Samalah seperti suami dayus , meskipun bergelar suami tetapi tiada kemampuan dan maruh dalam menjaga rumahtngga, begitulah nilaian terhadap kerajaan umnoapco pada hari ini.

Para penganalisis ekonomi negara yang hari ini kerja mereka sentiasa saja menjilat bontot Najib pula menyifatkan bajet yang dibentang oleh pakatan pembangkang itu dilihat hanya mahu meraih perhatian rakyat tanpa mengambil kira kelangsungan ekonomi dan masa depan 28 juta penduduk negara ini.

Untuk makluman semua, bila Pakatan Rakyat sudah menang pada PRU-13 nanti dan berjaya membentuk kerajaan dengan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, pakar-pakar ekonomi ini semuanya ramai-ramai akan buat pusingan u-turn 360 darjah dan jilat pula bontot Anwar,dan pada pembentangan belanjawan untuk tahun 2014 nanti, pakar-pakar ekonomi ini pun akan buat kenyataan dengan berkata yang belanjawan ini semuanya realistik, bajet yang terbaik, bajet membantu rakyat dan negara dan macam-macam lagi lah ayat-ayat yang menjilat... Ini namanya pakar ekonomi cari makan...

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng pula berkata, berdasarkan keseluruhan belanjawan bayangan yang dibentangkan olih Anwar dan Pakaan Rakyat itu, pakatan rakyat telah meletakkan satu bebanan yang cukup besar kepada kerajaan. (lihat dan paham betul-betul ayat komen dari Ketua Ekonomi RAM Holding ini dari bahasa politik) 

dollah yankee -
Bukan pakar ekonomi tapi pakar eko-no-money, kah..kah..kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib perlu tumpu kebajikan rakyat, henti kepentingan kroni

Posted: 28 Sep 2012 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bajet 2013 BN yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini perlu menghentikan pengagihan kekayaan kepada kepentingan keluarga dan kroni, sebaliknya mengambil kira seluruh kebajikan rakyat.
Katanya, kerajaan perlu mengutamakan perkara ini bagi menjimatkan perbelajaan negara supaya ia dapat diagih untuk rakyat.
"Pakatan Rakyat telah bentangkan belanjawan kami. Kita harap Najib belajar untuk meneliti belanjawan Pakatan supaya tidak ada pembaziran rasuah tetapi mengamalkan tadbir urus yang baik," katanya semalam.
Pada pembentangan belanjawan BN di Parlimen hari ini, Najib dijangka mengumumkan banyak 'gula-gula' pilihan raya kepada rakyat sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani.
"Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai," kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Tuntutan royalti: 3 amanat penting Nik Aziz

Posted: 28 Sep 2012 12:52 AM PDT


Tuntutan royalti: 3 amanat penting Nik Aziz
Nik Aziz (duduk kiri) bergambar bersama rombongan NGO Royalti ketika melawat beliau, semalam.
 
KOTA BHARU - Biarpun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong usaha-usaha anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menziarahi Nik Aziz dan beliau turut memberikan tiga pesanan penting dalam usaha memperjuangkan hak rakyat itu.

Naib Presiden NGO Royalti, Dr Syed Khalid Abdullah berkata, sempena lawatan itu Nik Aziz meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober nanti.

Read More / Baca Lagi >>

Bajet PR libat semua

Posted: 28 Sep 2012 12:51 AM PDT


Bajet PR libat semua SHAH ALAM – Pas menolak dakwaan parti itu kurang berperanan dalam Bajet Pakatan Rakyat (PR) 2013 yang dibentang Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin

Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, misi bajet untuk membangunkan sebuah negara berkebajikan yang mempunyai rakyat berbilang agama dan bangsa dengan mengeluarkan mereka yang berpendapatan rendah dari kepompong kemiskinan membuktikan peranan Pas.

"Itu (Pas kurang berperanan) tidak benar sama sekali. Teras negara berkebajikan adalah membangunkan rakyat, memberikan ruang mereka berperanan dalam tuntutan beragama dan mendayakan diri mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet Terdesak - Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik

Posted: 28 Sep 2012 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Sept: Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai 'menyerupai rasuah' dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini.

Menyifatkannya sebagai 'gula-gula' menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan.


"Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara," katanya kepada Keadilan Daily di lobi parlimen.

Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Will Budget 2013 deliver ‘change’ for Sabah?

Posted: 28 Sep 2012 12:46 AM PDT

The catalytic catch-phrase 'ini kali lah tukar' permeating through Sabah will hang over Najib Tun Razak as he delivers his Budget 2013 at 4pm today. 

KOTA KINABALU: The only real numbers the real people of Sabah want to hear when Prime Minister Najib Tun Razak reads out his Budget 2013 is the federal government's decisions on housing, cabotage, oil and education.
Given the fact that oil-producing Sabah is the poorest states in country, nothing short of direct and life-changing federal announcements in these areas will be acceptable, bearing in mind the upcoming general election and the opposition's influence.
The catalytic catch-phrase "Ini kali lah, tukar" permeating through Sabah will hang over Najib as he delivers his Budget 2013 at 4pm today in Parliament.
Have his suited-economic wizards in Putrajaya delved into Sabah's psyche and fed into its most immediate needs?
Read More / Baca Lagi >>

Can Najib & Umno-BN escape from the JAWS OF DEFEAT?

Posted: 28 Sep 2012 12:45 AM PDT

Can Najib & Umno-BN escape from the JAWS OF DEFEAT?The 13th General Election should have been held a year ago. Chances are that Barisan Nasional would have won with a simple majority. At least then, the 'moderates' in the coalition may have had the chance to try and save the country from further imploding due to race and religious strife.
But a greedy BN wasn't contented with a simple majority. They wanted a two-thirds majority so that it could continue to lord over the country. A simple majority would mean that every political decision would be scrutinized and political blunders couldn't be swept under the carpet without the Opposition raising the alarm.
Prime Minister Najib Razak & team would be held accountable for every action and inaction. And to them, it was exasperating and stifling to be unable to bulldoze through business deals and to elect their favorite cronies for the job.
However, that hasn't stop the BN from trying. The Ampang LRT expansion won by George Kent, a firm controlled by Najib's close friend, is but one example.
Greed
Read More / Baca Lagi >>

'Kampung bunian' bukan kerja Umno..he..he..Negeri Umno Kuat.???

Posted: 28 Sep 2012 12:44 AM PDT


Kampung Bunian
Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Kampung Muafakat.
KLUANG - "Ini bukan kerja Umno." Demikian ketegasan Naib Ketua Umno Sembrong, Abdul Ghani Abdul Rashid yang menafikan penglibatan parti itu dalam kewujudan sebuah papan tanda ke 'kampung bunian', Kampung Muafakat yang tidak ada kediaman mahupun penduduk.

Menurut Abdul Ghani, walaupun papan tanda berkenaan memaparkan Umno cawangan Sembrong di atasnya, namun ia bukan perbuatan mana-mana ahli Umno dalam kawasan Sembrong.

"Pihak kami tidak akan membuat sebarang tindakan kerana kami tiada kuasa menurunkan papan tanda tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sasar kutip RM1 juta dana PRU malam ini

Posted: 28 Sep 2012 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 September: Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR) yang bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam malam ini bakal mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sasaran utama kutipan adalah melalui jualan meja bermula RM1,000 hingga RM50,000.
"Semua 255 meja yang boleh memuatkan 10 orang setiap meja habis dijual. Bermakna lebih 2,000 akan hadir secara rasmi.
"Jika ada pihak yang mahu hulurkan sumbangan dana secara berasingan juga dibolehkan," katanya ketika dihubungi.
Majlis tersebut akan dihadiri pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya

Posted: 28 Sep 2012 12:41 AM PDT


KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada benar-benar mahu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang atau sekadar bajet pilihan raya.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, rakyat sedang menanti dengan harapan bahawa bajet kali ini memberi tumpuan khusus kepada perkara-perkara yang membebani mereka khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat katanya termasuk penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penghapusan cukai aksais kenderaan dan tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Read More / Baca Lagi >>

'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'

Posted: 28 Sep 2012 12:40 AM PDT



Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu.

"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepada Malaysiakini ketika diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan Moral tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2013: Rumah, kereta murah mungkin jika ketirisan dikurangkan, kata Pakatan

Posted: 28 Sep 2012 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Rumah dan kereta yang murah, sistem pengangkutan awam yang lebih baik, pelepasan cukai lebih tinggi dan fokus untuk mengurangkan ketirisan perbelanjaan – tuntut Pakatan Rakyat (PR) kepada kerajaan bagi Bajet 2013 hari ini.
Tetapi masih ada keraguan di kalangan pemimpin pembangkang bahawa perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat melancarkan apa-apa langkah-langkah jangka panjang yang akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul dengan matlamat negara berpendapatan tinggi.
Apabila PM ke Parlimen petang ini, beliau dijangka membawa bersamanya beg bimbit yang penuh dengan janji wang tunai kepada rakyat Malaysia; "bajet pilihan raya" penuh dengan gula-gula sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang hanya perlu diadakan tidak lama lagi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal, sebahagian besarnya kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani.
"Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai," kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau berkata bahawa dalam dekad di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), unjuran dalam bajet jarang diambil serius, kedua-duanya dari segi pertumbuhan ekonomi, unjuran pelaburan atau langkah-langkah untuk menangani defisit.
"Itu, bagi saya, mesti diketengahkan dalam bajet," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Posted: 28 Sep 2012 12:28 AM PDT


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 
Read More / Baca Lagi >>

Snatch theft; fractured wrists

Posted: 28 Sep 2012 12:27 AM PDT

Today in History for September 28th

Posted: 28 Sep 2012 12:25 AM PDT

PSM Forum: Bajet 2013 - Ong Kian Ming

Posted: 28 Sep 2012 12:24 AM PDT

PAS dedah kepincangan KISDAR

Posted: 28 Sep 2012 12:22 AM PDT

PSM Forum: Bajet 2013 - Dr Jeyakumar Devaraj

Posted: 28 Sep 2012 12:20 AM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Bajet Nasi Kangkang....

Posted: 28 Sep 2012 05:00 AM PDT


Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.

Tentang gelagat Najib masa nak tutup pembentangan bajet tadi aku boleh faham. Dia kat rumah kena buli. Jadi orang macam ni dia akan lepaskan geram kat tempat lain. Satu dunia orang perli dia kena control dan macam2. Jadi hari ni dia tunjuk ek sikitlah. Relax relax....

Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!

Yang aku dok termenung ni macam mana aku masih masuk dalam golongan 1.7 juta orang yang masih kena bayor income tax dari 12 juta orang tenaga pekerja di negara ini? Lahabau betul...something wrong somewhere...

What a sad day bro... ada sapa2 nak belanja aku nescafe tarik malam ni? Kurang gula bro....


KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.


Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.

Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.

Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.

Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.

Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Najib, ini waktu yang sesuai adakan PRU-13..

Posted: 28 Sep 2012 07:14 PM PDT

Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian "one off" untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Ulasan DS Anwar Ibrahim (Youtube) mengenai
Bajet 2013 Najib di sini:  Najib gila jika tak panggil PRU sekarang!

NONG CHIK DAN PEMBANGGUNAN WILAYAH

Posted: 28 Sep 2012 02:53 PM PDT




Betoi ka nak bangunkan flat kampung Kerinci ni,Sedangkan pasar malam yang sudah lama berada disitu pun nak dihapuskan,mana peniaga nak berniaga jika dipindahkan jika tapak baru tidak disediakan?

Pembanggunan semula kawasan di Kuaa Lumpur ini adalah untuk kepentigan pihak tertentu, kerana di Wilayah ini , hanya yang wujud tanah kerajaan, banggunan lama yang bakal di majukan, dan sudah tetulah Nong Chick akan berjaya menjadi proksi seseorang sejak sekian lamanya.

Adakah NongChick akan berjaya memenangi kerusi di tempat yang beliau idamkan menentang Nuzul Izzah?...belum tentu.Untuk nak menjadi menteri, crilah tempat yang selamat bagi beliau,,,,putrajaya..

Gula-gula PRU-13 sudah mari....

Posted: 28 Sep 2012 03:37 AM PDT


Najib beri BR1M pusingan kedua, 'gula-gula' untuk penjawat awam, anak muda

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan "gula-gula" dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai BR1M 2.0 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013. 

Bacaan seterusnya di sini:   Bonus 1.5 bulan kpd penjawat awam..

Umpama kata Dr M, Bajet menyerupai rasuah..

Posted: 27 Sep 2012 11:31 PM PDT

BR1M kedua meningkat kepada RM1,000?

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini.

Lebih banyak imbuhan dan 'gula-gula' itu dijangkakan ekoran pendekatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, kata Lim dalam kenyataannya semalam. 

Bacaan seterusnya di sini:  Santa Jib akan tabur banyak gula-gula