Jumaat, 28 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU BAJET - NAJIB SERANG ANWAR, SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB MASUK GELANGGANG

Posted: 28 Sep 2012 02:27 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAJIB sekali lagi diminta untuk berani selaku anak jantan, selaku PM yang bermaruah untuk tampil berdepan dan berdebat dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.  Cabaran ini dibuat oleh Ketua Pembangkang sendiri apabila melihat 'hebat'nya Najib menyerang Pembangkang bahkan menyerang peribadi DS Anwar sendiri sewaktu beliau membentangkan bajet "gula-gula" petang semalam di Parlimen.

Alangkah bertuahnya jika kita punyai PM seperti ini
Anwar ketika ditemubual sejurus selepas pembentangan Bajet 2013 oleh Najib berkata,"Berdebat dengan saya. Jika anda bersedia untuk menyerang pembangkang dan pemimpin pembangkang, mengapa anda tidak boleh melibatkan diri dalam perdebatan? (Terjemahan melalui Malaysian Insider).  

Sebenarnya kita naik jemu untuk memperkatakan soal debat ini kerana kita tahu Najib tidak akan ada sedikitpun keberanian di dalam hal ini.  Beliau tidak seperti beberapa pemimpin Bn yang lain, terutamanya dari pemimpin Cina MCA dan Gerakan, jauh sekali berani seperti pemimpin DAP.  Pemimpin MCA, sekalipun semua rakyat tahu beliau mempunyai rekod moral yang teruk tetapi namanya terukir sebagai pemimpin dari komponen Bn yang berani berhujah dengan Pembangkang.  Begitu juga dengan pemimpin Gerakan.  Pemimpin Umno patut malu dan perlu belajar dari pemimpin Cina ini.

Malangnya kita memiliki PM yang takut berbahas secara terbuka
MCA dan Gerakan selalu tidak sehaluan dengan DAP.  Namun mereka ini pantang bila dicabar berdebat atas apa jua isu yang melibatkan dasar atau kepentingan parti yang mereka wakili.  Telah beberapa kali kita menyaksikan Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon berdebat dengan Lim Guan Eng.  Di dalam Umno, pemimpin mereka menyorok tidak mahu bersoal jawab dengan pemimpin dari PR.  Najib hanya berani berkokok di hadapan kamera TV berseorangan.  Ini kelakuan aneh yang ada pada Presiden Umno yang ahli-ahli Umno sendiri ramai yang merasa pelik dengan sikap melarikan diri Najib ini.

Debat ini penting, bukan soal kita mahu memilih pemidato atau pemenang debat.  Jika Najib kerap menggunakan media kerajaan untuk memburuk-burukkan dasar PR bahkan sehingga memburuk-burukkan peribadi DS Anwar, sedangkan PR dan DS Anwar tidak boleh menjawab menggunakan media yang sama, maka ini menunjukkan Najib tidak bertanggungjawab.  Sebab itu kita mahu Najib dan DS Anwar ke hadapan agar rakyat boleh menilai apakah yang Najib laungkan tentang keburukan PR itu benar atau memang Najib ingin memperbodohkan rakyat?

Negara lain yang maju adalah kerana pemimpin mereka berani untuk berdepan dengan rakyat dan berani untuk mempertahankan dasar mereka di pentas perdebatan.  Rakyat di negara mereka terbuka minda kerana mereka tidak ditipu oleh media kerajaan yang memerintah.  Malangnya di negara kita, pemimpin negara mempunyai jiwa yang teramat kecil.  Mereka suka rakyat terus buta dengan isu-isu semasa kerana rakyat yang buta memudahkan mereka mengheret rakyat ke mana jua./wfauzdin.blogspot.com

PARLIMEN NIBONG TEBAL DIWAKILI OLEH PENYELARAS SAMM?

Posted: 28 Sep 2012 02:06 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang.  Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen.

Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap.  Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya.

Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau?  Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau.  Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya.  Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno.  Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos.

Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana.  Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti.

Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang.

Tiada ulasan: