Khamis, 27 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DILEMA PARLIMEN INDERA MAHKOTA - CALON BARU ATAU LAMA?

Posted: 27 Sep 2012 01:03 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA semakin hampir, maka sudah tentunya setiap jentera parti di dalam PR telah bersiap sedia.  Dikhabarkan senarai nama calon pun sudah hampir selesai, begitu juga dengan pembahagian kerusi di antara PR.

Dato' Fauzi - Penuh pengalaman dan berpengaruh di Indera Mahkota, bertanding atau tidak?
Seperti biasa, gendang tentang siapakah calon mula sedikit sebanyak kedengaran.  Semuanya berebut-rebut untuk menawarkan diri menentang Umno/Bn.  Satu sikap yang boleh dipandang positif kerana sememangnya menjadi kewajipan ahli-ahli parti untuk menjatuhkan lawan iaitu Umno/Bn.  Siapakah yang bakal diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai 'Leader' menjatuhkan Umno/Bn nanti, itu semua bakal ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.  Siapa pun bakal terpilih sebagai calon, kita bersedia untuk bersama membantunya menjatuhkan musuh kita Umno/Bn.

YB Azan Ismail - Bertanding di Terengganu ?
Di Pahang, salah satu kawasan tumpuan adalah di Parlimen Indera Mahkota.  Pada PRU ke 12 yang lalu, KEADILAN telah memenangi kawasan ini yang diwakili oleh calonnya Azan Ismail, Pengerusi KEADILAN Terengganu sekarang.  Tetapi ramai yang menyebut untuk PRU ke 13 nanti, YB Azan berkemungkinan besar akan diletakkan di Terengganu.  Mereka menjangkakan sedemikian kerana semenjak PRU ke 12 yang lalu, dan setelah YB Azan dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu beliau dilihat amat jarang melawat ke kawasannya di Indera Mahkota. 

Lee Chean Chung (Timb Ketua Cabang Indera Mahkota)
 Anak muda yang berbakat tetapi terlalu awal untuk ke Parlimen?

Walaupun ada yang agak kurang senang di saat-saat akhir menjelang PRU, YB Azan muncul di kawasannya, elok kita tenangkan fikiran dengan memfokuskan kepada kemenangan PR secara umumnya.   Elok juga diperhalusi seperti apa yang pernah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman tegaskan kepada media sebelum ini berkaitan Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Beliau menganggap YB Azan selaku Pengerusi KEADILAN Terengganu sememangnya wajar diberi hak untuk bertanding sekali lagi.  Selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Terenganu, sudah tentu beliau patut diberi pilihan untuk bertanding di mana-mana kerusi di Terengganu yang diperuntukkan kepada KEADILAN. 

Soal samada beliau mahu terus bertempur di negeri yang dijagainya sendiri atau keluar dari kawasan negeri yang ditadbirnya selaku Pengerusi parti, itu tidak timbul kerana kita yakin kewibawaan YB Azan selaku Ahli Parlimen yang sudah mempunyai pengalaman akan membantu beliau memahami situasi yang ada.  Beliau tentu memikirkan juga harapan rakyat di Terengganu yang mahu beliau berada bersama mereka di negeri yang beliau pimpin.  

Jika beliau memilih untuk kembali ke kawasan yang sudah begitu lama ditinggalkan iaitu di Indera Mahkota, beliau tentu sudah berfikir semasak-masaknya bahawa rakyat di Indera Mahkota bersedia untuk berkenalan semula dengannya.  Namun, bak kata Pengerusi KEADILAN Pahang, kesemuanya itu terletak di tangan pimpinan Pusat yang bakal menentukan calon di Indera Mahkota.  Apa yang penting, rakyat tidak sabar lagi untuk menumbangkan Umno/Bn di seluruh negeri ini./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


OKU bangkit bantu PR tawan Putrajaya

Posted: 27 Sep 2012 05:17 AM PDT

Scorpene never dies candle light vigil on 25 Sept 2012

Posted: 27 Sep 2012 05:17 AM PDT

'Is gov't hiding something about Syed Mokhtar's debts'

Posted: 27 Sep 2012 05:16 AM PDT

Salahuddin seronok Umno bimbang kemaraan PR di Johor

Posted: 27 Sep 2012 05:14 AM PDT

At-Tarbiyyah : Haji dan Nilaiannya

Posted: 27 Sep 2012 05:14 AM PDT

Pembangkang desak tukar J/K pilihan raya UIAM

Posted: 27 Sep 2012 05:13 AM PDT

Tian Chua cabar kerajaan dedah butiran jet

Posted: 27 Sep 2012 05:13 AM PDT

Gerakan Islam menghadapi gelombang Islamofobia

Posted: 27 Sep 2012 04:34 AM PDT

Suasana panas ekoran kemunculan treler filem Innocence of Muslims terus berlanjutan, mencetuskan debat dan pada masa sama mencetuskan protes penuh emosi umat Muslim.

Sikap dwi-standard Barat dalam hal ini telah diketahui dan dikritik dengan meluas banyak pihak, yang membenarkan penghinaan dan penyebaran kebencian dengan mengatasnamakan kebebasan.

Barat telah banyak kali menampakkan sikap mudah melatah dan tidak kritikal dalam isu melibatkan pertembungan nilai-nilai liberal (seperti kebebasan bersuara) dengan konservatif (seperti kesucian agama), atau nilai Barat dengan masyarakat lain, yang telah dikritik dan dikupas ramai pemerhati.

Read More / Baca Lagi >>

Membina keseimbangan ekonomi untuk semua

Posted: 27 Sep 2012 04:32 AM PDT


Barisan Nasional telah menyambut "55 tahun" pencapaian mereka dengan mempropagandakan "janji-janji mereka yang dipenuhi" menggunakan slogan Janji Ditepati dalam jelajah Perdana Menteri dan hari kebangsaan 2012 baru-baru ini.
Sesiapa pun akan menyangka kerajaan tentu mempunyai strategi jangka panjang untuk negara berdasarkan pengalaman mentadbir sejak sekian lamanya. Malangnya, selain berhujah bahawa i) pertukaran kerajaan tidak baik  untuk ekonomi dan ii) adalah lebih baik untuk memilih 'syaitan' yang sudah sedia dikenali, BN tidak banyak menawarkan status quo yang melangkaui amalan mereka.
Dasar ekonomi BN hari ini boleh disimpulkan sebagai berikut:
1) Mengkritik dasar ekonomi Pakatan Rakyat sebagai populis (tetapi tidak menawarkan sebarang strategi dan dasar ekonomi yang teguh)
2) Memberi lebih banyak imbuhan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (yang menelan belanja berbilion ringgit);
3) Bersiap sedia memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum untuk menampung semula perbelanjaan hadiah-hadiah yang diberikan sekarang (dan GST bermaksud setiap rakyat Malaysia akan dikenakan cukai).
Imbuhan pilihan raya BN dan keperihatinan Pakatan terhadap rakyat
Dalam belanjawan 2012, BN telah menabur umpan pilihan raya mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebenarnya merupakan respon kepada dasar yang diperkenalkan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali ibarat kereta buruk tak ada enjin

Posted: 27 Sep 2012 04:30 AM PDT

Kereta,  kalau dah habis minyak boleh diisi semula, kalau minyak pun dah tak boleh pakai boleh tukar kepada gas. Tetapi kalau enjin dah tak ada  memang tak guna satu sen pun!  Begitulah nasib Dr Hasan alJATI,  orang yang jiwanya paling kacau ketika ini.  Setelah niatnya nak menjadi Menteri Besar Selangor gagal  kemudian dipecat pula oleh PAS kerana masaalah perlanggaran disiplin,   kini beliau tercari-cari haluan dan masa depan. Apabila berhujjah kerap benar tersisih dari lojik dan fakta!, Suara dan  bau suara pun orang dah tak suka,  sebab hampir setaraf dengan air longkang!   .  
 
Isu panas sekarang ini,  ialah  protes atau reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam.  DS Anwar dalam satu kenyataannya di London baru-baru ini  bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam,, maka mereka mudah marah dan beremosi''.  Lantas secepat kilat si Hasan alJATI ini  menuduh Anwar telah membuat kenyataan yang menghina Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PM: Pembida lain tidak selayak George Kent

Posted: 27 Sep 2012 04:26 AM PDT

Pembida lain didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat kontrak yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib.

KUALA LUMPUR: Pembida lain yang menawarkan harga lebih rendah daripada Konsortium George Kent-Lion Pacific (George Kent) tidak dipertimbangkan bagi projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kerana didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat kontrak yang ditetapkan.
Demikian menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada  Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat.
Najib berkata George Kent telah lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah daripada kalangan lapan pembida yang mengemukakan tawaran.
"Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman dalam sektor rel adalah tidak tepat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut termasuk kerja-kerja sistem SCADA, pemasangan landasan keretapi termasuk landasan konduktir kuasa, sistem komunikasi dan pelindung kilat.
Read More / Baca Lagi >>

Wakaf Selangor Muamalat Untuk Pembangunan Kesihatan dan Pendidikan

Posted: 27 Sep 2012 04:24 AM PDT


SHAH ALAM, 27 SEPT : Dalam usaha menambahbaik aktiviti wakaf, Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) melancarkan "Wakaf Selangor Muamalat" bagi pengurusan dana wakaf di Selangor.
Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid berkata, Bank Muamalat melalui 18 rangkaian cawangannya di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf secara usahasama dengan PWS.
Beliau berkata, kutipan dana wakaf ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan serta pendidikan.
"Sebagai permulaan untuk dana wakaf, Bank Muamalat akan memberi sumbangan wakaf sebanyak RM1 juta. Kakitangan Bank Muamalat turut memberi sumbangan wakaf sebanyak RM75,040.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri : 'Sokong tuntutan Dong Zong, saya bukan munafik'

Posted: 27 Sep 2012 04:23 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata
Wee pada sidang medianya pagi tadi.

Bajet 2013: Ahli ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST

Posted: 27 Sep 2012 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Putrajaya perlu memastikan perbelanjaannya untuk meningkatkan kedudukan fiskal untuk meyakinkan para pelabur, kata para ekonomi, walaupun dikatakan Bajet 2013 ini akan penuh dengan gula-gula pilihan raya demi meningkatkan undi Barisan Nasional (BN).
Ketua pakar ekonomi RAM Holdings Yeah Kim Leng berkata, sementara kerajaan tidak memotong perbelanjaan kerana perkembangan ekonomi yang perlahan, ia juga harus tidak melanggar had perbelanjaan untuk memberi keyakinan kepada sektor swasta.
"Memandangkan ekonomi global yang lemah, kerajaan tidak seharusnya memotong perbelanjaan untuk menyokong ekonomi, tetapi ia boleh dilakukan tanpa melanggar hadnya," kata Yeah.
Ketua pakar ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi lllias berkata, beliau mahu melihat wang itu dibelanjakan secara efektif tanpa kebocoran dan pembaziran.
"Cadangan dari laporan ketua audit negara seharusnya dilaksanakan," katanya lagi.
Suhaimi juga berharap bajet kali ini dapat mengubah minda masyarakat terhadap implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan oleh perdana menteri tahun lalu dan mungkin akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti.
"Sementara kerajaan cuba untuk membuat bajet mesra rakyat, kerajaan juga harus mendidik rakyat untuk bersedia dengan GST," kata Suhaimi lagi.
Kewangan kerajaan Malaysia dikatakan antara yang terlemah di Asia dan ramai pakar ekonomi mencadangkan implementasi cukai GST untuk meningkatkan kewangan kerajaan.

Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'...kalau orang Pakatan kira baru la...!!!

Posted: 27 Sep 2012 04:20 AM PDT

muhyiddin visit penang 160612Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri.
"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan Nor Mohamed kepada menteri sedangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing.
Nor Mohamed, yang dipersalahkan ketua pembangkang sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian berkenaan, juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam.
Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.Parlimen semalam diberitahu bahawa Bank Negara mengalami kerugian RM5.7 bilion pada 1992 akibat kegiatan berkenaan, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet Sogokan Akan Tidak Bantu Pertumbuhan Ekonomi

Posted: 27 Sep 2012 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan satu bajet berbentuk 'imbuhan politik' akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui berkata PR mengingatkan kerajaan supaya membentangkan bajet bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat meskipun dunia menghadapi masalah ekonomi.
"Bajet yang akan sarat dengan sogokan imbuhan politik untuk mendapatkan sokongan.  Namun menjadi tanggungjawab Pakatan untuk mengingatkan kerajaan.
"Apa juga dasar yang diambil dalam bajet ini fizikalnya bukan dasar 'One-Off', sogokkan satu kali begitu tetapi harus menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b

Posted: 27 Sep 2012 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.
Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini.
"Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia," kata Shamsul.
Read More / Baca Lagi >>

US and France call for military intervention in Mali

Posted: 27 Sep 2012 03:58 AM PDT

A military solution for Mali rebellion?

Posted: 27 Sep 2012 03:58 AM PDT

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor

Posted: 27 Sep 2012 03:57 AM PDT

Seacem: It's an attempt to silence civil society

Posted: 27 Sep 2012 03:56 AM PDT

Isu Talam: PKNS buat laporan polis terhadap fitnah JMM

Posted: 27 Sep 2012 03:26 AM PDT

50 pekedai KTM mohon ex-grafia

Posted: 27 Sep 2012 03:25 AM PDT

DHPP Sabah - Kenapa Kami Sokong PAS?

Posted: 27 Sep 2012 03:25 AM PDT

Kerajaan dicadang tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM

Posted: 27 Sep 2012 03:24 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Antara bajet PR dan BN

Posted: 27 Sep 2012 09:46 AM PDT

 Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihan raya.

Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin BN. 

Bacaan seterusnya di sini:   Belanjawan PR yang menakutkan BN

dollah yankee

dollah yankee


Haram J punya mamak !

Posted: 27 Sep 2012 06:00 AM PDT

Ini mamak memang macam yang Najib cakap dekat peneroka-peneroka felda suatu ketika tak lama dulu, haram jadah!.

Sebabnya bila ditanya bab dia dengan parti syaitan dia, dia akan pusing dia akan 'kona' dia akan jadi 'kura-kura dalam perahu', pura-pura tak dengar soalan. Tetapi bila ditanya pasal Pakatan Rakyat atau pasal Guan Eng atau pun pasal Anwar Ibrahim, soalan belum selesai ditanya, jawapannya begitu cepat macam taik lembu jatuh daaa....memang betul lah ini orang 'Mamak Haram J' ... BACA DI-SINI 

dollah yankee -
Apa cerita setiausaha dia yang sorok duit 2 juta dalam mesin  basuh di Butterworth? Dah kena 'caj'?

Siapa yang gila? mesin AES ini?atau pemandu?

Posted: 27 Sep 2012 12:53 AM PDT


Kelmarin gurkah-gurkah politik port ini ada terbaca tentang projek pengswastaan dan pemasangan sistem 'mesin saman ekor' @ AES (Automatic Enforcement System) di 14 lokasi di Perak,Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur. 10 lokasi untuk memerangkap had laju dan 4 lokasi untuk yang langgar lampu merah. (Penang dah ada lama dah 'kamera' untuk yang suka langgar lampu merah)

Dengan bangganya dilapurkan bahawa hanya dalam masa 2 hari saja mesin saman ekor ini telah berjaya menangkap 2,952 pesalah untuk 809 kesalahan memandu laju dan 2,143 untuk yang langgar lampu merah.

Kalau kita 'ushar' betul-betul, memang baguslah 'mesin saman ekor' ni, tetapi kalau 'ushar' lagi dekat-dekat... terkejut juga sebab sampai 2,143 orang yang sudah langgar lampu merah dalam masa hanya 2 hari saja. Apa kah pemandu-pemandu kita semua sudah gila dan tidak ambil pot dengan denda RM300 yang dikenakan jika melanggar lampu marah?, atau 'mesin saman ekor' ni yang gila? Dan setelah gurkah-gurkah ini buat 'research' sendiri tentang 'mesin saman ekor' ini disimpang jalan yang telah dipasang dengan 'mesin' ini, telah didapati yang pemandu-pemandu kita semua okey, mereka tidak gila, tetapi memang sah laa yang 'mesin saman ekor' ini lah yang sebenarnya gila, sebabnya anda hanya ada masa 1.725 saat sahaja untuk anda memecut melepasi kamera dan lampu merah ini ketika lampu trafik itu bewarna kuning ke merah.

Dan ketika melihat poster iklan sistem AES ini, gurkah-gurkah perasan ada logo Kem Pengangkutan, JKJR,JPJ dan MIROS, tetapi tidak ada logo PDRM. Kenapa PDRM tiada sebagai salah satu dari peserta dalam inisiatif kempen keselamatan jalan raya ini??!

dollah yankee -
Sistem nak tangkap peragut, mat rempit dan pencuri tak ada ke??!!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


8 TUNTUTAN BERSIH MASI*H DI TUNTUT LAGI

Posted: 27 Sep 2012 11:20 AM PDT



 

KONSERT BERSIH 8T – UNTUK MENGINGATI TUNTUTAN 
PILIHANRAYA BERSIH

Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama  Duduk Bantah pada 28 April 2012. Warga Malaysia  telah menggunakan  hak   berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.

Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober  di Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhan Jaya Pilihanraya tentang 8 TUNTUTAN BERSIH  yang masih belum ditunaikan

 Berbulan-bulan sesudah  perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung, kerajaan telah membuat sasaran serangan terhadap Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.  Tuntutan pilihanraya bersih dan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan bersama Dewan Bandarraya  telah mengambil tindakan undang undang untuk menyaman ahli Jawatankuasa BERSIH2.0.

Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terus bertekad   untuk menaikkan kesedaran  tentang penipuan dalam senarai pengundi. Ini dapat   dijalankan kerana BERSIH terus menerima sokongan dan  sumbangan derma ikhlas  dari warga Malaysia.
 
Antara kumpulan/band yang akan bersama  mengambil bahagian dalam KONSERT 8 TUNTUTAN ialah  Ito, Julian Mokhtar dan The Geng, Republic of Brickfeild, band punk Dum Dum Tak, Canto Pop Rock Band Hui Se De Dai dan Ray Cheong. Pada hari konsert ini aktiviti  BERSIH 2.-0 akan juga dijalankan untuk merayakan  semua lapisan umur.

Ahli Jawatankuas Pemandu BERSIH 2.0 akan juga mendendangkan  satu lagu. Sasterwan Negara  A. Samad  Said atau Pak Samad  yang juga Pengerusi Bersama  BERSIH 2.0  akan membaca sebuah sajak  khusus untuk KONSERT 8 TUNTUTAN.

Konsert ini adalah untuk bersantai , bergumbira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggung jawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.

Warga  Malaysia tidak  akan menerima  satu siatem pilihanraya yang masih tidak dibersihkan.  Warga Malaysia  tidak akan  teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidak diambil peduli.

Terima Kasih.

Salam BERSIH!


PASTI AKAN BERMAIN PADA 13 OKTOBER 2012:
  1. Redemption
  2. Soul Saviour
  3. Libang Libu
  4. Hui Se Di Dai
  5. Dum Dum Tak
  6. The Garrisson
  7. Nik Jidan
  8. Ray Chong
  9. Atama
  10. Republic of Brickfields
  11. Ito, Julian Mokhtar & The Gang
NOTA:
akan ada lagi beberapa 
nama yang masih lagi
dalam perundingan


MENTERI NAJIB RAZAK MULA GADUH SESAMA SENDIRI HAL SEKOLAH CHINA

Posted: 27 Sep 2012 11:00 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas munkee munkee najib
sedang gaduh sesama sendiri
ini petanda amat baik

ini tanda najib tak  ramai penyokong
ini tanda najib tak ramai geng
ini tanda muhyiddin ramai penyokong
ini tanda muhyiddin tegas dan berwibawa

MENTERI PELAJARAN DAN BAKAL PM
KENYATAAN NAZRI MENGENAI DONG ZONG PANDANGAN PERBIDAI : MUHYIDDIN - berita hairan

 Muhyiddin Yassin berkata kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung permintaan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini adalah pandangan peribadi beliau. Muhyiddin telah menjelaskan kepada beliau berhubung perkara itu, pagi tadi.

 "(Mohamed Nazri) beliau maksudkan apa yang beliau nyatakan itu adalah sebagai pandangan beliau.

 "Dan saya juga telah menjelaskan bahawa kita sudah ada pendirian (berhubung perkara itu), dasar kerajaan berhubung soal itu juga jelas, dan kita telah buat beberapa keputusan (mengenainya)," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang dilaporkan berkata bahawa permintaan Dong Zong, yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada beliau, sebagai munasabah. - TIEWNAMA


KONSERT BERSIH 8 TUNTUTAN 


  NOTA: 
jangan lupa untuk buat date
 pada sabtu 13 oktober 2012
 bertenet di stadiium kelana jaya
 pada pukul 4 hingga tengah malam 
 enjoy sakan!

KABINET NAJIB MULA BERAMOK SESAMA SENDIRI

Posted: 27 Sep 2012 03:00 AM PDT


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... PARA MENTERI NAJIB SEDANG GADUH.... kah kah jkah...
kah kah kah... SATU  CAKAP EEEEHHHH.... kah kah jkah..
kah kah kah...SATU LAGI CAKAP OOOOOOH.... kah kah kah..
kah kah kah...SATU CAKAP CHINA INI BAIK.... kah kah ka
kah kah kah... SATU CAKAP CHINA INI TAK TANGGUNG JAWAB.... kah kah kah..
woiy.... APA PULAK KATA NAJEEEEEB.... kah kah kah..
kah kah kah...APA PULAK KATA MUHYIDEEEEN... kah kah kah..

NOTA:
tunggu apa pm madey 
kita tunggu apa madey
nak cakap kah jkah kah
NOTA:
brehenng apa komen
kah kah kah
INI DEMO MASYARAKAT CHINA 


Puad Zarkashi: Dong Zong tak bertanggungjawab - mkini

Tuntutan yang dibuat oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong melalui perhimpunan di ibu negara semalam tindakan tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Pelajaran  Puad Zarkashi.

Puad berkata, kementerian telah pun memberikan bantuan dan peruntukan secukupnya kepada sekolah jenis kebangsaan mahupun sekolah kebangsaan.

"Saya boleh katakan mereka ini tidak bertanggungjawab. Kita telah lakukan pelbagai perkara untuk bantu sekolah jenis kebangsaan. Tetapi mereka masih lagi nak tuntut.



Dong Zong hanya perjuangkan bahasa ibunda, kata Nazri - minsider


kaKUALA LUMPUR, 26 Sept ― Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Nazri Aziz berkata tindakan yang dilakukan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  adalah "tidak salah" kerana mereka memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
Jelas ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi, pertubuhan itu juga adalah pertubuhan ahli pendidikan yang turut berkhidmat untuk negara.
"Mereka orang baik-baik ... yang memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
"Itu tak salah," kata Nazri  selepas menerima penyerahan memorandum yang diserahkan Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian di pejabatnya di Parlimen hari ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dong Zong sebelum itu juga turut mengadakan demonstrasi di luar parlimen dengan dihadiri sekitar 500 ahli persatuan tersebut.
Walaupun dalam keadaan hujan, mereka turut berarak dari Padang Merbuk ke Parlimen dengan membawa sepanduk dan banner tertulis "Kempen selamatkan pendidikan Cina".
Ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini, Yap menegaskan isu pendidikan Cina di negara ini masih tidak diselesaikan.


KITA JADI COOL DI KONSERT INI

NAJIB TERPERANGKAP OLEH JAWAPAN SENDIRI

Posted: 27 Sep 2012 02:00 AM PDT



Najib: George Kent layak dianugerah projek LRT - mkini
Najib Razak berkata tiada pembida yang berasa tidak puas hati apabila kerajaan menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang "membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".

"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan secara telus dan terbuka.

Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

NONEPua dalam soalannya meminta Najib menjelaskan sebab syarikat George Kent dipilih sedangkan syarikat berkenan tidak berpengalaman dalam sektor rel dan tender syarikat itu lebih mahal daripada syarikat lain yang berpengalaman luas.

Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan pembida lain.

Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".

Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan satu surat daripada pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa menyatakan demikian.

DOKUMEN ADA PADA RAFIZI
NONE

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... JAWAPAN NAJIB INI CUKUP HEBAT.... kah kah kah..

kah kah kah...MUNKEEE INI  BERBOHONG.... kah kah kah..

kah kah kah... YANG DAPAT PROJEK INI  KAWAN MAIN GOLF NAJIB.... kah kah kah...

kah kah kah...PENGALAMAN TEKNIKAL  HANYA BUAT METER AIR PAIP KE RUMAH RUMAH.... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BETUL KE YANG TERENDAH BUJETNYA?.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL TAK SEDAR SEMUA KERTAS TENDER INI ADA PADA RAFIZI... kah kah kah..

kah kah kah.... SILA TEKA SIAPA YANG BERI  PADA RAFIZI.... kah kah kah..


NOTA:
muhyiddin wajib
tempah baju melayu hitam baru
dan wajib mula belajar angkat sumpah
kah kah kah


APA SUDAH JADI PADA AMARAN NGO TERHADAP NST?

ADALAH DI BERITAHU SEANTERO ALAM

Posted: 26 Sep 2012 11:23 PM PDT


PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA


blogspot.com
tanpa diminta telah mengubah format
maka blog tukar tiub terubah sama

walau pun tt 
tidak ada niat untuk berubah
maka muncul warna
kadang kala besar
kadang kala kecil

akan cuba di stabilkan
dengan format baru ini

melainkan ada yang 
bijak it boleh
mengemabalikan
format lama


BETUL KE POLIS TIDAK TAHU ADA PERNIAGAN LENDIR DI CHOW KIT, PUDU , JALAN PETALING

Posted: 26 Sep 2012 11:12 PM PDT



 PERNIAGAAN LENDIR PASTIADA BATUAN

 KOMENTAR TUKAR TIUB
sila tanya diri
munkeee nazri kata
tak ada laporan polis 
maka tak ada siasatan
keatas peniaga lendir yang bernama musa hasan

sila tanya diri
esok kalau ada laporan polis
apakah akan ada siasatan

pundeeek
towkay lendir ini
akan terus melendir
kah kah kah

INI TEATER NAK BUAT BERITA

Tiada siasatan berhubung skandal bekas KPN, kata Nazri - minsider


Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata tiada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung skandal yang melibatkan bekas ketua polis negara (KPN)  Musa Hasan dan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan kerana tiada laporan polis diterima berhubung skandal tersebut.
Dalam jawapan bertulis menteri di jabatan perdana menteri itu di Parlimen hari ini berkata pihak berkuasa hanya akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan yang dibuat.
"Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan Datuk Ramli Yusuff tentang hubungan bekas Ketua Polis Negara  Musa Hasan dan kongsi gelap BK Tan dan Goh Cheng Poh, jadi tiada siasatan akan dijalankan.
"Bagaimanapun, sekiranya terdapat laporan atau aduan yang dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan," kata Nazri dalam jawapannya kepada soalan ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang bertanyakan sama ada kerajaan pernah menyiasat skandal berkenaan.
Jelas ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi, tindakan pihak polis juga sama dengan kedudukan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kedudukannya sama seperti SPRM, jika tiada aduan, maka tiada sebarang siasatan akan dijalankan terhadap pendedahan yang dilaporkan," kata Nazri lagi.
Bekas pegawai kanan PDRM, Ramli Yusuff pada Mac lalu telah mendedahkan terdapatnya hubungan antara Musa, dan kongsi gelap, BK Tan dan Goh Cheng Poh.
Malah, Ramli juga sebelum ini dilaporkan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Abdul Gani Patail.

APAKAH MALAON INI  BOLEH DIPERCAYAI?

MAHKAMAH PARIS MENUNGGU NAJIB DAN RAZAK BAGINDA

Posted: 26 Sep 2012 09:00 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
para penyokong muhyiddin
sila baca berita ini betul betul
masanya tekah tiba
inilah masanya
berkorban untuk nusa dan bagsa

najib hanya akan dibawa ke paris
apabila tidak jadi pm lagi

inilah tugas muhyiddin
inilah tugas penyokong muhyiddin
inilah tugas untuk selamatkan negara


DUA MANUSIA JADI MANGSA LENDIR NAJIB

SIASATAN SCORPENE :PERANCHIS AKAN PANGGIL SAKSI - mkini
Anggota sekretariat NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata badan kehakiman Perancis akan memanggil saksi dalam siasatan kehakiman ke atas skandal kapal selam Scorpene "tidak lama lagi".
Kehakiman Perancis masih dalam proses memanggil saksi untuk testimoni dan siasatan dan kita jangka saksi akan dipanggil tidak lama lagi," kata Gabriel kepada Malaysiakini malam tadi.

Gabriel berkata, tujuh saksi daripada Malaysia dijangka akan dipanggil namun ia bergantung kepada keputusan hakim.

Saksi berkenaan termasuk individu yang berada di "tengah-tengah rundingan" untuk kapal selam tersebut seperti sekutu yang dekat dengan Najib Razak, Abdul Razak Baginda.

Ditanya sekiranya Najib, yang merupakan bekas menteri pertahanan akan disepina, Gabriel berkata Najib mendapat imuniti sebagai ketua kerajaan memandangkan Perancis tidak ingin mengeruhkan hubungan diplomatik melainkan jika terdapat syak yang kuat ke atasnya.

Bagaimanapun, Najib akan menduduki tempat paling tinggi dalam senarai saksi dengan "amat cepat" sekiranya tidak lagi menjadi perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.


JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit.... INI BERITA SUDAH LAMA SATU MALAYSIA TUNGGU.... kah kah kah..

kah kah kah... INI BERITA BAIK UNTUK SATU MALAYSIA.... kah kah kah...

kah kah kah... SATU DUNIA SUDAH TUNGGU.... kah kah kah..

NOTA:
kesian rosmah mansor
bila nak ambil gambar
dengan carla beroni
untuk dijadikan

the beauty and the beast
kah kah kah
kah kah kah



KITA ROCK SEBELUM GEROMBOLAN KALAH