RAKYAT MARHAEN |
- OKU bangkit bantu PR tawan Putrajaya
- Scorpene never dies candle light vigil on 25 Sept 2012
- 'Is gov't hiding something about Syed Mokhtar's debts'
- Salahuddin seronok Umno bimbang kemaraan PR di Johor
- At-Tarbiyyah : Haji dan Nilaiannya
- Pembangkang desak tukar J/K pilihan raya UIAM
- Tian Chua cabar kerajaan dedah butiran jet
- Gerakan Islam menghadapi gelombang Islamofobia
- Membina keseimbangan ekonomi untuk semua
- Hasan Ali ibarat kereta buruk tak ada enjin
- PM: Pembida lain tidak selayak George Kent
- Wakaf Selangor Muamalat Untuk Pembangunan Kesihatan dan Pendidikan
- Nazri : 'Sokong tuntutan Dong Zong, saya bukan munafik'
- Bajet 2013: Ahli ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST
- Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'...kalau orang Pakatan kira baru la...!!!
- Bajet Sogokan Akan Tidak Bantu Pertumbuhan Ekonomi
- Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b
- US and France call for military intervention in Mali
- A military solution for Mali rebellion?
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor
- Seacem: It's an attempt to silence civil society
- Isu Talam: PKNS buat laporan polis terhadap fitnah JMM
- 50 pekedai KTM mohon ex-grafia
- DHPP Sabah - Kenapa Kami Sokong PAS?
- Kerajaan dicadang tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM
OKU bangkit bantu PR tawan Putrajaya Posted: 27 Sep 2012 05:17 AM PDT |
Scorpene never dies candle light vigil on 25 Sept 2012 Posted: 27 Sep 2012 05:17 AM PDT |
'Is gov't hiding something about Syed Mokhtar's debts' Posted: 27 Sep 2012 05:16 AM PDT |
Salahuddin seronok Umno bimbang kemaraan PR di Johor Posted: 27 Sep 2012 05:14 AM PDT |
At-Tarbiyyah : Haji dan Nilaiannya Posted: 27 Sep 2012 05:14 AM PDT |
Pembangkang desak tukar J/K pilihan raya UIAM Posted: 27 Sep 2012 05:13 AM PDT |
Tian Chua cabar kerajaan dedah butiran jet Posted: 27 Sep 2012 05:13 AM PDT |
Gerakan Islam menghadapi gelombang Islamofobia Posted: 27 Sep 2012 04:34 AM PDT Suasana panas ekoran kemunculan treler filem Innocence of Muslims terus berlanjutan, mencetuskan debat dan pada masa sama mencetuskan protes penuh emosi umat Muslim. Sikap dwi-standard Barat dalam hal ini telah diketahui dan dikritik dengan meluas banyak pihak, yang membenarkan penghinaan dan penyebaran kebencian dengan mengatasnamakan kebebasan. Barat telah banyak kali menampakkan sikap mudah melatah dan tidak kritikal dalam isu melibatkan pertembungan nilai-nilai liberal (seperti kebebasan bersuara) dengan konservatif (seperti kesucian agama), atau nilai Barat dengan masyarakat lain, yang telah dikritik dan dikupas ramai pemerhati. Read More / Baca Lagi >> |
Membina keseimbangan ekonomi untuk semua Posted: 27 Sep 2012 04:32 AM PDT Barisan Nasional telah menyambut "55 tahun" pencapaian mereka dengan mempropagandakan "janji-janji mereka yang dipenuhi" menggunakan slogan Janji Ditepati dalam jelajah Perdana Menteri dan hari kebangsaan 2012 baru-baru ini. Sesiapa pun akan menyangka kerajaan tentu mempunyai strategi jangka panjang untuk negara berdasarkan pengalaman mentadbir sejak sekian lamanya. Malangnya, selain berhujah bahawa i) pertukaran kerajaan tidak baik untuk ekonomi dan ii) adalah lebih baik untuk memilih 'syaitan' yang sudah sedia dikenali, BN tidak banyak menawarkan status quo yang melangkaui amalan mereka. Dasar ekonomi BN hari ini boleh disimpulkan sebagai berikut: 1) Mengkritik dasar ekonomi Pakatan Rakyat sebagai populis (tetapi tidak menawarkan sebarang strategi dan dasar ekonomi yang teguh) 2) Memberi lebih banyak imbuhan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (yang menelan belanja berbilion ringgit); 3) Bersiap sedia memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum untuk menampung semula perbelanjaan hadiah-hadiah yang diberikan sekarang (dan GST bermaksud setiap rakyat Malaysia akan dikenakan cukai). Imbuhan pilihan raya BN dan keperihatinan Pakatan terhadap rakyat Dalam belanjawan 2012, BN telah menabur umpan pilihan raya mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebenarnya merupakan respon kepada dasar yang diperkenalkan Pakatan Rakyat. |
Hasan Ali ibarat kereta buruk tak ada enjin Posted: 27 Sep 2012 04:30 AM PDT Kereta, kalau dah habis minyak boleh diisi semula, kalau minyak pun dah tak boleh pakai boleh tukar kepada gas. Tetapi kalau enjin dah tak ada memang tak guna satu sen pun! Begitulah nasib Dr Hasan alJATI, orang yang jiwanya paling kacau ketika ini. Setelah niatnya nak menjadi Menteri Besar Selangor gagal kemudian dipecat pula oleh PAS kerana masaalah perlanggaran disiplin, kini beliau tercari-cari haluan dan masa depan. Apabila berhujjah kerap benar tersisih dari lojik dan fakta!, Suara dan bau suara pun orang dah tak suka, sebab hampir setaraf dengan air longkang! . Isu panas sekarang ini, ialah protes atau reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam. DS Anwar dalam satu kenyataannya di London baru-baru ini bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam,, maka mereka mudah marah dan beremosi''. Lantas secepat kilat si Hasan alJATI ini menuduh Anwar telah membuat kenyataan yang menghina Islam. Read More / Baca Lagi >> |
PM: Pembida lain tidak selayak George Kent Posted: 27 Sep 2012 04:26 AM PDT Pembida lain didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat kontrak yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib. Demikian menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat. Najib berkata George Kent telah lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah daripada kalangan lapan pembida yang mengemukakan tawaran. "Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman dalam sektor rel adalah tidak tepat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut termasuk kerja-kerja sistem SCADA, pemasangan landasan keretapi termasuk landasan konduktir kuasa, sistem komunikasi dan pelindung kilat. Read More / Baca Lagi >> |
Wakaf Selangor Muamalat Untuk Pembangunan Kesihatan dan Pendidikan Posted: 27 Sep 2012 04:24 AM PDT SHAH ALAM, 27 SEPT : Dalam usaha menambahbaik aktiviti wakaf, Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) melancarkan "Wakaf Selangor Muamalat" bagi pengurusan dana wakaf di Selangor. Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid berkata, Bank Muamalat melalui 18 rangkaian cawangannya di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf secara usahasama dengan PWS. Beliau berkata, kutipan dana wakaf ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan serta pendidikan. "Sebagai permulaan untuk dana wakaf, Bank Muamalat akan memberi sumbangan wakaf sebanyak RM1 juta. Kakitangan Bank Muamalat turut memberi sumbangan wakaf sebanyak RM75,040. Read More / Baca Lagi >> |
Nazri : 'Sokong tuntutan Dong Zong, saya bukan munafik' Posted: 27 Sep 2012 04:23 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata. "Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik. "Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam. "Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi. |
Bajet 2013: Ahli ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST Posted: 27 Sep 2012 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Sept – Putrajaya perlu memastikan perbelanjaannya untuk meningkatkan kedudukan fiskal untuk meyakinkan para pelabur, kata para ekonomi, walaupun dikatakan Bajet 2013 ini akan penuh dengan gula-gula pilihan raya demi meningkatkan undi Barisan Nasional (BN). Ketua pakar ekonomi RAM Holdings Yeah Kim Leng berkata, sementara kerajaan tidak memotong perbelanjaan kerana perkembangan ekonomi yang perlahan, ia juga harus tidak melanggar had perbelanjaan untuk memberi keyakinan kepada sektor swasta. "Memandangkan ekonomi global yang lemah, kerajaan tidak seharusnya memotong perbelanjaan untuk menyokong ekonomi, tetapi ia boleh dilakukan tanpa melanggar hadnya," kata Yeah. Ketua pakar ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi lllias berkata, beliau mahu melihat wang itu dibelanjakan secara efektif tanpa kebocoran dan pembaziran. "Cadangan dari laporan ketua audit negara seharusnya dilaksanakan," katanya lagi. Suhaimi juga berharap bajet kali ini dapat mengubah minda masyarakat terhadap implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan oleh perdana menteri tahun lalu dan mungkin akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti. "Sementara kerajaan cuba untuk membuat bajet mesra rakyat, kerajaan juga harus mendidik rakyat untuk bersedia dengan GST," kata Suhaimi lagi. Kewangan kerajaan Malaysia dikatakan antara yang terlemah di Asia dan ramai pakar ekonomi mencadangkan implementasi cukai GST untuk meningkatkan kewangan kerajaan. |
Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'...kalau orang Pakatan kira baru la...!!! Posted: 27 Sep 2012 04:20 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri. Read More / Baca Lagi >>"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini. Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan Nor Mohamed kepada menteri sedangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing. Nor Mohamed, yang dipersalahkan ketua pembangkang sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian berkenaan, juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam. Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.Parlimen semalam diberitahu bahawa Bank Negara mengalami kerugian RM5.7 bilion pada 1992 akibat kegiatan berkenaan, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993. |
Bajet Sogokan Akan Tidak Bantu Pertumbuhan Ekonomi Posted: 27 Sep 2012 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan satu bajet berbentuk 'imbuhan politik' akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui berkata PR mengingatkan kerajaan supaya membentangkan bajet bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat meskipun dunia menghadapi masalah ekonomi. "Bajet yang akan sarat dengan sogokan imbuhan politik untuk mendapatkan sokongan. Namun menjadi tanggungjawab Pakatan untuk mengingatkan kerajaan. "Apa juga dasar yang diambil dalam bajet ini fizikalnya bukan dasar 'One-Off', sogokkan satu kali begitu tetapi harus menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b Posted: 27 Sep 2012 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu. Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini. "Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia," kata Shamsul. Read More / Baca Lagi >> |
US and France call for military intervention in Mali Posted: 27 Sep 2012 03:58 AM PDT |
A military solution for Mali rebellion? Posted: 27 Sep 2012 03:58 AM PDT |
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor Posted: 27 Sep 2012 03:57 AM PDT |
Seacem: It's an attempt to silence civil society Posted: 27 Sep 2012 03:56 AM PDT |
Isu Talam: PKNS buat laporan polis terhadap fitnah JMM Posted: 27 Sep 2012 03:26 AM PDT |
50 pekedai KTM mohon ex-grafia Posted: 27 Sep 2012 03:25 AM PDT |
DHPP Sabah - Kenapa Kami Sokong PAS? Posted: 27 Sep 2012 03:25 AM PDT |
Kerajaan dicadang tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM Posted: 27 Sep 2012 03:24 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan