Jumaat, 14 September 2012

bumiperak

bumiperak


Sekitar bantahan filem "Innocence of Muslims" di Ipoh

Posted: 14 Sep 2012 12:56 AM PDT








MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penerbit filem hina Islam pernah tipu bank, guna 10 nama berlainan

Posted: 14 Sep 2012 11:16 PM PDT


LOS ANGELES - Pegawai-pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji semula tempoh pemantauan ke atas seorang penduduk tempatan, yang dipercayai menghasilkan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS, Karen Redmond berkata, Nakoula Basseley Nakoula telah disabitkan bersalah pada 2009 berhubung kesalahan menipu bank.

Hukuman yang dijatuhkan meletakkan dia di bawah pemantauan selama lima tahun.

Pegawai-pegawai persekutuan mengesyaki Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab menerbitkan filem Innocence of Muslims.

Laporan media menyebut lelaki itu menggunakan nama yang berlainan, tetapi Associated Press melaporkan dia orang yang sama.

Dipetik CNN, Redmond berkata, semakan semula hukuman pemantauan masih berjalan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat bila dan sebab semakan ke atas pemantauan diadakan, selain bila proses itu akan selesai.

Sepanjang pemantauan, Nakoula tidak boleh mengguakan komputer atau mana-mana peralatan yang membolehkan dia akses kepada Internet tanpa kebenaran pegawai pemantau.

Dia pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Lompoc, California.

Bagaimanapun pegawai-pegawai mahkamah tidak dapat memberi maklumat sama ada Nakoula telah memulangkan kembali AS$794,700 (lebih RM2.1 juta) sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.

Sejak sedutan filem itu disebar luas menerusi YouTube, Nakoula dilaporkan sudah menghilangkan dirinya daripada publik dan tinggal bersama keluarganya di rumah mereka di Cerritos, California. Kawasan rumahnya juga kini menjadi tumpuan wartawan.

Cerritos terletak kira-kira 35 kilometer ke tenggara Los Angeles.

Filem itu, dihasilkan oleh kumpulan anti-Islam di AS, satu projek kos rendah yang tidak dipandang di AS ketika mula ditayangkan tiga bulan lalu.

Bagaimanapun ia mencetuskan protes dan keganasan di Mesir, Yaman, Tunisia, Maghribi, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan wilayah Palestin, serta di Indonesia dan Malaysia, apabila dimuat naik menerusi YouTube.

Minggu ini, FBI telah menghubungi penerbit filem itu ekoran risiko ancaman, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutuan kepada CNN kelmarin.

Bagaimanapun dia tidak tertakluk kepada siasatan.

Satu laporan awal awam mengenai Nakoula muncul awal minggu ini apabila dia menghubungi Jabatan Sheriff Los Angeles malam Rabu lalu untuk membuat laporan mengenai gangguan, kata jurucakap polis Steve Whitmore.

Dia mahu polis tempatan memberi perlindungan ke atasnya.

Apabila berita mengenai filemnya muncul, penerbitnya mengelar dirinya, Sam Bacile.

Bacile memberitahu Wall Street Journal berkata, dia seorang keturunan Israel-AS berusia 52 tahun, dan merupakan ejen hartanah dari California.
Katanya, penderma Yahudi membiayai filem itu.

Seorang anggota staf penerbitan, yang pernah terlibat dalam peringkat awal pembikinan filem itu memberitahu CNN bahawa nama yang diisi pada borang Screen Actors Guild adalah "Abenob Nakoula Bassely". Penyelidikan rekod awam menunjukkkan Abanob B. Nakoula tinggal di alamat yang sama dengan Nakoula Basseley Nakoula.

Dia percaya bahawa penerbit filem itu seorang Kristian Koptik dan ketika mereka bercakap menerusi telefon semasa penggambaran berjalan, Nakoula pernah berkata dia berada di Iskandariah, Mesir untuk menjana dana bagi filemnya.

Mesir pernah menyaksikan ketegangan antara masyarakat Islam dan minoriti 'Copts'.

Seorang lagi yang pernah terlibat dalam penghasilan filem ini berkata, dia mengenali penerbit filem dengan nama Sam Bassil.

Dia menandatangani cek menggunakan nama itu.

Apabila CNN membuat penyelidikan mengenai Sam Bassil, pejabat Peguam Negara menghantar satu salinan tuduhan yang dibawa pada 2009.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Nakoula disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank.

Beberapa nama sampingan atau nama lain juga disertakan dalam kertas tuduhan iaitu Mark Basseley Youssef, Yousseff M. Basseley, Nicola Bacily dan Malid Ahlawi. Dokumen mahkamah yang lain menggunakan Thomas J. Tanas, Ahmad Hamdy dan Erwin Salameh sebagai alias.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, penerbit itu menyifatkan filemnya sebagai "satu usaha untuk membawa perhatian kepada hipokrasi Islam."

"Islam itu kanser," dakwanya.

"Filem ini filem politik, bukan filem agama," katanya mempertahankan pembikinan filem yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens.

Auuuwww yang angkuh ...

Posted: 14 Sep 2012 08:05 PM PDT

Enggan jamin keselamatan pembangkang, Hishammuddin angkuh – Anwar


(Aisha Geoffrey)
SKUDAI 15 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh.
"Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor.
"Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa.
"Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?" katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu membidas kenyataan sepupu Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program anjuran pembangkang.
Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah untuk kali ke-3, selain paku ditabur dan kereta kakitangan KEADILAN dicalar.
Sekumpulan samseng pula membuat kacau pada majlis pelancaran DUN Tangkak, malah kehadiran Anwar untuk menziarahi keluarga kakitangan KEADILAN yang kematian ibu, juga diganggu.
Pada ceramah itu, Anwar mengulangi keyakinannya untuk menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 termasuk menawan Johor.
"Saya yakin Pakatan akan menang kali ini, Insya-Allah. Dan kita akan ubah Johor agar menjadi lebih baik.
"Umno sibuk sangat nak rampas Selangor, tengok-tengok Sabah bocor. Sekarang nak jaga Sarawak, nanti Johor pula terlepas.
"Mahathir pernah cakap, sekali BN kalah pilihan raya, mereka tak akan bangun lagi. Itu maknanya apa? Mahathir akui kewibawaan pemerintahan Pakatan Rakyat.
"Jadi usah angkuh sangat," katanya pada Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat yang dihadiri kira-kira 8,000 orang anjuran KEADILAN Johor.
Sebanyak 800 meja dijual sekaligus mengutip RM19,257 hasil jualan dan derma orang ramai.
Turut berucap, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh.
Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36068

Taman Legoland - pertama di Asia- akan dibuka kepada umum esok

Posted: 14 Sep 2012 07:21 PM PDT


Taman Legolan pertama di Asia akan dibuka kepada umum esok. — Gambar fail
JOHOR BAHARU,  14 Sept — Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia akan dibuka kepada orang ramai esok.
Pembukaan rasminya adalah pada 22 September.
Taman tema antarabangsa pertama di Malaysia itu merentangi kawasan seluas  30.8 hektar dan direka khusus bagi keluarga dengan anak-anak yang berusia dua hingga 12 tahun dengan lebih 40 permainan interaktif, pertunjukan dan daya tarikan.
Pengarah urusan Taman Legoland bagi Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata Legoland Malaysia benar-benar unik dan percaya taman tema itu, yang mudah dimasuki dari Johor, Singapura negara-negara lain di Asean, akan mencapai kejayaan besar.
"Merlin Entertainments menjadi hos kepada 46 juta pengunjung setiap tahun di 21 negara berbeza di seluruh dunia. Kami gembira dapat membawa pengalaman kami ke Malaysia dan berharap dapat mengembangkan Legoland Malaysia sebagai destinasi resort keluarga utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Legoland Malaysia dimiliki oleh Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Iskandar Investment Bhd dan Merlin Entertainments Group, dan dikendalikan oleh Merlin Entertainments.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata taman tema itu akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya di Nusajaya, menyumbang kepada pembangunan perniagaan dan masyarakat sekitar.
"Kami percaya impak daripada Legoland Malaysia bukan hanya sekadar destinasi liburan semata-mata tetapi akan menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia," katanya.
Legoland Malaysia akan menjadi resort daya tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel sedang dibina dan dijangka dibuka masing-masing pada 2013 dan 2014. — Bernama

Hishamuddin tak jamin keselamatan pembangkang .....

Posted: 14 Sep 2012 06:57 AM PDT



  • Ahmad Fadli KC
  • 5:44PM Sep 14 2012
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."


Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

NONETerdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.

[Gambar] Putera William & Kate Middleton lawat Masjid Asy Syakirin & Taman KLCC

Posted: 14 Sep 2012 05:44 AM PDT


Oleh: Adie Zhafran & Zul Danish
Sekitar jam 10.00 pagi tadi, pasangan diraja Britain Putera William & Kate Middleton membuat kemunculan & sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin.
Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu.
Seawal jam 8.00 pagi lagi, rakyat Malaysia yang ingin bertemu & melihat secara dekat pasangan diraja ini mula berkumpul di Taman Rekreasi KLCC. Dianggarkan lebih kurang 7000 orang menyertai pertemuan pada pagi ini.
Selain beramah mesra bersama rakyat Malaysia, pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini.
Pasangan diraja ini akan berlepas ke Kepulauan Borneo petang ini. Berikut disertakan sisipan gambar buat tatapan anda dari jurufoto terbaru kami Zul Danish. Enjoice! - Rotikaya

Genting beli 400 juta saham Felda

Posted: 13 Sep 2012 11:30 PM PDT

Saya tidak tahu banyak mana peratus saham Felda yang dikuasai oleh Genting dengan membeli 400 juta di Bursa Saham?
Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?
Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.
Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.
Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.
Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal.
Dulu, kebanyakannya bimbang dengan tanah Felda itu akan tergadai kepada penguasaan asing apabila disenaraikan dalam Bursa Saham. Dan sekarang Genting sudah masuk. Jika saham Felda dikuasai oleh Genting atau keuntungan Felda nanti terjamin atas penyertaan syarikat judi itu, maka sedikit sebanyak untung para peneroka nanti adalah daripada gelumang judi itu.
Mungkin ulama fiqah dapat membebaskan keraguan bersih tidaknya keuntungan Felda nanti dengan penglibatan Genting itu, tetapi setakat ini Felda sudah dimasuki oleh pengaruh syarikat judi.
Yang diketahui, Genting itu adalah syarikat judi yang dimiliki oleh mendiang saudar Lim Goh Tong. Maka tentulah ia dipusakai oleh warisnya.
Tetapi semua orang tahu bahawa pengerusi pengasas (pengerusi dan pengasas bersama) syarikat kasino itu adalah Almarhum Tun Mohamad Noah bin Omar, Speaker Dewan Rakyat yang pertama selepas merdeka dan dia adalah pejuang kemerdekaan.
Dia adalah bapa mertua kepada dua Perdana Menteri, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Cucunya adalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak.
Kita tidak banyak tahu saham Tun Noah dalam syarikat Gentings itu dan banyak mana pusaka yang diperoleh oleh anak cucunya?
Najib adalah antara cucunya yang bakal mempusakai harta ibunya nanti. Banyak mana pusaka yang ibunya peroleh daripada saham pengasas Genting dan bagaimana pula pembahagian untuknya daripada faedah Yayasan Noah yang dipercayai punca induknya daripada peniagaan Genting tadi.
Apapun, perniagaan Genting itu tentu ada panggu Najib. Sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, tentu ada cara bagaimana panggu Najib itu boleh ditambah secara langsung dan tidak langsung.
Dengan Genting membeli saham Felda yang besar itu, secara tidak langsung ada kepentingan Najib dan keluarga Najib.
Kepentingan Najib dalam Felda itu bukan sekadar orang yang memayungi harta Felda pada keseluruhannya, tetapi dengan memasukkan syarikat Felda dalam pasaran Bursa Saham, ia membuka laluan kepada syarikat datuknya untuk memiliki kepentingan dalam tanah perancangan terbesar itu.
Apakah Najib nanti boleh mempusakai perniagaan Genting kelak, tidak diketahui. Tetapi Genting bolah membahagikan saham 400 juta itu sebagai bahagian datuknya? Mungkin Genting itu akan jadi milik anak cucu Lim Goh Tong sepenuhnya dan panggu untuk Tun Noah sebagai pengerusi pengasas adalah daripada perniagaan Felda.
Dia boleh jadi begitu. Tipu daya perniagaan dan tipu daya politik sesunggahnya sama-sama ligat. Tidakkah mungkin politik Felda itu adalah satu permainan Najib untuk mempusakai kekayaan
* panggu – habuan, bahagian
-harakahdaily

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIKAP HISHAMUDDIN LEPAS TANGAN, POLIS JADI MANGSA CERCAAN RAKYAT

Posted: 14 Sep 2012 07:30 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEGITU mudahnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin menjawab persoalan kekacauan dan tindakan samseng-samseng yang memburu ke mana sahaja DS Anwar dan rombongannya pergi.  Wajarkah Menteri itu berkata, terpulanglah kepada rakyat Johor kerana ini politik, politik ada risiko seperti yang beliau katakan di dalam Malaysiakini semalam.

Setakat mana beliau boleh ketawa? 

Bas dan kereta disimbah cat, di baling batu dan jalanraya ditaburkan paku.  Inikah budaya politik dan transformasi Najib?  Di dalam Islam sendiri, ketika berperang dengan tentera-tentera Kafir pun Allah melarang membunuh atau sengaja mencederakan kuda/unta tunggangan pihak musuh.  Apa yang berlaku sekarang bukan peperangan tetapi perlaksanaan amalan demokrasi yang dunia luar banyak melaksanakannya secara penuh bertamaddun.

Aku tidak tahu ada atau tidak di negara-negara lain yang bertamadun termasuk negara Komunis sekalipun Menterinya berfikiran seperti Hishamuddin ini.  Kita tidak peduli samada kenyataannya itu menunjukkan dia bengap atau bodoh, tetapi kita amat simpati yang akan menjadi mangsa adalah pihak keselamatan iaitu pihak Polis.  Rakyat lebih mudah untuk menuduh pihak Polis tidak bersikap adil daripada melihat Menterinya yang tidak tahu bekerja secara profesional.

Justeru itu, sudah sampai masanya seluruh warga keselamatan Polis dan tentera untuk berubah dari terus diperlakukan sedemikian.  Tentukan Umno akan tumbang di dalam PRU akan datang untuk kamu menyaksikan di manakah ceruk dan lubang cacing yang pak-pak Menteri seperti ini akan lari.  

Bagi kita, sehebat mana pun kezaliman mereka ianya tetap akan menambahkan lagi semangat kita untuk menguburkan Umno/Bn.  Melayu bergaduh sesama Melayu dan Islam angkara menteri yang tidak bertanggungjawab seperti ini.  Jangan dituding kepada DAP atau MCA mahupun Gerakan dan MIC.  Mereka tidak seperti puak tersebut yang bagaikan anjing liar memburu ke mana sahaja rombongan DS Anwar berada.  

Kalaupun Najib terlalu takut untuk berdebat dengan DS Anwar, jangan jadikan pasukan keselamatan sebagai pelindung kebaculan beliau.  Najib mesti tunjukkan bahawa beliau anak jantan sejati walaupun untuk beberapa minit berdepan dengan Ketua Pembangkang kami./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR DAN ROMBONGAN KE JOHOR - ADAKAH INI SATU CUBAAN MEMBUNUH ?

Posted: 14 Sep 2012 12:54 PM PDT

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya./anwaribrahim.blog

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012

Posted: 14 Sep 2012 09:31 PM PDT

16 September 1963 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan Sabah dan Sarawak beserta Persekutuan Tanah Melayu — yang merdeka sebelumnya pada 31 Ogos 1957 — membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Bertitiktolak dari situ, semangat Federalisme yang dipersetujui bersama sewajarnya menjadi semakin utuh, kuat dan terus dihormati. 

Ini juga kesempatan untuk kita menyingkap lembaran sejarah, melakar dengan tinta emas pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga pembentukan Malaysia. Kita bersyukur kerana berjaya mengekalkan keamanan dan bermulanya asas pembangunan negara. 

Namun yang dimusykilkan adalah bentuk kecuaian malah penyelewengan dari semangat kelahiran negara yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan. Masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Rakyat Sabah, misalnya, dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur asas walaupun hampir setengah abad mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.
Read More / Baca Lagi >>

BUDAK NI DAH IKUT AYAH PIN TERBANG KE LANGIT..???? SUSAH SANGAT POLIS NAK KESAN...!!!

Posted: 14 Sep 2012 09:26 PM PDT



Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan

Posted: 14 Sep 2012 09:17 PM PDT



KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Kematian Beng Hock ke layar perak pula

Posted: 14 Sep 2012 09:16 PM PDT



Selepas demonstrasi, serahan memorandum, ucapan di pentas ceramah dan persembahan teater, kisah kematian tragis setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock kini dibawa ke layar perak pula.

DAP Serdang malam tadi menayangkan filem dokumentari berkaitan bertajuk Jatuh di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur malam tadi.

Filem itu diarahkan oleh graduan Pengajian Cina Universiti Putra Malaysia Siew Ki, 26, cuba mendokumentasikan kisah kematian mendiang Teoh yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Siasatan suruhanjaya diraja kematian Teoh mendapati mendiang membunuh diri akibat soal siasat agresif dan berterusan oleh pegawai SPRM.

Siew Ki berkata beliau mendapat idea untuk mengarahkan filem yang berdurasi 36 minit itu, sewaktu makan di pusat khidmat exco Selangor Ean Yong Hian Wah - bekas majikan Teoh - di Serdang pada suatu hari.
Read More / Baca Lagi >>

Will BN take a hit over Talam and water?

Posted: 14 Sep 2012 09:15 PM PDT

The Talam and water issues may be BN's powerful weapons but they can also hurt the ruling coalition

The Talam Corporation issue is now a bone of contention. And it is not surprising as the name 'Talam' itself can be said to be controversial, in the Cantonese dialect, that is.
For 'Talam accented properly and translated literally in Cantonese is 'hit-collapse'. But used in a sentence it means to defeat one's rivals, for example: "We will 'ta-lum' all our rivals in the competition."
BN and especially MCA, most notably Labis MP, Chua Tee Yong, has been using the Talam Corporation issue to 'ta-lum' the Selangor state government helmed by Pakatan Rakyat.
So far, the Pakatan Selangor state government is holding up well. Although much time and energy has been expended to clarify matters, the state government's explanations rarely get highlighted in the mainstream media in a prominent manner.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Lagi : Chegu Bard Mahu Dedahkan Korupsi Libatkan JPM...Rasuah ibarat kentut dan tahi dalam mazhab Parti Syaitan....!!!

Posted: 14 Sep 2012 09:13 PM PDT

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Rasis : Risalah mengandungi fitnah terhadap DAP diedar di Masjid.....Fitnah dan Adu Domba Ajaran Parti Syaitan.

Posted: 14 Sep 2012 09:11 PM PDT

Mungkin kerana menyedari bahawa peranan yang dibawa oleh Cybertrooper upahan mereka tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan, UMNO terpaksa menggunakan cara lama iaitu mencetak dan mengedar risalah.

Diawal pagi semalam, Ibu pejabat DAP Pulau Pinang telah menjadi mangsa serangan 'Cat Merah' dipercayai dilakukan oleh pihak 'Syaitan yang dikenali', pada waktu tengahari risalah ataupun buku yang memburuk-burukkan DAP diedar di Masjid pula.

Video rakaman CCTV  'Syaitan yang dikenali' sedang melontar bungkusan cat sila lihat di ( SINI )

Buku kecil yang bertajuk '10 Perkara yang perlu diketahui oleh Melayu Islam mengenai DAP' itu telah ditemui ditinggalkan di tangga Masjid Bayan Baru ketika ummat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat.
Read More / Baca Lagi >>

YouTube: Klip kontroversi kekal, disekat di Libya dan Mesir

Posted: 14 Sep 2012 07:05 PM PDT


YouTube: Klip kontroversi kekal, disekat di Libya dan Mesir
Pejabat Konsul Amerika Syarikat di Benghazi, Libya terbakar dalam serangan Selasa lalu. - Foto ihsan CNN
 
WASHINGTON - YouTube mengambil langkah menyekat akses buat sementara waktu kepada klip kontroversi yang mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara termasuk Libya, yang turut menyaksikan Duta Amerika Syarikat (AS) terbunuh.

Dalam kenyataan dibawa CNN, YouTube berkata, treler 13 minit yang menyinggung perasaan umat Islam tidak boleh akses menerusi YouTube di Libya dan Mesir buat sementara waktu.

"Kami bekerja keras untuk mewujudkan satu komuniti di mana setiap orang boleh menikmati dan yang membolehkan setiap orang melahirkan pandangan yang berbeza," kata YouTube menerusi e-mel kepada CNN.
Read More / Baca Lagi >>

Idealisme – mahasiswa dan pemerintah.

Posted: 14 Sep 2012 06:35 PM PDT

Pada tahun 1969, sebuah perkumpulan mahasiswa daripada Universiti Malaya telah membuat jelajah menggunakan bas ke beberapa bandar utama di Semenanjung Malaysia bagi menyebarkan ide yang mereka bawa kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pertubuhan yang dikenali sebagai UMSU (University of Malaya Students Union) yang menjadi penggerak NUMS (National Union of Malaysian Students) bukan sahaja berjaya memupuk perpaduan para mahasiswa di peringkat nasional pada penghujung 60-an, malah turut menyumbang kepada tsunami politik pertama yang melanda negara pada pilihanraya umum tahun 1969.
Dengan sumber yang mereka perolehi sendiri, dan bas yang dipandu sendiri, mahasiswa-mahasiswa UMSU telah menjelajah ke tiga belas kawasan utama sejak pertengahan April 1969 sehingga yang terakhir pada 9 Mei 1969. Daripada tiga belas kawasan ini, sembilan daripadanya telah memilih perubahan dan mengundi pihak oposisi pada waktu itu.
Read More / Baca Lagi >>

SPR terus jadi alat BN – Guan Eng

Posted: 14 Sep 2012 06:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berat sebelah kerana menjadi sebahagian dari alat BN untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor berikutan isu pilihan raya yang mahu diadakan secara berasingan.
Ia berikutan kenyataan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengganggu guru serta pelajar jika diadakan di sekolah.
Membidas kenyataan tersebut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, "Beliau seolah-olah mengabaikan fakta bahawa tidak wujud sebarang bantahan oleh SPR apabila Sabah dan Sarawak mengadakan pilihan raya secara berasingan."
"Apakah SPR juga mempersoalkan kemampuan dan profesionalisme polis kita apabila mendakwa sekiranya pilihan raya secara berasingan boleh menggugat keselamatan awam dimana pihak polis terpaksa memastikan keselamatan kerana wujud dua tempoh masa berkempen?" soalnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Media Propaganda BN Semakin Hodoh

Posted: 14 Sep 2012 06:29 PM PDT

Oleh Mohd Hafez

Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini.
Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.

Apabila media BN mencanangkan 'kebiadapan' segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.
Read More / Baca Lagi >>

Dulu 'ancaman' SB, sekarang ancaman FB

Posted: 14 Sep 2012 06:22 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Zaman di mana PAS dianggap sebagai parti yang telah diresapi golongan subversif dan pelampau agama, aktiviti PAS sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

Tuduhan Umno terhadap PAS kononnya terbabit dengan kegiatan subversif lebih kepada tuduhan politik dari realiti yang bertujuan untuk menjauhkan rakyat daripada PAS. Tetapi pihak berkuasa memantau pergerakan PAS semacam ia benar-benar satu ancaman.

Ramai yang terbabit dengan demonstrasi menuntut kenaikan harga padi yang memusnah sebahagian Wisma Negeri di Kedah tahun 80an dikatakan terbabit dalam Pertubuhan Angkatan Sabilullah (P.A.S) yang kononnya menyusup ke dalam PAS. Fakta bahawa yang benar-benar menyusup mengikuti pertubuhan itu ialah pihak polis Cawangan Khas (SB). Dengan maklumat yang ada mudahlah mereka bertindak.

Read More / Baca Lagi >>

Melayu Melaka perlu berubah

Posted: 14 Sep 2012 06:21 PM PDT

Oleh ZAILI MUHAMMAD
Potensi Pakatan Rakyat Melaka memenangi sokongan pengundi dan seterusnya berjaya membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Melaka semakin meningkat setiap masa kerana rakyat Melaka sudah mulai sedar akan kebobrokan Umno/BN.

Penyampaian maklumat dan kerja- kerja menyantuni golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, anak yatim, ibu tunggal, terlantar sakit, kelainan upaya dan di timpa musibah juga semakin rancak terutamanya pada Ramadhan lalu. Ini memberikan imej yang begitu baik di mata masyarakat dan ianya wajar diteruskan setiap masa agar sumbangan atau bantuan tersebut tidak dianggap sebagai 'bermusim' iaitu hanya di bulan puasa sahaja.
Sesungguhnya pendekatan membela nasib rakyat yang begitu memerlukan ini bukannya satu perkara yang mudah di dalam keadaan parti yang serba kekurangan dari segi dana, tenaga dan masa berbanding di pihak BN yang sewenangnya mempergunakan agensi dan jabatan kerajaan sebagai jentera parti mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Ganu Kite : Ya, kami amat rindukan suasana itu...

Posted: 14 Sep 2012 06:19 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Ada banyak sebab atau hujah yang boleh kita kemukakan untuk menepis ejekan sebilangan pihak terhadap kesungguhan PAS menawan semula negeri Terengganu. Walau pun pada asasnya kepimpinan teringgi parti itu sering meletakkan negeri yang pernah diperintahnya itu sebagai salah satu sasaran untuk dimenangi lewat pilihan raya umum akan datang, tidak semua pihak nampaknya menerima baik hasrat itu.

Entah apakah gerangan sebabnya, kedapatan juga segelintir pendukung PAS sendiri yang gemar melontarkan pandangan pesimis. Bagi mereka kekuatan PAS di Terengganu langsung tidak setanding dengan keazaman mengalahkan Barisan Nasional (BN) negeri itu. Malah, sebilangan khalayak pesimis ini pergi lebih jauh dengan mengandaikan betapa jika pun Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya (baca: Memerintah Malaysia), belum tentu Terengganu dapat dirampas semula oleh PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Isu daftar pemilih dilupakan...

Posted: 14 Sep 2012 06:18 PM PDT

Oleh SELENA TAY
SEBELUM pilihan raya yang bakal paling sengit dalam sejarah politik negara diadakan, bermacam-macam isu telah dibangkitkan. Isu yang aneh sekali ialah 'haram sokong DAP' tetapi boleh beri undi kepada 'syaitan'. Apa maksudnya perkara sebegini?

Namun demikian, satu isu yang amat penting yang telah dilupakan oleh kerajaan dan juga sebahagian besar orang ramai ialah isu senarai daftar pemilih yang kotor. Sehingga kini, tiada berita atau perkembangan lanjut perihal perkara ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun tidak mengumumkan sama ada senarai daftar pemilih sudah dibersihkan ataupun belum.
Read More / Baca Lagi >>

Iklan jelik tagih undi BN dalam PRU13

Posted: 14 Sep 2012 06:17 PM PDT

Oleh RAYUSA
SAMA ada di media cetak atau elektronik, iklan juga adalah karya seni. Sebagaimana karya seni lain, ia ada mesej dan fungsi, baik yang positif mahupun negatif. Jika untuk kebaikan, ia bermanfaat dan amat dialu-alukan. Bagaimanapun, ada pihak yang memperbodoh-bodohkan dan menghina pihak lain menerusi seni pengiklanan demi keuntungan diri sendiri.


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, ada sebuah iklan yang disiarkan berulang kali setiap hari di media massa. Selain menerusi televisyen dan radio (walaupun tidak sepatutnya begitu setelah Parlimen dibubarkan), motif yang serupa dipaparkan pada billboard di seluruh negara. Yang jeliknya, pada penghujung iklan di media elektronik, ada suara latar menyebutkan "Hanya satu pilihan". Perkataan tersebut juga terpampang pada billboard.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Nasib malang bekas jutawan Felda LBJ...mangsa Isa Felda..!!!

Posted: 14 Sep 2012 06:14 PM PDT


AHLI keluarga berbincang dengan Rashid Jani (berkerusi roda) yang disaman anak sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, negeri Sembilan semalam.



SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu menuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

Pantang Melayu Durhaka tidak bersebab

Posted: 14 Sep 2012 06:10 PM PDT

Sedikit pengkisahan keturunan.
Ada seorang insan di Jerantut yang selalu membangga banggakan keturunan. Aspan alias diibaratkan sebagai keturunan pencari kayu api. Ariff Sabri keturunan pengangkat atau penimba air. Perumpamaan seperti ini tidak menjadi hal kecuali kepada mereka yang taksub dan bangga kepada darah keturunan.
Saya amat tidak suka mengungkit mengenai asal keturunan. Tapi elok saya nyatakan disini asal usul keluarga saya sendiri yang berkait dengan Jerantut. Kita kena jaga supaya mulut jangan celupar.
Tok Sharom ayah kepada Tok Gajah, Hajjah Maimunah, Ranting Emas, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif, datang ke Tanah Melayu, turun di negeri Perak asalnya. Tok Shahrom berasal dari Sumatera adalah keluarga bangsawan dan pahlawan. Untuk mengelak dari berperang sesama sendiri masuk ke Tanah Melayu, turun pertama nya di Bidor Perak. Keturunan Tok Shahrom masih lagi ada di Bidor. Tok Shahrom datang dengan para pengikut nya termasuklah panglima2 dan orang alim ugama. Kemudian masuk ke negeri Pahang akhirnya bermastautin di Pulau Tawar. Tok Shahrom berkahwin dengn seorang wanita bernama Siti Hajar dan mendapat 5 orang anak yang saya sebut tadi. Ranting Emas, Hajjah Maimunah, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif. Semua mereka ini terkenal kerana ilmu kepahlawanan dan kebatinan istimewa Khatib Rasu( Tok Gajah). Khatib Amin berkahwin dengan seorang wanita yang saya lupa nama nya dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Hajjah Aminah. Hajjah Aminah berkahwin dengan Hj Abdullah Serban Hijau seorang paglima dan alim dari Negeri Kelantan. Mereka mendapat seorang anak lelaki Hj Mohamad bin Haji Abdullah dan seorang anak perempuan bernama Jamilah. Haji MOhamad ini adalah tok saya sebelah emak. Jamilah adalah ibu kepada arwah Dato Shamsiah Hj Hamid, bekas wakil rakyat Pekan yang berkahwin dengan Tengku Husin adinda kepada Sultan Abu Bakar. Arwah Dato Shamsiah adalah ibu kepada Tengku Asmawi Tengku Paduka Pahang.
Saya ariff sabri anak kepada Hajjah  fauziah anak kepada hj mohamad anak kepada hajjah aminah anak kepada khatib amin anak kepada Tok Shahrum. Ini susur galur keluarga saya sebelah emak. Khatib Amin adik beradik dengan khatib Rasu( Imam Perang Tok Gajah), khatib Arif, Hajjah Maimunah dan Ranting Emas.
Jadi nak beritau Wan yang asal nya boleh jadi Awang sahaja yang dikorapsi kan jadi wang, akhirnya Wan, bila disebut dengan lidah orang Pahang, saya ini bukanlah keturunan pengangkat air. Janganlah kita taksubkan sangat asal usul kita. Zaman ini, nilai seseorang bukan bergantung kepada kesemulajadian dan asal usul tapi bergantung kepada apa yang kita boleh buat. Dan apa yang kita boleh buat bergantung kepada keberanian, kemahiran dan minda cerdik. Dan kalau tidak silap saya, keturunan sesetangah Awang yang menjadi Wan ialah tukang angkat najis lembu di istana dan pencuci kandang lembu, kambing dan kerbau.
Jadi sekarang saya keturunan Tok Shahrom hendak bercakap.
Read More / Baca Lagi >>

UmnoBn tenat,, PR semakin dekat dihati rakyat

Posted: 14 Sep 2012 06:06 PM PDT

Amat sukar bagi Umno untuk mengekalkan kuasa yang sekian lama mereka cengkam!. Untuk mendapat balik sokongan dari rakyat Malaysia khasnya orang Melayu cukup perit  kerana dosa Umno kepada orang Melayu terlalu besar. Orang Melayu sudah serik dengan penipuan, kecurangan dan kerakusan pemimpin Umno selama ini. 
Kesilapan besar Umno ialah memfitnah dan memusuhi Anwar Ibrahim. Kalau tidak,  Umno takkan jadi seperti hari ini! Sekarang lihatlah hasil dan risikonya!  Atas kehendak Allah, Anwar semakin kuat dan berpengaruh! Parti Keadilan Rakyat semakin disukai.  Gabungan pembangkang yang terdiri PAS DAP dan PKR hari ini dilihat cukup kuat dan berpengaruh.Dasar perjuangannya yang  dilihat cukup ikhlas dan telus telah memikat hati rakyat. Maka tidak hairanlah daripada paras kosong,  kini mereka sudah menguasai empat negeri (Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan) semenjak PRU 2008. Dan besar kemungkinan dalam PRU yang akan datang kejayaan yang lebih besar sedang menunggu Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Entire ATM machine stolen from bank in Seremban 2: CRIME DOWN?

Posted: 14 Sep 2012 06:03 PM PDT

Entire ATM machine stolen from bank in Seremban 2: CRIME DOWN?SEREMBAN - A group of men made off with an automatic teller machine (ATM) containing RM150,000 from a bank in Seremban 2 near here early this morning.

Seremban police chief ACP Saiful Azly Kamarudin said initial investigations found the incident took place between 3.15am and 4am and was meticulously planned by the criminals.

"The CCTV recording showed all suspects were wearing masks and police believe there were more than three persons involved.

"They began by spraying the closed circuit television camera with paint before breaking down the glass partition where nine ATM and cash deposit machines were located before prising one of the ATMs and carting it away," he told reporters here today.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Ahli perniagaan maut ditetak..jenayah makin merosot...!!!

Posted: 14 Sep 2012 06:02 PM PDT


Ahli perniagaan maut ditetak
Unit forensik melakukan siasatan selepas penemuan mayat dua ahli perniagaan, malam kelmarin.
 
SERDANG – Dua ahli perniagaan maut selepas ditetak di tangan dan leher dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik yang dijadikan pejabat.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh rakan yang sebelum itu gagal menghubungi telefon bimbit mereka.

Sepasukan polis yang bergegas ke lokasi mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai ditetak dengan parang.
Read More / Baca Lagi >>

Enggan jamin keselamatan pembangkang, Hishammuddin angkuh ....yang pastinya menghalal cara Puak Syaitan nie....!!!

Posted: 14 Sep 2012 06:00 PM PDT

SKUDAI 15 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh.
"Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor.
"Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa.
"Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?" katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu membidas kenyataan sepupu Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program anjuran pembangkang.
Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah untuk kali ke-3, selain paku ditabur dan kereta kakitangan KEADILAN dicalar.
Read More / Baca Lagi >>

ICU Bina Longkang Pelik di Paya Jaras...Projek masyukkk...!!!

Posted: 14 Sep 2012 05:18 PM PDT


PAYA JARAS 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.
Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.
Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Dengan 13 juta pengundi, desakan pembersihan daftar pemilih semakin kuat

Posted: 14 Sep 2012 05:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Jumlah pengundi bagi pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang diwartakan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Ogos 2012 adalah seramai 13,052,374 orang dan Selangor mencatatkan jumlah pengundi luar negara tertinggi iaitu seramai 579 orang.
Dalam statistik terkini SPR yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider, jumlah pemilih biasa berjumlah 12,778,127 orang manakala jumlah pemilih tidak hadir yang merangkumi tentera, polis dan pengundi luar negara pula berjumlah 274,247 orang.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pemilih tidak hadir tentera paling tinggi seramai 24,979 orang manakala Selangor mempunyai jumlah pemilih tidak hadir polis tertinggi iaitu 16,525 orang.
Secara keseluruhannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pemilih tidak hadir (tentera, polis, luar negara) yang paling tinggi iaitu 40,543 orang, diikuti oleh Perak 38,367 orang dan Johor 25,058 orang.
Selangor baru-baru ini mengumumkan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serantak dengan PRU.
Read More / Baca Lagi >>

Protesters in standoff with Police in Cairo

Posted: 14 Sep 2012 05:06 PM PDT