Jumaat, 14 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIKAP HISHAMUDDIN LEPAS TANGAN, POLIS JADI MANGSA CERCAAN RAKYAT

Posted: 14 Sep 2012 07:30 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEGITU mudahnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin menjawab persoalan kekacauan dan tindakan samseng-samseng yang memburu ke mana sahaja DS Anwar dan rombongannya pergi.  Wajarkah Menteri itu berkata, terpulanglah kepada rakyat Johor kerana ini politik, politik ada risiko seperti yang beliau katakan di dalam Malaysiakini semalam.

Setakat mana beliau boleh ketawa? 

Bas dan kereta disimbah cat, di baling batu dan jalanraya ditaburkan paku.  Inikah budaya politik dan transformasi Najib?  Di dalam Islam sendiri, ketika berperang dengan tentera-tentera Kafir pun Allah melarang membunuh atau sengaja mencederakan kuda/unta tunggangan pihak musuh.  Apa yang berlaku sekarang bukan peperangan tetapi perlaksanaan amalan demokrasi yang dunia luar banyak melaksanakannya secara penuh bertamaddun.

Aku tidak tahu ada atau tidak di negara-negara lain yang bertamadun termasuk negara Komunis sekalipun Menterinya berfikiran seperti Hishamuddin ini.  Kita tidak peduli samada kenyataannya itu menunjukkan dia bengap atau bodoh, tetapi kita amat simpati yang akan menjadi mangsa adalah pihak keselamatan iaitu pihak Polis.  Rakyat lebih mudah untuk menuduh pihak Polis tidak bersikap adil daripada melihat Menterinya yang tidak tahu bekerja secara profesional.

Justeru itu, sudah sampai masanya seluruh warga keselamatan Polis dan tentera untuk berubah dari terus diperlakukan sedemikian.  Tentukan Umno akan tumbang di dalam PRU akan datang untuk kamu menyaksikan di manakah ceruk dan lubang cacing yang pak-pak Menteri seperti ini akan lari.  

Bagi kita, sehebat mana pun kezaliman mereka ianya tetap akan menambahkan lagi semangat kita untuk menguburkan Umno/Bn.  Melayu bergaduh sesama Melayu dan Islam angkara menteri yang tidak bertanggungjawab seperti ini.  Jangan dituding kepada DAP atau MCA mahupun Gerakan dan MIC.  Mereka tidak seperti puak tersebut yang bagaikan anjing liar memburu ke mana sahaja rombongan DS Anwar berada.  

Kalaupun Najib terlalu takut untuk berdebat dengan DS Anwar, jangan jadikan pasukan keselamatan sebagai pelindung kebaculan beliau.  Najib mesti tunjukkan bahawa beliau anak jantan sejati walaupun untuk beberapa minit berdepan dengan Ketua Pembangkang kami./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR DAN ROMBONGAN KE JOHOR - ADAKAH INI SATU CUBAAN MEMBUNUH ?

Posted: 14 Sep 2012 12:54 PM PDT

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya./anwaribrahim.blog

Tiada ulasan: