MIMPI SENJA |
- Penerbit filem hina Islam pernah tipu bank, guna 10 nama berlainan
- Auuuwww yang angkuh ...
- Taman Legoland - pertama di Asia- akan dibuka kepada umum esok
- Hishamuddin tak jamin keselamatan pembangkang .....
- [Gambar] Putera William & Kate Middleton lawat Masjid Asy Syakirin & Taman KLCC
- Genting beli 400 juta saham Felda
Penerbit filem hina Islam pernah tipu bank, guna 10 nama berlainan Posted: 14 Sep 2012 11:16 PM PDT LOS ANGELES - Pegawai-pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji semula tempoh pemantauan ke atas seorang penduduk tempatan, yang dipercayai menghasilkan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS, Karen Redmond berkata, Nakoula Basseley Nakoula telah disabitkan bersalah pada 2009 berhubung kesalahan menipu bank. Hukuman yang dijatuhkan meletakkan dia di bawah pemantauan selama lima tahun. Pegawai-pegawai persekutuan mengesyaki Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab menerbitkan filem Innocence of Muslims. Laporan media menyebut lelaki itu menggunakan nama yang berlainan, tetapi Associated Press melaporkan dia orang yang sama. Dipetik CNN, Redmond berkata, semakan semula hukuman pemantauan masih berjalan. Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat bila dan sebab semakan ke atas pemantauan diadakan, selain bila proses itu akan selesai. Sepanjang pemantauan, Nakoula tidak boleh mengguakan komputer atau mana-mana peralatan yang membolehkan dia akses kepada Internet tanpa kebenaran pegawai pemantau. Dia pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Lompoc, California. Bagaimanapun pegawai-pegawai mahkamah tidak dapat memberi maklumat sama ada Nakoula telah memulangkan kembali AS$794,700 (lebih RM2.1 juta) sebagaimana diarahkan oleh mahkamah. Sejak sedutan filem itu disebar luas menerusi YouTube, Nakoula dilaporkan sudah menghilangkan dirinya daripada publik dan tinggal bersama keluarganya di rumah mereka di Cerritos, California. Kawasan rumahnya juga kini menjadi tumpuan wartawan. Cerritos terletak kira-kira 35 kilometer ke tenggara Los Angeles. Filem itu, dihasilkan oleh kumpulan anti-Islam di AS, satu projek kos rendah yang tidak dipandang di AS ketika mula ditayangkan tiga bulan lalu. Bagaimanapun ia mencetuskan protes dan keganasan di Mesir, Yaman, Tunisia, Maghribi, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan wilayah Palestin, serta di Indonesia dan Malaysia, apabila dimuat naik menerusi YouTube. Minggu ini, FBI telah menghubungi penerbit filem itu ekoran risiko ancaman, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutuan kepada CNN kelmarin. Bagaimanapun dia tidak tertakluk kepada siasatan. Satu laporan awal awam mengenai Nakoula muncul awal minggu ini apabila dia menghubungi Jabatan Sheriff Los Angeles malam Rabu lalu untuk membuat laporan mengenai gangguan, kata jurucakap polis Steve Whitmore. Dia mahu polis tempatan memberi perlindungan ke atasnya. Apabila berita mengenai filemnya muncul, penerbitnya mengelar dirinya, Sam Bacile. Bacile memberitahu Wall Street Journal berkata, dia seorang keturunan Israel-AS berusia 52 tahun, dan merupakan ejen hartanah dari California. Katanya, penderma Yahudi membiayai filem itu. Seorang anggota staf penerbitan, yang pernah terlibat dalam peringkat awal pembikinan filem itu memberitahu CNN bahawa nama yang diisi pada borang Screen Actors Guild adalah "Abenob Nakoula Bassely". Penyelidikan rekod awam menunjukkkan Abanob B. Nakoula tinggal di alamat yang sama dengan Nakoula Basseley Nakoula. Dia percaya bahawa penerbit filem itu seorang Kristian Koptik dan ketika mereka bercakap menerusi telefon semasa penggambaran berjalan, Nakoula pernah berkata dia berada di Iskandariah, Mesir untuk menjana dana bagi filemnya. Mesir pernah menyaksikan ketegangan antara masyarakat Islam dan minoriti 'Copts'. Seorang lagi yang pernah terlibat dalam penghasilan filem ini berkata, dia mengenali penerbit filem dengan nama Sam Bassil. Dia menandatangani cek menggunakan nama itu. Apabila CNN membuat penyelidikan mengenai Sam Bassil, pejabat Peguam Negara menghantar satu salinan tuduhan yang dibawa pada 2009. Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Nakoula disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank. Beberapa nama sampingan atau nama lain juga disertakan dalam kertas tuduhan iaitu Mark Basseley Youssef, Yousseff M. Basseley, Nicola Bacily dan Malid Ahlawi. Dokumen mahkamah yang lain menggunakan Thomas J. Tanas, Ahmad Hamdy dan Erwin Salameh sebagai alias. Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, penerbit itu menyifatkan filemnya sebagai "satu usaha untuk membawa perhatian kepada hipokrasi Islam." "Islam itu kanser," dakwanya. "Filem ini filem politik, bukan filem agama," katanya mempertahankan pembikinan filem yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens. |
Posted: 14 Sep 2012 08:05 PM PDT Enggan jamin keselamatan pembangkang, Hishammuddin angkuh – Anwar(Aisha Geoffrey) SKUDAI 15 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein memberi jaminan keselamatan terhadap kempen Jelajah Merdeka Rakyat, sebagai angkuh. "Hishamuddin tak faham tugas menteri. Itu kita panggil keangkuhan dalam berkuasa. Dia tak sedar sedang berlaku gegaran hebat di Johor. "Ini menunjukkan Menteri Dalam Negeri gagal mendisiplinkan penyokong Umno, sanggup guna apa saja untuk kekalkan kuasa. "Kita pun ada penyokong. Tapi, kita suruh penyokong sabar, usah layan provokasi. Mereka baling cat merah, (kalau) kita baling cat biru, bila nak habis?" katanya. Ketua Umum KEADILAN itu membidas kenyataan sepupu Perdana Menteri yang menyatakan kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program anjuran pembangkang. Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah untuk kali ke-3, selain paku ditabur dan kereta kakitangan KEADILAN dicalar. Sekumpulan samseng pula membuat kacau pada majlis pelancaran DUN Tangkak, malah kehadiran Anwar untuk menziarahi keluarga kakitangan KEADILAN yang kematian ibu, juga diganggu. Pada ceramah itu, Anwar mengulangi keyakinannya untuk menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 termasuk menawan Johor. "Saya yakin Pakatan akan menang kali ini, Insya-Allah. Dan kita akan ubah Johor agar menjadi lebih baik. "Umno sibuk sangat nak rampas Selangor, tengok-tengok Sabah bocor. Sekarang nak jaga Sarawak, nanti Johor pula terlepas. "Mahathir pernah cakap, sekali BN kalah pilihan raya, mereka tak akan bangun lagi. Itu maknanya apa? Mahathir akui kewibawaan pemerintahan Pakatan Rakyat. "Jadi usah angkuh sangat," katanya pada Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat yang dihadiri kira-kira 8,000 orang anjuran KEADILAN Johor. Sebanyak 800 meja dijual sekaligus mengutip RM19,257 hasil jualan dan derma orang ramai. Turut berucap, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh. Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden KEADILAN, N Surendran; Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36068 |
Taman Legoland - pertama di Asia- akan dibuka kepada umum esok Posted: 14 Sep 2012 07:21 PM PDT JOHOR BAHARU, 14 Sept — Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia akan dibuka kepada orang ramai esok. Pembukaan rasminya adalah pada 22 September. Taman tema antarabangsa pertama di Malaysia itu merentangi kawasan seluas 30.8 hektar dan direka khusus bagi keluarga dengan anak-anak yang berusia dua hingga 12 tahun dengan lebih 40 permainan interaktif, pertunjukan dan daya tarikan. Pengarah urusan Taman Legoland bagi Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata Legoland Malaysia benar-benar unik dan percaya taman tema itu, yang mudah dimasuki dari Johor, Singapura negara-negara lain di Asean, akan mencapai kejayaan besar. "Merlin Entertainments menjadi hos kepada 46 juta pengunjung setiap tahun di 21 negara berbeza di seluruh dunia. Kami gembira dapat membawa pengalaman kami ke Malaysia dan berharap dapat mengembangkan Legoland Malaysia sebagai destinasi resort keluarga utama," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Legoland Malaysia dimiliki oleh Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Iskandar Investment Bhd dan Merlin Entertainments Group, dan dikendalikan oleh Merlin Entertainments. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata taman tema itu akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya di Nusajaya, menyumbang kepada pembangunan perniagaan dan masyarakat sekitar. "Kami percaya impak daripada Legoland Malaysia bukan hanya sekadar destinasi liburan semata-mata tetapi akan menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia," katanya. Legoland Malaysia akan menjadi resort daya tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel sedang dibina dan dijangka dibuka masing-masing pada 2013 dan 2014. — Bernama |
Hishamuddin tak jamin keselamatan pembangkang ..... Posted: 14 Sep 2012 06:57 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat. "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang. "Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak. "Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan." Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini. Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu 'Kena tanya orang Johor sendiri' Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu. "Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas. "Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya. Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak. "Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya. |
[Gambar] Putera William & Kate Middleton lawat Masjid Asy Syakirin & Taman KLCC Posted: 14 Sep 2012 05:44 AM PDT Oleh: Adie Zhafran & Zul Danish Sekitar jam 10.00 pagi tadi, pasangan diraja Britain Putera William & Kate Middleton membuat kemunculan & sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin. Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu. Seawal jam 8.00 pagi lagi, rakyat Malaysia yang ingin bertemu & melihat secara dekat pasangan diraja ini mula berkumpul di Taman Rekreasi KLCC. Dianggarkan lebih kurang 7000 orang menyertai pertemuan pada pagi ini. Selain beramah mesra bersama rakyat Malaysia, pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini. Pasangan diraja ini akan berlepas ke Kepulauan Borneo petang ini. Berikut disertakan sisipan gambar buat tatapan anda dari jurufoto terbaru kami Zul Danish. Enjoice! - Rotikaya |
Genting beli 400 juta saham Felda Posted: 13 Sep 2012 11:30 PM PDT Saya tidak tahu banyak mana peratus saham Felda yang dikuasai oleh Genting dengan membeli 400 juta di Bursa Saham? Adakah Genting pemegang saham yang terbesar? Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu. Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya. Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi. Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal. Dulu, kebanyakannya bimbang dengan tanah Felda itu akan tergadai kepada penguasaan asing apabila disenaraikan dalam Bursa Saham. Dan sekarang Genting sudah masuk. Jika saham Felda dikuasai oleh Genting atau keuntungan Felda nanti terjamin atas penyertaan syarikat judi itu, maka sedikit sebanyak untung para peneroka nanti adalah daripada gelumang judi itu. Mungkin ulama fiqah dapat membebaskan keraguan bersih tidaknya keuntungan Felda nanti dengan penglibatan Genting itu, tetapi setakat ini Felda sudah dimasuki oleh pengaruh syarikat judi. Yang diketahui, Genting itu adalah syarikat judi yang dimiliki oleh mendiang saudar Lim Goh Tong. Maka tentulah ia dipusakai oleh warisnya. Tetapi semua orang tahu bahawa pengerusi pengasas (pengerusi dan pengasas bersama) syarikat kasino itu adalah Almarhum Tun Mohamad Noah bin Omar, Speaker Dewan Rakyat yang pertama selepas merdeka dan dia adalah pejuang kemerdekaan. Dia adalah bapa mertua kepada dua Perdana Menteri, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Cucunya adalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak. Kita tidak banyak tahu saham Tun Noah dalam syarikat Gentings itu dan banyak mana pusaka yang diperoleh oleh anak cucunya? Najib adalah antara cucunya yang bakal mempusakai harta ibunya nanti. Banyak mana pusaka yang ibunya peroleh daripada saham pengasas Genting dan bagaimana pula pembahagian untuknya daripada faedah Yayasan Noah yang dipercayai punca induknya daripada peniagaan Genting tadi. Apapun, perniagaan Genting itu tentu ada panggu Najib. Sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, tentu ada cara bagaimana panggu Najib itu boleh ditambah secara langsung dan tidak langsung. Dengan Genting membeli saham Felda yang besar itu, secara tidak langsung ada kepentingan Najib dan keluarga Najib. Kepentingan Najib dalam Felda itu bukan sekadar orang yang memayungi harta Felda pada keseluruhannya, tetapi dengan memasukkan syarikat Felda dalam pasaran Bursa Saham, ia membuka laluan kepada syarikat datuknya untuk memiliki kepentingan dalam tanah perancangan terbesar itu. Apakah Najib nanti boleh mempusakai perniagaan Genting kelak, tidak diketahui. Tetapi Genting bolah membahagikan saham 400 juta itu sebagai bahagian datuknya? Mungkin Genting itu akan jadi milik anak cucu Lim Goh Tong sepenuhnya dan panggu untuk Tun Noah sebagai pengerusi pengasas adalah daripada perniagaan Felda. Dia boleh jadi begitu. Tipu daya perniagaan dan tipu daya politik sesunggahnya sama-sama ligat. Tidakkah mungkin politik Felda itu adalah satu permainan Najib untuk mempusakai kekayaan * panggu – habuan, bahagian -harakahdaily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan