Rabu, 12 September 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Serah diri atau kami 'buru' amaran Polis buat Blogger UMNO

Posted: 12 Sep 2012 10:39 PM PDT



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.
"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita. 
"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.
Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian.

Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lalu.
"Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan,"katanya.
- Malaysiakini

Kes liwat: DSAI tarik balik saman ke atas Saiful

Posted: 12 Sep 2012 07:00 PM PDT




12 September 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful.
Ranjit memberitahu pemberita, Anwar menarik balik saman itu atas asas bahawa  reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu.
Beliau berkata Anwar menarik balik saman itu dan tidak berhasrat memfailkan saman baharu dan hakim juga menetapkan 9 Okt untuk mendengar isu berkaitan kos perundangan.
Pada 9 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Mohd Saiful pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis dengan niat jahat dan untuk mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.
Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata Mohd Saiful tahu bahawa pertuduhan liwat itu adalah tidak benar tetapi tetap membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.
Beliau mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasi beliau telah tercemar dan beliau mengalami penderitaan teruk dan telah diaibkan.
Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya ia tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan meliwat.- Bernama

Krisis Syria : Pelakon Angelina Jolie minta dunia "buka mata"

Posted: 12 Sep 2012 08:20 AM PDT


ZAATARI, Jordan - Pelakon terkenal Hollywood, yang juga Duta Kebajikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie berharap statusnya sebagai selebriti dapat membantu rakyat Syria dengan dunia "membuka mata" menyelesaikan krisis pelarian.

Menurutnya, dia sendiri telah menyaksikan serta menyelami situasi yang dilalui kanak-kanak di Syria, di mana kebanyakan daripada mereka kini hidup sebagai yatim piatu dan sebatang kara.

"Seorang budak perempuan sembilan tahun bercerita kepada saya bahawa menjadi pemandangan biasa untuk melihat anggota badan berselerak dan mayat orang mati dibakar, diratah macam ayam oleh binatang di sini," kata Jolie semasa membuat lawatan ke kem pelarian di Jordan berdekatan dengan sempadan Syria.

Menurut agensi pelarian PBB, setiap hari dianggarkan lebih kurang 2,000 penduduk Syria mati akibat pergolakan politik melanda negara itu sejak 18 bulan yang lalu.

Selain itu, hingga kini, sebanyak 253,000 pelarian Syria dilaporkan mendapat perlindungan dengan hidup dalam kem pelarian dan rumah sementara di negara berdekatan seperti Jordan, Turki, Lebanon dan Iraq.

Menempuh kehidupan di kem pelarian Zaatari, Jordan bukanlah semudah yang disangka, di mana kebanyakan mereka hilang segala harta benda selepas meninggalkan rumah di Syria.

Salah seorang pelarian menceritakan pengalamannya kepada CNN.

Katanya, dia sekeluarga merentasi sempadan dengan bayi yang hanya baru dilahirkan empat hari sebelum itu, dengan semua pakaian dikendong di belakang.

Mereka juga merungut mengenai ketiadaan bekalan minuman dan makanan yang dapat menampung kehidupan pelarian.

Jolie ditemani tentera Jordan membuat lawatan sehari ke sempadan, menyaksikan sendiri pelarian dari Syria bergerak ke Jordan dalam usaha mencari perlindungan.

Aktres yang mempunyai enam orang anak bersama pasangannya, Brad Pitt menyatakan dia berasa sangat tersentuh dengan situasi itu dan tidak dapat membayangkan  perkara itu terjadi kepada ibu-ibu dan anak-anak mereka terutamanya.

"Dengan jumlah kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa, seperti ada yang meninggal dunia, cedera parah dan hidup sebatang kara, dengan ibu bapa mereka pula dibunuh, kita harus berbuat sesuatu agar perkara ini akan dapat dibanteras," kata Jolie.

Jolie sebelum ini telah banyak mengembara ke negara-negara bergolak untuk melihat sendiri kedaifan hidup mereka dan sememangnya terkenal dengan kerja-kerja kemanusiaan sejagat sejajar dengan tugasnya sebagai Duta Kebajikan PBB.

Sementara itu, menurut Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh, negaranya sedang membina lebih banyak khemah pelarian untuk menampung pelarian Syria yang kini sudah terlebih muatan di sesetengah khemah pelarian.

Jolie pula menggesa negara-negara lain untuk turut sama membantu pelarian di sini.

"Saya sangat terharu dengan usaha Jordan dan negara sempadannya yang lain dalam usaha menyelamatkan nyawa pelarian Syria.  Ini adalah satu perkara murni dan sangat luar biasa.

"Oleh itu, saya menggesa semua pihak menyokong projek ini dan berharap kehidupan penduduk di  Syria akan kembali normal seperti dulu semula," kata Jolie.

Protes filem hina Nabi : Duta US ke Libya maut

Posted: 12 Sep 2012 05:20 AM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN

12 September 2012
Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut


Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
TRIPOLI - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam.


Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Selain di Libya, protes juga diadakan di Keduataan AS di Kaherah.
Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.
Seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut.
Tindakan seorang lelaki AS berbangsa Yahudi menghasilkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW telah mencetuskan kemarahan orang Islam di Libya dan Mesir.
Kumpulan penunjuk perasaan yang berang itu bertindak menggempur Kedutaan AS di Kaherah dan Benghazi pada hari sama sambutan ulang tahun ke-11 serangan 11 September, semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, protes di bandar timur Libya tersebut bertukar ganas selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam pejabat konsul dan membakar premis itu.
"Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangan dilaporkan turut terkorban manakala dua lagi cedera dalam serangan roket yang disasarkan ke bangunan tersebut," kata Wanis al-Sharef. 
Beberapa jam sebelum insiden itu, ratusan penunjuk perasaan ultrakonservatif berarak menuju ke Kedutaan AS di Kaherah dan berhimpun di luar bangunan tersebut sambil melaungkan slogan mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan filem terbabit.
Bagaimanapun, demontrasi itu juga bertukar menjadi ganas selepas puluhan penunjuk perasaan bertindak luar kawalan dengan memanjat tembok di luar bangunan kedutaan tersebut dan menurunkan bendera kebangsaan AS.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa memaklumkan tiada tangkapan dibuat kerana protes tersebut dilakukan secara aman dan kumpulan itu dilaporkan bersurai menjelang tengah malam.
Difahamkan, treler filem selama 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima kecaman banyak pihak terutamanya orang Islam selepas ia dimuat naik ke dalam laman Youtube.
Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad SAW.
Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam. - Sinar

Ning Baizura tarik diri dari Konsert Arak

Posted: 11 Sep 2012 11:12 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
12 September 2012
Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out
Poster promosi persembahan Guinness Arthur's Day di Souled Out.


PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada mengadakan persembahan di Souled Out 28 September ini.

"Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012," kata pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di laman webnya.

Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan  acara 'Guinness Arthur's Day' yang akan berlangsung di Bukit Kiara.


Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.

Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad.

Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.- SINAR

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anak Porn Star Ni Penakut Rupanya....

Posted: 12 Sep 2012 09:32 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DENGAR WAHAI RAKYAT

Posted: 12 Sep 2012 08:07 AM PDT












ITU HAL PAS

Posted: 12 Sep 2012 06:34 AM PDT


Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR

Posted: 12 Sep 2012 06:23 AM PDT



SHAH ALAM, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ .


Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya.

"PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.

Yahoooo....nah aihhhh

Posted: 12 Sep 2012 05:34 AM PDT

RAKYAT MAKAN PUN TAK CUKUP, MENTERI BOLEH DOK MENARI MENYANYI LAGI....KIRA OK LA.....


Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan

Posted: 12 Sep 2012 05:28 AM PDT


PETALING JAYA, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihanraya parlimen kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Kerajaan Selangor telah menyediakan dana "Selangorku Bersih" untuk membersihkan daftar pemilih, SPR masih gagal bertindak terhadap pengundi yang statusnya diragui.

"Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Bahawa Selangor tidak akan menyertai pilihanraya DUN bersama Persekutuan kerana SPR gagal bertindak untuk menyelesaikan penipuan yang berlaku di negeri itu.
"Justeru, saya menyokong pendirian mereka (Kerajaan Negeri) untuk tidak meneruskan Pilihan raya dalam jangka masa pendek," katanya di sidang media selepas mesyuarat presiden Pakatan
ibu pejabat PKR, di sini hari ini.


Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah mengumumkan akan membuat pilihanraya hanya selepas daftar pemilih dibersihkan dan peruntukan belanjawan 2012 telah digunakan.
Tambah Anwar, Kerajaan Pulau Pinang juga sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya DUN secara berasingan atau pada yang sama dengan pilihanraya pusat.

Di Kelantan, Mustafa berkata, Menteri Besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.
"Di Kedah, kita belum bincang dengan Menteri Besar. Kita akan berhubung. Pilihan raya juga kita tidak tahu bila, tetapi saya yakin kita tiada masalah untuk buat sebarang keputusan," ujarnya.

Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM

Posted: 12 Sep 2012 05:26 AM PDT


PETALING JAYA 12 SEPT : Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung insiden serangan berulang kali ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat termasuk ugutan terhadap beberapa pimpinan PR.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR memandang serius isu tersebut berikutan budaya samseng dan amalan ugutan semakin rancak dilakukan puak Umno-BN.

Beliau berkata, sehingga kini Perdana Menteri mahupun Menteri Dalam Negeri masih belum memberi sebarang jaminan atau maklumbalas untuk memastikan insiden sama tidak berulang lagi.
"Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Umno-BN sama ada ini budaya baru mereka. Pihak polis juga perlu bertegas termasuk tentang kenyataan terbaru mengenai ugutan terang-terangan yang kita terima supaya saya tidak ke Johor.

"Kita tidak mahu Malaysia ada dua undang-undang. Satu untuk memelihara kepentingan atasan dan penguasa dan satu undang-undang lagi membiarkan sebarang bentuk keganasan terhadap PR.
"Seperti mana sebelum ini, kita tidak setuju dengan adegan memijak gambar sesiapa tetapi kalau gambar Najib, ia jadi isu dan diambil tindakan. Tetapi serangan ke atas PR, dianggap biasa. Inilah dikatakan Satu Malaysia, Dua Undang-undang," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata budaya samseng adalah amalan biasa Kerajaan Umno-BN yang diamalkan sejak dulu lagi.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesukaran kepada pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
"Apabila terancam, mereka akan gunakan taktik itu. Walaupun setakat ini tindakan itu mensasarkan kepada PKR, tetapi kita akan bersama menghadapi isu ini kerana ia merupakan ancaman kepada PR," katanya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


KALI INI MEREKA SANGAT MELAMPAU BUKAN SETAKAT HINA TGNA TAPI HINA SELURUH UMMAT ISLAM DIDUNIA MENERUSI GAMBAR EDIT NI

Posted: 12 Sep 2012 09:10 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/548104_450229901681896_1895672673_n.jpg

Kaabah dihina sedemikian rupa...Betul2 macam Syaitan yang dikenali....kali ini Tun M memang betul..UMNO memang Syaitan yang dikenali............

KES SUMBANG MAHRAM KONONNYA LIBATKAN PIMPINAN PKR, KEPUTUSAN UJIAN DNA TELAH DIPEROLEHI??????

Posted: 12 Sep 2012 09:08 PM PDT



Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, media perdana serta blog pro Umno hangat menyiarkan kisah kononnya pemimpin KEADILAN Pahang terlibat di dalam skandal "Sumbang Mahram' sehingga gadis di bawah umur melahirkan bayi.  Berita yang mengaibkan ini yang ketika itu masih belum disahkan kesahihannya menjadi modal terbesar media sepertimana juga mereka memainkan isu fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga YB Azmin Ali.

Kepimpinan KEADILAN Pahang awalnya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkaitan isu yang mengaibkan seseorang, apatah lagi berita tersebut belum disahkan dan masih di dalam siasatan pihak berkuasa, namun untuk menjaga imej parti yang diserang dan cuba dikaitkan dengan isu ini, maka Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah membuat kenyataan media menafikan tuduhan dan fitnah tersebut.  Baca di SINI.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sokong 'orang Umno' jual tanah disiasat SPRM

Posted: 12 Sep 2012 09:05 PM PDT

JERANTUT: Pendedahan berlakunya penjualan tanah di kawasan bandar ini yang didakwa melibatkan pemimpin Umno sendiri dianggap amat mengejutkan.
 
Lebih memeranjatkan, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak kepada sebuah akhbar harian semalam.

Serentak dengan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Jerantut Yohanis Ahmad menyokong tindakan Wan Amizan yang mahu melaporkan skandal tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

"Saya pada mulanya terkejut dengan pendedahan Ketua Pemuda Umno Jerantut yang menyerang rakan sesama Umnonya sendiri dan mungkin ini biasa pada ketika mesyuarat Umno Bahagian dan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Read More / Baca Lagi >>

'Innocence of Muslims' berniat jahat, provokasi

Posted: 12 Sep 2012 09:01 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul  Innocence of Muslims.
 
Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Pemimpin UMNO Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi?

Posted: 12 Sep 2012 09:00 PM PDT


Knapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?

Dimana mereka belajar?

Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu?

mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? kredit: -Undi BN Bankrap Negara


Rogol Bawah Umur : Tiada maaf buat Koden.....Kalau dia kaya dan ternama boleh bayar denda eh...!!!!

Posted: 12 Sep 2012 08:57 PM PDT

Tiada maaf buat Koden
Mahkamah Tinggi, semalam, mengarahkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan ke atas 'Koden' kerana kesalahan merogol murid tahun lima dikekalkan.
 
KUALA TERENGGANU - Kesalahan seorang pekerja kilang kelapa sawit yang dikenali dengan nama 'Koden' merogol seorang murid tahun lima dua tahun lalu di kawasan semak di Kampung Masjid Padang Kubu Ayer Putih, Kemaman, dipandang serius oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Ini terbukti apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman ke atasnya tahun lalu, selepas didapati bersalah merogol mangsa yang juga anak kepada arwah rakan baiknya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M, please STOP DESTROYING this nation further: YOU cannot be above the law

Posted: 12 Sep 2012 08:54 PM PDT

These days it is crystal clear that the nation of citizens in Malaysia are gyrating towards wanting change - a change that is being desperately and acrimoniously battled by BN at an "at all cost" strategy.
Leading the pack is former premier Tun Dr Mahathir Mphamad with his avalanche of threats, warnings and scare-mongering that this nation is busted if the people choose to walk with the opposition pact all the way to Putrajaya.
Dr M, please STOP DESTROYING this nation further: YOU cannot be above the lawIt is also very clear that the agents of power resisting and denying the citizens' quest for progressive change are taking to all kinds of dubious and questionable tactics even to the extent of the use of the nations' laws and law keepers against the citizens and their aligned political parties.
Don't hide behind the mainstream media or the police...
Here is the challenge to you Tun as you are obsessed to keeping your political party in power at all costs: are you prepared to hold a ceramah in public and see for yourself if people will come by the droves on their own volition to hear you out and give you thunderous applause for your thoughts and intentions for this nation?
Stop hiding behind the main stream media pack. Stop hiding behind small-group factions and using the main stream media to blow your thoughts to monstrous proportions.
Read More / Baca Lagi >>

It’s dark days ahead for Felda

Posted: 12 Sep 2012 08:54 PM PDT

Prime Minister Najib Tun Razak has read the writings on the wall and will go to any length to appease the Felda settlers because 50 seats are at stake.

At closing time on Monday (Sept 10) Felda Global Ventures Holding Berhad traded at RM4.68, earning the holders of the stock a premium of 13 sen per share.
If Prime Minister Najib Tun Razak hadn't quickly come up with the brilliant idea of ordering Felda to finance settlers' purchase, each of the 112,635 settler would end up with a RM94.70 loss.
Najib has read the writings on the wall. He knows that if he doesn't appease the settlers, they will go up in arms against him.
What Najib is actively doing right now is fire-fighting. He forgot that all it takes is a single spark to light up the prairie fire.
At stake are the 50-over seats in Felda areas.
Read More / Baca Lagi >>

As expected, Tee Yong DARED NOT debate PR reps: WHEN TRUTH APPEARS, LIES RETREAT!

Posted: 12 Sep 2012 08:53 PM PDT

As expected, Tee Yong DARED NOT debate PR reps: WHEN TRUTH APPEARS, LIES RETREAT!As expected, MCA MP for Labis Chua Tee Yong chickened out of his own debate challenge despite the Pakatan Rakyat sending four representatives for him pick and choose to thrash out the disputed Talam debt restructuring issue.
"They missed their chance to expose us or are they afraid to be exposed!" PAS MP for Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad said on Twitter.
"Night of Shame. Chua Tee Yong dare not debate Talam issue with Tony Pua, Dr Dzul or Faekah and I. When truth appears lies retreat," PKR MP for Selayang William Leong said on Twitter.
"He was there, MCA event, but he didn't let us debate him. If Khalid & d state govt entrust us to debate/speak on behalf, what's d problem? I don't demand to debate Najib like a spoiltbrat," was DAP MP for PJ Utara Tony Pua's response.
"Talam - Chua TY baru saja terlepas peluang membuktikan tuduhannya thdp Sel apabila tidak mampu berdebat dgn wakil sah MB," Faekah Husin, the political secretary to Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim, said.
Bid to ambush Khalid backfires
The 3 MPs and Faekah had been sent to the MCA event, the timing and venue of which was announced the night before in an apparent bid to ambush and embarrass Khalid.
The Selangor chief minister has already declined invitation, pointing out that Tee Yong would do better to debate with Tony, who had earlier initiated a debate challenge to the Labis MP.
But Tee Yong, the son of scandal-tainted MCA president Chua Soi Lek, had turned down Tony's request. Critics allege that to deflect accusations that he was cowardly, Tee Yong had then challenged Khalid instead, perhaps knowing that the Selangor chief minister was unlikely to accept given the gap in their status and since Tony had already thrown down the gauntlet.
Read More / Baca Lagi >>

AS mahu balas dendam kematian duta di Libya

Posted: 12 Sep 2012 08:52 PM PDT


Barack Obama
Pejabat Konsul AS di Benghazi terbakar selepas diserang kelmarin. - Foto ihsan
Barack Obama
Sekumpulan rakyat Libya mengadakan tunjuk perasaan melahirkan simpati atas kematian duta Amerika Syarikat dan tiga yang lain, kelmarin. - Foto ihsan CNN
 
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam berikrar untuk membalas dendam ke atas Libya apabila duta mereka dan tiga rakyatnya yang dibunuh dan sudah bersedia untuk menjejaki penjenayah yang disyaki terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Nabi: PAS desak Amerika ambil langkah serius

Posted: 12 Sep 2012 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel Amerika dari Amerika Syarikat.

"PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.
Read More / Baca Lagi >>

Pelapor khas PBB ulas Akta Perhimpunan Aman 2012

Posted: 12 Sep 2012 08:49 PM PDT

NONEPelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, melahirkan kekecewaannya berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), yang telah diluluskan secara tergesa-gesa di Parlimen November lepas.

Menurutnya, terdapat perkara-perkara dalam undang-undang kontroversi itu yang gagal memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

"Undang-undang ini digubal bukan ke arah memudahkan perhimpunan, tetapi lebih kepada mengawal. Itu, saya fikir, adalah isu asas bagi saya dan keseluruhan PBB.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali ramal PRU 13 selepas Tahun Baru Cina

Posted: 12 Sep 2012 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke 13 selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat cina kepada Barisan Nasional (BN).
Parti pemerintah hilang hampir semua undi dari masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina mereka seperti MCA dan Gerakan  kalah di kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.
Perkasa diserang kerana dikatakan tidak sensitif kepada budaya masyarakat Cina apabila memberikan angpow dalam sampul berwarna putih.
Read More / Baca Lagi >>

Serang pemimpin: Malaysia ada dua jenis undang2

Posted: 12 Sep 2012 08:46 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 September: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut mengutuk dan mengambil tindakan serius terhadap isu keganasan politik yang semakin berleluasa, terutama melibatkan serangan terhadap pemimpin Pembangkang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengamalkan dua set undang-undang berbeza apabila pelaku yang menyerang pemimpin BN diburu polis, tetapi serangan ke atas pemimpin Pakatan dibiar bebas.
"Najib perlu ambil perhatian, jangan berdiam seolah-olah membenarkan gejala samseng. Kita tak mahu dia hanya laungkan 1Malaysia tetapi ada dua set undang-undang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya, semalam.
"Undang-undang terhadap terhadap pemimpin kerajaan lain, terhadap pembangkang lain. Kalau pemimpin Umno kena hina, tindakan pantas diambil, tetapi pemimpin pembangkang didiamkan saja," tambah Anwar merujuk tindakan pantas polis terhadap isu pijak gambar Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Zunar protes di kedutaan Malaysia AS perjuang hak bersuara

Posted: 12 Sep 2012 08:44 PM PDT

Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque, yang dikenali sebagai Zunar menyertai protes "Bebaskan Kartunis". — Gambar oleh Zunar
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque, yang dikenali sebagai Zunar menyertai protes "Bebaskan Kartunis" di Kedutaan Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat semalam. Protes "solidarity untuk Zunar" itu anjuran Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa dan Amnesty International.
"Tujuan protes ini adalah untuk menggesa kerajaan Malaysia menghentikan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menekan saya sebagai kartunis.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: Operation PA-HANG

Posted: 12 Sep 2012 04:23 PM PDT

When addressing the society of Pahang born in Kuala Lumpur, Najib declared that Pahang must be 100% behind BN. it's a matter of pride when it comes to Pahang as the PM comes from the state. He is MP for Pekan, since 1976 when he took over after his late father. But what else can he say other than displaying bravado to inspire his troops? He had to forfeit the inconvenient truth. He knows the numbers.
In 2008, results for selected parliamentary areas are as follows:-
Table 1
Parliament seat
Actual
voters
BN
PR
% opposition
Racial structure
%age
M
NM
1
CAMERON HLANDS
16400
9164
6047
37
43
57
2
RAUB
34000
18078
15326
45
49
51
3
KUALA LIPIS
21646
12611
8474
39
74
26
4
JERANTUT
37969
19543
17597
46
81
19
5
TEMERLOH
41245
21381
18940
46
63
37
6
INDERA MAHKOTA
39287
18796
19823
50
65
35
7
KUANTAN
35593
16572
18398
52
60
40
8
PAYA BESAR
30887
19355
10852
35
80
20
9
KUALA KRAU
27544
16165
10900
40
90
9
10
BENTONG
39004
25134
12585
32
43
56
11
BERA
33064
18051
14230
43
61
38
M=Malay; NM=Non-Malay
Column 6 shows the share of popular votes obtained by PR. PR made good showing is Raub(45%), Jerantut(46%), Temerloh(46%), Indera Mahkota(50%), Kuantan(52%) and Bera(43%). Based on 2008 performance, 6 seats show great promise for PR. They won in Kuantan and Indera Mahkota(both through PKR).
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Utusan : Khalid Ibrahim tak hadir debat...!!! Selangor Hantar 4 Wakil Tapi MCA Tolak....

Posted: 12 Sep 2012 04:18 PM PDT

Penyokong Chua Tee Yong dan Khalid Ibrahim saling tolak menolak semasa majlis debat berhubung isu Talam Corporation Bhd di Kompleks Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Ghazali Basri 
 
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Debat terbuka antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya menjadi medan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menjelaskan skandal Talam Corporation Berhad (Talam) tidak menjadi kenyataan kerana Menteri Besar itu tidak hadir.
Walaupun debat itu diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang terletak di Bandar Tun Razak iaitu kawasan Parlimen yang diwakili Abdul Khalid sendiri, Menteri Besar berkenaan dilaporkan berada di Bangkok, Thailand meskipun sedia maklum mengenai debat tersebut.


Berita Berkaitan :

 Tee Yong enggan berdebat dengan wakil Selangor dalam isu Talam
September 12, 2012
 
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Chua Tee Yong enggan berdebat tentang cara pembayaran hutang Talam Corporation oleh kerana beliau takut kepada kebenaran, kata kerajaan negeri Selangor hari ini.
MCA telah menganjurkan debat pada malam ini di antara Chua dan menteri besar (MB) Selangor.
"Kami mahu platform untuk kedua pihak untuk bercakap secara matang dan beri peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa betul dan siapa salah," kata Tony Pua dari DAP, salah seorang daripada empat wakil dari Selangor untuk isu Talam kepada pemberita hari ini.
"Datuk Chua Tee Yong (gambar) tidak mahu berdebat dengan mana-mana wakil yang dilantik oleh Selangor," katanya.
Tiga lagi wakil yang dilantik — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS, William Leong dari PKR dan setiausaha politik kepada MB Selangor, Faekah Husin yang turut hadir dalam debat yang dianjurkan oleh MCA itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Mati dikapak suami

Posted: 12 Sep 2012 04:13 PM PDT

Mati dikapak suami
USUNG...anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari rumah terbabit. Gambar kecil, Poziah.
USUNG...anggota polis membawa keluar mayat mangsa dari rumah terbabit. Gambar kecil, Poziah.

SHAH ALAM: "Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik," kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.
Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.

Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.

Malaysia Kita : Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup..yang ni rakyat puji...!!!

Posted: 12 Sep 2012 04:10 PM PDT

DUA suspek kes tetak dan ragut seorang pembantu klinik dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru untuk mendapat perintah reman semalam.


KOTA BHARU - Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.
"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.
"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Teguran PBB: Impian terlaksana bila PR perintah

Posted: 12 Sep 2012 08:58 AM PDT


KUALA LUMPUR: Apabila pelapor Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi, ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kerajaan selama ini.
"Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor.

Barangkali, ujarnya Maina sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: AJK daerah undi BN diminta siap sedia

Posted: 12 Sep 2012 08:57 AM PDT

BANTING - Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Saya nasihatkan janganlah asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan. Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja.

"Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Betul ka puak penchachai Umno berani main 'politik pistol'?

Posted: 12 Sep 2012 08:48 AM PDT



Keadilandaily melaporkan:
PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

"Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol", dan selepas itu talian terus diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini. - KD.
Read More / Baca Lagi >>

Selak punggong pada gambar Najib

Posted: 12 Sep 2012 08:46 AM PDT

Haji Subky Abdul Latif

Nampaknya seperti sudah selesai drama selak ponggong pada gambar Perdana Menteri Najib Razak dan memijak-mijak gambarnya.
Budak yang melakukannya bersama ayah bondanya minta maaf menyatakan penyesalan atas tindakan geramnya. Beberapa budak lagi yang ikut memejak gambar sudah berjumpa polis dan memberi keterangan.
Apa yang terjadi itu adalah gelagat anak-anak muda terhadap Perdana Menteri mereka. Perdana Menteri kena terima bahawa rakyat yang dipimpinnya bukan semua menangguk atas semua kata-kata dan tindakannya.
Ada yang mengoyak, memijak, melondeh seluar pada gambarnya. Semua itu tidak manis tetapi adalah untuk memberitahu Perdana Menteri ramai juga orang yang benci kepadanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?

Posted: 12 Sep 2012 08:36 AM PDT


Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya "mata dan telinga" kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada "habuannya" berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?

2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..

Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?

Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Pakatan Dihalang Berdebat Isu Talam - MCA Penakut dan Bacul

Posted: 12 Sep 2012 08:28 AM PDT