WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DENGAR WAHAI RAKYAT
- ITU HAL PAS
- Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR
- Yahoooo....nah aihhhh
- Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan
- Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM
Posted: 12 Sep 2012 08:07 AM PDT |
Posted: 12 Sep 2012 06:34 AM PDT |
Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ Bukan Milik PR Posted: 12 Sep 2012 06:23 AM PDT SHAH ALAM, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini memaklumkan bahawa gabungan parti politik itu tidak mempunyai kaitan dengan laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ . Dalam satu kenyataan media bersama hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Publisiti DAP Pusat, Tony Pua dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PR ingin menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponennya. "PR turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun," kenyataan itu dipetik. Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan partinya tidak mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR. |
Posted: 12 Sep 2012 05:34 AM PDT RAKYAT MAKAN PUN TAK CUKUP, MENTERI BOLEH DOK MENARI MENYANYI LAGI....KIRA OK LA..... |
Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan Posted: 12 Sep 2012 05:28 AM PDT PETALING JAYA, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihanraya parlimen kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Kerajaan Selangor telah menyediakan dana "Selangorku Bersih" untuk membersihkan daftar pemilih, SPR masih gagal bertindak terhadap pengundi yang statusnya diragui. "Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Bahawa Selangor tidak akan menyertai pilihanraya DUN bersama Persekutuan kerana SPR gagal bertindak untuk menyelesaikan penipuan yang berlaku di negeri itu. "Justeru, saya menyokong pendirian mereka (Kerajaan Negeri) untuk tidak meneruskan Pilihan raya dalam jangka masa pendek," katanya di sidang media selepas mesyuarat presiden Pakatan ibu pejabat PKR, di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah mengumumkan akan membuat pilihanraya hanya selepas daftar pemilih dibersihkan dan peruntukan belanjawan 2012 telah digunakan. Tambah Anwar, Kerajaan Pulau Pinang juga sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengadakan pilihan raya DUN secara berasingan atau pada yang sama dengan pilihanraya pusat. Di Kelantan, Mustafa berkata, Menteri Besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. "Di Kedah, kita belum bincang dengan Menteri Besar. Kita akan berhubung. Pilihan raya juga kita tidak tahu bila, tetapi saya yakin kita tiada masalah untuk buat sebarang keputusan," ujarnya. |
Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM Posted: 12 Sep 2012 05:26 AM PDT PETALING JAYA 12 SEPT : Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung insiden serangan berulang kali ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat termasuk ugutan terhadap beberapa pimpinan PR. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR memandang serius isu tersebut berikutan budaya samseng dan amalan ugutan semakin rancak dilakukan puak Umno-BN. Beliau berkata, sehingga kini Perdana Menteri mahupun Menteri Dalam Negeri masih belum memberi sebarang jaminan atau maklumbalas untuk memastikan insiden sama tidak berulang lagi. "Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Umno-BN sama ada ini budaya baru mereka. Pihak polis juga perlu bertegas termasuk tentang kenyataan terbaru mengenai ugutan terang-terangan yang kita terima supaya saya tidak ke Johor. "Kita tidak mahu Malaysia ada dua undang-undang. Satu untuk memelihara kepentingan atasan dan penguasa dan satu undang-undang lagi membiarkan sebarang bentuk keganasan terhadap PR. "Seperti mana sebelum ini, kita tidak setuju dengan adegan memijak gambar sesiapa tetapi kalau gambar Najib, ia jadi isu dan diambil tindakan. Tetapi serangan ke atas PR, dianggap biasa. Inilah dikatakan Satu Malaysia, Dua Undang-undang," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata budaya samseng adalah amalan biasa Kerajaan Umno-BN yang diamalkan sejak dulu lagi. Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesukaran kepada pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. "Apabila terancam, mereka akan gunakan taktik itu. Walaupun setakat ini tindakan itu mensasarkan kepada PKR, tetapi kita akan bersama menghadapi isu ini kerana ia merupakan ancaman kepada PR," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan