Selasa, 11 September 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


PAS dan Bendera Merah-Putih Bintang 12-Malaya Merdeka...

Posted: 11 Sep 2012 08:51 AM PDT


Gunung Semanggol merupakan pusat pengajian Islam yang progresif dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Ketika Kongres Islam di Gunung Semanggol pada 17 Mac 1948 yang telah melahirkan Parti Hizbul Muslimin.Tidak lama kemudian Ustaz Abu Bakar ditangkap dan Parti Hizbul Muslimin diharamkan British.Di situ juga lahir ramai tokoh politik islam yang membawa kepada penubuhan PAS kemudianya pada tahun 1951.
Apa yang menariknya..ketikan Kongres Islam di Gunung Semanggol berlangsung..telah berkibar BENDERA MERAH-PUTIH BERBINTANG 12 -lambang MALAYA MERDEKA - DIKIBARKAN DENGAN MEGAHNYA..
Sejarah dan hakikat yang perlu diambil tahu oleh setiap rakyat Malaysia amnya....dan khususnya Ahli-Ahli PAS..

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilahirkan di Gunung Semanggol pada tahun 1907. Beliau berketurunan ulama. Pendidikannya - bersekolah Pondok Ar-Rahmaniah dan Madrasah Da`iratul Ma`arif al-Wataniah di Kepala Batas. Beliau berkhidmat sebagai guru dan pada tahun 1934 dilantik menjadi Mudir Madrasah al-Ihya` al-Sharif di Gunung Semanggol yang beliau juga sebagai pengasas. Semasa berkhidmat di sinilah beliau bergiat di dalam politik dengan menjadi salah seorang Pengasas PKMM (1945) dan kemudian di Madrasah ini juga beliau mengasaskan Parti Hizbul Muslimin (1948) sebagai Parti Berprinsip Islam terawal..

bumiperak

bumiperak


Ajal depan mata sempat dirakam di Syria

Posted: 11 Sep 2012 10:07 PM PDT

Rakaman kamera detik menyayat hati saat tembakan kereta kebal tentera Syria mengorbankan tiga pejuang pembebasan di bandaraya Aleppo, Syria. Turutan foto ini menyentuh sanubari, dari suasana yang tenteram diikuti dengan ledakan tembakan dari kereta kebal yang mengenai sasarannya dan suasana pilu yang menyelubungi.

Begitulah satu kisah kejam yang dipancar dimana setiap hari rakyat Syria melaluinya dibawah regim Presiden Bashar Assad dirakamkan oleh wartawan Tracey Shelton.

Pengelaman Shelton bersama menghabis masanya bersama anggota batalion Noor Den al-Zenke yang melakukan sekatan jalanraya di baris hadapan pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang.

Dia melaporkan waktu pagi serangan itu sekumpulan lelaki membersihkan sekitar kawasan yang telah dibedil beberapa hari lalu. Mereka dalam keadaan santai dan bergurau tanpa menduga sebarang kemungkinan tiba-tiba serang dan meragut tiga nyawa rakannya.

Perasaan penuh debaran Shelton berlari dari kepulan asap dan menanti jika ada yang terselamat dari serpihan batu akibat dari letupan itu. Mereka yang terbunuh mengalami pendarahan teruk dan patah tulang.

Sehingga disaat ini dilaporkan lebih dari 26,000 orang terbunuh seperti dilaporkan Syrian Observatory for Human Rights semenjak kebangkitan rakyat bermula Mac 2011 dimana dua pertiganya adalah orang awam.
asdf
Sebelum terbunuh: kiri Issa Aiash, 30, bapa kepada 3 anak, ditengah adiknya  Ahmed 17, dan Sheihk Mamoud, 42, bapa yang baru kelahiran anak , ketawa dan bergurau tahkala membersihkan kawasan Sabtu 3 Sept lalu.. Tracey Shelton 
asdf
Keadaan bersedia: kumpulan pejuang mengendalikan senjata di satu sekatan yang telahpun siap dibina beberapa saat sebelum ditembak peluru kereta kebal.
 Moment they died: The photographer captions the split second the tank shell hit the check-point killing three men as it detonates
Saat ajal mereka: Photo turutan yang terakam di sekatan jalan kumpulan ini..
No time to move: The soldier in the fore-ground remains rooted to the spot as his three comrades are obliterated by the blast
Tiada masa untuk lari.. Pejuang hadapan kekal ditempatnya, kaku memerhati apa yang berlaku.
Survivor: This man was the only person who managed to escape, running away from the smoke-filled scene
Terselamat.. hanya orang ini keluar menyelamatkan diri dalam kepadatan asap memenuhi ruang. 
asdfMimpi ngeri.. Terselamat dari letupan maut, pejuang memeriksa kecederaannya.
asdf
Bergelimpangan.. tiga pejuang terbunuh dalam satu detik dari sebahagian dari kejadian lain yang telah mengorbankan 26,000 orang lain di Syria sejak Mac tahun lalu.

Nasha perlu ambil tindakan atasnya diri.. jika punya maruah diri

Posted: 11 Sep 2012 12:35 AM PDT

PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip "sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.

"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya."

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.

"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 September lalu mengumumkan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu. Bagaimanapun, katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai isu sengaja diperbesar media untuk membentuk pemikiran rakyat untuk memerangkap ahli dan pimpinan PAS.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," katanya.

'Syaitan tak dikenali' menangis
Bagaimanapun, tambahnya, pengalaman lama PAS dalam politik negara ini menjadikannya berjaya mengenali perangkap yang didakwa dipasang "musuh" itu.

Mengulas keputusan yang diumumkan presisennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berbaju hijau) lewat Ahad malam, Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu benar-benar mengecewakan musuh.

NONE  "Tindakan ini menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' Insya-Allah akan gembira," sindirnya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribasaha Inggeris sebelum ini.

Justeru, beliau mengingatkan penyokong PAS supaya tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya.

Nasharuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


US NASHA BAKAL BERTANDING MENENTANG DR HASSAN ALI DI GOMBAK SETIA?

Posted: 11 Sep 2012 10:29 AM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMUA kena terima keputusan Majlis Syura PAS iaitu isu Us Nasha tidak perlu dibincangkan sekurang-kurangnya sehingga selepas PRU ke 13 akan datang.  Apabila diberitakan lagi bahawa Us Nasha juga di antara yang tersenarai sebagai calon, ertinya beliau mungkin agak selamat sekurang-kurangnya sehingga selesai PRU ke 13 nanti.

Semoga Us Nasha lebih berdisiplin..
 
Tersenarai sebagai di antara calon belum tentu menjadi calon.  Kita pun tidak tahu di kawasan manakah PAS akan mempertaruhkan bekas Timbalan Presiden mereka ini jika beliau terpilih sebagai calon.  Buat masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Bachok, Kelantan dan difahamkan PAS Bachok sudah serik untuk berwakil rakyatkan Us Nasha lagi.  Bolehlah dikatakan Parlimen Bachok bukan lagi tempat untuk beliau di dalam PRU akan datang (jika dicalonkan).

Keputusan PAS untuk tidak membincangkan isu Us Nasha ini boleh dikatakan satu keputusan yang adil dan bijaksana.  Adilnya adalah kerana Us Nasha perlu diberi peluang untuk berubah sikap dari seorang yang suka membuat kenyataan yang berlawanan dengan dasar parti kepada ahli parti yang lebih berdisiplin.  Peluang ini juga telah diberikan kepada Dr Hassan Ali dahulu, tetapi sikap Dr Hassan Ali yang beranggapan bahawa PAS tidak akan berani bertindak terhadap beliau ternyata silap.  Diharapkan Us Nasha tidak berfikiran seperti Dr Hassan Ali.

"Sub Contract" Umno?
Kebijaksanaan PAS yang tidak terlalu fokus kepada isu Us Nasha ini patut juga diberi pujian.  Di dalam PAS, Majlis Syura adalah badan yang tertinggi samada disukai atau tidak, semua ahli PAS mesti akur kepada keputusan badan yang dianggotai oleh para Ulamak di dalam PAS ini.  Apabila para Ulamak berbincang, sudah pastinya mereka menjadikan Al-Quran atau Hadith sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah.  Isu Us Nasha tidak dibincangkan, ertinya tiada nas atau dalil yang boleh menghukum atau membebaskan beliau melainkan PAS merasakan isu beliau terlalu kecil untuk diberikan fokus berbanding dengan isu yang lebih besar bagi menghadapi PRU akan datang.

Justeru itu, hujah Dr Hassan Ali baru-baru ini yang menyebut pengekalan Us Nasha di dalam PAS dan sebagai Ahli Majlis Syura membuktikan bahawa Ulamak di dalam PAS bersetuju dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu ternyata meleset.  Apabila isunya tidak dibincangkan, di mana datangnya persetujuan atau penentangan?  Nampaknya Dr Hassan Ali terlalu kecewa dengan keputusan PAS membiarkan Us Nasha begitu sahaja.  Paling kecewa sudah tentu Umno kerana Umno kini kehabisan isu dan modal untuk memburukkan PAS.  Dr Hassan Ali mungkin kecewa kerana kempunan untuk menambah keahlian JATI, yang mungkin beliau telah sediakan satu kerusi penting buat Us Nasha jika beliau dipecat dari PAS.

Lupakan isu itu sementara waktu.  Sekarang di mana kawasan yang wajar dan baik sekali untuk PAS berikan kepada Us Nasha jika PAS berpendapat beliau masih layak menjadi Wakil Rakyat?  Apabila PAS mahu meletakkan calon, sudah pasti PAS mahu menang.  Justeru itu, suka dicadangkan agar PAS meletakkan Us Nasha bertanding di kerusi Dun sahaja iaitu di kerusi yang sekarang ini diwakili oleh Dr Hassan Ali, iaitu di Dun Gombak Setia, Selangor.  Pada PRU ke 12 yang lalu, Dr Hassan Ali yang bertanding atas tiket PAS telah menang di kerusi ini dengan majoriti 2, 797.  Ini kerusi selamat buat PAS dan selamat buat Us Nasha jika beliau bertanding di kawasan ini akan datang. 

Di kawasan tersebut, PAS pastinya akan berdepan dengan Umno.  Adakah Dr Hassan Ali akan turut bertanding mengekalkan kerusi tersebut sebagai calon Bebas?  Jika beliau benar-benar anak jantan yang hebat atas kekuatan pengaruhnya, kita yakin Dr Hassan Ali akan mempertahankan kerusi tersebut.  Beliau tidak akan berani bersemuka dengan YB Khalid Samad di Parlimen Shah Alam, walaupun di dalam setiap ceramahnya beliau menghentam Ahli Parlimen Shah Alam tersebut sehingga menyeru orang ramai agar jangan memberi walau satu undi pun kepada YB Khalid Samad.

Kita jangkakan, Dr Hassan Ali tidak sebacul itu untuk melarikan diri dari Gombak Setia. Kita mahu saksikan Presiden JATI yang tidak diketahui berapa kerat ahlinya ini menyeru kepada pengundi-pengundi di Gombak Setia jangan berikan walau satu undi pun kepada Us Nasha di kawasan tersebut. Ketika itu, ketaatan dan kesetian kita di Gombak Setia akan diuji. Mungkin ramai yang tidak suka kepada Us Nasha, tetapi apakah mereka akan memilih Dr Hassan Ali atau calon Umno? Jika ditakdirkan Us Nasha menang di situ, ertinya rakyat telah cukup ditarbiyyahkan iaitu parti mesti diutamakan dari individu./wfauzdin.blogspot.com



























MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Masuk Kristian dapat benih sawit .....

Posted: 11 Sep 2012 06:24 PM PDT

ERMA YUSNIDA JUSOH & IZZATUL IZUAN TAHIR
12 September 2012
Mohd Sahfri Abdul Aziz
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz
KUANTAN  -  Masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam jadi sasaran gerakan mubaligh Kristian dari luar negara yang dipercayai sudah menyusup masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan kegiatan kumpulan itu termasuk taktik mereka yang mengumpan kumpulan sasaran dengan kebendaan.
"Setakat ini, tujuh hingga lapan kampung Orang Asli di negeri ini dikesan  sudah dimasuki kumpulan mubaligh dari negara jiran itu yang berusaha mengkristiankan saudara baru Orang Asli," katanya.
Menurutnya, kumpulan dipercayai dari Singapura, Filipina dan Indonesia itu turut menawarkan benih sawit dan getah kepada saudara baru Orang Asli.
Mohd Sahfri berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Yayasan Pahang sentiasa melakukan usaha berterusan bagi menangani kegiatan itu.
Katanya, selain menggiatkan dakwah di kampung Orang Asli, pihaknya juga menyediakan program khusus menjadikan saudara baru remaja sebagai anak angkat Yayasan Pahang melalui program Petama.
"Di samping menghantar pedakwah ke kampung Orang Asli, kita juga berusaha membawa mereka keluar dari penempatan di pedalaman. Ini kerana faktor geografi dan kemudahan asas yang masih dalam proses menyukarkan usaha dakwah dilakukan," katanya.
Sementara itu, Senator Orang Asli, Muhammad Olian Abdullah memberi amaran kepada mubaligh Kristian supaya tidak menyebar ajaran agama mereka kepada saudara baru kerana ia secara jelas telah melanggar Perlembagaan Negara ini.
Menurutnya, perbuatan menyebar dakwah agama lain kepada penganut Islam bukan saja melanggar Perlembagaan Negara malah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
"Pihak berkuasa agama di peringkat negeri perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana mubaligh Kristian yang cuba meracuni pemikiran saudara baru terutama di kawasan penempatan Orang Asli.
"Mubaligh Kristian seharusnya faham, mereka tak boleh sebarkan agama mereka kepada saudara baru Islam kerana ia jelas telah melanggar Perlembagaan Negara dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Muhammad Olian berkata, bagi mengatasi isu penyebaran dakyah Kristian, agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu membuat langkah susulan bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.
"Dalam hal ini, pemantapan akidah saudara baru penting. Saya berharap Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri mainkan peranan pastikan penguasaan iman saudara baru dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
"Di Pahang misalnya, saya melihat ada tindakan yang dilakukan Muip dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah untuk mengatur pelbagai pengisian bagi tujuan pemantapan akidah," katanya.
Selain itu, katanya, setiap penempatan saudara baru Orang Asli di Pahang juga turut mempunyai penggerak masyarakat Orang Asli dari Jakim yang berperanan memberi penekanan terhadap pendidikan keagamaan kepada golongan saudara baru.
"Bagaimanapun, usaha  dakwah ini perlu dipergiatkan lagi termasuk dari segi pemantauan, dan tindakan susulan agar usaha dakwah kepada saudara baru ini tidak hanya dibuat secara bermusim," katanya.
Muip sebelum ini pernah memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Menurutnya, penyebaran agama lain kepada penganut Islam adalah satu kesalahan dan menasihatkan pendakwah agama lain tidak menjalankan kegiatan itu di negara ini bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.
"Kegiatan penyebaran agama lain kepada penganut Islam adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil kepada mana-mana pendakwah agama lain kerana cuba memesongkan akidah umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas ditanya berhubung sejauh mana kuasa Muip bagi membendung penularan penyebaran dakwah agama lain di negeri ini yang dipercayai berleluasa terutama di penempatan saudara baru Orang Asli.
Wan Abdul Wahid turut mengakui usaha penyebaran agama lain kepada saudara baru Orang Asli semakin berleluasa di negeri ini dan pihaknya juga memandang serius isu itu agar ia dapat ditangani segera.
"Muip akan pastikan mereka yang sudah memeluk agama Islam terus kekal dengan ajaran Islam dan kita akui terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menggerakkan usaha-usaha penyebaran agama lain terutama kepada saudara baru," katanya.
Dalam pada itu, katanya, saudara baru diingatkan supaya terus mengamalkan ajaran Islam serta menolak dakyah mana-mana pihak yang cuba mempengaruhi mereka dengan ajaran agama lain.
Menurutnya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) juga boleh memantau gerakan memurtadkan saudara baru di penempatan Orang Asli bagi membendung kegiatan itu terus berleluasa pada masa depan.
"Kita minta kerjasama dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) serta pendakwah daripada Jakim memperhebatkan usaha penyebaran Islam agar tiada pihak yang cuba mempengaruhi fikiran saudara baru untuk bertukar ke agama lain," katanya.

Polis cari budak-budak Haramjadah Umno ni .... kalau hampa kenai 2 ekoq ni, harap lapor polis

Posted: 11 Sep 2012 07:53 AM PDT

Pakaian dan topi mereka terpampang jelas logo BN.Foto - Greenboc
Perbuatan biadab yang sukar dimaafkan

K
uala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA

'Pelakon porno' Malaysia terima bayaran paling tinggi, 16 bilion

Posted: 11 Sep 2012 06:12 AM PDT


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' -  bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.


Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.

NONEKeratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

~penarik beca

~penarik beca


PAS dianggap paling tidak boleh dipercayai dalam PR

Posted: 11 Sep 2012 09:40 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Egyptian Protesters Scale US Embassy Wall

Posted: 11 Sep 2012 07:47 PM PDT

Egypt protesters tear down US embassy flag

Posted: 11 Sep 2012 07:46 PM PDT

Special UN envoy tours Syrian refugee camp in Jordan

Posted: 11 Sep 2012 07:45 PM PDT

Free Syrian Army condemned for executions

Posted: 11 Sep 2012 07:44 PM PDT

Syrians suffer for lack of medical supplies

Posted: 11 Sep 2012 07:43 PM PDT

Prof Tariq Ramadan & Trap of Another Ism?

Posted: 11 Sep 2012 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ini Pilihanraya Akhir UMNO BN Sebagai Pemerintah Di Malaysia

Posted: 11 Sep 2012 07:38 PM PDT

Dr Wan Azizah: Rakyat Mempunyai Hak Untuk Pilih

Posted: 11 Sep 2012 07:37 PM PDT

Anwar Ibrahim: Negeri Bankrap Sebab Pemimpin Samun Duit Rakyat

Posted: 11 Sep 2012 07:36 PM PDT

Abby ; Umno gagal, Islam di Malaysia jadi budaya,,!!!

Posted: 11 Sep 2012 07:35 PM PDT

IS IT A BAILOUT? Why do you keep mopping up Felda shares, EPF told to EXPLAIN

Posted: 11 Sep 2012 07:31 PM PDT

IS IT A BAILOUT? Why do you keep mopping up Felda shares, EPF told to EXPLAINEmployees Provident Fund to explain to shareholders why it keeps increasing its stake in Felda Global Venture Holdings, whose share price has been taking a beating since last week.
In a filing to Bursa Malaysia on September 10, EPF is said to have again increased its stake in FGVH by 5.4 percent since September 3, a day before the stock took a plunge by more than 30 sen within five straight days, after breaching the psychological level of RM5.00.
As a result, EPF's stake in FGVH increased sharply from 5.01 percent on July 12 to 6.98 percent.
At press time, FGV share price remained at RM4.67, recovering slightly after hitting its lowest point of RM4.57 in the morning session, barely staying afloat of its initial public offering (IPO) price of RM4.55.
PAS Youth's Policy Studies director Syahir Sulaiman urged EPF to come clean on its rational and investment strategy behind its growing stake in FGVH.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin’s sabotage warning points to BN's "CRITICAL STATE"

Posted: 11 Sep 2012 07:30 PM PDT

Muhyiddin's sabotage warning points to BN's "CRITICAL STATE"PAS Youth has interpreted the warning by deputy prime minister Muhyiddin Yassin to sack saboteurs as an indication that UMNO-BN was in desperate mode.
The wing's information chief Riduan Mohd Nor said Muhyiddin's public stern warning showed that BN component members' discipline and ethics were weak.
Muhyiddin had earlier warned other BN component parties apart from UMNO to take the matter of internal saboteurs seriously and to send the 'right' signal to culprits.
"In fact, they should take similar action because our candidates are standing not on their party's ticket but on a BN ticket.
"We have 13 parties in the BN (coalition). If members are proven to have worked against their candidates, the party must take disciplinary action, including sacking them," said Muhyiddin.
Muhyiddin's warning came in the wake of mysterious posters in Johor Baharu expressing support to him to replace Najib Razak as prime minister before the polls.
The posters fuel speculation of a rift between the duo, including their conflicting statements on the much-criticised Section 114A of the Evidence Act.
Riduan meanwhile asked whether Muhyiddin's warning applied to himself.
"Will Muhyiddin stay loyal to the party or will he take part in sabotaging in the even he is not chosen as candidate for election?"

Reverse defections hurting BN

Posted: 11 Sep 2012 07:29 PM PDT

Prime Minister Najib Tun Razak's administration has made incredible efforts to change undemocratic laws but is that enough to swing votes in BN's favour?

In Malaysian politics, there is no messing around with the powers-that-be.
But when members of the judiciary and those of the executive start abandoning those powers, something is definitely changing in the country.
Since 2008, it was a one-way traffic with the defections of several opposition MPs and YBs who either joined the majority or formed a so-called independent group in Parliament or the State Legislative Assemblies.
These defections hurt the opposition's ego and image a lot at that time but today, the defections of MPs from the majority is definitely hurting the Barisan National badly.
Before 2004 – the year when former deputy prime minister Anwar Ibrahim was freed following a reversal of a judgment in the Sodomy 1 case against him – the opposition leader could not win any case in the Malaysian courts.
Read More / Baca Lagi >>

Bahasa A: larger smaller reset Email [E-mail this story to a friend!] Print [Print this article!] IDEAS: Pelan pendidikan baru tertinggal laporan penting, kurang telus.....sebenarnya Pelan Masyuukk...!!!

Posted: 11 Sep 2012 07:26 PM PDT

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata walaupun Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan adalah langkah baik yang mempunyai data penting, mereka kecewa kerana kurangnya ketelusan. — Gambar oleh Siow Feng Saw
KUALA LUMPUR, Sept 12 — Kurangnya ketelusan dan tidak mengeluarkan empat laporan penting yang mampu mencalarkan kredibiliti Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). Pengarah eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan mengatakan, walaupun pelan induk adalah langkah baik yang mempunyai data penting, beliau kecewa kerana kurangnya ketelusan.
"Kerajaan tidak keluarkan empat laporan yang kritikal bagi mengukuhkan kredibiliti pelan induk tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil PBB: Tugas k'jaan pastikan perhimpunan aman

Posted: 11 Sep 2012 07:24 PM PDT

NONEPelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.

"Ini bercanggah sama sekali dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang mahu berhimpun, boleh berbuat demikian secara aman," katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.

"Kami (Pelapor PBB) telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 ditangani dan kita tetap dengan pandangan tersebut," kata Kiai yang belajar undang-undang di Universiti Nairobi dan Harvard.

Kiai yang berada di Malaysia minggu lepas atas jemputan
beberapa NGO termasuk Suaram berkata, kerajaan perlu memahami bahawa membenarkan kebebasan berhimpun, tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa perhimpunan kekal aman.
Read More / Baca Lagi >>

Percaya ke Umno nak Islam kalau benda macam ni tak mampu dilaksanakan..!!

Posted: 11 Sep 2012 07:21 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/564196_481536811870641_1077049899_n.jpg
Lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai. Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam. Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat dihadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah. Malaysia bila lagi???

Broker Kantoi : Zamil tiada hak bercakap wakili KITA....ha..ha..ha...ko buka la plak Parti KAMU (Kaki Ampu Melayu Umno)

Posted: 11 Sep 2012 07:19 PM PDT


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak masuk campur dengan urusan pentadbiran parti politik lain, kata Pengerusi Parti KITA Negeri Kedah, Kamal Nasser Bin Thow Beek.Beliau berkata demikian ekoran laporan akhbar baru-baru ini yang memetik kenyataan Zamil Ibrahim yang mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, bakal menerima nasib yang sama seperti Dr Hassan Ali. Kenyataan itu mengaitkan Zamil dengan Parti KITA.
Hakikatnya, Zamil Ibrahim (gambar) tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Parti KITA kerana Zamil bukan ahli parti. Dia telah dipecat Februari lalu, tambah Kamal.
Berhubung penahanan seorang pemimpin politik atas dakwaan sumbang mahram, KITA berpendirian bahawa prinsip keluhuran undang-undang mesti sentiasa ditegakkan, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, katanya.
Pada masa yang sama Setiausaha Pusat Parti KITA, Masrum Dayat memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pegawai ROS bahawa pemecatan Zamil Ibrahim adalah teratur (mengikut peraturan dan perlembagaan parti).
Read More / Baca Lagi >>

MB Terengganu: Tiada peluang buat parasit parti..Umno telah lama khianat rakyat....!!!

Posted: 11 Sep 2012 07:16 PM PDT


KUALA TERENGGANU - "Tiada peluang kedua untuk 'anai-anai' dan parasit dalam parti," tegas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad yang menganggap ahli Umno yang sabotaj parti sebagai anai-anai dan parasit berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud ahli yang sengaja menjatuhkan parti, demi kepentingan peribadi.
"Kadang kala setiap kali pilihan raya, memang ada yang sabotaj parti tapi jarang diambil tindakan, jadi saya harap kali ini, tindakan tegas dibuat kerana kita tidak mahu orang yang bertindak mengikut kepentingan diri sendiri.
"Di Terengganu, kita ada jumpa yang ambil tindakan sama tapi tiada tindakan tegas dibuat, jadi saya harap kali ini kita singkirkan sebagaimana saranan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB peringkat negeri di Jalan Bukit Kecil, di sini.
Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan mana-mana ahli yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada PRU13, akan disingkirkan.
Muhyiddin menegaskan, keputusan itu wajar kerana kesalahan itu terlalu besar dan merupakan pengkhianatan kerana ia boleh mengakibatkan parti kalah.
Read More / Baca Lagi >>

Penswastaan KTMB: Tambang Naik, Faedah Kakitangan Bakal Terjejas

Posted: 11 Sep 2012 07:13 PM PDT


SHAH ALAM, 12 SPET : Pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal berhadapan kenaikan harga tambang perjalanan sekiranya penswastaan kepada Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC) berlaku.
Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Kesatuan Kakitangan KTMB, Abdul Razak Md Hassan yang membantah pengambilalihan KTMB kepada syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Jelasnya, rakyat sudah pasti akan menerima kesan pengambilalihan memandangkan setakat ini tambang perjalanan KTMB merupakan paling murah berbanding dengan pengangkutan awam lain seperti LRT dan Monorail.
Read More / Baca Lagi >>

Perang' Najib-Muhyiddin jejas para pelajar

Posted: 11 Sep 2012 07:13 PM PDT


KUALA LUMPUR: 'Perang' antara Perdana Menteri dan timbalannya dibimbangi akan menjejaskan kepentingan pelajaran generasi masa hadapan negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Hubungan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilaporkan sebagai "retak menanti belah".

"Muhyiddin juga ialah Menteri Pelajaran manakala Najib juga adalah Menteri Kewangan. Kita bimbang perang antara mereka melarat kepada tindakan mengurangkan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran dalam belanjawan 2013 yang akan dibentangkan dalam masa terdekat ini.

"Jika itu berlaku, para pelajar dan institusi pelajaran rakyat yang akan jadi mangsa," kata Mahfuz.
Read More / Baca Lagi >>

PAGE: Pelan pendidikan baru tidak lebih daripada ‘penjenamaan semula’

Posted: 11 Sep 2012 07:12 PM PDT

Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia mengkritik panel penasihat pelan tindakan kerana tidak menekankan kepentingan bahasa Inggeris. — Gambar oleh Siow Feng Saw
 
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pelan tindakan pendidikan Malaysia yang diumumkan semalam tidak lebih daripada "penjenamaan semula", kata Datin Noor Azimah Abdul Rahim, pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE). Komen beliau datang selepas pentadbiran Najib melancarkan pelan induk pendidikan baru dari 2013-2025 yang bertujuan untuk mereformasikan sistem pendidikan Malaysia dan menjadikan ia setanding dengan negara maju.
PAGE telah berada di barisan hadapan dalam kempen untuk mempertahankan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada matapelajaran Sains dan Matematik yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak diteruskan oleh pengantinya.
"Anda menjangkakan lebih apabila kerajaan menggunakan istilah seperti 'transformasi' dan 'kajian'.
"Mujurlah, mereka (kerajaan) mempunyai hingga Disember menjadikan ia satu transformasi yang betul."
Read More / Baca Lagi >>

FGVH: Kerajaan tak dengar kata, saham merudum ..KWSP dan Peneroka jadi mangsa..!!!

Posted: 11 Sep 2012 07:08 PM PDT


TUMPAT: Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.


AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.

Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat antarabangsa.

Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka adalah perniagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Terdesak : KWSP beli lebih banyak unit saham FGV

Posted: 11 Sep 2012 07:07 PM PDT


September 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.
Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.
Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.
Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Demi nyawa ibu sanggup ditembak bapa

Posted: 11 Sep 2012 04:09 PM PDT

Demi nyawa ibuIPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

Malaysia Kita : 4 lelaki samun premis perniagaan

Posted: 11 Sep 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Empat lelaki menyamun sebuah premis perniagaan dan melarikan wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas pekerja premis berkenaan dalam kejadian di Metro Perdana, Kepong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, keempat-empat suspek yang menaiki sebuah kereta menyamun premis terbabit dengan bersenjatakan sebilah parang dan satu objek menyerupai pistol. "Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada Bernama.
Beliau berkata kesemua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta selepas kejadian tersebut.
Difahamkan, salah seorang suspek adalah warga asing dan semasa kejadian terdapat 11 pekerja dalam premis tersebut. — BERNAMA