Rabu, 5 September 2012

bumiperak

bumiperak


Musuh Anwar di Perjumpaan Kitar Semula

Posted: 05 Sep 2012 09:36 AM PDT

Idup lagi dia ni...Mursyidul am TIBAI
Muka basi dari paria pun ada....
Sanusi Junid,, & Presiden Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina.
aziz shamsudin musuh anwar, hasan ali tak payah cerita.. 
Bapa munafiq pun ada,,,



Muka basi PKR pun ada...


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI ; Mat Sabu Maria Chin dipanggil polis

Posted: 05 Sep 2012 10:58 PM PDT


KUALA LUMPUR 6 September – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-55.

Menurut Setiausaha Politiknya, Tajuddin Jawwad, polis datang ke rumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu pada jam 4.00 petang semalam.

"Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada di rumah, mereka hanya dapat menemui isterinya.

"Polis menyerahkan notis kepada isteri beliau yang meminta Mta Sabu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," kata Tajuddin dipetik
.
Gabungan Janji disertai 47 NGO yang menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam Khamis lalu di Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan Malaysia menunaikan segala janji untuk mereformasikan pilihan raya.

Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning.

Semalam, polis telah memanggil Saterawan Negara, Datuk A Samad Said kerana membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang merdeka tersebut.

Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan tersebut.

Empower dalam kenyataan berkata, Maria akan bersama-sama Pak Samad untuk melaporkan diri hari ini di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang dengan ditemani peguam.

Manakala Mat Sabu pula akan ke IPD Dang Wangi pada Ahad ini pada sebelah petang.

Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mat Sabu menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35519

Hahahaha , Menarik ...Jom ramai2 kita pi cuci kereta di sini..... Cuci kereta 9 kali .... Dapat Amoi sekoq PERCUMA

Posted: 05 Sep 2012 07:21 PM PDT


Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 September 2012
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam dalam serbuan di premis berkenaan, kelmarin
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

Tok sah dok berlakon la ... Hampa (UMporNO) lagi Kurang Ajar ....

Posted: 05 Sep 2012 06:42 PM PDT


UMNO Usah Dok Berlakon Jadi Juara Pertahan Raja Raja Melayu.. Padahal UMNO Juara Hina dan baruakan Raja2 Melayu !!

1- Ni Gambar Najib Boleh Relax je Hisap Curut Depan Sultan Selangor.. Macam Sultan Selangor Member dia La Pulak.. Lepas Tu Bila Sultan Selangor Nak Balik.. Sultan Selangor Terpaksa Sua Tangan Bersalam dgn ROSMAH.. Maklum lah.. Rosmah Kan Bini PRESIDEN MALAYSIA.


           2. UMNO Toksah Lupa macam Mana Kisah Bekas MB Selangor dari UMNO Muhammad Taib Melarikan Anak Dara Sultan.. Dan Kawin pun.. Kawin lari.. Takde la Pulak Sultan Selangor Dulu Murka.. Buang Negara ke.. Lagi Kurang Ajar !!

Ni Lagi Cerita Pasal Kes Kawin lari MB UMNO ngan Anak Sultan Selangor ->
http://shalattas.blogspot.com/2009/12/26-kuyah-lawan-mike-tyson-1993.html 

Abby Abadi vs Fathul Bari

Posted: 05 Sep 2012 08:38 AM PDT


Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.



Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato' Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

Oleh Subky Latif

2 beradik dirogol abang ipar sejak 2007

Posted: 05 Sep 2012 06:57 AM PDT

KUALA KETIL - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.

Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010.

Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu.

Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil.


Keadaan itu mengakibatkan lelaki  berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut  seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat. -SINAR

Malaysia negara paling biadap - Reader's Digest

Posted: 05 Sep 2012 05:16 AM PDT

5 SEPT — Reader's Digest sekali lagi meletakkan kita sebagai negara yang penduduknya paling biadab di dunia. Enam tahun lalu kita diletakkan oleh majalah berkenaan di tangga ke-33. Kali ini pun masih di tangga yang sama daripada 34 negara yang disenaraikan.

Bagi sesetengah daripada kita, kajian dan penyelidikan daripada majalah ataupun agensi dalam dan luar negara, kita selalunya mengambil sikap tidak ambil pusing kerana menganggap ia satu penyelidikan yang dibuat secara rambang dan tidak m bienyeluruh, maka kita tidak percaya dan sangsi dengan hasil kajian itu.
Bagaimanapun ada asas juga untuk melihat apa hasilnya, lebih-lebih lagi penemuan kajian berkenaan sememangnya 'dekat' dengan kita.
Kebiadapan itu dinilai melalui kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak polis menunjukkan sebanyak 20 peratus daripada 1.3 juta kes kemalangan setiap tahun di negara ini berpunca daripada sikap biadab di jalan raya.

Selain itu, rakyat kita merokok di zon larangan merokok, menjawab telefon di dalam panggung wayang, lewat datang untuk temu janji, tidak mengucapkan "terima kasih" dan meninggalkan troli selepas membeli-belah di tempat meletak kereta begitu sahaja dan merempuh masuk ke dalam lif, tren dan bas sebelum penumpang keluar.
Memang banyak kebenarannya. Apa yang disenaraikan memang sering berlaku di depan mata kita dan sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita boleh menyenaraikan lebih banyak lagi perbuatan yang boleh dimasukkan dalam kategori biadab yang seolah-olah sudah menjadi 'makan dan minum' sebahagian daripada orang kita.
Kita semua sudah pasti melalui keadaan di mana apabila berbaris panjang untuk membayar barangan di kedai runcit atau pasar raya atau mendapatkan perkhidmatan, ada yang dengan muka selamba memotong masuk barisan tanpa rasa bersalah. Bagi yang bekerja di kaunter pembayaran pula akan menunjukkan 'muka ketat' apabila pembeli tidak ada wang kecil, seolah-olah pembeli telah melakukan 'dosa besar' kerana tidak membayar dengan wang kecil. Membiarkan kereta lain beratur panjang di stesen minyak menunggu kita mengisi petrol, sementara kita masih di dalam kedai stesen minyak seperti 'makan angin' membeli belah makanan ringan sambil berborak-borak di telefon bimbit, melintas jalan sesuka hati dengan menggunakan 'kuasa tangan', membuang sampah merata-rata termasuk dari kenderaan ketika memandu, menggunakan telefon bimbit di kawasan-kawasan yang dilarang seperti dalam bank dan banyak lagi.
Dan sudah pastinya kebiadapan yang dimaksudkan itu akan lebih terserlah apabila melayari laman-laman sosial di alam maya. Kita boleh membaca ayat-ayat yang digunakan apabila membuat komen mengenai sesuatu isu terutamanya apabila ia membabitkan hal-hal politik. Dan tidak kurang pula dalam satu-satu isu yang tiada kaitan dengan isu politik pun, akhirnya dikaitkan dengan politik dan berlakulah pergaduhan siber.
Yang peliknya, orang kita boleh menghabiskan masa yang lama melayari laman sosial ini untuk bercakap hal-hal politik, tidak mengira waktu, entah masa bila mereka melakukan kerja-kerja 'hakiki' mereka.
Tahap pendidikan seseorang itu juga tidak membataskan diri untuk turut memberikan komen-komen biadab yang langsung tidak mencerminkan dari universiti atau pusat pengajian tinggi mana seseorang itu belajar.
Bagi saya apabila terlalu banyak politiking, semua perkara hendak dikaitkan dengan politik, membuatkan semua benda yang dibuat ada saja tidak kena dan dipandang tidak betul, akhirnya berbalah sesama kita, yang sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan selain mencari musuh. Ada yang hilang kawan, saudara-mara dan isteri! semuanya sebab terlalu banyak politiking.
Sikap biadab ini juga ditunjukkan oleh segelintir anak muda kita dalam himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka yang lalu, yang bertindak memijak gambar pemimpin negara dan melondehkan seluar untuk menayangkan punggung dan mahu menukar bendera negara Jalur Gemilang dengan bendera baru. Ini belum lagi kita masukkan aksi-aksi biadab dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.
Dan kalau kita langsung tidak menganggap perlakuan sebegini sebagai biadab atau melampau, tentu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan kita.
Jadi apabila negara ini diletakkan dalam kategori rakyatnya paling biadab walaupun bukan di tangga juara, kita sewajarnya melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan terus mengatakan bahawa Reader's Digest itu tidak cukup 'digest' dalam membuat kajiannya.
Adakah sebilangan dari kita mahu berterusan bersikap biadab dan mahu yang lain turut hidup dalam masyarakat yang dipenuhi oleh perlakuan biadab?
Kita sendiri amat takut dan malu apabila anak-anak kita dikata tidak tahu adab dan biadab. Jadi, sebenarnya ia bermula dari kita sendiri. Sewajarnyalah kitalah yang memberi contoh yang baik-baik kepada mereka. Dan mereka mengikut. — Utusan Online

Hina [pijak] gambar pemimpin. Kenapa ianya berlaku?

Posted: 05 Sep 2012 04:57 AM PDT

Salmiyah Harun,05 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan.

"Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.

Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.


Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.

"Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya.

Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya.

Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara.

Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Model sambilan pijak gambar Najib malam ambang Merdeka serah diri

Posted: 05 Sep 2012 01:30 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang gadis yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan insiden memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang Merdeka, 30 Ogos, menyerah diri di Balai Polis Sentral, di sini, hari ini. 



Model sambilan berusia 19 tahun itu yang berasal dari Taman Puteri Wangsa, di sini, tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi peguam, Norman Fernandez dan beberapa rakan. 



Dia kemudian dibawa keluar dari balai berkenaan kira-kira jam 1.05 petang dan menaiki sebuah kereta untuk dibawa ke ibu negara. 




Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor ketika ditemui berkata, gadis itu tampil menyerah diri selepas menyedari gambarnya yang dikaitkan dengan insiden berkenaan dipaparkan di akhbar.

"Gadis itu bukan anggota DAP tetapi dia tampil kepada kami untuk meminta pertolongan. Dia dibawa polis ke rumahnya untuk mengambil pakaian berwarna merah yang dipakai pada hari tersebut sebelum ke Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh mengesahkan gadis itu ditahan selepas dia menyerah diri dan dibawa ke ibu negara untuk siasatan lanjut. 

"Dia dikehendaki polis berhubung laporan yang dibuat di Balai Tun H S Lee Gadis itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya. 

Dua hari lalu, Polis Kuala Lumpur mendedahkan 11 keping gambar individu yang dirakam terbabit dalam insiden berkenaan yang berlaku pada himpunan janji demokrasi pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara. 

Semalam, seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun, dari sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan selepas dia tiba dari Batu Pahat, bersama kedua-dua ibu bapanya. 

- BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AKIBAT MEMILIKI PEMIMPIN YANG PENAKUT DAN BACUL

Posted: 05 Sep 2012 02:34 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

POLITIK di negara ini semakin kotor akibat ada pemimpin yang takut kehilangan kuasa.  Hilangnya kuasa, maka hilanglah pengaruh dan kekayaan.  Pemimpin bacul seperti ini telah melihat sendiri apa yang telah terjadi ke atas Hosni Mubarak, Thaksin, Gaddafi dan beberapa pemimpin dunia yang dihina serta diburu sehingga ke lubang cacing apabila kehilangan kuasa.

Sehubungan itu, mereka amat takut kehilangan kuasa di negara ini.  Alang-alang menjadi kerajaan yang zalim, lebih baik tunjukkan kezaliman itu secara nyata.  Alang-alang menjadi Syaitan yang ghaib, lebih baik menjelmakan diri agar lebih dikenali.  Mungkin inilah pemimpin yang dimaksudkan oleh mamak kutty Syaitan yang dikenali.

Pakatan Rakyat setakat ini boleh diberi pujian kerana masih bertahan dan bersabar dengan gelagat mereka yang bacul dan dayus ini.  Seandainya pergaduhan memerlukan permit seperti untuk mengadakan ceramah, kita merasakan belum sampai waktunya kita memohon permit itu.  Ini adalah kerana kita berpolitik bukan untuk berpecah-belah sesama kita khususnya umat-umat Islam.  Kita boleh tabik dengan masyarakat Cina di negara ini, mereka juga berpolitik dan tidak semua mereka sependapat di dalam perjuangan politik mereka.  Tetapi, pernahkah kita menyaksikan apabila MCA atau Gerakan mengadakan ceramah, mereka diganggu oleh 'Perkasa' DAP?  Begitulah juga sebaliknya.  Mereka lebih ke hadapan dan matang di dalam berpolitik.

Serendah-rendah moral Chua Soi Lek pun, beliau menjadi jaguh kaum Cina di dalam MCA kerana berani berdebat dan berdepan dengan Lim Guan Eng dari DAP.  Begitu juga selembut-lembut Koh Tsu Koon pemimpin dari Gerakan pun beliau ada keberanian dan jati diri untuk berdebat dan berdepan secara anak jantan dengan pemimpin DAP.  Itulah politik yang sihat.

Berbeza dengan pemimpin 'Keris Telanjang tanpa sarung'.  Mengajak Najib berdebat sehingga merayu-rayu rakyat untuk melihat anak Tokoh Negara, Almarhum Tun Razak ini samada benar-benar pahlawan Pahang atau tidak, sehingga kini Najib masih belum membuktikan bahawa beliau adalah Wira atau Pendekar Umno.  Seburuk-buruk atau serendah-rendah moral seperti yang mereka dakwa ke atas DS Anwar, setidak-tidaknya Ketua Pembangkang ini telah membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan.  Bukan setakat Najib, DS Anwar telah beberapa kali mencabar mamak kutty untuk berdebat tanpa menghiraukan tokoh yang pernah memimpin negara itu jauh lebih hebat dari Najib.  

Oleh kerana tiada keberanian, mereka tiada cara lain lagi untuk mempertahankan kuasa melainkan dengan menggunakan cara yang paling jijik dan kotor.  Mencipta suasana tegang bagi mereka mungkin boleh menyelamatkan maruah parti mereka yang semakin hampir ke liang kubur itu.  Mengapa mereka begitu berani?  Ya, kerana mereka ada kuasa dan dengan kuasa itulah mereka boleh membeli sesiapa sahaja yang tidak mempunyai maruah samada rakyat biasa atau jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai.

Apakah cara mereka itu akan berjaya?  Jawapannya, lihat sahaja di Mesir betapa hebatnya malah berkali ganda hebatnya Hosni Mubarak sewaktu memimpin Mesir.  Tetapi, apa sudah jadi dengan pemimpin diktator ini?  Siapa jangka Hosni Mubarak sekarang boleh terlantar dan kelu di atas katil?  Itu semua kerana kuasa Allah.  Sang diktator mempunyai kuasa dan jentera, kita rakyat biasa hanya mempunyai semangat dan kekuatan rohani yang sentiasa bergantung kepada Allah yang Maha Besar.  Percayalah, kezaliman dan kebathilan akan hancur akhirnya./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Ayuh! Sama-samalah kita doakan pemimpin2 negara kita agar lebih kaya raya...depa susah ooo!!

Posted: 05 Sep 2012 07:02 PM PDT


Kahkahkah!!

AdlyZahari

AdlyZahari


POLITIK SAMSENG

Posted: 05 Sep 2012 01:54 AM PDT

  • Dua hari lepas, banyak baner dan bendera PAS di rosakkan di Melaka.
  • Kain rentang dikoyakkan dan bendera di bakar.
  • Kawasan yang terlibat adalah di Parlimen Masjid Tanah dan Alor Gajah.
  • Sebulan lalu perkara yang sama berlaku di Bukit Katil dan Tangga Batu.
  • Kain rentang yang dikoyakkan hanyalah sekadar mengucapkan ucapan Aidilfitri dan kemerdekaan yang ke 55.
  • Itu pun ada yang panas melihatknya.
  • Mungkin tindakan itu hasil dari reaksi "sekatan politik" yang disuarakan Datuk Seri Najib?
  • Tiga laporan polis dibuat di Masjid Tanah.
  • PAS berharap pasukan keselamatan mengambil berat isu ini sebelum terlambat.
  • Jangan sampai rakyat tak percaya pada undang-undang.
  • Kepada yang bersifat samseng, perlu diingatkan bahawa rakyat pun boleh jadi samseng!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Saya masih sihat - MB Kedah

Posted: 05 Sep 2012 09:31 AM PDT

PRM akan bertanding di tiga kawasan parlimen PKR..!!

Posted: 05 Sep 2012 09:30 AM PDT

Nokia launches 'last chance' phone

Posted: 05 Sep 2012 09:28 AM PDT

7.6 Quake Reported in Costa Rica

Posted: 05 Sep 2012 09:27 AM PDT

Kanak-kanak maut dirempuh kereta

Posted: 05 Sep 2012 09:25 AM PDT

Barua UMNO@BN Desak Anwar Minta Maaf Kerana Cabul Bendera Malaysia Dan Sultan.....!!!!

Posted: 05 Sep 2012 09:22 AM PDT

Barua UMNO@BN kata Anwar mahu hancurkan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu

Posted: 05 Sep 2012 09:14 AM PDT

Serangan Samseng UMNO@BN Di Ibu Pejabat PKR

Posted: 05 Sep 2012 09:07 AM PDT

Syrian Army Jet Bombs Residential Area in Aleppo

Posted: 05 Sep 2012 09:05 AM PDT

Yahudi laknatullah Menjadikan Masjid di Beir Sheba Sebagai Tempat Pesta Minum arak

Posted: 05 Sep 2012 08:51 AM PDT


BEIR SHEBA : Warga Palestin di Beir Sheba, Palestin Selatan, memprotes acara festival minuman keras (wine) yang diadakan di halaman sebuah masjid peninggalan zaman kekhalifahan Utsmaniyah.
"Mereka tidak mengizinkan kami shalat di tempat-tempat suci kami, mereka menindas kami. Mereka seenaknya melakukan apa yang mereka ingin lakukan, dan melukai perasaan semua kaum Muslimin. Pesan apa yang ingin mereka sampaikan? Bayangkan kalau hal semacam itu terjadi di sinagog Yahudi," kata Taleb Al-Sana, anggota parlemen Israel asal Palestina.....[salam-online]
Read More / Baca Lagi >>

Khir Toyo - Dari Bekas Menteri Besar Dah Jadi Seorang Pendusta Besar

Posted: 05 Sep 2012 08:49 AM PDT

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.
Read More / Baca Lagi >>

Bongkar Skandal Anak Raja : SKMM beri amaran kepada Mediaperak

Posted: 05 Sep 2012 08:29 AM PDT

Rujukan kami: SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(406)
Tarikh: 4 September 2012
Tuan,

ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA

http://mediaperak.com/2012/08/07/18sx-tingkahlaku-ketua-agama-islam-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/
http://mediaperak.com/2012/09/02/18sx-2-ketua-agama-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/

Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan laman sesawang tuan di mana para pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan spesifik yang telah menghina Institusi Beraja di Malaysia di dalam artikel "18SX.Tingahlaku Ketua Agama Islam yang kita doakan setiap Jumaat" bertarikh 7 Ogos 2012 dan artikel " 18SX lagi! Tingkahlaku Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat (2)" bertarikh 2 September 2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut. Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika.
Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.

Terima kasih.

Unit Media Baru
Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Janji Ditepati : RON 97 Naik 20 Sen.....!!!

Posted: 05 Sep 2012 08:00 AM PDT

Janji Najib Untuk Rakyat...Ok Lah Tue 20 Sen Jerk...Lepas Nie RON95 Naik Pulak..!!!

 Link Asal : http://www.bharian.com.my/articles/PetrolRON97naik20senmulaitengahmalamini/Article/

Peguam negara pandang serius keputusan kes rogol bawah umur, failkan rayuan......kes lain tak rayu ke...????

Posted: 05 Sep 2012 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
  
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu.
  
Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.
  
Read More / Baca Lagi >>

Umno & Perkasa 2x5

Posted: 05 Sep 2012 07:35 AM PDT

Ganggu tazkirah, baling kasut,, perbuatan jahiliah !
 
Sebelum ini sudah terlalu banyak perbuatan sebotaj, memfitnah, menghasut, mengganggu dan mengacau dilakukan oleh puak-puak Umno @ Perkasa terhadap parti pembangkang terutama PAS dan PKR.  Kerap kali kita dengar, apabila ada saja aktiviti yang dibuat oleh kedua-dua parti ini, maka akan adalah puak-puak syaitan yang dikenali ini datang mengganggu !
Kita imbau kembali sedikit dari kisah-kisah lalu!   Ceramah Nurul Izah dan Anwar di Lembah Pantai dibaling batu,  ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Selangor diserang dan diganggu oleh sekumpulan pemuda, ceramah Anwar di Johor, kereta Anwar dicalar dan dikemikkan,   ceramah merdeka Anwar di Kota Bharu cermin bas di pecah dan disembur cat.    
Terbaru,,  satu kejadian yang memalukan berlaku di sebuah masjid di Kedah.  Kumpulan yang bertindak ala-ala kaum jahiliah di zaman nabi ini telah bertindak diluar batasan agama. Tidak keterlaluan kalau dikatakan perbuatan mereka menyamai perbuatan syaitan!  Justeru tidak salahlah kalau Mahathir pernah berkata  bahawa UmnoBn adalah parti syaitan dan sekali gus ahlinya juga adalah syaitan,,,, "syaitan yang dikenali" ,,, kata Mahathir.  
Kenapa Umno@perkasa bertindak samseng?   
Barangkali kerana terlalu beriya-iya sangat mahu menegakkan semangat "Ketuanan Meelayu" maka inilah hasilnya.  Umno@perkasa mengamalkan budaya samseng !!   Mereka bersultan dimata beraja di hati. Dalam kes terbaru mereka dengan lagak berani dan angkuh mengganggu dan membuat bising dalam rumah Allah, ketika DS Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah kepada para jemaah. Tak cukup dengan bising mereka membaling kasut kearah Anwar. Perbuatan puak-puak Umno@perkasa ini amat melampau dan memalukan bangsa Melayu. Dan yang lebih malang maruah Islam tercemar dek perbuatan mereka !   .
Alasan mereka membantah Anwar memberi  tazkirah,, cukup dangkal, bangang dan melucukan!! 
Anwar tidak ada tauliah ? maka sebab itu tazkirahnya diganggu?   Tauliah kepala datuk depaa!!   Hoi, puak-puak Umno@perkasa !  Selama ini Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan ramai lagi pemimpin Umno masuk masjid berceramah dan bercakap politik ada tauliah ke?   Dan tak pernah kita dengar penyokong parti pembangkang mengamuk  apabila mendengar ada pemimpin Umno berceramah, bertazkirah, atau memberi sumbangan yang berupa rasuah politik di masjid?  Belum pernah !,   
Rumusan -  apa sebenarnya tujuan samseng Umno@perkasa membuat kacau?  Tidak ada tujuan melainkan kerana busuk hati !   Bukankah Mahathir, bekas presiden UmnoBn pernah berkata ,,,, Umno sudah busuk sampai keusus  dan hari ini terbukti busuknya sudah sampai kehati!  Jadi semua perbuatan orang Umno@perkasa keatas pembangkang berpaksikan rasa busuk hati !!!  
Oleh : rahimothman

Apakah kita juga berada di ambang keruntuhan akhlak?

Posted: 05 Sep 2012 07:30 AM PDT

DR ISMAIL IBRAHIM
ISTILAH akhlak bebeza dari istilah adab pada umumnya. Di dalam budaya kita apabila disebut adab, maka yang difokuskan ialah adab pergaulan kita, adat dalam sistem sosial orang Melayu, terutamanya di antara anak-anak dan orang tua, seperti ketika sekumpulan orang-orang tua sedang  berbual sesama sendiri, maka kanak-kanak tidaklah boleh masuk campur, ketika orang tua duduk di atas lantai, kanak-kanak tidak boleh duduk di atas kerusi, atau tempat yang lebih tinggi dari tempat duduk orang tua, dan ketika orang tua duduk, kanak-kanak tidak boleh melintas dari belakang, haruslah lintas di hadapan dengan menundukkan badan dan menghulur tangan ke bawah atau kalau terpaksa melintas dari belakang juga, maka hendaklah minta izin nak lalu di belakang.

Inilah contoh beberapa adat tradisi orang Melayu, yang termasuk dalam adab sopan kita, dan hal yang sama juga dapat dikatakan ketika hendak makan, minum, bercakap dan sebagainya iaitu ketika makan hendaklah ambil lauk pauk yang di depan dulu, kemudian baru ambil yang jauh, kalau minum hendaklah dalam keadaan duduk, kalau tak ada kerusi pun duduklah di atas lantai, atau kalau tempat itu tak sesuai untuk duduk terus seperti di atas tanah lumpur atau pasir pantai yang basah dan sebagainya, hendaklah duduk mencangkung.
Read More / Baca Lagi >>

Buku Liwat II: Tentang lelaki banyak 'angin'

Posted: 05 Sep 2012 07:25 AM PDT

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah digambarkan sebagai terbuka apabila mengendalikan perbicaraan pertuduhan kes liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya tetapi kemudian didakwa berubah apabila keputusan beliau dalam mengarahkan pendakwaan menyediakan senarai saksi dan dokumen utama dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguam berpengalaman Australia Mark Trowell berkata, beliau mendapati Zabidin berlaku adil selepas dalam membuat keputusan memihak kepada pembelaan, tidak seperti bekas hakim persekutuan Augustine Paul yang mengendalikan perbicaraan kes dakwaan salah guna Anwar.

NONEPengarang The Trial of Anwar Ibrahim Sodomy II (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II) yang telah mengikuti kedua-dua perbicaraan itu bagi pihak Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia.

Pada peringkat praperbicaraan, Zabidin membuat keputusan memihak kepada ketua pembangkang, menyebabkan pendakwaan merayu terhadap keputusan itu.

Mahkamah Rayuan kemudian mengubah keputusan itu, yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Ekoran keputusan Zabidin itu juga, peguam Anwar dibenarkan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dibuat di kondominium Desa Damansara, kenyataan saksi berhubung pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, doktor Hospital Pusrawi Dr Osman Abdul Hamid dan saksi lain, termasuk senarai saksi dan laporan perubatan.

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi...

Posted: 05 Sep 2012 07:21 AM PDT

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana

ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.

''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.
Read More / Baca Lagi >>

TOL LYNAS : Himpunan Hijau akan buat sekatan di Pelabuhan Kuantan

Posted: 05 Sep 2012 07:03 AM PDT

Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar untuk membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan sekiranya syarikat pelombong nadir bumi Lynas mula menghantar bahan berkenaan untuk diproses di lojinya di Gebeng.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack memberi jaminan bahawa penghantaran itu tidak akan melepasi sekatan mereka.

"Kami akan adakan keingkaran awam terbesar di negara ini dan mengumpulkan semua golongan.

"Pelabuhan Kuantan tidak akan beroperasi selagi bijih berkenaan berada di situ," katanya.

Kenyataannya itu timbul susulan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) secara bersyarat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Issuance of TOL by AELB is shows a complete disregard to the decision of the court.

Posted: 05 Sep 2012 07:01 AM PDT

On the 28th of August 2012 the High Court of Kuantan  granted leave on the TOL for Lynas in response to an application by a group of 5 plaintiffs from Kuantan. However while pending the hearing date by the court for a Judicial Review on the decision by the Minister to grant the license, AELB jumped the gun and issued the TOL. This has been confirmed by Lynas today.

This decision by AELB showed a complete disrespect of the decision of the court and by issuing the TOL to Lynas. AELB behaved as if they are above the law, knowing very well that there is a loophole in the period between the decision for leave and decision of judicial review itself, took advantage of the situation to issue the TOL.

The MOSTI Minister whose decision is being challenged and is  the basis for the judicial review should know better than to agree on the issuance of the TOL to Lynas.

Malaysia is going down the wrong way if Ministers behave in this manner. What hope is there for the rakyat, when institutions such as the court is disregarded completely by the Minister. When Parliament is used to support a wrong decision. When the administration put profit and other interest above the lives and interest of  the rakyat. Malaysia will be doomed.

Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

Politik Samseng : Hentikan serangan ganas, PKR gesa BN

Posted: 05 Sep 2012 05:57 AM PDT


SHAH ALAM - Berhadapan dengan demonstrasi dan serangan terhadap PKR buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan taktik ganas terhadap parti itu.
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail Katanya, taktik ganas tidak dapat menyekat perjuangan PKR selain mengingatkan Umno BN bahawa politik yang dimainkan dalam zaman siber di mana maklumat tersebar dengan cepat.

Saifuddin akui amat kesal atas insiden yang berlaku di hadapan ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.

"Insiden ini amat dikesali. Berlaku berturutan dalam lima hari. Serangan bertubi-tubi ke atas pemimpin dan premis PKR," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online petang tadi.

Menurutnya, kejadian-kejadian yang berlaku ini memberi tanda bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN)sangat terdesak.

"Tindakan ini beri isyarat bahawa Umno dan BN yang sangat terdesak dengan sokongan rakyat terhadap kempen-kempen yang dijalankan.

"Jadi mereka guna samseng untuk takutkan PKR," kata beliau yang memaklumkan bahawa baru saja tiba di KLIA dan dimaklumkan tentang kejadian itu.
Read More / Baca Lagi >>

THE DAY BN SOLD OUT KUANTAN: Lynas gets licence, targets Oct start date

Posted: 05 Sep 2012 05:55 AM PDT

AUSTRALIA's Lynas Corp said on Wednesday it has received a temporary operating licence for its long-delayed US$800 million (RM2.48 billion) rare earths plant in Malaysia, enabling it to start production as early as October.
THE DAY BN SOLD OUT KUANTAN: Lynas gets licence, targets Oct start dateThe Lynas plant on Malaysia's east coast has been ready to fire up since early May, but the company has been embroiled in lengthy environmental and safety disputes with local residents since construction began two years ago.
Widespread protests over concerns about possible radioactive residue have drawn thousands of people at a time, and the project has become a hot topic ahead of an election likely to be held this year.
The Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) issued the permit following an earlier recommendation from a government committee.
"Receiving this licence from the AELB is a significant milestone for Lynas," Lynas Executive Chairman Nicholas Curtis said in a statement.
Kilns to process rare earth concentrate were expected to begin in October, Lynas added.
The plant is considered important to efforts to break China's grip on rare earths that are used in products ranging from smartphones to hybrid cars.
Reuters

ARE THEY GODS? Student who showed buttocks to PICTURE of Najib & Rosmah on police BAIL

Posted: 05 Sep 2012 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, -- A college student who was detained by the police for allegedly committing a lewd gesture at a picture of the prime minister during the Janji Demokrasi gathering on Merdeka eve, has been released.
Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah said today, the 19-year-old who studies at a private college in Cheras, was released on police bail last night after a statement was recorded.
During the incident, the teenager had allegedly pulled down his pants and showed his buttocks at the picture.
ARE THEY GODS? Student who showed buttocks to PICTURE of Najib & Rosmah on police BAILYesterday, the police had picked up the student when he was brought by his parents to meet the college management after his face was published by local dailies over his alleged action at the Dataran Merdeka.
In a related development, Ku said the police were in the midst of tracking down 10 people who had stomped on a picture of the prime minister and displayed a new flag during the Merdeka Eve celebrations.
He urged them to turn themselves in at the nearest police station.
On police reports lodged over the incidents, Ku said a total of 172 reports were received, so far.
The police have formed three special teams to investigate three reports involving incidents at the Dataran Merdeka, an attack on the People's Independence Tour bus and over the breach of the Peaceful Gathering Act 2011 by the organisers of 'Himpunan Janji Demokrasi'.
-- BERNAMA

Najib must undo his father’s mistake

Posted: 05 Sep 2012 05:53 AM PDT

Jeffrey Kitingan claims that former premier Tun Razak Hussein had acted unconstitutionally when he signed away Sabah's oil to Petronas. 

KOTA KINABALU: Maverick politician Jeffrey Kitingan said Prime Minister Najib Tun Razak must undo the "greatest injustice" his late father Razak Hussein did in "signing away" Sabah's oil and gas resources to Petronas in 1975.
"How can (then) prime minister Razak give away something that does not belong to him as prime minister?" Jeffrey asked during a press conference here today where he also showed reporters copies of documents on the issue.
"Najib must undo his late father's greatest injustice against Sabah and reverse the vesting of Sabah's oil and gas resources back to Sabah from Petronas.
"The real issue is not whether the then prime minister had the authority to sign away Sabah's oil and gas resources to Petronas, but why should he sign away Sabah's oil and gas without consultation with or approval from Sabah when the oil and gas belonged to Sabah," he said.
Jeffrey, who is also Sabah chairman of the Sarawak-based State Reform Party (STAR), said Razak had on March 26, 1975 signed away Sabah's oil and gas to Petronas by executing the "vesting order" under Section 2(2) of the Petroleum Development Act 1974.
Read More / Baca Lagi >>

Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang

Posted: 05 Sep 2012 05:51 AM PDT

Lidah tidak bertulang termasuk juga lidah mengkarung, biawak dan katak. Dengan lidah sedemikian apa-apa saja boleh disambar dan dihemburkan tidak kira ia benar, separuh benar atau pun bohong sama sekali kepada sesiapa juga. Bahkan kata-kata berupa fitnah juga boleh diucapkan dengan hanya membuka mulut dengan janggut puteh bergoyang-goyang. Gampang.

Demikian juga dengan presiden apa dinamakan Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina. Beliau boleh berkata apa-apa saja yang dia suka terhadap Anwar Ibrahim. Seperti mana laporan media penjilat buntut Utusan Malaysia, Ismail mendakwa perjumpaan Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu 31 Ogos lalu kononnya untuk memastikan usahanya (Anwar) untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.


Ismail Mina
"Tindakan tersebut perlu dibuat Anwar bagi membolehkan beliau dapat menguasai Pas dengan sepenuhnya.

"Anwar mempunyai perasaan tidak senang terhadap Nasharudin kerana beliau begitu lantang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, demikian laporan itu dipetik.

Kalau orang tahu hubungi Ismail dengan Anwar sebelum ini orang akan pengsan apabila mendengar tuduhan melulu Ismail itu. Orang juga tidak fikir sehingga begitu sekali tergamak Ismail memburuk Anwar dengan fitnah kering itu. Apakah Ismail juga kini sudah berkawan dengan syaitan baik sepertimana dimaksudkan Mahathir?

Ismail adalah kawan baik Anwar satu masa dulu yang dikatakan banyak mendapat manfaat hidup daripada Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama dan kedudukan Anwar untuk mendapat sesuatu kemudahaan bagi hidup. Seperti mana diceritakan bekas seorang pegawai GLC kepada Anwar, Ismail dikatakan pernah menggunakan nama Anwar ketika Ismail berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk meluluskan seuatu projek tatkala pegawai itu masih berkhidmat.

Read More / Baca Lagi >>