Rabu, 5 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AKIBAT MEMILIKI PEMIMPIN YANG PENAKUT DAN BACUL

Posted: 05 Sep 2012 02:34 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

POLITIK di negara ini semakin kotor akibat ada pemimpin yang takut kehilangan kuasa.  Hilangnya kuasa, maka hilanglah pengaruh dan kekayaan.  Pemimpin bacul seperti ini telah melihat sendiri apa yang telah terjadi ke atas Hosni Mubarak, Thaksin, Gaddafi dan beberapa pemimpin dunia yang dihina serta diburu sehingga ke lubang cacing apabila kehilangan kuasa.

Sehubungan itu, mereka amat takut kehilangan kuasa di negara ini.  Alang-alang menjadi kerajaan yang zalim, lebih baik tunjukkan kezaliman itu secara nyata.  Alang-alang menjadi Syaitan yang ghaib, lebih baik menjelmakan diri agar lebih dikenali.  Mungkin inilah pemimpin yang dimaksudkan oleh mamak kutty Syaitan yang dikenali.

Pakatan Rakyat setakat ini boleh diberi pujian kerana masih bertahan dan bersabar dengan gelagat mereka yang bacul dan dayus ini.  Seandainya pergaduhan memerlukan permit seperti untuk mengadakan ceramah, kita merasakan belum sampai waktunya kita memohon permit itu.  Ini adalah kerana kita berpolitik bukan untuk berpecah-belah sesama kita khususnya umat-umat Islam.  Kita boleh tabik dengan masyarakat Cina di negara ini, mereka juga berpolitik dan tidak semua mereka sependapat di dalam perjuangan politik mereka.  Tetapi, pernahkah kita menyaksikan apabila MCA atau Gerakan mengadakan ceramah, mereka diganggu oleh 'Perkasa' DAP?  Begitulah juga sebaliknya.  Mereka lebih ke hadapan dan matang di dalam berpolitik.

Serendah-rendah moral Chua Soi Lek pun, beliau menjadi jaguh kaum Cina di dalam MCA kerana berani berdebat dan berdepan dengan Lim Guan Eng dari DAP.  Begitu juga selembut-lembut Koh Tsu Koon pemimpin dari Gerakan pun beliau ada keberanian dan jati diri untuk berdebat dan berdepan secara anak jantan dengan pemimpin DAP.  Itulah politik yang sihat.

Berbeza dengan pemimpin 'Keris Telanjang tanpa sarung'.  Mengajak Najib berdebat sehingga merayu-rayu rakyat untuk melihat anak Tokoh Negara, Almarhum Tun Razak ini samada benar-benar pahlawan Pahang atau tidak, sehingga kini Najib masih belum membuktikan bahawa beliau adalah Wira atau Pendekar Umno.  Seburuk-buruk atau serendah-rendah moral seperti yang mereka dakwa ke atas DS Anwar, setidak-tidaknya Ketua Pembangkang ini telah membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan.  Bukan setakat Najib, DS Anwar telah beberapa kali mencabar mamak kutty untuk berdebat tanpa menghiraukan tokoh yang pernah memimpin negara itu jauh lebih hebat dari Najib.  

Oleh kerana tiada keberanian, mereka tiada cara lain lagi untuk mempertahankan kuasa melainkan dengan menggunakan cara yang paling jijik dan kotor.  Mencipta suasana tegang bagi mereka mungkin boleh menyelamatkan maruah parti mereka yang semakin hampir ke liang kubur itu.  Mengapa mereka begitu berani?  Ya, kerana mereka ada kuasa dan dengan kuasa itulah mereka boleh membeli sesiapa sahaja yang tidak mempunyai maruah samada rakyat biasa atau jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai.

Apakah cara mereka itu akan berjaya?  Jawapannya, lihat sahaja di Mesir betapa hebatnya malah berkali ganda hebatnya Hosni Mubarak sewaktu memimpin Mesir.  Tetapi, apa sudah jadi dengan pemimpin diktator ini?  Siapa jangka Hosni Mubarak sekarang boleh terlantar dan kelu di atas katil?  Itu semua kerana kuasa Allah.  Sang diktator mempunyai kuasa dan jentera, kita rakyat biasa hanya mempunyai semangat dan kekuatan rohani yang sentiasa bergantung kepada Allah yang Maha Besar.  Percayalah, kezaliman dan kebathilan akan hancur akhirnya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: