MIMPI SENJA |
- HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI ; Mat Sabu Maria Chin dipanggil polis
- Hahahaha , Menarik ...Jom ramai2 kita pi cuci kereta di sini..... Cuci kereta 9 kali .... Dapat Amoi sekoq PERCUMA
- Tok sah dok berlakon la ... Hampa (UMporNO) lagi Kurang Ajar ....
- Abby Abadi vs Fathul Bari
- 2 beradik dirogol abang ipar sejak 2007
- Malaysia negara paling biadap - Reader's Digest
- Hina [pijak] gambar pemimpin. Kenapa ianya berlaku?
- Model sambilan pijak gambar Najib malam ambang Merdeka serah diri
HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI ; Mat Sabu Maria Chin dipanggil polis Posted: 05 Sep 2012 10:58 PM PDT KUALA LUMPUR 6 September – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi oleh Gabungan Janji pada malam 30 Ogos lalu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-55. Menurut Setiausaha Politiknya, Tajuddin Jawwad, polis datang ke rumah Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu pada jam 4.00 petang semalam. "Sewaktu polis datang, Mat Sabu tiada di rumah, mereka hanya dapat menemui isterinya. "Polis menyerahkan notis kepada isteri beliau yang meminta Mta Sabu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," kata Tajuddin dipetik . Gabungan Janji disertai 47 NGO yang menganjurkan himpunan Janji Demokrasi pada malam Khamis lalu di Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan Malaysia menunaikan segala janji untuk mereformasikan pilihan raya. Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perhimpunan tersebut berjalan aman dengan dihadiri 20,000 rakyat berbaju kuning. Semalam, polis telah memanggil Saterawan Negara, Datuk A Samad Said kerana membacakan sajak Janji Demokrasi yang ditulis khas sempena perhimpunan ambang merdeka tersebut. Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah turut menerima notis sama meminta beliau hadir ke IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan tersebut. Empower dalam kenyataan berkata, Maria akan bersama-sama Pak Samad untuk melaporkan diri hari ini di IPD Dang Wangi pada pukul 3.00 petang dengan ditemani peguam. Manakala Mat Sabu pula akan ke IPD Dang Wangi pada Ahad ini pada sebelah petang. Setakat ini, Pak Samad, Maria dan Mat Sabu menerima notis untuk melaporkan diri ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkenaan perhimpunan Janji Demokrasi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35519 | ||
Posted: 05 Sep 2012 07:21 PM PDT Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma 6 September 2012 SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma. Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya. Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut. Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks. Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam. Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan. Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor. Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro. Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks. Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam. Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun. Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap. | ||
Tok sah dok berlakon la ... Hampa (UMporNO) lagi Kurang Ajar .... Posted: 05 Sep 2012 06:42 PM PDT UMNO Usah Dok Berlakon Jadi Juara Pertahan Raja Raja Melayu.. Padahal UMNO Juara Hina dan baruakan Raja2 Melayu !! 1- Ni Gambar Najib Boleh Relax je Hisap Curut Depan Sultan Selangor.. Macam Sultan Selangor Member dia La Pulak.. Lepas Tu Bila Sultan Selangor Nak Balik.. Sultan Selangor Terpaksa Sua Tangan Bersalam dgn ROSMAH.. Maklum lah.. Rosmah Kan Bini PRESIDEN MALAYSIA. 2. UMNO Toksah Lupa macam Mana Kisah Bekas MB Selangor dari UMNO Muhammad Taib Melarikan Anak Dara Sultan.. Dan Kawin pun.. Kawin lari.. Takde la Pulak Sultan Selangor Dulu Murka.. Buang Negara ke.. Lagi Kurang Ajar !! Ni Lagi Cerita Pasal Kes Kawin lari MB UMNO ngan Anak Sultan Selangor -> http://shalattas.blogspot.com/2009/12/26-kuyah-lawan-mike-tyson-1993.html | ||
Posted: 05 Sep 2012 08:38 AM PDT Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman. Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat. Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya. Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis. Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah. Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya. Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS. Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu. Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ. Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai. Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato' Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja. Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama. Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis. Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman. Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu. Itulah kebesaran Allah. Oleh Subky Latif | ||
2 beradik dirogol abang ipar sejak 2007 Posted: 05 Sep 2012 06:57 AM PDT KUALA KETIL - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini. Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010. Lebih malang, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu. Kejadian terkutuk itu diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil. Keadaan itu mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan. Menurutnya, kejadian itu disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat. -SINAR | ||
Malaysia negara paling biadap - Reader's Digest Posted: 05 Sep 2012 05:16 AM PDT 5 SEPT — Reader's Digest sekali lagi meletakkan kita sebagai negara yang penduduknya paling biadab di dunia. Enam tahun lalu kita diletakkan oleh majalah berkenaan di tangga ke-33. Kali ini pun masih di tangga yang sama daripada 34 negara yang disenaraikan.Bagi sesetengah daripada kita, kajian dan penyelidikan daripada majalah ataupun agensi dalam dan luar negara, kita selalunya mengambil sikap tidak ambil pusing kerana menganggap ia satu penyelidikan yang dibuat secara rambang dan tidak m bienyeluruh, maka kita tidak percaya dan sangsi dengan hasil kajian itu. Bagaimanapun ada asas juga untuk melihat apa hasilnya, lebih-lebih lagi penemuan kajian berkenaan sememangnya 'dekat' dengan kita. Kebiadapan itu dinilai melalui kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak polis menunjukkan sebanyak 20 peratus daripada 1.3 juta kes kemalangan setiap tahun di negara ini berpunca daripada sikap biadab di jalan raya. Selain itu, rakyat kita merokok di zon larangan merokok, menjawab telefon di dalam panggung wayang, lewat datang untuk temu janji, tidak mengucapkan "terima kasih" dan meninggalkan troli selepas membeli-belah di tempat meletak kereta begitu sahaja dan merempuh masuk ke dalam lif, tren dan bas sebelum penumpang keluar. Memang banyak kebenarannya. Apa yang disenaraikan memang sering berlaku di depan mata kita dan sudah tentu sebagai rakyat Malaysia kita boleh menyenaraikan lebih banyak lagi perbuatan yang boleh dimasukkan dalam kategori biadab yang seolah-olah sudah menjadi 'makan dan minum' sebahagian daripada orang kita. Kita semua sudah pasti melalui keadaan di mana apabila berbaris panjang untuk membayar barangan di kedai runcit atau pasar raya atau mendapatkan perkhidmatan, ada yang dengan muka selamba memotong masuk barisan tanpa rasa bersalah. Bagi yang bekerja di kaunter pembayaran pula akan menunjukkan 'muka ketat' apabila pembeli tidak ada wang kecil, seolah-olah pembeli telah melakukan 'dosa besar' kerana tidak membayar dengan wang kecil. Membiarkan kereta lain beratur panjang di stesen minyak menunggu kita mengisi petrol, sementara kita masih di dalam kedai stesen minyak seperti 'makan angin' membeli belah makanan ringan sambil berborak-borak di telefon bimbit, melintas jalan sesuka hati dengan menggunakan 'kuasa tangan', membuang sampah merata-rata termasuk dari kenderaan ketika memandu, menggunakan telefon bimbit di kawasan-kawasan yang dilarang seperti dalam bank dan banyak lagi. Dan sudah pastinya kebiadapan yang dimaksudkan itu akan lebih terserlah apabila melayari laman-laman sosial di alam maya. Kita boleh membaca ayat-ayat yang digunakan apabila membuat komen mengenai sesuatu isu terutamanya apabila ia membabitkan hal-hal politik. Dan tidak kurang pula dalam satu-satu isu yang tiada kaitan dengan isu politik pun, akhirnya dikaitkan dengan politik dan berlakulah pergaduhan siber. Yang peliknya, orang kita boleh menghabiskan masa yang lama melayari laman sosial ini untuk bercakap hal-hal politik, tidak mengira waktu, entah masa bila mereka melakukan kerja-kerja 'hakiki' mereka. Tahap pendidikan seseorang itu juga tidak membataskan diri untuk turut memberikan komen-komen biadab yang langsung tidak mencerminkan dari universiti atau pusat pengajian tinggi mana seseorang itu belajar. Bagi saya apabila terlalu banyak politiking, semua perkara hendak dikaitkan dengan politik, membuatkan semua benda yang dibuat ada saja tidak kena dan dipandang tidak betul, akhirnya berbalah sesama kita, yang sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan selain mencari musuh. Ada yang hilang kawan, saudara-mara dan isteri! semuanya sebab terlalu banyak politiking. Sikap biadab ini juga ditunjukkan oleh segelintir anak muda kita dalam himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka yang lalu, yang bertindak memijak gambar pemimpin negara dan melondehkan seluar untuk menayangkan punggung dan mahu menukar bendera negara Jalur Gemilang dengan bendera baru. Ini belum lagi kita masukkan aksi-aksi biadab dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Dan kalau kita langsung tidak menganggap perlakuan sebegini sebagai biadab atau melampau, tentu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan kita. Jadi apabila negara ini diletakkan dalam kategori rakyatnya paling biadab walaupun bukan di tangga juara, kita sewajarnya melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan terus mengatakan bahawa Reader's Digest itu tidak cukup 'digest' dalam membuat kajiannya. Adakah sebilangan dari kita mahu berterusan bersikap biadab dan mahu yang lain turut hidup dalam masyarakat yang dipenuhi oleh perlakuan biadab? Kita sendiri amat takut dan malu apabila anak-anak kita dikata tidak tahu adab dan biadab. Jadi, sebenarnya ia bermula dari kita sendiri. Sewajarnyalah kitalah yang memberi contoh yang baik-baik kepada mereka. Dan mereka mengikut. — Utusan Online | ||
Hina [pijak] gambar pemimpin. Kenapa ianya berlaku? Posted: 05 Sep 2012 04:57 AM PDT
KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku. Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan. "Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya. Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan. Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku. "Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya. Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. "Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya. Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya. Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara. Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. | ||
Model sambilan pijak gambar Najib malam ambang Merdeka serah diri Posted: 05 Sep 2012 01:30 AM PDT JOHOR BAHRU: Seorang gadis yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan insiden memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang Merdeka, 30 Ogos, menyerah diri di Balai Polis Sentral, di sini, hari ini. Model sambilan berusia 19 tahun itu yang berasal dari Taman Puteri Wangsa, di sini, tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi peguam, Norman Fernandez dan beberapa rakan. Dia kemudian dibawa keluar dari balai berkenaan kira-kira jam 1.05 petang dan menaiki sebuah kereta untuk dibawa ke ibu negara. Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor ketika ditemui berkata, gadis itu tampil menyerah diri selepas menyedari gambarnya yang dikaitkan dengan insiden berkenaan dipaparkan di akhbar. "Gadis itu bukan anggota DAP tetapi dia tampil kepada kami untuk meminta pertolongan. Dia dibawa polis ke rumahnya untuk mengambil pakaian berwarna merah yang dipakai pada hari tersebut sebelum ke Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh mengesahkan gadis itu ditahan selepas dia menyerah diri dan dibawa ke ibu negara untuk siasatan lanjut. "Dia dikehendaki polis berhubung laporan yang dibuat di Balai Tun H S Lee Gadis itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya. Dua hari lalu, Polis Kuala Lumpur mendedahkan 11 keping gambar individu yang dirakam terbabit dalam insiden berkenaan yang berlaku pada himpunan janji demokrasi pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara. Semalam, seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun, dari sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan selepas dia tiba dari Batu Pahat, bersama kedua-dua ibu bapanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan