Ahad, 2 September 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


PR N Sembilan Bersama Rakyat

Posted: 02 Sep 2012 11:04 AM PDT



 
Walau pun kehadiran Naib Presiden Nurul Izzah Anwar agak lewat.,..namun Dataran Melang tetap di banjiri oleh orang ramai. 

Beberapa barisan pimpinan PR NS termasuk Cabang dan kawasan Kuala Pilah turut menyampaikan Salam Eidul Fitri. 

Dalam kemeriahkan Syawal ini, sama-sama lah kita memohon kemaafan di samping memperkasakan jentera dalam PRU 13 yg datang dan semestinya juga tercetusnya  pilihanraya yg tersengit dalam sejarah Melaysia.

Sepanjang pemerintahan UMNO BN, mereka kerap kali telah melanggar adab2 demokrasi tanpa menghormati bulan Syawal yg mulia ini. Moga Syawal tahun ini adalah tahun terakhir untuk sebuah barisan Parti yg korup dan zalim.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteri Sham Kamikaze tuntut cerai

Posted: 02 Sep 2012 11:09 PM PDT

Farazila menunjukkan surat permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada 30 Ogos lalu. - Foto oleh WAHIDUZZAMAN
PETALING JAYA: 3 sept 2012 Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.
"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
Farazila dan Sham bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.
"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.
"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.
"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.
Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.
Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.
Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.
Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu.

Serangan samseng Perkasa terhadap DSAI : Ibrahim Ali didesak minta maaf

Posted: 02 Sep 2012 09:13 PM PDT


(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 3 September: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali didesak memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung serangan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Presiden Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, ia berikutan tindakan biadap ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro-Umno itu sebagaimana insiden di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah semalam.
"AIC mendesak Ibrahim Ali berani meminta maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi atau berundur sahaja jika tidak mampu mengurus perkara seperti ini," katanya pada kenyataan.
Serangan samseng Umno itu dicetuskan ketika Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib di mimbar masjid Al Husain termasuk memadam lampu dan alat pembesar suara berulangkali hingga memaksa beliau mengguna loud hailer bagi meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, samseng Umno itu turut mengeluarkan kata kesat dan membaling kasut serta mengguna pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa dikenali Datuk Yusof didakwa mengugut bertindak lebih keras jika Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, dan turut menghalau imam keluar dari masjid tersebut.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian.
AMK turut mengemukakan bukti insiden itu di sini.
Selain Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut berada di masjid itu juga menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling nyaris terkena beliau.
Kejadian serangan terhadap Ketua Pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sebelum ini.
Jelajah itu bertujuan menyampaikan mesej Pakatan kepada rakyat ekoran media kawalan Umno BN berterusan memfitnah Anwar dan Pakatan, namun pada masa sama enggan memberi peluang kepada mereka menjelaskannya.
Jelajah dimulakan sejak 31 Ogos lalu meliputi beberapa daerah di empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35296

MS : Bila PERKASA nak p buat laporan polis  terhadap Najib buat sambutam Merdeka d  Bkt Jalil tak jemput Agong?????????????????
Depa buat laporan polis katanya Tan Sri Khalid tak jemput Sultan Selangor masa Selangor buat sambutan Merdeka baru-baru ni.
Bila lagi PERKASAM????????????????

Sabotaj bas Merdeka Rakyat, AMK mahu ambil tindakan undang2 terhadap kerajaan

Posted: 02 Sep 2012 05:18 AM PDT


(Sidiqin Omar)
PULAU PINANG 2 Sept: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan program Merdeka Rakyat, kata Setiausahanya, Julailey Jemadi.
"Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berhimpun dan menyampaikan maklumat. Malangnya program Merdeka Rakyat diganggu.
"Sepatutnya polis menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pemimpin negara. Di Eropah, Ketua Pembangkang setaraf Menteri. Di Malaysia keselamatan Ketua Pembangkang dan programnya diabai.
"Kita berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan undang-undang jika polis terus abaikan aspek keselamatan dalam siri jelajah akan datang," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau merujuk insiden bas jelajah Merdeka Rakyat yang dibaling batu dan disimbah cat merah di Pasar Besar Siti Khadijah, awal pagi Sabtu, 1 September lalu.
Berikutan itu, satu siri laporan polis akan dibuat minggu ini di seluruh negara oleh kontinjen AMK setiap negeri.
Julailey juga membayangkan tindakan undang-undang itu dalam bentuk perintah mahkamah atau injunksi sebagai peringatan kepada polis untuk menghalang gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.
"Statistik kononnya Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia sudah jadi bahan ketawa," katanya menyelar reaksi pasif Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung isu itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35259

PANAS TERKINI - UMNO Johor dah meluat kat Najib, mahu Muhyiddin jadi PM?

Posted: 02 Sep 2012 12:12 AM PDT


Tersebar di laman facebook, gambar dibawah.


Gambar diatas tidak menimbulkan kerisauaan di kalangan ahli umno, kerana bagi mereka siapa pun PM tu tak penting, asalkan umno dan BN berkuasa.

Tapi gambar diatas ni membuatkan najib risau, najib yang kelihatan lebih mengikut cakap isteri dilihat agak lemah berbanding muhyiddin yang berasal dari johor, tanah umno.

Berita dan cerita-cerita najib tak sebulu dengan muhyiddin bukan baru kita dengar, dah lama dah, orang umno pun tahu benda tu, bila saja najib turun padang muhyiddin akan menyusul dengan teamnya selepas itu.

Malah sesetengah tempat kehadiran penyokong muhyiddin lebih ramai dari penyokong najib sendiri. kalau muhyiddin naik jadi PM pakatan susah sikit sebab muhyiddin ni lebih clean sikit dari najib... betul ke? - AIC/Tukanglawan

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SYAITAN DAN LEMBU BERKELIARAN DEKAT PILIHANRAYA

Posted: 02 Sep 2012 11:26 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU malas nak ulas pasal serangan ke atas jemaah masjid sewaktu DS Anwar sedang memberikan tazkirah malam tadi kerana banyak blog telah mengulas kejadian ini.  Katanya PERKOSA terlibat di dalam serangan terhadap rumah Allah tersebut, tetapi aku lebih yakin bahawa sebenarnya yang menyerang itu adalah syaitan dan iblis yang telah menjelmakan dirinya.  Ertinya, kenyataan Mamak pandi kutti sebelum ini adalah benar bahawa lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali.

Aku nak ulas sikit isu bendera walaupun aku sudah mengulasnya di dalam artikel yang lepas.  Di dalam tulisan aku yang lepas aku nyatakan bahawa PR tidak berminat untuk menukar bendera, kita lebih berminat untuk tukar rejim yang memerintah sekarang.  Tiada salahnya bendera samada ianya dipanggil Jalur Gemilang mahu pun Sang Saka kerana yang rasuah tetap rasuah, yang zalim tetap zalim.  

Semalam pihak Polis secara tegasnya menyebut akan menyiasat kes bendera dan juga kes meletakkan punggung ke atas potret Najib.  Pantas nampaknya pihak Polis kali ini.  Aku harap siasatan ini berjaya walaupun banyak kes yang lebih besar tidak selesai malah berlalu begitu sahaja.

Budak ini dikatakan membawa bendera Sang Saka (Saka Bangsa? ) dan tidak pula kedengaran budak-budak ini menjerit " Ayuh...kita tukar bendera". Tidak pula diketahui membawa bendera Sang Saka ini begitu besar dosanya sedangkan bendera Israel pernah berkibar di PWTC.  Ertinya, lebih mulia bendera Israel dari Sang Saka?  

Membawa bendera Sang Saka lebih besar dosanya dari mempamirkan banner menggelar Sultan sebagai "Natang" ?  Lebih mulia gamaknya mengusung kepala babi di letakkan di masjid daripada membawa bendera Sang Saka?  Di mana siasatan dan siapa yang didakwa atas krjadian usung kepala babi ke masjid dan mempamerkan banner menghina Sultan sebagai " Natang" ?  Ada atau tidak yang didakwa?

Nampaknya semakin dekat PRU maka semakin banyak syaitan yang menjelmakan dirinya.  Mungkin kerana syaitan ini telah diseru oleh bomoh mamak pandi kutti baru-baru ini.  Oleh kerana itu, kita di dalam PR khususnya tuan rumah atau Penganjur mana-mana program yang melibatkan pimpinan berisiko wajiblah peka terhadap aspek keselamatan.  Mereka ini kita tahu dari spesis lembu yang suka makan poster dan bendera dan suka ceroboh kawasan kita, jadi kita perlu bina kandang dari dimasuki oleh lembu-lembu ini.  Jangan salahkan lembu jika menceroboh ladang kita kerana lembu tetap berotakkan lembu.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Politik Kampus : Minggu Mesra Pelajar UKM tercemar

Posted: 02 Sep 2012 08:54 PM PDT


Tindakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) dan sesetengah Pemudah Cara yang menghalang Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) daripada menyambut dan meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013 di kampus UKM Bangi amat mendukacitakan.

Rombongan awal pagi PMUKM yang diketuai oleh Presiden PMUKM, Ahmad Muzzammil Mohd Hairi serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) lain telah dihalang untuk berada di perkarangan kolej Kediaman Ibrahim Yaakob (KIY) oleh oleh Pemudah Cara Kolej.

Ekoran dari itu, Timbalan Pengetua Kolej KIY, Dr Rizal turut maki hamun oleh barisan MPP di hadapan ibu bapa ketika sesi pendaftaran pelajar baru sedang berlangsung.

Selain dari itu, PMUKM turut dihalang oleh TNC HEPA sendiri di kolej kediaman Keris Mas.

Read More / Baca Lagi >>

Wajib Baca : Jangan Melayu ditikam keris sendiri!

Posted: 02 Sep 2012 08:50 PM PDT

Dalam zaman kehidupan manusia didominasi kuasa ekonomi, negara-bangsa kuat dan dominan adalah yang berkeupayaan tinggi bisnes. Persaingan sengit global pula menjadikan bisnes lebih berciri peperangan, iaitu perang ekonomi yang pasti memihak kepada bangsa yang tinggi keupayaan strategi bisnes, gagah berdaya saing dan kebal berdaya tahan.
Untuk menang dalam perang ekonomi, bangsa Melayu dan umat Islam tiada pilihan selain segera membina keupayaan bisnes dan menghimpun kekuatan korporat jangka panjang.

Beberapa faktor kritikal untuk menang (critical success factors) adalah seperti berikut:-
•   Melayu bertindak dengan         kaedah berstrategi.
•   Membanteras sumber
    utama kelemahan dalaman.
•  Membentuk institusi lestari.
Bertindak dengan strategi

Untuk bertindak dengan strategi, pertama-tama bangsa Melayu dan umat Islam perlu belajar dari sejarah pengalaman hidup sendiri. Antara yang paling relevan ialah sejarah penjajahan Barat yang berjaya menundukkan kuasa dunia Islam, khasnya penjajahan Melayu oleh Britain.
Sejarah penjajahan Barat sangat berkait rapat dengan agenda menguasai bisnes, mendominasi ekonomi dan menundukkan bangsa lain. Ia bermula dengan kejayaan bisnes milik syarikat seperti East India Company (EIC) yang ditubuh Belanda dan juga Britain sekitar awal 1600-an. Syarikat seperti EIC fokus pada bisnes dan menjadi pejuang barisan depan agenda penjajahan dengan disokong penuh kekuatan senjata serta kuasa pemerintahan penjajah di belakang.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka tanpa Suara?

Posted: 02 Sep 2012 08:47 PM PDT

Apa-apa yang berlaku baru-baru ini membuktikan bahawa generasi muda tidak akan membiarkan "suara" mereka terus disenyapkan.

Mula-mula mereka tidak mempedulikan anda. Kemudian mereka mengetawakan anda. Kemudian mereka menentang anda. Kemudian anda menang.
Demikian kata-kata Mahatma Gandhi yang saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia dan muatkan dalam novel "Panchayat: Edisi Khas" yang baru terbit.
Secara kebetulan, ucapan itu nampaknya amat sesuai dengan keadaan semasa menjelang dan semasa sambutan ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara – sambil turut mengambil kira secara penuh sedar bahawa "Malaysia" sebenarnya hanya terbentuk secara rasmi pada 16 September 1963.
Pada masa sama, sesungguhnya ada perbezaan yang amat ketara antara "ulang tahun kemerdekaan ke-55" (55 kali dijajah dan 55 kali merdeka) dan "ulang tahun ke-55 kemerdekaan" (telah merdeka 55 tahun lalu).
Saya menyatakan hakikat ini pada ruangan status di Facebook pada 30 Ogos 2012 dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakan-rakan. Bagi saya, kita perlu "membetulkan yang sudah terbiasa" dan "membiasakan yang sudah betul".
Sekadar contoh untuk membantu pemahaman lanjut, "ulang tahun ke-70 Perang Dunia Kedua" (the 70th anniversary of the World War Two) berbeza makna dengan "ulang tahun kedua Perang Dunia Ke-70" (the 2nd anniversary of the … err … 70th World War).
Beberapa rakan bersetuju selepas saya memberikan penerangan. Aktivis masyarakat, Pang Khee Teik, misalnya, memberi komen, "I can't get over how brilliant this is!" pada 31 Ogos 2012.
Puisi jadi senjata
Read More / Baca Lagi >>

Double bombing strikes heart of Syrian military

Posted: 02 Sep 2012 08:44 PM PDT

Syrian conflict affects trade with Jordan

Posted: 02 Sep 2012 08:44 PM PDT

Janji Bersih : Kuala Lumpur Dibanjiri Dengan Janji Demokrasi

Posted: 02 Sep 2012 08:43 PM PDT

Janji Bersih : Pak Samad Membaca Puisi Janji Demokrasi

Posted: 02 Sep 2012 08:42 PM PDT

Janji Bersih : Nyanyian Lagu Memeriahkan Sambutan Janji Demokrasi

Posted: 02 Sep 2012 08:41 PM PDT

Tok Guru Nik Aziz, Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 02 Sep 2012 08:40 PM PDT

Sekatan politik: Najib bayang BN jadi pembangkang

Posted: 02 Sep 2012 08:39 PM PDT

TASEK GELUGOR: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mahu membuat sekatan politik bagi menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya memperlihatkan betapa gusarnya perdana menteri itu untuk berhadapan dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya kelmarin juga berkata pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana BN yang membangunkannya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, memang pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana yang layak adalah parti yang memerintah dan parti pemerintah selepas PRU13 adalah Pakatan Rakyat.

"Macamana Najib boleh ucap macam itu, seolah-olah tahu Umno dan BN akan jadi pembangkang tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

AIC kutuk tindakan ganas, jahil politik

Posted: 02 Sep 2012 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangka masa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

Read More / Baca Lagi >>

Bankrupt of ideas or under pressure? Najib & Cabinet GO BONKERS over national flag

Posted: 02 Sep 2012 08:33 PM PDT

Bankrupt of ideas or under pressure? Najib & Cabinet GO BONKERS over national flagAs tension continues to mount ahead of the imminent general election, almost the entire top hierarchy of the incumbent Barisan Nasional government appears to have gone bonkers.
Two apparently well-meaning youths displayed a flag that looked similar but different from the national flag as a token to commemorate unsung heroes of independence at an independence eve rally, and lo and behold, the entire top leadership of Umno jumped instantly into a frenzy of wild accusations against the opposition without any proof.
Prime Minister Najib Razak accused the opposition of wanting to replace the national flag, and warned of many more undesirable changes including the institution of royalty, should the opposition alliance come to power.
Minister of International Trade and Industry Mustapa Mohamed warned of a plot to amend the constitution and to turn the current constitutional monarchy into a republic.
Minister of Agriculture and Agro-based Industry Noh Omar said that in wanting to replace the national flag, the opposition has lost direction, and shown signs of power crazy even before they are in power.
Minister of Home Affairs Hishamuddin Hussein said he would act decisively against the "perpetrators of the provocative act", adding that the police have started investigation, and the attorney general will prosecute upon obtaining sufficient evidence.
Read More / Baca Lagi >>

Individu kibar bendera: Sang Saka Malaya layak dikibar

Posted: 02 Sep 2012 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.
Melalui blog singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini," jelasnya melalui entri di blognya itu.
"Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan, tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu," jelas individu berkenaan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah..wah Perkosa ambil alih kerja Jabatan Agama eh...!!!

Posted: 02 Sep 2012 08:25 PM PDT



 
Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

Makin Kantoi !!! Najib tidak dipercayai, poster lobi Muhyiddin jadi PM tersebar

Posted: 02 Sep 2012 07:45 PM PDT


Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib ternyata benar!

Ini dibuktikan dengan terpampangnya sekeping poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.
 

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.
 

Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib  tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.
 

Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.
 

Sementara Najib memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.
 

Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman.

Video Penuh : Kekecohan oleh Pencacai BN di Masjid Seberang Pumpong

Posted: 02 Sep 2012 07:35 PM PDT

Isu Selangor : Adakah SUK & Setiausaha Sulit Sultan Sedang bermain wayang kulit..???

Posted: 02 Sep 2012 07:31 PM PDT


Budaya UMNO Selepas 55 Tahun Merdeka

Posted: 02 Sep 2012 07:26 PM PDT

Alhamdulillah. Malaysia telah mencecah 55 tahun merdeka. Kita harus berbangga dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini kerana sikap toleransi rakyat pelbagai kaum di Malaysia walaupun seringkali amanah negara dikhianati kerajaan UMNO-BN dan suku sakat mereka.
Kesabaran kita sangat tinggi biarpun wang negara dirompak, harga barangan keperluan meningkat, rasuah berleluasa, kadar kemiskinan bandar yang masih tidak memuaskan, kejadian jenayah yang makin membimbangkan, budaya fitnah yang makin membiak, monopoli kroni untuk  projek tertentu dan pemimpin boros bermewah-mewah. Ya kita masih sabar.
Tabik juga pada seluruh parti oposisi. Pakatan Rakyat tidak pernah pun menghasut rakyat membuat kacau-bilau dan huru-hara. Jauh sekali menjatuhkan kerajaan dengan cara kudeta. Nau'zubillah.
Apa yang pernah dilaksanakan seperti himpunan Hijau, Oren dan Bersih merupakan sebuah jaminan kebebasan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Inilah antara sebab negara ini berada dalam keadaan aman dan sentosa. Kalaulah rakyat Malaysia tidak baik hati, tidak hairanlah kalau muka Najib awal-awal lagi di baling telur.
Berpegang pada demokrasi berparlimen
Read More / Baca Lagi >>

UMNO ciptaan Zionis?

Posted: 02 Sep 2012 07:20 PM PDT

MALAYSIA adalah sebuah negara Ciptaan dari perancangan Konspirasi geng – geng Kapitalis dan iluminati !

Kerana MALAYSIA adalah negara ciptaan British,Amerika dan Israel ! tak percaya ? Nama malaysia di temui pada sebuah buku yang bertajuk Malaysia : Direct and Indirect Rule bertarikh 1937 tulisan Rupert Emerson!



Ianya adalah kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!..

10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang..
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Anggota polis ditahan khayal dadah

Posted: 02 Sep 2012 07:19 PM PDT



DI kawasan inilah seorang anggota polis bersama 46 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan dalam operasi di Jalan Ipoh, semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul di sini semalam.
Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas selepas didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama tiga rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.
Sumber memberitahu, anggota polis berkenaan yang telah lapan tahun berkhidmat di Bahagian Narkotik Bukit Aman didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing.
"Anggota polis tersebut yang masih bujang sebelum ini pernah digantung kerja kerana positif dadah pada hujung 2011," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Amah dicekup memadu asmara

Posted: 02 Sep 2012 07:16 PM PDT


Amah bersama kekasihnya warga Bangladesh dicekup ketika memadu asmara dalam bilik.
Amah bersama kekasihnya warga Bangladesh dicekup ketika memadu asmara dalam bilik.
 
DAMANSARA – Pada mulanya bunyi pelik dari dalam rumah seorang pegawai polis, di Seksyen 17, di sini disangka penyamun yang memecah masuk, namun rupanya pembantu rumah asyik memadu asmara bersama kekasihnya.

Perbuatan tidak bermoral itu disedari anak buah majikan amah terbabit yang ketika itu berada rumah.

Menurut sumber, suspek yang juga kekasih kepada amah warga Indonesia terbabit masuk ketika ketiadaan majikannya dalam kejadian malam kelmarin itu.

Katanya, anak buah pegawai polis yang juga tuan rumah pada mulanya menyangka ada pencuri masuk ke dalam rumah selepas terdengar bunyi pelik dari bahagian luar rumah dan dia kemudiannya bertindak menghubungi polis.

Read More / Baca Lagi >>

Sami Buddha tuntut etnik Rohingya dihantar ke negara lain

Posted: 02 Sep 2012 07:12 PM PDT

SEJUMLAH sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar semalam.


YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.
Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Wajib hisap syabu pakai ala Hawaii..Pesta Merdeka 55...!!!

Posted: 02 Sep 2012 07:10 PM PDT

Wajib hisap syabu pakai ala Hawaii
TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.
pix_topright
KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti 'Tekno Underground' sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.
Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.
   

Cocky BN needs to repent

Posted: 02 Sep 2012 07:06 PM PDT

Before fingers are pointed at Pakatan for doing a bad job, it will do BN good to take a good look at itself and realise how how bad a track record it has.

Dr Mahathir Mohamad, the country's former longest-serving prime minister, wants the rakyat to vote for Barisan Nasional come the 13th general election. His reason is that the federal government under the Barisan Nasional was all ears and had changed many laws and policies to bring a better future for the people.
Thanks but no thanks, Mahathir; had BN been listening, there would have been no reason for the "Bersih" saga to take place.
If all was well at the polls, the Coalition for Clean and Fair Elections or Bersih, would not have taken to the streets, not one or twice but thrice.
And did the BN government listen then? No!
Why then must the rakyat vote BN back into power, if all BN does is to "monopolise" its existence and hoodwink the people into believing that it cares?
Had BN been a good listener as Mahathir is desperately alluding, there would have been much peace and harmony among the people.
In the over five decades that BN has held the nation's fort, much damage has been done, all because its leaders chose to give in to corruption and their never-ending hunger for more power.
On the contrary, the opposition under the Pakatan Rakyat banner has only had a taste of "calling the shots" since 2008; has it in just four years done as much damage to the nation as BN has been doing for the past 55 years?
Read More / Baca Lagi >>

Darul Runtuh : Baik pulih stadium RM120 juta, tidak wajar?

Posted: 02 Sep 2012 07:02 PM PDT

Amat tidak munasabah! Itulah yang boleh disimpulkan apabila exco Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu Datuk Za'abar Mohd Adib memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini bahawa kos pembaikian semula Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kulala Terengganu akan menelan belanja lebih dari RM 120 juta.

Ini merupakan jawapan resmi dari pihak kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said setelah berulang kali di meminta penjelasan dari beliau mengenai status stadium tersebut yang sudah lebih tiga tahun runtuh ini.

Peristiwa malang  ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu dan telah mengakibatkan rakyat Terengganu terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, sehingga kini, stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan seperti yang di jangkakan.



Malahan berlaku pula kecurian kelengkapan stadium seperti peralatan sukan, kabel dan generator yang dianggarkan berjumlah jutaan ringgit walaupun kerajaan negeri telah membayar khidmat syarikat keselamatan lebih satu juta ringgit setiap tahun bagi mengawal stadium tersebut.

Persolan besar yang kini menjadi tanda-tanya ramai kalangan rakyat Terengganu kini adalah, pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih yang akan menelan belanja lebih RM120 juta ini?
Read More / Baca Lagi >>