MIMPI SENJA |
- Isteri Sham Kamikaze tuntut cerai
- Serangan samseng Perkasa terhadap DSAI : Ibrahim Ali didesak minta maaf
- Sabotaj bas Merdeka Rakyat, AMK mahu ambil tindakan undang2 terhadap kerajaan
- PANAS TERKINI - UMNO Johor dah meluat kat Najib, mahu Muhyiddin jadi PM?
Isteri Sham Kamikaze tuntut cerai Posted: 02 Sep 2012 11:09 PM PDT PETALING JAYA: 3 sept 2012 Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu. Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu. "Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. "Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor. Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu. "Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. "Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya. Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut. "Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. "Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya. "Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya. Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang. Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila. Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu. |
Serangan samseng Perkasa terhadap DSAI : Ibrahim Ali didesak minta maaf Posted: 02 Sep 2012 09:13 PM PDT (Oleh Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 3 September: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali didesak memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung serangan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu. Presiden Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, ia berikutan tindakan biadap ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro-Umno itu sebagaimana insiden di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah semalam. "AIC mendesak Ibrahim Ali berani meminta maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi atau berundur sahaja jika tidak mampu mengurus perkara seperti ini," katanya pada kenyataan. Serangan samseng Umno itu dicetuskan ketika Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib di mimbar masjid Al Husain termasuk memadam lampu dan alat pembesar suara berulangkali hingga memaksa beliau mengguna loud hailer bagi meneruskan kuliahnya. Selain bertindak kasar, samseng Umno itu turut mengeluarkan kata kesat dan membaling kasut serta mengguna pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua Perkasa dikenali Datuk Yusof didakwa mengugut bertindak lebih keras jika Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, dan turut menghalau imam keluar dari masjid tersebut. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian. AMK turut mengemukakan bukti insiden itu di sini. Selain Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut berada di masjid itu juga menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling nyaris terkena beliau. Kejadian serangan terhadap Ketua Pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sebelum ini. Jelajah itu bertujuan menyampaikan mesej Pakatan kepada rakyat ekoran media kawalan Umno BN berterusan memfitnah Anwar dan Pakatan, namun pada masa sama enggan memberi peluang kepada mereka menjelaskannya. Jelajah dimulakan sejak 31 Ogos lalu meliputi beberapa daerah di empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35296 MS : Bila PERKASA nak p buat laporan polis terhadap Najib buat sambutam Merdeka d Bkt Jalil tak jemput Agong????????????????? Depa buat laporan polis katanya Tan Sri Khalid tak jemput Sultan Selangor masa Selangor buat sambutan Merdeka baru-baru ni. Bila lagi PERKASAM???????????????? |
Sabotaj bas Merdeka Rakyat, AMK mahu ambil tindakan undang2 terhadap kerajaan Posted: 02 Sep 2012 05:18 AM PDT PULAU PINANG 2 Sept: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan program Merdeka Rakyat, kata Setiausahanya, Julailey Jemadi. "Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berhimpun dan menyampaikan maklumat. Malangnya program Merdeka Rakyat diganggu. "Sepatutnya polis menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau pemimpin negara. Di Eropah, Ketua Pembangkang setaraf Menteri. Di Malaysia keselamatan Ketua Pembangkang dan programnya diabai. "Kita berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan undang-undang jika polis terus abaikan aspek keselamatan dalam siri jelajah akan datang," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau merujuk insiden bas jelajah Merdeka Rakyat yang dibaling batu dan disimbah cat merah di Pasar Besar Siti Khadijah, awal pagi Sabtu, 1 September lalu. Berikutan itu, satu siri laporan polis akan dibuat minggu ini di seluruh negara oleh kontinjen AMK setiap negeri. Julailey juga membayangkan tindakan undang-undang itu dalam bentuk perintah mahkamah atau injunksi sebagai peringatan kepada polis untuk menghalang gangguan terhadap program Merdeka Rakyat. "Statistik kononnya Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia sudah jadi bahan ketawa," katanya menyelar reaksi pasif Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berhubung isu itu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35259 |
PANAS TERKINI - UMNO Johor dah meluat kat Najib, mahu Muhyiddin jadi PM? Posted: 02 Sep 2012 12:12 AM PDT Tersebar di laman facebook, gambar dibawah. Gambar diatas tidak menimbulkan kerisauaan di kalangan ahli umno, kerana bagi mereka siapa pun PM tu tak penting, asalkan umno dan BN berkuasa. Tapi gambar diatas ni membuatkan najib risau, najib yang kelihatan lebih mengikut cakap isteri dilihat agak lemah berbanding muhyiddin yang berasal dari johor, tanah umno. Berita dan cerita-cerita najib tak sebulu dengan muhyiddin bukan baru kita dengar, dah lama dah, orang umno pun tahu benda tu, bila saja najib turun padang muhyiddin akan menyusul dengan teamnya selepas itu. Malah sesetengah tempat kehadiran penyokong muhyiddin lebih ramai dari penyokong najib sendiri. kalau muhyiddin naik jadi PM pakatan susah sikit sebab muhyiddin ni lebih clean sikit dari najib... betul ke? - AIC/Tukanglawan |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan