WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
SYAITAN DAN LEMBU BERKELIARAN DEKAT PILIHANRAYA Posted: 02 Sep 2012 11:26 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AKU malas nak ulas pasal serangan ke atas jemaah masjid sewaktu DS Anwar sedang memberikan tazkirah malam tadi kerana banyak blog telah mengulas kejadian ini. Katanya PERKOSA terlibat di dalam serangan terhadap rumah Allah tersebut, tetapi aku lebih yakin bahawa sebenarnya yang menyerang itu adalah syaitan dan iblis yang telah menjelmakan dirinya. Ertinya, kenyataan Mamak pandi kutti sebelum ini adalah benar bahawa lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali. Aku nak ulas sikit isu bendera walaupun aku sudah mengulasnya di dalam artikel yang lepas. Di dalam tulisan aku yang lepas aku nyatakan bahawa PR tidak berminat untuk menukar bendera, kita lebih berminat untuk tukar rejim yang memerintah sekarang. Tiada salahnya bendera samada ianya dipanggil Jalur Gemilang mahu pun Sang Saka kerana yang rasuah tetap rasuah, yang zalim tetap zalim. Semalam pihak Polis secara tegasnya menyebut akan menyiasat kes bendera dan juga kes meletakkan punggung ke atas potret Najib. Pantas nampaknya pihak Polis kali ini. Aku harap siasatan ini berjaya walaupun banyak kes yang lebih besar tidak selesai malah berlalu begitu sahaja. Budak ini dikatakan membawa bendera Sang Saka (Saka Bangsa? ) dan tidak pula kedengaran budak-budak ini menjerit " Ayuh...kita tukar bendera". Tidak pula diketahui membawa bendera Sang Saka ini begitu besar dosanya sedangkan bendera Israel pernah berkibar di PWTC. Ertinya, lebih mulia bendera Israel dari Sang Saka? Membawa bendera Sang Saka lebih besar dosanya dari mempamirkan banner menggelar Sultan sebagai "Natang" ? Lebih mulia gamaknya mengusung kepala babi di letakkan di masjid daripada membawa bendera Sang Saka? Di mana siasatan dan siapa yang didakwa atas krjadian usung kepala babi ke masjid dan mempamerkan banner menghina Sultan sebagai " Natang" ? Ada atau tidak yang didakwa? Nampaknya semakin dekat PRU maka semakin banyak syaitan yang menjelmakan dirinya. Mungkin kerana syaitan ini telah diseru oleh bomoh mamak pandi kutti baru-baru ini. Oleh kerana itu, kita di dalam PR khususnya tuan rumah atau Penganjur mana-mana program yang melibatkan pimpinan berisiko wajiblah peka terhadap aspek keselamatan. Mereka ini kita tahu dari spesis lembu yang suka makan poster dan bendera dan suka ceroboh kawasan kita, jadi kita perlu bina kandang dari dimasuki oleh lembu-lembu ini. Jangan salahkan lembu jika menceroboh ladang kita kerana lembu tetap berotakkan lembu. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan