Jumaat, 17 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Azab kerana bertattoo

Posted: 17 Aug 2012 09:15 PM PDT

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Pengajaran cerita:

1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa dan beriman. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.

Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
"Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo."
Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.

Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.
  
Wallahu'alam….

'Tanda Putera' itu 'tanda Umno terdesak'

Posted: 17 Aug 2012 08:34 PM PDT

Aspan Alias,18 Ogs 2012

'Tanda Putera' merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk 'discredit' Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan 'desperate' pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan 'desperate' untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu daripada strategi untuk mengelakkan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah-belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah 'predictable'.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan bahawa filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei '69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.

Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan pada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.

Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya diburukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak-tanduk BN untuk mengelakkan pergaduhan antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.

Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.

Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.

LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor sesetengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.

Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang 'ultimate', iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap 'national unity' yang optima.

Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang. -http://aspanaliasnet.blogspot.com/

SANTAI MLM : Model seksi dipatuk ular semasa posing bersama ular

Posted: 17 Aug 2012 09:40 AM PDT




Nak kesian ke nak gelak ni??..hahaha

Isu Kencing : Kit Siang mahu saman produser eksekutif filem ‘Tanda Putera’

Posted: 17 Aug 2012 05:22 AM PDT


Nomy Nozwir
August 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, "Tanda Putera", Aida Fitri Buyong.

Pemimpin veteran DAP itu melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.

"Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya 'mudah terasa' apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.


"Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan ini?" katanya lagi.

Aida mendakwa bahawa fakta tentang adegan filem selama sepuluh minit dalam durasi 115 minit filem tersebut adalah benar.

Awal tahun ini laman sosial "Tanda Putera" telah memaparkan gambar Lim "dikasari" dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.

Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, produser Persona Pictures Sdn Bhd itu berkata Lim Kit Siang 'mudah terasa' terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikal terhadap pemimpin DAP itu.

"Kenapa beliau mudah terasa?

"Semua gambar itu boleh didapati dengan mudah di internet," kata Aida Fitri Buyong kepada The Malaysian Insider.

Lim Kit Siang berkata, gambar di Facebook rasmi "Tanda Putera" itu tertulis kapsyen yang bertulis "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris" adalah tidak benar dan memalukannya di khalayak ramai.

"Oleh itu, peguam saya akan memfailkan saman ke atas produser eksekutif 'Tanda Putera' kerana memalukan saya dalam Facebook rasmi mereka," katanya lagi. - TMI

Remaja dibakar kekasih masih kritikal

Posted: 17 Aug 2012 02:40 AM PDT

  Dicari polis . Hubungi polis terdekat sekiranya anda ada maklumat tentang remaja ini 

KUALA LUMPUR: Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.

Beliau berkata dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.

"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini.

Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.

Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dan tangan. 

Mat Zaki berkata selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu. 

"Sebagai bapa, saya tidak dapat memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya. 

Beliau berkata mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya. 

Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu. 

Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 17/08/2012

Karpal Singh bukan hanya setakat anti Hudud tapi Islam juga - Nasha

Posted: 17 Aug 2012 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf  'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum.
Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.


Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.


Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.


Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.


Nasharudin Mat Isa.
16 Ogos 2012


'JANJI' menjemput semua rakyat Malaysia ke Dataran pada malam 31 Ogos

Posted: 17 Aug 2012 12:30 AM PDT

JANJI bukan mewakili BERSIH



3:11PM Ogos 17 2012
Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO untuk bersama dengan anak semua bangsa merayakan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini menjelaskan bahawa ia bukan mewakili BERSIH 2.0 seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Gabungan JANJI ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kami bukan mewakili BERSIH 2.0 sepertimana yang telah dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi"," kata gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini.


Di bawah tema "Janji Demokrasi", katanya, Gabungan JANJI akan bersama rakyat Malaysia pada pukul 10 malam di kawasan pancuran air sekitar Dataran Merdeka dengan mengenakan pakaian kuning sebagai warna tema.

Gabungan  JANJI menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang menurutnya, cukup istimewa kali ini.

"Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa.

"Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai kuning pada malam ambang Merdeka," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Sasterawan Rakyat Datuk A. Samad Said akan bersama-sama meraikan malam tersebut dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.

Ia juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.- Malaysiakini

TERKINI : 13 tahanan ISA dibebaskan pagi tadi

Posted: 16 Aug 2012 11:10 PM PDT

BERITA LANJUT MENYUSUL

bumiperak

bumiperak


Karpal akan saman.. siapa akan bela Nasharuddin

Posted: 17 Aug 2012 03:50 AM PDT

Adakah PAS atau UMNO akan membela saman yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Ahli Parlimen Bachok dari PAS itu. Pepatah ada mengatakan 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'kata pepatah lain pula, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya..
 
Kerana kenyataannya "Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam" Nasharuddin Mat Isa bakal disaman oleh Karpal Singh.

Tak ada pasal cari pasal.. sekarang .. untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan dirinya kebal dari tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Karpal Singh itu.. hanya UMNO mampu menawarkannya..


Karpal akan saman Nasharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu  berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam "adalah sangat tidak bertanggungjawab", dan "saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam."
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana "hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam" sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.
"Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik," tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan "kafir harbi" dan mengelarkan haram menyokong DAP.
Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud. Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan "memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam."
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud," katanya lagi.
"Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku," tambahnya lagi.
Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.
"Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya."
Nasharuddin sebelum ini berkata "saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam."

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANJI BRRSIH VS JANJI DITEPATI MENJELANG 31HB OGOS INI

Posted: 17 Aug 2012 09:39 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HISHAMUDIN kata malam menyambut merdeka dengan thema 'Janji Bersih' oleh berpuluh-puluh NGO pada 30hb Ogos ini nanti tidak akan mendapat sambutan hebat seperti himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.  Kenyataan menteri tersebut sama seperti kenyataan beliau setiap kali kita mahu mengadakan perhimpunan.

Kali ini menteri tersebut lupa agaknya bahawa pada 30hb Ogos ini nanti kita bukan mahu berhimpun atau berdemontrasi.  Kita akan hadir berpakaian kuning BERSIH untuk sama-sama menanti countdown menjelang 31hb Ogos, itu saja.  tumpuan kita adalah di Dataran Merdeka tempat penuh sejarah di mana di kawasan itu ramai rakyat yang telah menjadi mangsa kezaliman rejim yang tidak pernah tahu erti dan nilai kemerdekaan rakyat.

Apa pun yang keluar dari mulut menteri berkenaan, kita harus bersedia untuk ke sana bagi merayakan tarikh bersejarah itu yakni Janji Bersih.  Janji Bersih jauh beza dari 'Janji Ditepati' yang menjadi bahan ketawa orang ramai itu.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar

Posted: 17 Aug 2012 07:17 PM PDT

SHAH ALAM 18 Ogos: Pakatan Rakyat akan mencari jalan berdasarkan prinsip kepedulian terhadap rakyat supaya harga rumah tidak terlalu tinggi hingga sukar dimiliki.
Dalam rancangan Borak Bersama Anwar melalui Google Hangout malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar perumahan sedia ada harus diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni.
"Kita akan cari jalan kerana dasar sedia ada membebankan rakyat. Perlu kepada prinsip kepedulian, jangan kebergantungan kepada tauke atau kroni (Umno).
"Ini tidak. Kalau projek terbengkalai, yang menang pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada," katanya menjawab soalan seorang peserta rancangan itu.
Peserta yang mengaku berpendapatan RM60,000 setahun itu, dalam soalannya turut menyatakan harga rumah (landed property) di Semenyih pun mencecah RM450,000 sebuah.
Ia, kata peserta berkenaan, menyukarkannya untuk memiliki rumah, apatah lagi dibebani kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Borak Bersama Anwar: Dari provokasi BN hingga isu Robin Van Persie

Posted: 17 Aug 2012 07:17 PM PDT

SHAH ALAM 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan rakyat, dari provokasi pemimpin Pemuda BN hingga ke isu perpindahan, Robbie Van Persie ke Manchester United.
Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.
Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik.
Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu.
Read More / Baca Lagi >>

Berita gembira atau gila sempena Hari Raya...

Posted: 17 Aug 2012 07:16 PM PDT

Hari ini rasanya adalah hari akhir Ramadhan, mustahil rasanya esok Ahad Umat Islam akan berpuasa lagi,, sebab banyak negara-negara terutama di sebelah negara Arab dah mula beraya hari ini..

Hairan, sesama negara Islam, nak beraya pun berasingan, ingat lagi Raya Haji (Korban 2 tahun lepas) bagaimana Malaysia terlewat raya,, yang ini lagi haru, kita terlewat sehari dengan Arab Saudi,, Apa yang dibincang di OIC, nak bincang kes perang di Syria, dah beribu rakyat yang tidak berdosa kena bunuh dengan tentera Baath, baru OIC nak bersidang, nak tunggu malam lailatul Qadar,, apa ni..

Berbalik dengan berita gembira atau gila.....


Bagi aku ini berita gila, malah lebih tepat lagi ini berita auta. Fullstop.

Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha

Posted: 17 Aug 2012 07:15 PM PDT

Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
    
Sebuah akhbar melaporkan semalam bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Malaysia kekalkan demokrasi, belum mungkin guna ‘sistem Kalifah’

Posted: 17 Aug 2012 07:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia tidak akan menggunakan system Kalifah dalam jangkamasa terdekat dan akan kekal dengan sistem demokrasi yang mengiktiraf hak orang bukan Islam, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertujuan untuk menenangkan keadaan selepas perdebatan umum baru-baru ini tentang negara Islam menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
Kontroversi timbul apabila ahli politik Umno dari Johor, mengeluarkan kenyataan hukum Hudud PAS tidak betul kerana tidak melibatkan bukan Muslim: menurutnya, Hudud yang sebenar melibatkan semua orang termasuk masyarakat bukan Muslim dan mencadangkan agar dilaksanakan di seluruh negara.
"Terdapat mereka yang mengatakan kerana umat Islam adalah ... satu entiti, oleh itu perlu ada satu pemerintah," kata Anwar (gambar), yang memimpin pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), dalam sesi Google Hangout yang dipanggil "Borak Bersama Anwar "lewat malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Misteri: Dibakar atau terbakar

Posted: 17 Aug 2012 07:07 PM PDT

Gambar Hiasan
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara 'mengejut' di sekitar negeri ini.

Kebakaran kereta yang berlaku secara 'misteri' itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain.

Read More / Baca Lagi >>

Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU

Posted: 17 Aug 2012 07:02 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.
"Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan 'Pas untuk Semua' berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.
Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.
Read More / Baca Lagi >>

Borak Anwar: Saya yakin tawan Putrajaya, jika tidak akan bersara

Posted: 17 Aug 2012 06:59 PM PDT


SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinannya Pakatan Rakyat (PR) akan melangkah ke Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pada masa yang sama, kekal dengan janji bahawa akan berundur jika keadaan sebaliknya berlaku.
Anwar Ibrahim "Saya ikhtiar sedaya upaya, saya yakin boleh menang (menawan Putrajaya), tetapi andai kata tidak, saya akan berundur," kata beliau menjawab soalan seorang peminat pada sesi Google Hangout -  "Borak Bersama Anwar, malam tadi.
"Kita bertawakal, (jika) saya tidak dapat mandat, maka (seperti yang) saya sudah umum, wajar kita beri ruang kepada barisan kedua dalam kepimpinan Keadilan (PKR), DAP dan Pas yang menunjukkan ada anak-anak muda yang lebih matang, lebih berwibawa... mereka boleh meneruskan," kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.
Read More / Baca Lagi >>

Blog Anwar digodam, dipapar mesej 'minta maaf' kepada PM

Posted: 17 Aug 2012 06:58 PM PDT


Anwar Ibrahim SHAH ALAM - Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam dan dimuatkan dengan 'perutusan Aidilfitri', antara lain 'meminta maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam tadi. Sesi yang bermula 10.30 malam berakhir sejam kemudian.
Dalam mesej Twitter pagi ini, Anwar menulis: "Blog: Percubaan Menggodam Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim."
Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya 'perutusan khas' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini."
Read More / Baca Lagi >>

Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar

Posted: 17 Aug 2012 09:11 AM PDT

Ops Merah Putih untuk menumbangkan PR Selangor.

Posted: 17 Aug 2012 09:07 AM PDT

Oleh: MSK
Pada 14 Februari 2012, Malaysian Insider menyiarkan kecurigaan Anwar Ibrahim tentang pertambahan mendadak pengundi di Selangor, (disini)
Selangor Times juga menyiarkan secara terperinci taburan pengundi baru yang didaftarkan di Selangor.
Ramai pemimpin Pakatan membuat spekulasi bahawa satu operasi memindahkan pengundi yang dipanggil "Operasi Terengganu" dilakukan oleh BN Selangor untuk merampas Selangor dari PR. Hal ini telah dinafikan oleh Khir Toyo disini.
Aku setuju dengan Khir Toyo bahawa "Operasi Terengganu" tidak wujud. Malah sebenarnya, Khir Toyo tak tau tentang operasi sebenar yang berlaku. Aku juga tak setuju dengan "Operasi Terengganu" yang dicanangkan oleh pemimpin PR kerana ia bukan saja tidak wujud malah operasi yang dilakukan oleh BN Selangor berlainan dengan operasi yang dilakukan oleh BN Terengganu sebelum PRU 2004.
Operasi menambahkan pengundi di Selangor adalah sebahagian daripada Operasi yang dipanggil "Operasi Merah Putih" yang mana menggunakan tagline:
"Merah Putih Jadi Pilihan" dan "Umno Juara Rakyat".
Pertambahan pengundi di Selangor memang wujud dan perancangan awal telah dimulakan pada tahun 2009 dan dilancarkan oleh Dato Satim Diman selepas kertas kerjanya yang bertajuk "Bagaimana Memenangkan Umno dan BN di Selangor" yang dibentang pada 2 November 2009 diterima oleh BN Pusat.

Keputusan PRU 12 telah menyaksikan banyak kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Jumlah majoriti yang diperolehi oleh PR tidaklah begitu besar dan kawasan Parlimen Selayang adalah salah satu contoh tentang bagaimana BN boleh menguasai kembali kerusi-kerusi yang kalah sekiranya melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah pengundi yang menyokong BN ditingkatkan.

Umno Selangor menyedari bahawa pengundi sudah lagi tidak memihak kepada mereka dan ini membahayakan Umno dimasa depan dan juga kuasa Melayu yang semakin lemah. Maka itu, satu cara yang radikal perlu dicari untuk memastikan Umno/BN kembali berkuasa di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Kelirukan Bukan islam, Umno Guna Agama Untuk Politik

Posted: 17 Aug 2012 09:04 AM PDT

Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi.

"Tindakan Umno yang berdiam diri setelah fatwa 'kafir harbi' menunjukan mereka tidak serius untuk memartabatkan Islam, melainkan untuk politik mereka sahaja," jelas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman

Timbalan Persuruhjaya PAS II Selangor, Sallehen Mukhyi pula berkata, agama digunakan Umno hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja termasuk mengexploitasi ahli agama mengeluarkan fatwa-fatwa yang jelas meleset.

"PAS Negeri Selangor berpendapat bahawa amatlah perlu umat Islam kembali kepada asas-asas agama Islam termasuk dalam persoalan politik.

"ini penting untuk mengatasi kekeliruan yang dihasilkan oleh golongan yang ingin memutar belitkan ajaran Islam demi kepentingan politik mereka," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abd Samad memberitahu istilah kafir harbi merupakan istilah yang cukup bahaya kerana ia seperti menghalalkan darah golongan yang digelar itu.

"Umno sendiri sentiasa mengapi-apikan rakyat negara ini dengan fahaman perkauman yang menebal serta bercanggah dengan ajaran Islam yang meminta keharmonian kaum itu perlu diutamakan.

"Tindakan seperti ini menimbulkan kekeliruan kepada seluruh rakyat serta kegagalan Umno menaikkan syariat Islam di negara ini," jelas Khalid.

Nah sekarang dah nampak kan perangai buruk umno, dalam negara berbilang bangsa macam ni, sikap mengapi-apikan antara kaum dan agama ni boleh membawa bencana.. kalau rasa nak jadi bencana pilih la umno, kalau nak hidup aman damai takde pandang serong pada bangsa lain. pilih Pakatan Rakyat.. senang kan.

Diktator Tua Meroyan lagi, Mahu PAS ditipu Lagi

Posted: 17 Aug 2012 09:03 AM PDT

Selepas nasharuddin menghangatkan kembali isu hudud beberapa hari lalu dengan mencadangkan "PAS" keluar dari Pakatan rakyat kerana DAP tak mahu melaksanakan hudud maka hari ini mahathir menyambung skrip hudud.

Kata diktaktor tua nyanyok itu, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Ohh nampaknya umno itu terpaksa tunggu PAS join umno baru mereka kaji macam mana nak laksana hudud.... ? atau ini cubaan tua nyanyok ini yang menipu lagi rakyat... habislah nanti makcik pakcik PAS di kampung tertipu... tambahan pula ada parasit seperti nasharuddin yang elok saja keluar dari PAS (tapi tak boleh itu).

Sudahlah jangan tertipu lagi, selama umno memerintah berapa kali sudah hukum tuhan dipermainkan.. mashita ustazah umno yang kini lagak serupa artis tak ketahuan tu berapa kali sudah mempersende hudud dengan sengaja?

Dah lupa kah kita betapa mahathir sendiri minta Al-Quran itu ditafsir semula supaya sesuai dengan zaman, kini mahathir yang tua nyanyok itu kata umno akan laksana hudud kalau parti ke me"LAYU" an itu disertai PAS?

Woi.. diktaktor tu, sebelum nak cerita banyak... nasihat dulu anak tu... makin tua manusia gila... makin nyanyok rupanya....

ORANG PAS.. JIKA RASA HEBAT.. KERJASAMA LAH DENGAN UMNO.. ITU PUN KALAU TAK SERIK KENE KELENTONG DENGAN UMNO.... SILAKAN JADI BODOH .

Menjelang Aidilfitri, Imam Hoslam Terus DiZalimi!!!

Posted: 17 Aug 2012 08:59 AM PDT

"Kezaliman berlaku!!!

Disampaikan oleh isteri Imam Hoslan bahawa suaminya kena belasah dalam penjara. Tidak ada sesiapa dibenarkan melawat melawat beliau selama 14 hari.

Laporan polis sudah dibuat oleh isteri beliau di Balai Polis Kajang. Polis kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

"

Ramadhan Dan Politik

Posted: 17 Aug 2012 08:58 AM PDT

Oleh Litmohd
 Penulis gagahi menghamburkan tinta pena ini di dalam kesibukan dan keasyikan beribadah di bulan Ramadhan al Mubarak .Kita sedang berada di kemuncak peribadatan, menyelusuri dan memetik buah-buah keimanan yang manis dan ranum penuh kenikmatan seperti dijanjikanNya.

Sesungguhnya tiada noktah bagi golongan yang memperjuangkan keimanan biar dalam kondisi bagaimanapun kerana demikianlah tabiat sistem hidup yang dipandu oleh nur Ilahi bahkan ia ditunjukkan oleh manusia terdahulu khususnya perjuangan baginda nabi s.a.w.
Namun apakah ada dengan hamburan setitik tinta ini dibandingkan dengan perjuangan baginda nabi s.a.w dan para sahabah yang bukan sekadar tiada noktah dalam peribadatan sebagai hamba Allah malah di tahap menyerahkan jasad mereka demi menyelamatkan iman dan agama Allah yang maha suci, biar pun di dalam Ramadhan.
Read More / Baca Lagi >>

Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut

Posted: 17 Aug 2012 08:57 AM PDT

Oleh SELENA TAY
Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.


Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.
Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.
Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.
Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.
Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Terengganu bakal pertaruh calon muslimat?

Posted: 17 Aug 2012 08:56 AM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa
BARANG diizinkan Allah Ta'ala, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini berkemungkinan menjadi pembuka era baru dalam perjuangan PAS Terengganu, khususnya bagi khalayak muslimatnya.


 Ura-ura yang semakin hangat dibual bicara di kalangan para pendukung parti di negeri itu mutakhir ini ialah kemungkinan akan ada calon wanita (muslimat) diketengahkan PAS dalam pertarungan itu nanti.
Lebih membukitkan kemungkinan itu ialah apabila dikatakan perkara itu sudah pun mendapat persetujuan daripada kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS (DMP), termasuk di peringkat Pusat dan negeri Terengganu. Bahkan, menurut sumber yang rapat dengan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), individu yang bakal dicalonkan itu juga sudah pun dikenalpasti.
Andaikata cakap-cakap itu menjadi realiti, bermakna PAS Terengganu bakal mencatat sejarah tersendiri menamatkan kemarau calon muslimatnya dalam tempoh lebih lima dekad. Kali terakhir PAS mengemukakan calon wanita di negeri itu ialah pada Pilihan Raya Parlimen 1959, yang diadakan pada 19 Ogos (ketika itu PRU Negeri-Negeri diadakan secara berasingan).
Read More / Baca Lagi >>

Umno seratus kali lebih haram diundi!

Posted: 17 Aug 2012 08:55 AM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Separuh abad Umno menempelak PAS kerana mencampuradukkan agama Islam dan politik. PAS dikatakan mengeluarkan fatwa politik apabila mengaitkan perjuangan Islam yang dibawa dengan halal, haram, dosa dan pahala


.Hari ini seluruh umat Islam di negara ini dapat menyaksikan bahawa tempelakan Umno itu kembali menikam diri sendiri apabila seorang ulamak penjilat Umno mengisytiharkan fatwa bahawa haram mengundi DAP kerana menolak negara Islam dan hukum hudud. Ulamak songsang Umno itu turut memfatwakan bahawa haram juga menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP iaitu PAS dan KeADILan.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen Turunkan Harga Kereta merebak ke kampung, desa

Posted: 17 Aug 2012 08:46 AM PDT

Kempen 'Turunkan Harga Kereta' akan menjadi buah mulut di seluruh negara sepanjang sambutan Aidilfitri, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
"Reaksi orang ramai, semuanya bersetuju. Kami yakin, kempen bakal  menjadi isu yang merentasi sempadan kaum, agama dan latar ekonomi.
"Habis cuti, isu ini akan merebak lebih cepat. Kita akan buat forum seluruh negara untuk terangkan perincian dan edar pelekat kereta di lokasi tumpuan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengedar kira-kira 20,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta' kepada pemandu di plaza tol Gombak dan Jalan Duta hari ini.
Esok, edaran sama akan dibuat di plaza tol Sungai Besi (arah selatan) sekitar pada jam 10 pagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Ki Det : Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno...he..he..syarat baru eh..!!!

Posted: 17 Aug 2012 08:43 AM PDT


Mahathir Mohamad
Tun Mahathir Mohamad (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada penduduk di bahagian Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam.
JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

"Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan

Posted: 17 Aug 2012 08:39 AM PDT

SHAH ALAM, 17 OGOS : Demi hayat politik, Umno-BN sanggup melakukan apa saja termasuk mencipta tokoh agama supaya mengeluarkan fatwa yang mengguntungkan mereka, dakwa pemimpin PAS hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi.
"Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak.
"Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama.
"Boleh dikatakan Abdulah digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dan wang RM 2 juta disalurkan boleh dianggap sebagai ganjaran," katanya apabila dihubungi.
Abdullah mengeluarkan kenyataan terhadap DAP dalam satu laporan muka depan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia pada 8 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang mahu saman produser eksekutif ‘Tanda Putera’

Posted: 17 Aug 2012 08:38 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, "Tanda Putera", Aida Fitri Buyong.
Pemimpin veteran DAP itu (gambar) melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.
"Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya 'mudah terasa' apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.
"Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan ini?" katanya lagi.
Aida mendakwa bahawa fakta tentang adegan filem selama sepuluh minit dalam durasi 115 minit filem tersebut adalah benar.
Awal tahun ini laman sosial "Tanda Putera" telah memaparkan gambar Lim "dikasari" dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.
Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.
Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, produser Persona Pictures Sdn Bhd itu berkata Lim Kit Siang 'mudah terasa' terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikal terhadap pemimpin DAP itu.
Read More / Baca Lagi >>

Cara KHUSYUK Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Aug 2012 05:29 AM PDT

Hukum Jual ANJING & KUCING - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Aug 2012 05:25 AM PDT

Niat ZAKAT Untuk CUKAI Pendapatan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Aug 2012 05:25 AM PDT