RAKYAT MARHAEN |
- Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar
- Borak Bersama Anwar: Dari provokasi BN hingga isu Robin Van Persie
- Berita gembira atau gila sempena Hari Raya...
- Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha
- Anwar: Malaysia kekalkan demokrasi, belum mungkin guna ‘sistem Kalifah’
- Misteri: Dibakar atau terbakar
- Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU
- Borak Anwar: Saya yakin tawan Putrajaya, jika tidak akan bersara
- Blog Anwar digodam, dipapar mesej 'minta maaf' kepada PM
- Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar
- Ops Merah Putih untuk menumbangkan PR Selangor.
- Umno Kelirukan Bukan islam, Umno Guna Agama Untuk Politik
- Diktator Tua Meroyan lagi, Mahu PAS ditipu Lagi
- Menjelang Aidilfitri, Imam Hoslam Terus DiZalimi!!!
- Ramadhan Dan Politik
- Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut
- Terengganu bakal pertaruh calon muslimat?
- Umno seratus kali lebih haram diundi!
- Kempen Turunkan Harga Kereta merebak ke kampung, desa
- Tok Ki Det : Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno...he..he..syarat baru eh..!!!
- Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan
- Kit Siang mahu saman produser eksekutif ‘Tanda Putera’
- Cara KHUSYUK Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Jual ANJING & KUCING - Ustaz Azhar Idrus
- Niat ZAKAT Untuk CUKAI Pendapatan - Ustaz Azhar Idrus
Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar Posted: 17 Aug 2012 07:17 PM PDT SHAH ALAM 18 Ogos: Pakatan Rakyat akan mencari jalan berdasarkan prinsip kepedulian terhadap rakyat supaya harga rumah tidak terlalu tinggi hingga sukar dimiliki. Dalam rancangan Borak Bersama Anwar melalui Google Hangout malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar perumahan sedia ada harus diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni. "Kita akan cari jalan kerana dasar sedia ada membebankan rakyat. Perlu kepada prinsip kepedulian, jangan kebergantungan kepada tauke atau kroni (Umno). "Ini tidak. Kalau projek terbengkalai, yang menang pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada," katanya menjawab soalan seorang peserta rancangan itu. Peserta yang mengaku berpendapatan RM60,000 setahun itu, dalam soalannya turut menyatakan harga rumah (landed property) di Semenyih pun mencecah RM450,000 sebuah. Ia, kata peserta berkenaan, menyukarkannya untuk memiliki rumah, apatah lagi dibebani kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup. Read More / Baca Lagi >> |
Borak Bersama Anwar: Dari provokasi BN hingga isu Robin Van Persie Posted: 17 Aug 2012 07:17 PM PDT SHAH ALAM 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan rakyat, dari provokasi pemimpin Pemuda BN hingga ke isu perpindahan, Robbie Van Persie ke Manchester United. Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara. Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik. Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu. Read More / Baca Lagi >> |
Berita gembira atau gila sempena Hari Raya... Posted: 17 Aug 2012 07:16 PM PDT Hari ini rasanya adalah hari akhir Ramadhan, mustahil rasanya esok Ahad Umat Islam akan berpuasa lagi,, sebab banyak negara-negara terutama di sebelah negara Arab dah mula beraya hari ini.. Hairan, sesama negara Islam, nak beraya pun berasingan, ingat lagi Raya Haji (Korban 2 tahun lepas) bagaimana Malaysia terlewat raya,, yang ini lagi haru, kita terlewat sehari dengan Arab Saudi,, Apa yang dibincang di OIC, nak bincang kes perang di Syria, dah beribu rakyat yang tidak berdosa kena bunuh dengan tentera Baath, baru OIC nak bersidang, nak tunggu malam lailatul Qadar,, apa ni.. Berbalik dengan berita gembira atau gila..... Bagi aku ini berita gila, malah lebih tepat lagi ini berita auta. Fullstop. |
Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha Posted: 17 Aug 2012 07:15 PM PDT Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam. "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Sebuah akhbar melaporkan semalam bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar: Malaysia kekalkan demokrasi, belum mungkin guna ‘sistem Kalifah’ Posted: 17 Aug 2012 07:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia tidak akan menggunakan system Kalifah dalam jangkamasa terdekat dan akan kekal dengan sistem demokrasi yang mengiktiraf hak orang bukan Islam, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertujuan untuk menenangkan keadaan selepas perdebatan umum baru-baru ini tentang negara Islam menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir. Kontroversi timbul apabila ahli politik Umno dari Johor, mengeluarkan kenyataan hukum Hudud PAS tidak betul kerana tidak melibatkan bukan Muslim: menurutnya, Hudud yang sebenar melibatkan semua orang termasuk masyarakat bukan Muslim dan mencadangkan agar dilaksanakan di seluruh negara. "Terdapat mereka yang mengatakan kerana umat Islam adalah ... satu entiti, oleh itu perlu ada satu pemerintah," kata Anwar (gambar), yang memimpin pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), dalam sesi Google Hangout yang dipanggil "Borak Bersama Anwar "lewat malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Misteri: Dibakar atau terbakar Posted: 17 Aug 2012 07:07 PM PDT Gambar Hiasan IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara 'mengejut' di sekitar negeri ini.Kebakaran kereta yang berlaku secara 'misteri' itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu. Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain. Read More / Baca Lagi >> |
Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU Posted: 17 Aug 2012 07:02 PM PDT KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR. "Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan 'Pas untuk Semua' berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja. Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian. Read More / Baca Lagi >> |
Borak Anwar: Saya yakin tawan Putrajaya, jika tidak akan bersara Posted: 17 Aug 2012 06:59 PM PDT "Saya ikhtiar sedaya upaya, saya yakin boleh menang (menawan Putrajaya), tetapi andai kata tidak, saya akan berundur," kata beliau menjawab soalan seorang peminat pada sesi Google Hangout - "Borak Bersama Anwar, malam tadi. "Kita bertawakal, (jika) saya tidak dapat mandat, maka (seperti yang) saya sudah umum, wajar kita beri ruang kepada barisan kedua dalam kepimpinan Keadilan (PKR), DAP dan Pas yang menunjukkan ada anak-anak muda yang lebih matang, lebih berwibawa... mereka boleh meneruskan," kata Anwar yang juga Ketua Umum PR. |
Blog Anwar digodam, dipapar mesej 'minta maaf' kepada PM Posted: 17 Aug 2012 06:58 PM PDT Laman itu, http://anwaribrahimblog.com, digodam kira-kira 20 minit selepas Ketua Pembangkang selesai muncul dalam sesi Borak Bersama Anwar Ibrahim malam tadi. Sesi yang bermula 10.30 malam berakhir sejam kemudian. Dalam mesej Twitter pagi ini, Anwar menulis: "Blog: Percubaan Menggodam Blog Dato' Seri Anwar Ibrahim." Dalam kenyataan dikeluarkan, Pasukan Pentadbir Blog Anwar berkata, "untuk makluman pembaca, blog ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya 'perutusan khas' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini." |
Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar Posted: 17 Aug 2012 09:11 AM PDT |
Ops Merah Putih untuk menumbangkan PR Selangor. Posted: 17 Aug 2012 09:07 AM PDT Oleh: MSK Pada 14 Februari 2012, Malaysian Insider menyiarkan kecurigaan Anwar Ibrahim tentang pertambahan mendadak pengundi di Selangor, (disini) Selangor Times juga menyiarkan secara terperinci taburan pengundi baru yang didaftarkan di Selangor. Ramai pemimpin Pakatan membuat spekulasi bahawa satu operasi memindahkan pengundi yang dipanggil "Operasi Terengganu" dilakukan oleh BN Selangor untuk merampas Selangor dari PR. Hal ini telah dinafikan oleh Khir Toyo disini. Aku setuju dengan Khir Toyo bahawa "Operasi Terengganu" tidak wujud. Malah sebenarnya, Khir Toyo tak tau tentang operasi sebenar yang berlaku. Aku juga tak setuju dengan "Operasi Terengganu" yang dicanangkan oleh pemimpin PR kerana ia bukan saja tidak wujud malah operasi yang dilakukan oleh BN Selangor berlainan dengan operasi yang dilakukan oleh BN Terengganu sebelum PRU 2004. Operasi menambahkan pengundi di Selangor adalah sebahagian daripada Operasi yang dipanggil "Operasi Merah Putih" yang mana menggunakan tagline: "Merah Putih Jadi Pilihan" dan "Umno Juara Rakyat". Pertambahan pengundi di Selangor memang wujud dan perancangan awal telah dimulakan pada tahun 2009 dan dilancarkan oleh Dato Satim Diman selepas kertas kerjanya yang bertajuk "Bagaimana Memenangkan Umno dan BN di Selangor" yang dibentang pada 2 November 2009 diterima oleh BN Pusat. Keputusan PRU 12 telah menyaksikan banyak kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Jumlah majoriti yang diperolehi oleh PR tidaklah begitu besar dan kawasan Parlimen Selayang adalah salah satu contoh tentang bagaimana BN boleh menguasai kembali kerusi-kerusi yang kalah sekiranya melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah pengundi yang menyokong BN ditingkatkan. Umno Selangor menyedari bahawa pengundi sudah lagi tidak memihak kepada mereka dan ini membahayakan Umno dimasa depan dan juga kuasa Melayu yang semakin lemah. Maka itu, satu cara yang radikal perlu dicari untuk memastikan Umno/BN kembali berkuasa di Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
Umno Kelirukan Bukan islam, Umno Guna Agama Untuk Politik Posted: 17 Aug 2012 09:04 AM PDT Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi. "Tindakan Umno yang berdiam diri setelah fatwa 'kafir harbi' menunjukan mereka tidak serius untuk memartabatkan Islam, melainkan untuk politik mereka sahaja," jelas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman Timbalan Persuruhjaya PAS II Selangor, Sallehen Mukhyi pula berkata, agama digunakan Umno hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja termasuk mengexploitasi ahli agama mengeluarkan fatwa-fatwa yang jelas meleset. "PAS Negeri Selangor berpendapat bahawa amatlah perlu umat Islam kembali kepada asas-asas agama Islam termasuk dalam persoalan politik. "ini penting untuk mengatasi kekeliruan yang dihasilkan oleh golongan yang ingin memutar belitkan ajaran Islam demi kepentingan politik mereka," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abd Samad memberitahu istilah kafir harbi merupakan istilah yang cukup bahaya kerana ia seperti menghalalkan darah golongan yang digelar itu. "Umno sendiri sentiasa mengapi-apikan rakyat negara ini dengan fahaman perkauman yang menebal serta bercanggah dengan ajaran Islam yang meminta keharmonian kaum itu perlu diutamakan. "Tindakan seperti ini menimbulkan kekeliruan kepada seluruh rakyat serta kegagalan Umno menaikkan syariat Islam di negara ini," jelas Khalid. Nah sekarang dah nampak kan perangai buruk umno, dalam negara berbilang bangsa macam ni, sikap mengapi-apikan antara kaum dan agama ni boleh membawa bencana.. kalau rasa nak jadi bencana pilih la umno, kalau nak hidup aman damai takde pandang serong pada bangsa lain. pilih Pakatan Rakyat.. senang kan. |
Diktator Tua Meroyan lagi, Mahu PAS ditipu Lagi Posted: 17 Aug 2012 09:03 AM PDT Selepas nasharuddin menghangatkan kembali isu hudud beberapa hari lalu dengan mencadangkan "PAS" keluar dari Pakatan rakyat kerana DAP tak mahu melaksanakan hudud maka hari ini mahathir menyambung skrip hudud. Kata diktaktor tua nyanyok itu, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam. Ohh nampaknya umno itu terpaksa tunggu PAS join umno baru mereka kaji macam mana nak laksana hudud.... ? atau ini cubaan tua nyanyok ini yang menipu lagi rakyat... habislah nanti makcik pakcik PAS di kampung tertipu... tambahan pula ada parasit seperti nasharuddin yang elok saja keluar dari PAS (tapi tak boleh itu). Sudahlah jangan tertipu lagi, selama umno memerintah berapa kali sudah hukum tuhan dipermainkan.. mashita ustazah umno yang kini lagak serupa artis tak ketahuan tu berapa kali sudah mempersende hudud dengan sengaja? Dah lupa kah kita betapa mahathir sendiri minta Al-Quran itu ditafsir semula supaya sesuai dengan zaman, kini mahathir yang tua nyanyok itu kata umno akan laksana hudud kalau parti ke me"LAYU" an itu disertai PAS? Woi.. diktaktor tu, sebelum nak cerita banyak... nasihat dulu anak tu... makin tua manusia gila... makin nyanyok rupanya.... ORANG PAS.. JIKA RASA HEBAT.. KERJASAMA LAH DENGAN UMNO.. ITU PUN KALAU TAK SERIK KENE KELENTONG DENGAN UMNO.... SILAKAN JADI BODOH . |
Menjelang Aidilfitri, Imam Hoslam Terus DiZalimi!!! Posted: 17 Aug 2012 08:59 AM PDT |
Posted: 17 Aug 2012 08:58 AM PDT Oleh Litmohd Penulis gagahi menghamburkan tinta pena ini di dalam kesibukan dan keasyikan beribadah di bulan Ramadhan al Mubarak .Kita sedang berada di kemuncak peribadatan, menyelusuri dan memetik buah-buah keimanan yang manis dan ranum penuh kenikmatan seperti dijanjikanNya. Sesungguhnya tiada noktah bagi golongan yang memperjuangkan keimanan biar dalam kondisi bagaimanapun kerana demikianlah tabiat sistem hidup yang dipandu oleh nur Ilahi bahkan ia ditunjukkan oleh manusia terdahulu khususnya perjuangan baginda nabi s.a.w. Namun apakah ada dengan hamburan setitik tinta ini dibandingkan dengan perjuangan baginda nabi s.a.w dan para sahabah yang bukan sekadar tiada noktah dalam peribadatan sebagai hamba Allah malah di tahap menyerahkan jasad mereka demi menyelamatkan iman dan agama Allah yang maha suci, biar pun di dalam Ramadhan. Read More / Baca Lagi >> |
Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut Posted: 17 Aug 2012 08:57 AM PDT Oleh SELENA TAY Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS. Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP. Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur. Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud. Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri. Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya. Read More / Baca Lagi >> |
Terengganu bakal pertaruh calon muslimat? Posted: 17 Aug 2012 08:56 AM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa BARANG diizinkan Allah Ta'ala, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini berkemungkinan menjadi pembuka era baru dalam perjuangan PAS Terengganu, khususnya bagi khalayak muslimatnya. Ura-ura yang semakin hangat dibual bicara di kalangan para pendukung parti di negeri itu mutakhir ini ialah kemungkinan akan ada calon wanita (muslimat) diketengahkan PAS dalam pertarungan itu nanti. Lebih membukitkan kemungkinan itu ialah apabila dikatakan perkara itu sudah pun mendapat persetujuan daripada kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS (DMP), termasuk di peringkat Pusat dan negeri Terengganu. Bahkan, menurut sumber yang rapat dengan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), individu yang bakal dicalonkan itu juga sudah pun dikenalpasti. Andaikata cakap-cakap itu menjadi realiti, bermakna PAS Terengganu bakal mencatat sejarah tersendiri menamatkan kemarau calon muslimatnya dalam tempoh lebih lima dekad. Kali terakhir PAS mengemukakan calon wanita di negeri itu ialah pada Pilihan Raya Parlimen 1959, yang diadakan pada 19 Ogos (ketika itu PRU Negeri-Negeri diadakan secara berasingan). Read More / Baca Lagi >> |
Umno seratus kali lebih haram diundi! Posted: 17 Aug 2012 08:55 AM PDT Oleh ZULKIFLI YAHAYA Separuh abad Umno menempelak PAS kerana mencampuradukkan agama Islam dan politik. PAS dikatakan mengeluarkan fatwa politik apabila mengaitkan perjuangan Islam yang dibawa dengan halal, haram, dosa dan pahala .Hari ini seluruh umat Islam di negara ini dapat menyaksikan bahawa tempelakan Umno itu kembali menikam diri sendiri apabila seorang ulamak penjilat Umno mengisytiharkan fatwa bahawa haram mengundi DAP kerana menolak negara Islam dan hukum hudud. Ulamak songsang Umno itu turut memfatwakan bahawa haram juga menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP iaitu PAS dan KeADILan. Read More / Baca Lagi >> |
Kempen Turunkan Harga Kereta merebak ke kampung, desa Posted: 17 Aug 2012 08:46 AM PDT Kempen 'Turunkan Harga Kereta' akan menjadi buah mulut di seluruh negara sepanjang sambutan Aidilfitri, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Reaksi orang ramai, semuanya bersetuju. Kami yakin, kempen bakal menjadi isu yang merentasi sempadan kaum, agama dan latar ekonomi. "Habis cuti, isu ini akan merebak lebih cepat. Kita akan buat forum seluruh negara untuk terangkan perincian dan edar pelekat kereta di lokasi tumpuan," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengedar kira-kira 20,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta' kepada pemandu di plaza tol Gombak dan Jalan Duta hari ini. Esok, edaran sama akan dibuat di plaza tol Sungai Besi (arah selatan) sekitar pada jam 10 pagi. Read More / Baca Lagi >> |
Tok Ki Det : Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno...he..he..syarat baru eh..!!! Posted: 17 Aug 2012 08:43 AM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. "Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam. |
Khalid : Umno Sanggup Guna Ulama Ciplak Serang Pakatan Posted: 17 Aug 2012 08:39 AM PDT SHAH ALAM, 17 OGOS : Demi hayat politik, Umno-BN sanggup melakukan apa saja termasuk mencipta tokoh agama supaya mengeluarkan fatwa yang mengguntungkan mereka, dakwa pemimpin PAS hari ini. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi. "Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak. "Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama. "Boleh dikatakan Abdulah digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dan wang RM 2 juta disalurkan boleh dianggap sebagai ganjaran," katanya apabila dihubungi. Abdullah mengeluarkan kenyataan terhadap DAP dalam satu laporan muka depan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia pada 8 Ogos lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Kit Siang mahu saman produser eksekutif ‘Tanda Putera’ Posted: 17 Aug 2012 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, "Tanda Putera", Aida Fitri Buyong. Read More / Baca Lagi >>Pemimpin veteran DAP itu (gambar) melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat. "Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya 'mudah terasa' apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan. "Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan ini?" katanya lagi. Aida mendakwa bahawa fakta tentang adegan filem selama sepuluh minit dalam durasi 115 minit filem tersebut adalah benar. Awal tahun ini laman sosial "Tanda Putera" telah memaparkan gambar Lim "dikasari" dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku. Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman. Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, produser Persona Pictures Sdn Bhd itu berkata Lim Kit Siang 'mudah terasa' terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikal terhadap pemimpin DAP itu. |
Cara KHUSYUK Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus Posted: 17 Aug 2012 05:29 AM PDT |
Hukum Jual ANJING & KUCING - Ustaz Azhar Idrus Posted: 17 Aug 2012 05:25 AM PDT |
Niat ZAKAT Untuk CUKAI Pendapatan - Ustaz Azhar Idrus Posted: 17 Aug 2012 05:25 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan