bumiperak |
Karpal akan saman.. siapa akan bela Nasharuddin Posted: 17 Aug 2012 03:50 AM PDT Adakah PAS atau UMNO akan membela saman yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Ahli Parlimen Bachok dari PAS itu. Pepatah ada mengatakan 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'kata pepatah lain pula, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.. Kerana kenyataannya "Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam" Nasharuddin Mat Isa bakal disaman oleh Karpal Singh. Tak ada pasal cari pasal.. sekarang .. untuk menyelamatkan dirinya dan menjadikan dirinya kebal dari tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Karpal Singh itu.. hanya UMNO mampu menawarkannya.. Karpal akan saman Nasharuddin KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam. Pengerusi DAP Nasional itu berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam "adalah sangat tidak bertanggungjawab", dan "saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam." Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana "hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam" sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular. "Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider. "Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik," tambahnya lagi. Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan "kafir harbi" dan mengelarkan haram menyokong DAP. Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud. Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan "memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam." Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud," katanya lagi. "Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku," tambahnya lagi. Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti. "Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya." Nasharuddin sebelum ini berkata "saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam." |
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan