Rabu, 15 Ogos 2012

bumiperak

bumiperak


Keluar fatwa 'Haram Undi DAP' dapat RM2 Juta??

Posted: 15 Aug 2012 02:46 AM PDT

Nampaknya demi mengekalkan kuasa yang ada satu perniagaan baru telah diwujudkan oleh pihak UMNO/BN. Pada 7 Ogos lalu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat Islam menyokong DAP.

Katanya.. Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu tambahnya lagi umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP - fatwa gila sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Fatwa yang jelas kelihatan berat sebelah dan kelihatan seperti 'Demi UMNO' itu ada ganjaran rupanya..

Satu minggu kemudian iaitu 14 Ogos setelah Fatwa demi UMNO yang dikeluarkan oleh Pengasas Pondok Getting disiarkan Utusan.. beliau menerima sumbangan RM2 Juta..

Itulah perniagaan baru yang terpaksa diujudkan oleh UMNO/BN untuk terus berkuasa.. Jual beli Fatwa.. asal boleh terus berkuasa buat apa pun tak apa.. halal haram belakang kira.. 
:anaksungaiderhaka

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Seks songsang - Dua remaja lelaki dicekup di bilik hotel ... Haramjadah

Posted: 15 Aug 2012 09:01 PM PDT

WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Ogos 2012
Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang
Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil di sebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

Abdullah Samaah, hang mai baca sat apa itu 'Kafir Harbi'.... jangan dok serbu tak tentu pasai.....

Posted: 15 Aug 2012 07:50 PM PDT

Dr Maszlee Malik
12 Ogos 2012
SAYA ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar perdana berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi. Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ia dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.

Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP. Bahkan dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.

'Fatwa' Abdullah yang juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' tidak tepat lagi membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga akhbar tersebut kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera mengambil tindakan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman.

Dr Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abby: 'Politik bukan bidang saya'

Posted: 15 Aug 2012 07:06 PM PDT

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
16 Ogos 2012
Abby: 'Politik bukan bidang saya'
Abby Abadi hadir pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda semalam bersama anak-anaknya.
SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.

Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.
Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.


"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Apabila soal kahwin disentuh, Abby hanya tergelak.

Dia yang dilaporkan berbaik semula dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri barunya, Memey awal bulan ini memberitahu:

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya."

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

"Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi kalau ia berlaku, itu kuasa Tuhan," katanya, yang sebelum ini turut menafikan spekulasi bahawa akan merujuk semula dengan Norman. Norman juga pernah mengulas isu yang sama kepada Sinar Harian Online lebih dua minggu lalu.

Abby juga berkata, ketiga-tiga anaknya akan menyambut Aidilfitri bersama Norman dan Memey di Kuantan, Pahang.

Awal minggu ini Abby ada menulis menerusi Twitter bahawa Norman memang ada mengajaknya menyambut Aidilfitri di kampungnya.

Kisah seorang anak Paderi peluk Islam

Posted: 15 Aug 2012 10:31 AM PDT



Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.

Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…" Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka'abah

- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3

- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis….awak mengigau…."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya………".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.

Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung….."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.

Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Wallahu'alam….

Kiriman: HambaAllah 

Sumber : RilekSantai

Disney disaman kerana tidak benar pekerja pakai tudung

Posted: 15 Aug 2012 09:09 AM PDT


Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja. Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney's Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan
.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.
Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.

Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan 'penampilan' pekerja mereka semasa bertugas.

Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.

Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.

Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.

Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil "pengganas" dan "unta" oleh rakan sekerja dan penyelia.

Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

"Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak  gangguan sejak saya mula bekerja di sana," Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.

"Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab."

Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.- rakyat marhaen

Tak hairan kalau Nasha tinggalkan PAS - TGNA

Posted: 15 Aug 2012 06:02 AM PDT


KOTA BHARU, 15 Ogos 2012 ― Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin (gambar) juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. -
Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. ― Bernama

Lembu kena bayar dulu hutang RM250juta sebelum tender baru dikeluarkan

Posted: 14 Aug 2012 11:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mahu perdana menteri (PM) memastikan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar semula hutang RM250 juta sebelum melantik kontraktor baru untuk projek penternakan lembu nasional itu.
Semalam, menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata beliau akan memberi tender baru kepada kontraktor baru untuk NFC.
"Kecuali jika semua hutang RM250 juta sudah dibayar, tidak perlu ada perbincangan untuk kontraktor baru," kata Rafizi.
Rafizi berkata dia bimbang apabila kerajaan melantik kontraktor baru, orang akan mula melupakan isu ini dan membiarkan NFCorp bebas.
Dia juga mahu PM, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan tiada suntikan modal baru dalam projek ini walaupun ada kontraktor baru, dengan berkata sumber dana ini akan digunakan melalui dari pembayaran hutang semula dari NFCorp.- TMI

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Nasharudin Mat Isa dah mula tunjuk diri sebenar yang PRO UMNO!

Posted: 15 Aug 2012 06:54 PM PDT

 Sebelum ini penulis ada bercakap dengan beberapa insan-insan lurus dalam PAS bahawa Nasharudin Mat Isa (ketika menjadi Timbalan Presiden PAS) amat disangsikan kelibatnya dalam kepimpinan.

Bukan apa, penulis sendiri banyak pengalaman bersama beliau di Parlimen, di Sarawak (Pilihan Raya Negeri) dan banyak lagi lokasi yang sedikit sebanyak menonjolkan wajah sebenar beliau pada penulis.

Tak mengapalah itu semua sudah berlalu.Namun penulis juga ada pengalaman bersama salah seorang saudaranya yang duduk di Rembau di Kampung Air Melintang, Kota..Saudara dia ini selalu berceritakan kepada penulis mengenai siapa Nasharudin sebenarnya sejak Nasha mengintai tempat dalam PAS lagi.

Namun masa itu penulis 'kurang yakin' dengan cerita yang disampaikan saudara kepada Nasha ini walaupun saudaranya ini adalah seorang guru agama.Namun, akhirnya sejak tahun 2009, penulis sudah mula menghidu politik sebenar Nasha, bermula sebelum pemilihan jawatan Timbalan yang ketika itu dicabar Abg Mat Sabu dan Husam Musa.

Dua tokoh dalam PAS iani tewas, walaupun ada kedengaran kisah sebalik pertandingan ketika itu.Tak mengapa itu semua berlalu.


Abg Mat Sabu Pejuang Tulen- Nasha pejuang hampeh!

Namun kini Nasha telah menunjukkan belangnya yang sebenar bahawa dia bersama dengan Najib ke Mekah, malah menjadi jurubahasa Nasha ketika bertemu dua ulama di Mekah.Nah terserlah wajah Nasha yang sebenar walaupun pakai jubah n kopiah kononnya macam ulama...Hampeh luuuuu......

Kepada penyokong2 Nasha yang selalu hentam Abg Mat Sabu, lihatlah inilah wajah sebenar pejuang yang kalian banggakan hingga menghentam PAS semula.

Abg Mat Pernah kalah bertanding Timbalan Presiden tetapi tidak merajuk mahupun menghentam parti.Jiwa raganya diserahkan kepada parti, turun naik Mahkamah, disumbat ke penjara dan mengharungi siksa kena belasah penguatkuasa, kena langgar dan macam-macam lagi, tetapi Abg Mat Sabu tetap setia bersama PAS.



Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

  

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.
   
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
   
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
   
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
   
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
   
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.


'Nasha patut berani berdepan Majlis Syura'
 

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan dan berhujah dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain.

"Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka?

"Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia.

Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat dasar yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura PAS terbuka dan sedia mendengar pandangan ahlinya sekali pun tetap dengan keputusan bersama Pakatan.

"Amat malang, beliau (Nasharuddin) sebagai ahli Majlis Syura tiba-tiba tidak boleh berhujah dalam mesyuarat, (kerana) tidak hadir dalam mesyuarat," katanya.

Setiausaha agung 'pantau' perkembangan

Mahfuz berkata, memandangkan PAS telah menyatakan pendirian untuk bersama Pakatan, maka tiba giliran Nasharuddin untuk menyatakan "prinsipnya" terhadap keputusan itu.

Ditanya sama ada Nasharuddin patut keluar PAS, Mahfuz berkata:

"Terpulang kepadanya nak terima prinsip PAS atau apa-apa yang dia nak putuskan. Dia kena beritahu".

Mahfuz juga yakin tindakan Nasharuddin yang memberi kenyataan tidak menguntungkan parti itu tidak memberi kesan kepada akar umbi.

"Saya yakin akar umbi ada kebijaksanaan (untuk menilai). Saya tidak nampak memberi kesan atau mempengaruhi akar umbi," katanya.

Dengan nada sinis, Mahfuz juga bertanya sama ada Nasharuddin berani menggesa Umno keluar daripada BN setelah MCA juga menentang hudud.

"Adakah beliau berani buat begitu suruh Umn keluar BN kerana MCA tentang hudud. MCA kata ADUN dekat Johor hilang akal," katanya sambil ketawa sinis.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Nasharuddin itu kerana "sedang mengikuti perkembangan".


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KALAU DAP KAFIR HARBI, HASSAN JATI MELAYU HARBI?

Posted: 15 Aug 2012 09:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP tolak Hudud.  Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut Paderi-Paderi Kristian.  Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong Hudud.  Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah ramai yang tidak masuk Kristian.

Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok.  Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat menyokong Hudud.  Betulkah?

Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR.  Ertinya, waktu Hassan Jati di dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud.  Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud?  Jangan ketawa....Ini adalah kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong atau tidak hukum Hudud.  Hahahahaaaa....

Pasal Kristian ni pulak.  Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam.  Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa terbahak-bahak.  

Kesihan sungguh si Hassan Jati.  Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh menandingi hebat dan popularnya beras JATI.  Bahkan, jika ditanya seribu orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri.  Kemaruk sungguh....

Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular ke dalam masyarakat Islam.  Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu.  Kita malu apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks.  Paderi pun tidak melakukan seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan Paderi-Paderi ini.

Kesimpulannya mudah.  Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti sekutu APCO, itu sahaja.  Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan.  Dia lupa DAP yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil Rakyat.  Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu?  Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari Kafir Harbi?  Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com


BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD?

Posted: 15 Aug 2012 10:33 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut.  Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?".



Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut?  Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud?  Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan.  Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan.

Kita masih ingat satu kisah puak yang mengadakan Solat Hajat selepas waktu Asar di Kelantan.  Jika bab yang sedemikian kecil dan asas pun mereka jahil, bagaimana mereka mahu orang lain terutamanya yang bukan Islam untuk mempelajari hukum Hudud?  Sudahkah Ibrahim Ali nasihatkan pimpinan Umno untuk belajar Hukum Hudud sedangkan mereka lebih dituntut mengetahuinya kerana mereka sekarang adalah pemerintah lebih dari 50 tahun?

Seandainya Karpal Singh belajar Hukum Hudud dan beliau khatam sepenuhnya, kewajipan melaksanakan hukum Allah tersebut tetap dipikul oleh orang-orang Islam, bukan Karpal Singh selagi beliau tidak memeluk Islam.  Eloklah Ibrahim Ali belajar sehingga tamat dahulu bab hukum Hudud ini setelah beliau khatam terlebih dahulu bab bersuci./wfauzdin.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


Hang nak pi mana Ustaz Nasha?!

Posted: 15 Aug 2012 03:26 AM PDT

Gurkah-gurkah politik yang ada di Bachok sms 'mai' kata baik orang-orang besar mau pun orang-orang yang kecil dalam PAS di Kelantan semuanya sekarang ini sedang bengang dengan tindak tanduk ustaz Nasharudin Mat Isa. 

Menambahkan lagi ke'bengang'ngan mereka ialah bila dia muncul dalam berita tv semalam dan suruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat, lepas tu pula tersenyum-senyum seperti mem'perli orang-orang PAS, bila gambar dia sedang duduk bersila di sebelah najib dengan mana punya pak arab pun tak tau lah di Mekah tersebar di serata cerok dalam alam siber.

Sebelum ini ustaz Nasharudin ini ada lah seorang bintang besar dalam PAS, tapi bila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden, bintang ustaz Nasha ini sedikit demi sedikit telah pudar dan orang-orang Bachok juga sudah tak pernah jumpa dia lagi selepas itu, sehinggakan orang-orang yang merupakan pengundi-pengundi di-Bachok telah sampaikan salam mereka kepada pemimpin atasan PAS dengan pesanan "kami amat tidak senang dengan ustaz Nasha".

Gurkah-gurkah politik di'port' yang di penang ini pula sudah nampak lain macam ustaz Nasha ini sejak projek UG dan juga sejak hari anak dia kahwin tempoh hari, kerana mereka mendapat berita kata terlalu ramai orang-orang besar dan orang-orang kecil dari umno yang datang sebagai tetamu di Bangi itu.

Gurkah-gurkah ini juga kata ustaz Nasha saja bagi orang-orang PAS bengang bila tengok gambar dia dok kerenyeh macam kerang busuk di sebelah Najib dan memang patut dia kena melingkup'kan diri dia dari Bachok dan PAS.

dollah yankee -
Good Luck lahh Ustaz Nasha woiii...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno

Posted: 15 Aug 2012 03:21 PM PDT



Oleh Subky Latif
Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima.

PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.



Apakah sikap PAS itu munafik?
Tidak. PAS telah membuat sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Selesaikan segera kemelut Unisel-Jana Niaga untuk elak regim Umno zalimi mahasiswa

Posted: 15 Aug 2012 03:18 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa menyokong penuh sebarang usaha agar kemelut Universiti Selangor dan Jana Niaga SB diselesaikan dengan kadar segera.
SAMM Mahasiswa beranggapan kemelut yang dihadapi UNISEL dan JNSB sekarang lebih kepada permainan politik pihak tertentu untuk mencari modal politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 khususnya untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku tanpa usaha penyelesaian membuktikan regim terdesak mencari isu di Selangor.
SAMM Mahasiswa tidak mahu hanya kerana pihak regim ingin mendapat kedudukan 'political mileage', mahasiswa UNISEL yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat tindakan bodoh kroni-kroni pihak tertentu mempolitikkan isu pendidikan.
Seharusnya pendidikan menjadi keutamaan tanpa kompromi.
Read More / Baca Lagi >>

MALAYSIA KITA : KAKI BAKAR YANG DIKEHENDAKI POLIS.

Posted: 15 Aug 2012 03:01 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/539182_402193306510386_1556901313_n.jpg

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD?

Posted: 15 Aug 2012 02:51 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS


MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut.  Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?".
Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut?  Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud?  Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan.  Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Perompak yang baik hati tapi celaka !

Posted: 15 Aug 2012 02:50 PM PDT

Oleh: tokpepijat

Kisah yang berlaku ini benar-benar berlaku. Satu keluarga dirompak. Hampir RM2 bilion duit kepunyaan keluarga yang malang itu dilarikan sekumpulan perompak. Peristiwa ini berlaku hampir 2 tahun yang lalu.

Tiba-tiba sempena bulan Ramadhan kumpulan perompak menghantar sepucuk surat kepada keluarga yang dirompak RM2 bilion itu minta keluarga itu menghantar wakil mereka untuk berunding tentang pemulangan semula hasil rompakan itu.

Ketua perompak menentukan terma-terma syarat wakil keluarga itu. Tidak boleh dari kalangan ahli kelurga itu. Mesti orang luar.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera

Posted: 15 Aug 2012 02:47 PM PDT


Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera
Mayat J.Pavitra dituntut oleh keluarganya untuk disemadikan, meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera. -Foto Bernama 
 
IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera, di sini semalam.
  
Menurut sumber, J. Pavitra dibawa ke Klinik 1Malaysia di Bercham oleh ibunya pada pukul 5 petang semalam kerana dikatakan tidak sihat.
  
Bagaimanapun pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa susulan penemuan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa.
  
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet teliti Seksyen 114A, akur arahan PM

Posted: 15 Aug 2012 02:45 PM PDT

PUTRAJAYA -  Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap akta berkenaan.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna Internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna Internet dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi Muara Jambi Part 3

Posted: 15 Aug 2012 02:45 PM PDT

Malaysia Kita : Perompak bawah umur mengganas

Posted: 15 Aug 2012 02:44 PM PDT

Noda malam Ramadan

Posted: 15 Aug 2012 02:41 PM PDT

Heavy rains continue to batter the Philippines

Posted: 15 Aug 2012 02:40 PM PDT

Dozens killed in bombing in Azaz

Posted: 15 Aug 2012 02:40 PM PDT

Dailog Presiden PAS Dengan Muallaf Muda Serantau

Posted: 15 Aug 2012 02:39 PM PDT

Pas sedia kerjasama dengan Umno bantu etnik Rohingya

Posted: 15 Aug 2012 09:08 AM PDT


Pas sedia kerjasama dengan Umno bantu etnik Rohingya
Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Misi Kemanusiaan Rohingya yang berlangsung di ibu pejabat Pas, petang tadi.
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas sedia bekerjasama dengan Umno bagi menghantar misi kemanusiaan membantu rakyat Rohingya, kata Naib Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.

Beliau berkata, misi bantuan kemanusian yang akan diberikan itu bertujuan menghentikan keganasan pada golongan yang tidak berdosa.

"Kami sedia menjalinkan kerjasama dengan Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) lain jika mereka sedia bergabung bagi menghantar misi kemanusiaan ini," katanya pada sidang media sebelum  Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Misi Kemanusiaan Rohingya oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia, di ibu pejabat Pas, petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC

Posted: 15 Aug 2012 09:01 AM PDT


TENDER SEMULA NFC: UMUMKAN SYARAT DAN BUTIRAN PERJANJIAN
Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.
Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.     Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli;
2.     Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat;
3.     Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.

Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3).

Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personalguarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.

Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:
1.     Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi;
2.     Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan
3.     Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.

Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

BN Cemas, 33 Dun Sabah Bakal Bertukar Tangan.

Posted: 15 Aug 2012 08:59 AM PDT

BN sedang menghadapi situasi cemas terhadap perubahan politik di Sabah terutama selepas kemasukan beberapa wakil rakyat daripada parti itu ke dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai sama ada manisfesto yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'gula-gula' politik atau sebaliknya.

"Rakyat sekarang bukan seperti zaman 60-an atau 80-an dulu, mereka sudah sedar dan bijak,"

"Anwar bukan pemimpin kampung yang hanya tahu menabur janji, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang tahu bagaimana untuk memerintah sebuah negara, beliau tahu formula untuk merealisasikan manifesto Pakatan Rakyat,"

"Rakyat di Sabah sekarang sudah berkobar-kobar untuk menukar kerajaan, dan kami PPS akan terus menyumbang kepada kekuatan Pakatan yang sedia ada," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat

Posted: 15 Aug 2012 08:57 AM PDT



'Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya' bukanlah sesuatu isu yang baru. Sejak Mac 2008 dah mula dah isu ini. Antara nama yang selalu dikaitkan dengan isu ini ialah Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, ada beberapa nama yang dimasukan bersma dalam 'Senarai Calon Perdana Menteri' seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Ini merupakan 'rahsia yang diketahui umum' (Open Secret) bahawa nama Haji Hadi dinaikkan kumpulan yang majoritinya  ahli PAS. Ini adalah kerana mereka lebih yakin Kepimpinan Ulamak berbanding Anwar Ibrahim yang lebih kepada imej 'liberal' sekarang ini.
Dalam kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, menunjukkan beliau bukan mengejar jawatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau lebih rela pemimpin PR yang lain untuk jadi Perdana Menteri. Tentang isu Perdana Menteri ini, kita juga mendapat pendangan yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mintak tolong Mufti Mekah. Nasa jadi broker.

Posted: 15 Aug 2012 08:56 AM PDT

Oleh: MSK

Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat pakai kopiah transformer sebelah Najib tu.
Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la sikit-sikit macam konspirasi Yahudi.
Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah sembang santai. Najib bagi tau, "Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!" Tok Arab tu pun jawab, "Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu kami pi sana la."
Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat sidang media." Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia." Fuiyo!!
Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.
Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu RAPID DI PENGERANG : Nikmat pembangunan atau malapetaka?

Posted: 15 Aug 2012 08:53 AM PDT


Oleh Mazlan Aliman

PENGERANG dikatakan akan muncul sebagai hab minyak dan gas utama di Asia Pasifik. Projek bernilai RM60 bilion dijangka siap pada tahun 2016.


Ia Meliputi kawasan seluas 22,500 ekar. Melibatkan 28,050 penduduk yg terdiri daripada peladang, nelayan, pengusaha aquakultur, pengusaha eko-pelancongan, pengusaha rumah tumpangan dan hotel.

Ia melibatkan pengambilan tanah di beberapa buah kampung seperti Kg Sg Kapal, Kg Telok Empang, Kg Jawa, Kg Sebong, Kg Sg Buntu, Kg Bkt Mas dll. Kemudahan awam seperti 6 buah masjid, 11 buah surau, 14 rumah ibadat bukan Islam, 4 buah sekolah Kebangsaan, 3 sekolah Jenis Kebangsaan antara yg terdpt dlm kawasan yg sedang dibangunkan.

Read More / Baca Lagi >>

Rumah Terbuka Kerajaan Selangor Pada Hari Raya Pertama

Posted: 15 Aug 2012 08:52 AM PDT


SHAH ALAM, 16 OGOS : Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor dijemput hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Selangor yang akan diadakan pada hari raya pertama.
Rumah terbuka Aidilfitri ini akan diadakan di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 11 pagi sehingga 3 petang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mewakili kerajaan Selangor dan barisan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam di Selangor.
"Semoga Aidilfitri tahun ini disambut meriah, penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran seperti yang dituntut dalam Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin

Posted: 15 Aug 2012 08:51 AM PDT

Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno.
 Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.


Nasharudin Mat Isa
Yang pertama memberi reaksi ialah Dewan Pemuda Pas Kelantan yang agak keras memberi peringatan kepada Nasharudin kalau beliau sudah tidak betah dengan Pas sila keluar sahaja dari Pas. Lebih tegas lagi Pemuda Pas Kelantan menerusi setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob menggesa Nasharudin supaya melepaskan kerusi Bachok dalam keadaan baik. Alasan Nuri tidak ada guna beliau kekal di situ kerana sudah tidak sebulu dengan Pas.

Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin. Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin.

Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud pada malam lailatul qadr

Posted: 15 Aug 2012 08:50 AM PDT

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Ada Hudud Di Malam Lailatul Qadr
1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripda Allah.


Oleh kerana agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.
Ini adalah iman orang yang beriman kepada al Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya degan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.
Justeru penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah, rasis, cemarkan Ramadhan

Posted: 15 Aug 2012 08:49 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan Kareem tahun ini akan melabuhkan tirainya. Mereka yang penuh takwa, yang merasakan nikmat dan indahnya Ramadhan, kepergian bulan mulia ini diiringi dengan air mata – entah berjumpa lagi atau tidak tahun depan.


Sepanjang Ramadhan ini, majlis dan surau terutama di bandar, meriah dan makmur dengan kehadiran jamaah yang melimpah – lebih dari biasa – bersolat tarawikh, bertadarus, qiamul-lail dan segalanya. Lebih lagi dengan menunggu ketibaan malam Lailatul-Qadr.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi mercun/bungapi angkara siapa?

Posted: 15 Aug 2012 08:48 AM PDT

Oleh Roslan SMS
Di ambang 1 Syawal iaitu Hari Raya Eidul Fitri sudah semestinya umat Islam sibuk membuat persediaan menghadapi hari kemenangan itu. Selain mempertingkatkan ibadah kerana berada pada 10 malam terkahir iaitu tempoh pelepasan dari azab api neraka, persiapan baju Raya, kuih dan lain-lain juga sedang sibuk diatur.Cumanya setiap kali mahu Raya juga maka ketika itulah kita juga didedahkan dengan kemalangan-kemalangan berpunca dari permainan bungapi dan mercun.

Contohnya dalam NST hari ini:
KOTA BARU: A 22-year-old man may probably lose sight in the right eye while a 15-year-old female student suffered serious injuries to the thighs in two separate firecracker explosions today.

Mohd Azril Norahaidi, 22, from Kampung Gaung here seriously injured his right eye when 20 ball firecrackers, which were set to dry a zinc roof at his father's home in Kampung Paloh, Pasir Mas, exploded at about 11am.

Kita seolah tidak berdaya mengatasi masalah ini sedangkan yang anehnya Kerajaan Malayasia telah mengharamkan pengimportan bungapi dan mercun sejak tahun 90an lagi iaitu selepas tragedy letupan kilang bungapi Bright Sparklers di Sungai Buloh tahun 1991!!!
Read More / Baca Lagi >>

Siapa yang kafir harbi tu?

Posted: 15 Aug 2012 08:47 AM PDT

Oleh Aspan Alias
Setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak kerajaan terhadap pihak yang memfatwakan DAP sebagai parti untuk 'kafir harbi'. Sikap kerajaan membiarkan perkara ini terus menerus disebut oleh pihak tertentu yang 'desperate' ini, membawa tanggapan yang pihak kerajaan BN hari ini tidak prihatin terhadap sensiviti rakyat berbilang kaum dan agama di dalam negara ini.


Tidak ada sesiapa berhak untuk melabelkan pihak yang menyokong dan bermuafakat dengan DAP demi kebaikan negara menggelarkan mereka sebagai kafir. DAP merupakan sebuah parti politik yang terdaftar secara halal dengan pendaftaran pertubuhan dan parti itu telah menjunjung segala peruntukan yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Hanya pihak UMNO sahaja yang cuba menafikannya.
Read More / Baca Lagi >>