WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
KALAU DAP KAFIR HARBI, HASSAN JATI MELAYU HARBI? Posted: 15 Aug 2012 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MAKA Hassan Jati pun berkata, eloklah PAS keluar dari PR kerana DAP tolak Hudud. Hassan Jati pun kata, JATI telah berjaya tutup mulut Paderi-Paderi Kristian. Dalam ertikatanya, PAS lebih baik tinggalkan PR dan join Umno sebab Umno konsisten dulu, kini dan selamanya menyokong Hudud. Maksudnya juga, JATI amat berjaya semenjak dia pimpin sudah ramai yang tidak masuk Kristian. Jangan termuntah atau terkentut baca kenyataan Hassan Jati ni ok. Apabila si Hassan Jati ni mahu PAS keluar dari PR kerana DAP tidak setuju dengan Hudud, maka terfikirlah oleh kita bahawa sewaktu si Hassan JATI yang berangan mahu jadi MB Selangor ini menjawat jawatan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, waktu itu DAP teramat menyokong Hudud. Betulkah? Jawapannya tentulah betul, kerana jika waktu itu DAP masih tidak bersetuju dengan Hukum Hudud sudah tentu si Hassan Jati ni awal-awal lagi cadangkan agar PAS keluar dari PR. Ertinya, waktu Hassan Jati di dalam PAS dan pegang jawatan penting di dalam PAS, DAP sokong Hudud. Apabila si Hassan Jati terpelanting dari jawatan dan disepak keluar dari PAS, secara tiba-tiba DAP menolak Hudud? Jangan ketawa....Ini adalah kerana kekuatan si Hassan Jati yang boleh mempengaruhi DAP samada sokong atau tidak hukum Hudud. Hahahahaaaa.... Pasal Kristian ni pulak. Si Hassan Jati kata JATI telah berjaya tutup mulut Paderi Kristian dari melakukan kerja memurtadkan umat-umat Islam. Jika berita ini diberitahu kepada Paderi-Paderi Kristian, aku berani potong jari kalau Paderi-Paderi Kristian ini tidak terkentut dan tertawa terbahak-bahak. Kesihan sungguh si Hassan Jati. Semenjak JATI ditubuhkan, tidak pernah kita dengar orang puji pengaruh dan kehebatan JATI malahan tidak boleh menandingi hebat dan popularnya beras JATI. Bahkan, jika ditanya seribu orang, jika dapat seorang saja yang kenal siapa AJK-AJK atau pimpinan di dalam JATI selain Hassan Jati itu sudah dikira hebat Jati ni. Oleh kerana begitu lama menunggu orang mahu memuji atau menyanjung JATI tidak kunjung tiba, maka selaku bos Jati terpaksalah puji diri sendiri. Kemaruk sungguh.... Sesungguhnya kita amat bimbang jika fahaman agama Kristian ini menular ke dalam masyarakat Islam. Begitu juga kita bimbang jika cerita-cerita fitnah seks, liwat, perbuatan dalam kelambu sesama umat Islam dijaja merata-rata untuk mengaibkan sesama Islam seperti si Hassan Jati selalu lakukan di dalam setiap ceramah Mantapkan Akidahnya itu. Kita malu apabila Paderi Kristian lihat bagaimana kononnya tokoh yang anti murtad ini pun menjadi tukang sebar fitnah seks. Paderi pun tidak melakukan seperti yang si Hassan Jati lakukan. Hassan Jati patut malu dengan Paderi-Paderi ini. Kesimpulannya mudah. Hassan Jati hanya menjadi `sub kontrak' parti sekutu APCO, itu sahaja. Jika parti itu suka sebarkan ftnah, si Hassan Jati pun lakukan asalkan anak bini di rumah boleh makan. Dia lupa DAP yang dikatakan Kafir Harbi itu adalah di antara ribuan yang mengundi beliau dahulu sehingga kini beliau boleh makan gaji dan elaun Wakil Rakyat. Apakah halal undi kafir harbi kepada beliau waktu itu? Ertinya, kafir harbi ini pilih Hassan Jati jadi Wakil Rakyat mereka dari Kafir Harbi? Atau si Hassan ni adalah kaum sakat si Kafir Harbi juga iaitu Melayu Harbi?/wfauzdin.blogspot.com |
BAB BERSUCI PUN TIDAK KHATAM MAHU SURUH KARPAL SINGH BELAJAR HUKUM HUDUD? Posted: 15 Aug 2012 10:33 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MERUJUK kepada akhbar Sinar semalam, Presiden PERKASA Ibrahim Ali mahu agar Pengerusi DAP, Karpal Singh agar belajar hukum Hudud terlebih dahulu sebelum menentang hukum tersebut. Persoalan pertama yang kita mahu Ibrahim Ali jawab adalah, "Siapakah yang diwajibkan untuk belajar hukum Allah ini, adakah Orang-Orang Islam atau diwajibkan juga kepada yang bukan Islam?". Adakah Ibrahim Ali sudah khatam bab Hukum Hudud ini sebelum menasihatkan Karpal Singh belajar hukum tersebut? Kalau Ibrahim Ali masih tidak khatam bab bersuci apabila mendirikan sepanduk "Tiada Air, Bagaimana Mahu Berwudhuk?' di Kelantan, apakah Ibrahim Ali cukup arif dengan bab Hukum Hudud? Tentu beliau tidak pernah belajar bab bersuci di dalam ketiadaan air (itu pun jika benar tiada air) di Kelantan. Amat malang sekali jika Ibrahim Ali tidak boleh bersolat kerana tidak mandi wajib akibat tiada air di Kelantan. Kita masih ingat satu kisah puak yang mengadakan Solat Hajat selepas waktu Asar di Kelantan. Jika bab yang sedemikian kecil dan asas pun mereka jahil, bagaimana mereka mahu orang lain terutamanya yang bukan Islam untuk mempelajari hukum Hudud? Sudahkah Ibrahim Ali nasihatkan pimpinan Umno untuk belajar Hukum Hudud sedangkan mereka lebih dituntut mengetahuinya kerana mereka sekarang adalah pemerintah lebih dari 50 tahun? Seandainya Karpal Singh belajar Hukum Hudud dan beliau khatam sepenuhnya, kewajipan melaksanakan hukum Allah tersebut tetap dipikul oleh orang-orang Islam, bukan Karpal Singh selagi beliau tidak memeluk Islam. Eloklah Ibrahim Ali belajar sehingga tamat dahulu bab hukum Hudud ini setelah beliau khatam terlebih dahulu bab bersuci./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan