Rabu, 25 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


[Video] Perkahwinan Syafiq 16 dan Yana 14

Posted: 25 Jul 2012 10:09 PM PDT

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka.

Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

"Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku ." HR. Ibnu 'Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." Yaasin: 36.
Wallahualam. -mynewshub



MENARIK : Tiada rogol dalam perkahwinan - Kelab Taat Suami

Posted: 25 Jul 2012 06:47 PM PDT

NONEKelab Taat Suami (KTS) berpendapat, istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan kerana isteri merupakan sumber seks halal kepada suami.
Menurut presidennya Fauziah Ariffin, kelab itu menganjurkan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain.

"Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya.

"Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.

"Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?



"Kalau perempuan itu mengharapkan syurga Tuhan, tentulah dia sanggup berkorban," kata Fauziah yang merupakan isteri kedua kepada bekas seorang pemimpin tertinggi Al-Arqam.
Kelab pro-poligami itu diasaskan melalui kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Al-Arqam selepas kumpulan tersebut diharamkan sejak 1994.
Serpihan Al-Arqam, Rufaqa Corporation Sdn Bhd juga menerima tindakan sama pada 2006. 
Pandangan berkenaan berbeza sama sekali dengan undang-undang sivil yang mempunyai peruntukan khusus untuk kesalahan rogol dalam perkahwinan.
Di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan, seorang suami yang cuba mendapatkan seks secara paksa daripada isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

NONESuruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2004 juga berpendapat perbuatan merogol isteri adalah satu kesalahan di bawah Perkara 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB.

Peruntukan itu menetapkan setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan dan keganasan terhadap wanita dalam perkahwinan menjadikan wanita lebih lemah dan lelaki lebih berkuasa.
Menurut Fauziah, seorang suami secara nalurinya akan menjadi bertimbang rasa jika perempuan itu sendiri pandai melayan suami mereka.

Bentuk layanan yang patut diberikan kepada suami juga, adalah salah satu perkara yang diajarkan KTS kepada ahli-ahlinya, jelas Fauziah.
Rambut bau bawang

"Kita akan cerita pada wanita bagaimana untuk menjadikan suami dia seorang yang 'mahu' dan sebagainya. Sebab itu perempuanlah yang memainkan peranan, dia menghiburkan suami.

"Perempuan sekarang ini bukan tak pandai nak layan tetapi ilmu itu tidak ada pada dia. Sepatutnya apa yang pelacur buat, itulah yang isteri perlu buat.

"Apabila isteri itu beri layanan (kelas pertama), automatik suami itu akan memberi respon (yang baik).

NONE"Yang kita tengok sekarang dalam masyarakat isteri letih apabila suami balik (rumah), rambut pun bau bawang, serabai bertocang.

"Sedangkan di luar dia tengok perempuan cantik tapi di rumah dia tak dapat benda itu," kata Fauziah.

Namun begitu, beliau menegaskan KTS tidak mengadakan sebarang kelas praktikal kepada ahlinya seperti disangkakan orang ramai.

"Kita mengajar panduan kepada orang yang patut, yang halal. Kita bukan keluarkan figure (gambarajah), itu memang Allah tak bagi.

"Kita bukan buat praktikal, tunjuk gambar, tidak. Kita buat secara tertutup," katanya.

Mengulas kontroversi berkenaan 'layanan pelacur kelas pertama' yang pernah disebut KTS, Fauziah menjelaskan ia adalah satu perumpamaan kerana orang ramai tidak dapat membayangkan 'layanan seperti bidadari' yang perlu diberikan isteri kepada suami.

"Kena layan suami lebih dari pelacur kelas satu, takkanlah suruh jadi pelacur pula.

"Saja (ada) orang nak bagi gimik (untuk KTS). Kita cuma bagi perumpamaan," katanya.

Seks oral dibolehkan
Pada masa sama, KTS juga berpendirian bahawa seks oral boleh diamalkan di dalam institusi perkahwinan.

Pandangan itu berbeza dengan undang-undang sivil yang mengkelaskan seks oral sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen itu, mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

NONE"Allah sebut dalam Quran isteri kamu adalah ladang bagi kamu, buatlah apa-apa pun yang kamu suka pada dia, cuma jangan berlaku liwat. Itu sahaja. Jadi kita sudah ada garis panduan," katanya.

Menurutnya, seks oral juga merupakan satu lagi cara untuk suami isteri melakukan hubungan badan apabila isteri dalam pantang atau sewaktu didatangi haid.

"Jadi katakanlah isteri dia uzur, dan dia cuma ada seorang sahaja isteri, jadi suami boleh buat perkara dibolehkan dan membuat hubungan suami isteri (secara oral) selagi mana dia tidak memasukkan alatnya ke situ (liwat).

"Katakan isteri dalam pantang, tetapi Allah cipta suami dia seorang yang keperluannya tinggi dalam soal-soal seks ini, hendak tunggu berapa hari lagi?

"Jadi tanggungjawab isteri itulah untuk memberi kelegaan kepada nafsu suaminya supaya suaminya tidak terjerumus ke dalam neraka," kata Fauziah yang memiliki ijazah dengan tiga pengkhususan dalam perakaunan, kewangan, dan pemasaran dari Australia.

Menurutnya lagi, lelaki secara semula jadi mempunyai keinginan yang tinggi terhadap seks.

Malah katanya, nabi-nabi dan rasul juga diketahui umum sebagai mereka yang memiliki kekuatan luar biasa di ranjang.

"Kalau kita baca kitab-kitab, yang paling hebat dalam melakukan hubungan suami isteri ini adalah para rasul.

"Sewaktu belum ada syariat empat orang isteri, Nabi Sulaiman ada seribu orang isteri. Nabi Daud pula 99 orang isteri dia.

"Sebab itu orang yang lebih hebat iman dia, lebih terhubung dengan Tuhan ini, dia lebih hebat lagi (di ranjang).

"Tetapi orang kita yang tengok video lucah ini, dia tidak dapat pun nikmat itu kerana Allah dah halang," katanya. - Malaysiakini



GULA-GULA DARI NAJIB - Setengah bulan Bonus atau RM500

Posted: 25 Jul 2012 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR:: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pemberian bonus dan juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pemberian bonus dan bayaran khas ini memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam yang berpendapatan sederhana terutamanya bagi membuat persiapan perayaan (Aidilfitri) yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus dan bayaran khas yang akan dibuat pada 9 Ogos itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Omar turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bonus dan bayaran khas itu dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, berkata bayaran khas itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap para pesara yang dahulunya pernah berkhidmat dan berkorban tenaga dalam proses pembangunan negara.

Katanya, ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang bersikap mulia dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam serta pesara kerajaan.

"Pesara kerajaan hendaklah menggunakan bonus secara berhemah, berjimat-cermat untuk melakukan perkara yang berfaedah," katanya.

Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, beliau menasihatkan mereka harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara. - BERNAMA

Raja Komando dalam proses saman Ummi Hafilda dan UmnoOnline lebih RM10juta

Posted: 25 Jul 2012 04:20 AM PDT

KLANG 25 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid kini dalam proses menyaman agen Umno-BN, Ummi Hafilda Ali dan UmnoOnline kerana memfitnahnya.

"Proses ini akan siap dalam tempoh terdekat. Dulu Ummi mencabar saya untuk mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis ke atas beliau dan sekarang saya sudah menunaikan janji.


"Jumlahnya mungkin lebih RM10 juta. Bagaimanapun jumlah tidak penting, saya mahu membersihkan nama saya dari fitnah Ummi itu.

"Sebagai kerabat Diraja Selangor, saya akan menghantar laporan polis ini kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pengetahuan tuanku kerana saya tidak mahu tuanku salah tafsir dalam hal ini," katanya.


Sebelum ini, Ummi mendakwa beliau(Raja Kamaruddin) dilantik pengerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) selepas menjadi saksi dalam kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.



Dalam sidang media di Taman Sri Andalas hari ini, beliau juga hairan mengapa Umno masih menggunakan khidmat Ummi untuk berceramah memfitnah Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13.


Beliau yang dikenali sebagai "Raja Komando" berkata tindakan Umno-BN itu dilihat hanya merugikan parti dan hanya menjadi beban kepada pemimpin Umno-BN.


"Dalam Umno-BN banyak lagi orang muda yang boleh diketengahkan untuk berkempen dan lawan pembangkang tetapi kenapa pilih Ummi?.


"Ummi bukan aset kepada Umno-BN tapi hanya akan merugikan Umno-BN satu hari nanti. Berhentilah ambil Ummi sebagai agen. Beliau (Ummi) hanya beban," katanya.


Raja Kamaruddin menambah tindakan menghantar Ummi ke 'roadshow' seluruh negara untuk memfitnah Pakatan Rakyat hanya tindakan sia-sia

.
"Umno-BN tetap tidak berubah dengan budaya fitnah mereka, berhentilah membodohkan rakyat, rakyat bukan bodoh untuk menilai," katanya.

Penjual gelang penipu terasa hati dengan Abby

Posted: 25 Jul 2012 12:07 AM PDT

Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato' AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato' AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.



GUA berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan kepada Dato' AC mengenai isu yang timbul.


"Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja," ujar Dato' AC mengulas mengenai isu tersebut.

"Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal. 

"Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

"Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera."

Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato' AC menjawab, "Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya," ujar Dato' AC mengakhiri perbualan. - GUA

MS : O tau pula kau terasa hati yer penipu?? Ingat tak apa kau kata pada seorang artis veteran masa kau bersama 4U2C dulu. Sejak itu aku memang menyampah tahap maxima sgt kat mamat penipu penjual gelang ni.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kajian UKM: BN bakal rampas Selangor dan Kedah..???

Posted: 25 Jul 2012 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

WATCH OUT Anwar, Muhyiddin heading to Sabah to stop Wilfrid & Lajim

Posted: 25 Jul 2012 12:52 PM PDT

After 55 years of bullying everyone else in the country, ruling party Umno may finally be getting its just deserts.
WATCH OUT Anwar, Muhyiddin heading to Sabah to stop Wilfrid & LajimAlthough current party president Prime Minister Najib Razak might pretend he was unperturbed, he is sending his deputy Muhyiddin Yassin to Sabah, where at least two Members of Parliament have decided to stand up for their long-suffering state and fight for reform and fairness from the Opposition side of the fence.
"Of course Umno is worried. It is a very significant move and Najib will do all he can to block the Tuaran MP and the Beaufort MP from leaving BN. But let's see if money and other such carrots can succeed this time," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Indeed, even as news broke that Deputy Prime Minister Muhyddin Yassin would be making a one-day working trip to Sabah on Saturday, the national news agency reported in a separate bulletin that a group of Kadazandusuns would be announcing on Sunday the formation of a 'new political movement'.
Read More / Baca Lagi >>

Terbesar : Kerajaan Malaysia menguasai ekonomi?

Posted: 25 Jul 2012 05:07 AM PDT

Penyenarian IHH bernilai AS$2 bilion hari ini — tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) — membantu meletakkan Malaysia di mata dunia, akan tetapi turut menarik perhatian terhadap penguasaan kerajaan dalam ekonomi serta keadaan perusahaan swasta yang suram di negara ini.Tidak seperti Facebook yang pada mulanya berlegar disekitar bilik kolej sebelum menjadi fenomena global dan menjadi salah satu daripada 30 syarikat di Amerika Syarikat (AS), IHH dan FGVH, adalah syarikat yang dirancang pengelibatannya dalam perniagaan oleh kerajaan, akan memperlihatkan perbezaan besar antara Malaysia dengan negara ekonomi terbesar dan paling maju di dunia itu.

Perbandingan antara senarai entiti senaraian awam yang terbesar di Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sudah boleh memberikan jawapan.
Sepuluh syarikat terbesar di AS dalam pasaran kapitalisme adalah semua perusahaan swasta termasuk Apple, Exxon, Microsoft, IBM dan Google — merupakan syarikat-syarikat yang memimpin teknologi dan merupakan pemimpin dalam bidang masing-masing.
Berbeza di Malaysia, 10 syarikat teratas pada bulan Mei adalah syarikat berkait kerajaan (GLC) seperti Malayan Banking, Sime Darby, CIMB Group, Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kumpulan Axiata.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Panas : ADUN BN Sarawak keluar parti

Posted: 25 Jul 2012 05:05 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini."Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.
"Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.
Read More / Baca Lagi >>

MB arah semua permohonan Langat 2 perlu melaluinya

Posted: 25 Jul 2012 05:01 AM PDT

MB Selangor - SYABAS Beroperasi Dibawah Keupayaan

Posted: 25 Jul 2012 05:00 AM PDT

MEDIA, PDRM dan Menteri KDN insaflah !!

Posted: 25 Jul 2012 04:24 AM PDT


lepas ini jangan lagi jadi bangang !!

Kelmarin,  Mahkamah Tinggi Kuala LumpUr secara prinsipnya telah mempertahankan hak untuk berhimpun,  berpersatuan  atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan).

Jadi selepas ini mana-mana persatuan atau badan NGO tidak perlu risau lagi apabila mengadakan himpunan aman yang bertujuan menegakkan kebenaran, keadilan serta memberi manafaat kepada orang ramai.
                                               Tahniah kepada pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan Datuk Samad Said kerana berani dan bersungguh-sungguh dalam mengetuai BERSIH  untuk menuntut ketelusan dan keadilan dalam pilihanraya!!  Perhimpunan aman yang dibuat oleh BERSIH tempoh hari tidak sis-sia!   Dan keputusan Mahkamah Tinggi KL  membatalkan  pengisytiharan  Menteri Dalam Negeri bahawa gabungan Bersih sebagai pertubuhan 'haram' adalah sangat wajar dan tepat !  Dengan itu,  sah, gabungan BERSIH adalah halal,.. bukan pertubuhan haram!
Read More / Baca Lagi >>

Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar

Posted: 25 Jul 2012 04:22 AM PDT

Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dan berbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan. Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan oleh rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar dari harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang di kenakan oleh pihak kerajaan kita.
Jika duti eksais diturunkan ketahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah dari harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di-rantau ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian "rumus" Umno, BN punya kelebihan menang PRU 13

Posted: 25 Jul 2012 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR - Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, demikian menurut kajian yang dilakukan beberapa ahli akademik.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Sabah Sarawak bukan lagi 'fix deposit' BN

Posted: 25 Jul 2012 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR - Peranan Negeri Sabah dan Sarawak penting untuk memberikan imbangan dalam senario politik di negara ini sejak 50 tahun lalu.

Ahli Panel, Prof Dr Jayum anak Jawan berkata, ia sudah menjadi tugas kepada kedua-dua negeri tersebut bertindak sebagai penyelamat kepada parti pemerintah dan tugas ini digalas buat pertama kali pada tahun 1948.

Menurutnya, perkara yang sama berlaku sekali lagi pada 1963, seterusnya pada 1969 sebelum Barisan Nasional (BN) menghadapi masalah majoriti pada pilihan raya umum 2008.

"Tugas kami menyelamatkan Melayu, Umno dan BN setiap kali mereka mengalami masalah. Bagaimanapun apa yang menyedihkan kami sering dijadikan anak tiri dalam apa jua bidang di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan has mixed views on May 13 probe

Posted: 25 Jul 2012 04:12 AM PDT

PAS backs Suaram adviser Kua Kia Soong's proposal for a truth commission, but PKR and DAP say Malaysians must move on.
PETALING JAYA: Suaram adviser Kua Kia Soong's call for a Truth and Reconciliation Commission to investigate the May 13 incident has drawn mixed reactions from Pakatan Rakyat leaders.
While PAS backs the call for a public inquiry, PKR and DAP say Malaysians must move on from one of the darkest episodes of Malaysian history.
PAS vice president Salahuddin Ayub said he was in support of Kua's call, saying that a public inquiry would stop irresponsible quarters from raising the spectre of May 13 for selfish political agenda.
"The young generation needs to know what happened on that day," said Salahuddin.
However, the PAS leader said it was more important for Barisan Nasional, particularly Umno, to stop playing the May 13 card in an attempt to scare voters into voting BN back to power.
Read More / Baca Lagi >>

PM: Bonus raya setengah bulan...untuk pilihanraya sekali lah..!!!

Posted: 25 Jul 2012 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Read More / Baca Lagi >>

NOT EMOTION BUT INDISCIPLINE: Cops 'manhandled' female journo, Suhakam told

Posted: 25 Jul 2012 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR - The police were "emotional" and "manhandled" a female journalist despite her being identified as a media personnel at the Bersih 3.0 rally, the Human Rights Commission (Suhakam) inquiry panel was told today.
NOT EMOTION BUT INDISCIPLINE: Cops 'manhandled' female journo, Suhakam told Panel chairman Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee said it was "very visible" that Merdeka Review assistant editor Chen Shaua Fui was a media personnel, when the latter testified that she had held a camera and shown her media tag to a policeman.
"I identified myself as a journalist, (when) he (the police) said don't take pictures. 'I am a reporter', I said and showed him my media tag.
"But the policeman pointed his finger at me, and said that I should stop taking pictures," said Chen, who was doing real time reporting at Jalan Tun Perak around 7.30pm on the day of the rally.
She said she was taking pictures of over 10 policemen arresting people and beating up a man, who was having his meal at a hawker stall at the intersection of Jalan Hang Lekiu and Jalan Tun Perak on April 28.
Read More / Baca Lagi >>

Bob Lokman: Umno terdesak dan tak faham konsep dakwah

Posted: 25 Jul 2012 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Umno tidak memahami apa itu dakwah lalu menuduh PAS terdesak dalam mencari populariti dalam pilihan raya yang semakin hampir, yang ternyata sebenarnya parti memerintah itu terdesak, kata Mohammad Hakim Lokman yang dikenali sebagai Bob Lokman, penulis lirik dan pelawak yang menyertai PAS.
Katanya, Umno yang menghina artis yang mahukan seni berunsurkan Islam, kerana enggan memberi permit dan ruang kepada mereka yang menjadi aktivis PAS.
"Dalam PAS, kita berdakwah. Tidak ada salahnya kita mendakwah kerana kerja ini adalah kerja yang mulia. Tak kiralah artis atau bukan, yang penting kita sama-sama menjalankan dakwah," kata Bob Lokman (gambar).
Read More / Baca Lagi >>

Raja Komando : Saman Ummi Hafilda RM10 Juta

Posted: 25 Jul 2012 04:03 AM PDT


KLANG 25 JULAI : Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid kini dalam proses menyaman agen Umno-BN, Ummi Hafilda Ali dan UmnoOnline kerana memfitnahnya.
"Proses ini akan siap dalam tempoh terdekat. Dulu Ummi mencabar saya untuk mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis ke atas beliau dan sekarang saya sudah menunaikan janji.
"Jumlahnya mungkin lebih RM10 juta. Bagaimanapun jumlah tidak penting, saya mahu membersihkan nama saya dari fitnah Ummi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan

Posted: 25 Jul 2012 04:02 AM PDT

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat Islam khususnya rakyat Kelantan memperbanyakkan doa sempena bulan Ramadan ini termasuk doa untuk royalti Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan perlu berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada pihak yang menyekat pemberian royalti Kelantan agar tidak terus melakukan kezaliman terhadap negeri ini.

"Oleh yang demikian saya minta kepada rakyat doa beramai-ramai moga kezaliman ini diangkatkan dan minta Allah memberi kefahaman kepada menteri terbabit termasuk pegawai Petronas. Kerja menyekat itu suatu dosa," ujarnya.

"Kalau boleh sebutkan nama menteri atau pegawai terbabit sewaktu sujud ketika solat," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

MB: K'jaan negeri tiada kuasa pecat bos SYABAS

Posted: 25 Jul 2012 03:58 AM PDT

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri itu hanya mampu untuk mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat dua orang pegawai tertinggi syarikat berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri tidak berkuasa untuk memecat  pengerusi eksekutif  syarikat itu Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan.

Tambahnya, beliau akan mengemukakam cadangan tersebut kepada lembaga pengarah bagi meminta supaya perkara itu dilakukan oleh lembaga berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Provokasi Jahat : Peserta Bersih 3.0 dipukul khabar angin polis mati

Posted: 25 Jul 2012 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukulnya dalam keadaan marah kerana khabar angin seorang anggotanya mati pada 28 April lalu.

Karam Singh, 50 berkata, kira-kira jam 7 petang, beliau masuk ke A&W Jalan Pudu selepas polis mengejar peserta Bersih sebelum kakitangan A&W mengunci pintunya apabila melihat situasi huru-hara di luar.
Read More / Baca Lagi >>

Exco S'gor: Lot pejabat dibeli zaman k'jaan BN...kantoi lagi MCA..!!!

Posted: 25 Jul 2012 03:54 AM PDT

NONEExco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata lot pejabat di Menara Pandan yang didakwa telah dibeli oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan kos RM1.89 juta sebenarnya dibeli semasa pentadbiran BN.

Katanya, ketua biro profesional muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan seperti itu.

"Orang yang membuat dakwaan ini tidak membuat semakan terlebih dahulu mengenai jual beli ini kerana perjanjian telah dibuat pada 12 Januari 2006 di mana, semasa itu Selangor di bawah kerajaan BN," kata Teresa dalam sidang media selepas mesyuara Exco di Shah Alam petang ini.

Chua semalam mendakwa, kerajaan Selangor membeli unit pejabat tersebut dari syarikat pemaju perumahan Talam Corporation Sdn Bhd (kini Trinity Corporation) dengan membuat bayaran lebihan sebanyak RM 1.9 juta berbanding harga rizab lelong.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz tetap pertahan laksana Hudud

Posted: 25 Jul 2012 03:52 AM PDT


Nik Aziz KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.
  
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.
  
Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
  
"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
  
Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.
Read More / Baca Lagi >>

JK Pemantau: 'SYABAS beroperasi di bawah keupayaan'

Posted: 25 Jul 2012 03:51 AM PDT

Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS 'beroperasi di bawah keupayaan', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian "agar rakyat tahu kedudukan sebenar".

Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Kerajaan BN bertanggungjawab atas kecederaan mata Asrul Wadi

Posted: 25 Jul 2012 02:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu  bertanggungjawab terhadap keganasan perhimpunan aman BERSIH 3.0 yang telah mengakibatkan Asrul Wadi Ahmad, 27, buta sebelah mata akibat ditembak dengan gas pemedih mata polis.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul yang juga seorang jurutera mekanikal.
"Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan mata kanannya hanya 15 peratus. Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari," katanya.
Menurutnya, Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga hospital kerajaan ttapi   malangnya diberitahu bahawa kecederaan yang dialami pada mata kanannya adalah serius malah penglihatannya tidak dapat dipulihkan semula melalui prosedur perubatan.
Read More / Baca Lagi >>

Air hak negeri Selangor, bukan milik kroni UMNO-BN

Posted: 25 Jul 2012 02:39 AM PDT

Oleh Hafiz Zainuddin

Di sebalik kemelut kerajaan negeri Selangor dan syarikat air swasta SYABAS, satu perkara yang harus lihat kembali ialah pokok pangkal  tujuan pengambilalihan pengurusan air di negeri tersebut, iaitu:
* Untuk mengekalkan tarif air yang rendah;
* Memberi perkhidmatan yang lebih cekap serta berkesan; dan
* Meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.
Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil alih SYABAS secara penuh, rakyat negeri Selangor bakal berhadapan dengan kenaikan tarif air yang membebankan dan perkhidmatan yang kurang memuaskan.
Untuk mencapai maksud tersebut, kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan untuk mengambil alih SYABAS dan melakukan rombakan terhadap pengurusan kanan SYABAS. Tindakan itu adalah selari berdasarkan Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
Perkhidmatan SYABAS tidak memuaskan?
SYABAS tidak mampu menguruskan operasi rawatan dan pengedaran air seperti yang tertakluk di dalam perjanjian konsensi antara SYABAS dan Kerajaan Negeri. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah SYABAS tidak dapat menyediakan air terawat yang mencukupi dan gagal mengurangkan jumlah air yang tidak membawa hasil (NRW–non revenue water).
Read More / Baca Lagi >>

“Cakap-cakap belakang” wartawan mengenai UMNO.....

Posted: 25 Jul 2012 02:37 AM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang.
Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat.
Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang.
Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya.
Read More / Baca Lagi >>

MB: Operasi SYABAS bawah keupayaan sebenar

Posted: 25 Jul 2012 02:33 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) beroperasi di bawah keupayaan sebenarnya apabila hanya mengagihkan sebanyak 4,371 juta liter air sehari pada masa ini.
Sedangkan, pemegang konsesi air itu mampu mengeluarkan sebanyak 4,807 juta liter air sehari melalui kesemua 34 lojinya di negeri itu, katanya.
"Kekurangan agihan SYABAS ini bermaksud SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar," kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor di Shah Alam.

Mengulas dakwaan oleh kerajaan persekutuan bahawa jumlah rizab simpanan air Selangor pada kadar 2 peratus, Khalid berkata fakta tersebut tidak tepat.

Katanya, rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa kini ialah sebanyak 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus.