Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - Masalah pelupusan sampah dan sisa pepejal di negeri ini akan diselesaikan tidak lama lagi menggunakan teknologi moden dari Taiwan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) memeterai perjanjian usaha sama dengan Syarikat SS Microbial Sdn Bhd bagi mewujudkan pusat pelupusan sampah dan sisa pepejal itu.

"Saya harap impian saya selama 20 tahun untuk menyelesaikan masalah sampah di negeri ini akan selesai apabila terlaksananya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu hari ini.