Isnin, 9 Julai 2012

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Sekampit beras, sepeket kopi....

Posted: 09 Jul 2012 07:53 PM PDT


Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan MBI menganjurkan kempen sedekah kepada yang memerlukan (dalam kariah MBI dan sekitarnya) sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

Tuan-tuan yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi Saudara Anas, Ketua Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan MBI (013-2046106) atau Saudara Izzudin, Bendahari MBI (019-3557787).


Temui Dinsman dan Pyan Habib Dewan Ampang Indah

Posted: 09 Jul 2012 07:09 PM PDT


Bicara Hadith Dari Teater Anjuran PAS Cawangan Bukit Indah pada 14 Julai, 2012 @ 9.30 malam.



Laaaaa....Aku ingat video Anwar tibai kambing..??

Posted: 09 Jul 2012 01:43 AM PDT


 Zamil cabar Anwar jawab video kutuk DAP, PAS

July 09, 2012
PETALING JAYA, 9 Julai — Presiden Parti KITA yang belum disahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Zamil Ibrahim, hari ini mencabar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sebuah video yang didakwa mengkritik PAS dan DAP secara terbuka dalam satu mesyuarat di Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang.
Video 5 minit 20 saat yang bertarikh 9 Januari 2008 itu didakwa Zamil memperlihatkan bagaimana Anwar mempertikaikan kewibawaan PAS dalam kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
Zamil membacakan teks yang dikatakan dialog Anwar dalam video tersebut — dimana Anwar mengatakan PAS adalah "parti kampong", oleh itu orang Cina dan India tidak mahu mengundi PAS,  jadi tidak punya sebab untuk takut dengan tuntutan kerusi dari PAS.
MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: