Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


PRU 13 : DAP tanding 90 kerusi Parlimen? - Betoi ker DSAI? Tolong cerita mai sat ....

Posted: 08 Jul 2012 10:55 PM PDT

KUALA LUMPUR - DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.
Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.
Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.
Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang 'diturunkan pangkat' berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.
Bagi DAP, ia penambahan 43 kerusi berbanding 2008 sekali gus, meletakkan parti itu dalam kedudukan terbaik dan selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin parti mereka jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya melantik Anwar.
"Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.
"Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa suarapakatanrakyat.com.
Pada pilihan raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi.
Sementara itu, mykmu.net pula berkata, jika pun pembangkang gagal menawan Putrajaya, DAP akan sentiasa berada tiga hingga empat langkah ke depan berbanding PKR dan Pas dalam menentukan hala tuju pakatan, sehingga parti itu layak digelar 'abang besar' selepas ini.
Lebih memburukkan keadaan dakwa blog itu lagi, daripada 66 kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, sehingga kini hanya 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' dan keadaan berkenaan memberi kelebihan tambahan kepada DAP kerana rata-rata calon PKR bukan Melayu.
"Andai kata kuota pembahagian ini kekal dan dengan mengambil kira sokongan masyarakat Cina kepada DAP serta perpecahan undi Melayu, parti itu akan memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih besar. Makanya, Pas kekal sebagai balaci dan PKR akan jadi pendokong kuat DAP.
"Ditambah dengan sokongan wakil rakyat PKR yang bukan Melayu, bakal Perdana Menteri bukan Anwar tetapi pemimpin DAP itu sendiri dan kalau pun Anwar dilantik demi untuk menjaga perasaan orang Melayu, ia sekadar boneka seperti mana di Perak sebelum ini," dakwa blog itu lagi.
-Utusan


PESANAN MS : Jangan percaya artikel Utusan Meloya ni 100%. Dan lagi adalah dipercayai suarapakatanrakyat.com adalah blog pencacai sebelah sana. Baca boleh, percaya jangan. Ingat, ini adalah salah satu strategi mereka untuk melemahkan kita.

Laaa... ada lagi rupanya Hassan Ali ni? ... nak ajak debat pula tu . hahahaha

Posted: 08 Jul 2012 07:50 PM PDT

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu. 

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik. 



"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya - Malaaysiakini

TERKINI : 100 ahli Umno dan SAPP Parlimen Kinabatangan sertai KEADILAN ... Depa dah meluat dengan Bung Mokhtar

Posted: 08 Jul 2012 09:02 AM PDT


Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.

Semua borang penyertaan itu katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.

"Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.

Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

[Video] - Mahathir adalah orang paling takut saya jadi PM : DSAI @ Rawang 06072012

Posted: 08 Jul 2012 07:19 AM PDT

Umno upah guru-guru siswazah dengar ceramah dengan 2 keping wang kertas RM5 ....

Posted: 08 Jul 2012 02:03 AM PDT

Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA KAMAL ATATURK?

Posted: 08 Jul 2012 01:40 PM PDT



0
0
 
 
Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

 
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau 'berjaya' meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
  •  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik….

Wallahu'alam

Sumber: www.blogammar.com



RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Kita Mahu Beritahu Najib & UMNO, Enough Is Enough, Rakyat Mahu Ubah & Merdeka

Posted: 08 Jul 2012 02:32 PM PDT

Tindakan Adun Kemelah perlu dipertahankan: Maszlee

Posted: 08 Jul 2012 02:26 PM PDT


Maszlee: Tindakan Adun Kemelah perlu dipertahankan JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diminta bersuara dan menyatakan pendiriannya berhubung cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini, selaku pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, Abdul Ghani juga perlu mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang dibidas Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berikutan cadangannya mengenai pelaksanaan hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 3

Posted: 08 Jul 2012 01:58 PM PDT

Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 2

Posted: 08 Jul 2012 01:58 PM PDT

Soi Lek vs Guan Eng debate Round 2 - Part 1

Posted: 08 Jul 2012 01:57 PM PDT

Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang

Posted: 08 Jul 2012 01:56 PM PDT



Amanah tawar anjur debat antara kerajaan Terengganu dan Pembangkang KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu hari ini menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan.
  
Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.
  
"Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini," katanya pada sidang media di sini.
  
Beliau berkata Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak hudud seperti pertikai al-Quran

Posted: 08 Jul 2012 01:47 PM PDT

Petikan Sinar Harian

Tolak hudud seperti pertikai al-Quran JOHOR BAHRU - Hukum hudud perlu diterima semua umat Islam dan menolaknya boleh dianggap sama seperti mempertikaikan al-Quran kerana hukum berkenaan telah disebut di dalam kitab itu.

Pendakwah, Dr Mohd Sukki Othman berkata, perbincangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini perlu diadakan bagi membentuk kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat khususnya golongan bukan Islam.

"Hudud adalah sesuatu yang disebut dalam al-Quran dan kalau kita cakap ia tidak sesuai, maknanya kita telah menafikan kesahihan kitab itu.

Read More / Baca Lagi >>

Biar tarikh PRU13 lunak

Posted: 08 Jul 2012 01:44 PM PDT

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Euro 2012 sudah selesai, Olimpik menunggu dan rakyat Malaysia menanti PRU13 – selepas hari raya puasa atau selepas bajet 28 September ini? Bila pun pengundi sanggup menunggu bagi menunaikan kewajipan mereka.

Jendela bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak makin sempit dalam kalendar semasa tetapi tempoh pentadbiran Najib hanya tamat awal Jun 2013, bukan seperti disangka ramai, 10 bulan lagi.
Dalam sejarah pilihan raya umum kita, tidak pernah berlaku kerajaan penuhi tempoh lima tahun kecuali 1969 kerana Peristiwa 13 Mei pilihan raya hanya diadakan Ogos 1974, pilihan raya umum Tun Razak pertama sebagai Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah ‘anti-Islam’ disanggah dengan himpunan hijau

Posted: 08 Jul 2012 01:43 PM PDT

Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa
DI ALOR SETAR pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau.


Sesiapa yang hadifr dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya. Kegilaan hijau
Read More / Baca Lagi >>

Umno-BN cemas, ciplak pendekatan Pakatan

Posted: 08 Jul 2012 01:42 PM PDT

SAIDAH HAIRAN
Umno-BN semakin cemas. Takut dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum. Takut untuk menghadapi saat-saat kekalahan. Umno-BN merupakan parti yang tidak pernah tewas pada pilihan raya di peringkat Pusat.

Pengakuan Jabatan Audit Negara berkenaan ketelusan dan kecekapan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menambahkan ketakutannya. Sokongan bekas pegawai kanan kerajaan, golongan artis dan ahli sukan yang menganggotai PAS terus memberi tekanan kepada Umno. Mereka mengintai di mana kelebihan dan keistimewaan PAS.
Rasa cemas dan takut teramat sangat itu menyebabkan pimpinan nombor satu negara menebalkan muka mencipkal corak pentadbiran Pakatan Rakyat. Kelantan yang diuar-uarkan sebagai negeri paling miskin turut menjadi model Umno-BN untuk memikat rakyat.
Cuti hari kerja dua hari iaitu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan kerajaan Pusat sekarang, sebenarnya meniru kerajaan Kelantan. Sebelum itu, kerajaan Pusat hanya memberi cuti Ahad.
Manakala Sabtu merupakan hari bekerja sehingga tengah hari. Pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dilaksanakan oleh Umno-BN pada asalnya telah diperkenalkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cuti isteri bersalin selama tiga bulan turut ditiru oleh kerajaan Pusat.
Inilah hebatnya jika pembangkang kuat, rakyat yang untung. Semua yang dilaksanakan di Kelantan adalah untuk manfaat rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa dengan Mahathirisme?

Posted: 08 Jul 2012 01:41 PM PDT

Oleh Mazir Ibrahim
Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali.

Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir.
Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil.
Kelahiran budaya kroni
Read More / Baca Lagi >>

Mahu jadi PM mesti bersih daripada masalah moral - Najib berani cakap...???

Posted: 08 Jul 2012 01:25 PM PDT


BANGI - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mana-mana pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral dan bukan dihambat dengan pelbagai skandal yang belum terjawab.
Kata Perdana Menteri, pemimpin yang tiada kekuatan moral tidak layak memimpin Malaysia kerana individu seperti itu hanya pandai menuduh orang lain sedangkan beliau sendiri tidak sunyi daripada pelbagai skandal.
- UTUSAN

Presiden Mesir arah batal gantung Parlimen

Posted: 08 Jul 2012 01:22 PM PDT


Mohammed Mursi KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi telah mengeluarkan perintah agar Parlimen, yang digantung oleh majlis tentera ekoran keputusan mahkamah bulan lalu, bersidang semula.
Perkembangan itu juga dilihat sebagai permulaan kepada pertembungan antara kuasa presiden dan majlis tentera yang memerintah Mesir secara sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.
"Keputusan ini (yang diumumkan semalam) akan berhadapan dengan bantahan daripada pakar-pakar perundangan perlembagaan dan ia kemungkinan ujian pertama ke atas hubungan antara Mohammed dan Majlis Agung Angkatan Tentera sejak Mohammed menjadi presiden," kata Aly Hassan, seorang konsultan kehakiman Kementerian Kehakiman Mesir.
Read More / Baca Lagi >>

Durian runtuh sebelum FGVH, apa kaitan sokongan?

Posted: 08 Jul 2012 12:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar memperli para peneroka Felda yang mengambil durian runtuh kerana habuan yang diberikan itu tidak tahu dari mana puncanya.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat,  Razman Zakaria (gambar), pemberian durian runtuh sebanyak RM15,000 diberikan kepada peneroka sebelum penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia berlaku.

Oleh yang demikian, katanya semua peneroka berhak mendapat durian runtuh itu tidak kira sama ada mereka yang menentang penyenaraian FGVH atau mereka yang menyokong.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul

Posted: 08 Jul 2012 12:45 PM PDT


Anwar: Senjata Umno dan BN makin tumpul
Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.
 
BAYAN BARU - Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Read More / Baca Lagi >>

Perang mulut Soi Lek-Guan Eng dalam debat kedua

Posted: 08 Jul 2012 12:43 PM PDT

PETALING JAYA, 8 Julai – Ibarat dalam satu peperangan hebat apabila seteru politik Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua hari ini, dimana kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain mengenai kegagalan polisi parti masing-masing.
Dr. Chua menemplak Guan Eng dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi pemimpinnya hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
"Kenapa tidak kamu bertanding dikerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti mono-etnik," kata beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis

Posted: 08 Jul 2012 12:35 PM PDT


KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau.

Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu.

Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu.

Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting
Read More / Baca Lagi >>

Utusan: Chew nafi Guan Eng ada hubungan sulit

Posted: 08 Jul 2012 12:34 PM PDT

NONEIsteri kepada ketua menteri Pulau Pinang, Betty Chew menafikan bahawa suaminya itu, Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar tersebut memetik kenyataan Chewdi Pulau Pinang, yang antara lainnya turut menafikan bahawa beliau pernah menyerang wanita tersebut.

"Suami saya tidak ada hubungan sulit dengan bekas stafnya dan saya juga tidak pernah menyerang wanita itu atau orang lain berkenaan hal ini.

"Jika benar, kenapa sehingga hari ini MCA tidak mengemukakan bukti yang saya pernah menyerang sesiapa," katanya seperti dipetik dalam akhbar edisi hujung minggu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA

Posted: 08 Jul 2012 12:33 PM PDT

PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini.
Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sekalipun pernah berada di pentas 'glamour', mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT