Ahad, 8 Julai 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 : DAP tanding 90 kerusi Parlimen? - Betoi ker DSAI? Tolong cerita mai sat ....

Posted: 08 Jul 2012 10:55 PM PDT

KUALA LUMPUR - DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.
Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.
Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.
Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang 'diturunkan pangkat' berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.
Bagi DAP, ia penambahan 43 kerusi berbanding 2008 sekali gus, meletakkan parti itu dalam kedudukan terbaik dan selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin parti mereka jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya melantik Anwar.
"Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.
"Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa suarapakatanrakyat.com.
Pada pilihan raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi.
Sementara itu, mykmu.net pula berkata, jika pun pembangkang gagal menawan Putrajaya, DAP akan sentiasa berada tiga hingga empat langkah ke depan berbanding PKR dan Pas dalam menentukan hala tuju pakatan, sehingga parti itu layak digelar 'abang besar' selepas ini.
Lebih memburukkan keadaan dakwa blog itu lagi, daripada 66 kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, sehingga kini hanya 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' dan keadaan berkenaan memberi kelebihan tambahan kepada DAP kerana rata-rata calon PKR bukan Melayu.
"Andai kata kuota pembahagian ini kekal dan dengan mengambil kira sokongan masyarakat Cina kepada DAP serta perpecahan undi Melayu, parti itu akan memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih besar. Makanya, Pas kekal sebagai balaci dan PKR akan jadi pendokong kuat DAP.
"Ditambah dengan sokongan wakil rakyat PKR yang bukan Melayu, bakal Perdana Menteri bukan Anwar tetapi pemimpin DAP itu sendiri dan kalau pun Anwar dilantik demi untuk menjaga perasaan orang Melayu, ia sekadar boneka seperti mana di Perak sebelum ini," dakwa blog itu lagi.
-Utusan


PESANAN MS : Jangan percaya artikel Utusan Meloya ni 100%. Dan lagi adalah dipercayai suarapakatanrakyat.com adalah blog pencacai sebelah sana. Baca boleh, percaya jangan. Ingat, ini adalah salah satu strategi mereka untuk melemahkan kita.

Laaa... ada lagi rupanya Hassan Ali ni? ... nak ajak debat pula tu . hahahaha

Posted: 08 Jul 2012 07:50 PM PDT

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu. 

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik. 



"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya - Malaaysiakini

TERKINI : 100 ahli Umno dan SAPP Parlimen Kinabatangan sertai KEADILAN ... Depa dah meluat dengan Bung Mokhtar

Posted: 08 Jul 2012 09:02 AM PDT


Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.

Semua borang penyertaan itu katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.

"Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.

Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

[Video] - Mahathir adalah orang paling takut saya jadi PM : DSAI @ Rawang 06072012

Posted: 08 Jul 2012 07:19 AM PDT

Umno upah guru-guru siswazah dengar ceramah dengan 2 keping wang kertas RM5 ....

Posted: 08 Jul 2012 02:03 AM PDT

Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

Tiada ulasan: