MIMPI SENJA |
| Posted: 25 Jun 2012 10:42 PM PDT KOTA KINABALU: Seorang bomoh berusia 44 tahun ditahan oleh pihak polis kerana didakwa membunuh anak lelakinya yang mengalami sakit mental di Beluran, Sabah. Menurut laporan, bomoh tersebut dikatakan telah mencungkil mata anak lelakinya yang berumur 24 tahun dan memukul mukanya dengan penyapu selepas dia dikatakan tersilap menyangkakan ia seekor haiwan. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Supritendan, Shivanathan Velautham pada Selasa berkata mereka telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada pukul 8 malam Ahad dan kejadian tersebut hanya berlaku keesokan harinya. |
| Posted: 25 Jun 2012 05:31 AM PDT Projek naik taraf LRT Ampang dibuat tanpa tender terbuka 25 Jun 2012 PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa wujud campur tangan pihak atasan Kerajaan Pusat dalam menganugerakan projek tambahan LRT Aliran Ampang, yang bernilai RM960 juta, kepada sebuah syarikat secara terus tanpa tender terbuka, akhir tahun lalu. Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berhubung perkara berkenaan. Rafizi berkata, beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh satu akhbar tempatan dan mendapat maklumat mengenai Perdana Menteri telah campur tangan dalam pengurniaan kontrak projek itu. "Sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. Rafizi mendakwa perkembangan itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana ia bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan sebelum ini. Katanya, PKR boleh mendedahkan yang syarikat dianugerahkan bukanlah konsortium yang terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. "Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik," katanya lagi. "Saya betul-betul menasihatkan Najib supaya tangani isu ini dengan baik demi menjaga imej pentadbirannya," kata Rafizi. - sinar |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





KUALA LUMPUR, June 25 – A senior Umno backbencher accused the Najib administration today of favouring Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary in government procurement, saying the logistics tycoon is "like a king."
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah. Kerana itu Perdana Menteri (gambar kanan) tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis. Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan. Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya.
Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu "wayang" politik kerana beliau ke sana ke mari menjaja "1Malaysia", tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti PERKASA, PEKIDA dan lain-lain. Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah. Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut.
KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.