turki
Unit pengawal pantai Turki menyertai operasi mencari dua juruterbang dan pesawat yang ditembak jatuh oleh Syria. - Foto EPA/guardian
 
ISTANBUL - Sekumpulan anggota tentera Syria termasuk pegawai-pegawai kanan, antaranya mereka yang berpangkat jeneral berpaling tadah ke Turki.
Perkembangan itu muncul ketika hubungan diplomatik Syria dan Turki berhadapan dengan ketegangan selepas Damsyik didakwa menembak jatuh jet tentera Jumaat lalu.
Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa 33 askar termasuk seorang jeneral dan dua kolonel menyeberang sempadan Syria-Turki malam tadi dan tiba di bumi Turki awal hari ini.
Mereka sebahagian daripada 224 orang yang meninggalkan Syria.