dollah yankee |
Rafizi isytihar perang ke-atas Najib Posted: 25 Jun 2012 05:00 PM PDT dollah yankee - Minggu ini giliran Rafizi sebagai personaliti politik yang mendapat fokus dalam semua berita-berita politik. Akibat sudah tidak boleh tahan dengan jentera-jentera dan pecacai-pecacai umno/BN yang telah berjaya memutarbelitkan cerita dan berita tentang dia yang telah berhenti kerja sebagai 'tink-tank' kerajaan pakatan rakyat negeri selangor, Rafizi hari ini telah meng-isytiharkan perang dengan Haji Najib Razak Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project"). KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN. Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Mohd Rafizi Ramli |
Serang Anwar: Umi Hafilda amat kesal Posted: 25 Jun 2012 05:30 AM PDT dollah yankee - Umi Hafilda cukup terkilan dan kecewa dengan sikap kebanyakan Pak-Pak Menteri dan Ketua-Ketua umno yang lain kerana asyik makan gaji buta di-mana dalam tugas untuk kes 'serang Anwar',dia kata yang hanya dia seorang saja yang bekerja keras untuk jatuhkan Anwar manakala mereka yang lain-lain semua sedang tidurrr !!! Dia berkata demikian semasa di temu ramah 'paper' milik umno utusan, selepas memberikan ceramah politik di satu kampong semalam.Dari segi lain pula,bila di-amati betul-betul ayat-ayat umi ini jelas menunjukan yang umno/BN sedang kritikal dan hanya dengan 'bring Anwar down' sahaja yang boleh menyelamatkan mereka. Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, ."Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar." "Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak sama-sama turun ke-padang untuk kita menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan