Selasa, 19 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA

Posted: 19 Jun 2012 01:39 PM PDT


  

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.  Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.  Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing.
 
Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan.  Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita.
 
Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan masuk neraka.  Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka".  Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata sedemikian.
 
Apa yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa.  Apabila disebut pahala, Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah menjanjikan Neraka.  Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum memperjuangkan Islam.  Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga kiamat.  
 
Mengapa begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam.  Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke Neraka?  Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah mengharamkan minum arak.  Jika kita minum arak juga, adakah Allah letakkan kita ke Syurga? 

Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu.  Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.  Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin.  PAS tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah, malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya.  
 
Apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah.  Sebaliknya, jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka, maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang sepatutnya mereka terima.  Ertikata lain, pemberian wang atau projek atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka, maka ianya bukan perbuatan rasuah.  Susah sangatkah Muhyiddin mahu menafsirkan erti rasuah ini?

Kata Muhyiddin lagi, Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis.  Hujah bengap dari Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo.  Muhyiddin patut sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan negara ini bankrap?  Penurunan harga minyak?  Kemudahan wifi percuma?  Penghapusan Tol?  Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut menampakkan lagi kebebalannya.  Semua hujah Muhyiddin tersebut telah dijawab awal lagi oleh DS Anwar.  Sebab itulah DS Anwar berkali-kali mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga.  
 
Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan.  Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan.  Tidak ada negara yang dasarnya membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap.  Apa yang selalu kita lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan baik, telus dan amanah. Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.  Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor, usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1 Bilion.  Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam membicarakan soal ekonomi.
 
Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah.  Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini.  Adakah kita semakin senang atau susah?  Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15, 000 buat Peneroka Felda?  Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru mereka mahu menghulur sebanyak itu.  Sudah berapa banyak wang rakyat lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini?  
 
Keduanya, jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal ekonomi negara.  Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar?  Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan menyeleweng?  Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam perdebatan.  Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan Rakyat.  Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan menolak Umno.  Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan Muhyiddin.
 
Sehubungan itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang lalu.  Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn. Maka, tiada sebab untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh rasuah ini untuk terus berkuasa./wfauzdin.blogspot.com 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi

Posted: 19 Jun 2012 07:59 PM PDT

Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi

SEOUL, 20JUN 2012: Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.
Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.

Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.

Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.
Sesi fotografi berkenaan dilaksankan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.

Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.

Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.

Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.
 -
Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi! - murai

Lembu tak boleh tinggal di kondo lagi - 'One Menerung' disita

Posted: 19 Jun 2012 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.
Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.
Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya.
"Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya.
Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001.
Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.
Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009. – Bernama

DSAI menang kes saman Nallakaruppan

Posted: 19 Jun 2012 04:52 AM PDT

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.


Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.



Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.



Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. 

Janda dakwa disihir bapa saudara jadi hamba seks

Posted: 19 Jun 2012 01:00 AM PDT

ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan.
CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi 'hamba seks' bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai 'menakluk' wanita itu dengan ilmu hitam.

Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya.
"Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun," katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS

Posted: 19 Jun 2012 12:30 AM PDT





Isu mazhab Syiah dan pertambahan pengikutnya di Malaysia timbul kembali dipercayai ada kaitan dengan hubungan Iran dan Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.



Katanya, tekanan terhadap pengikut mazhab itu berpunca daripada rasa tidak senang AS terhadap kerajaan Iran yang majoritinya penduduknya adalah Syiah sehingga membawa kepada tekanan terhadap mereka di seluruh dunia.



"Dahulu (waktu pemerintahan) Shah Iran, Syiah tiada masalah pun.



"Dulu Iran baik dengan Amerika tak timbul pun cerita ini. Sekarang mungkin sebab Iran dah tak baik dengan Amerika maka cerita ini timbul semula," kata Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.



Timbalan presiden parti Islam itu mengulas liputan khas lima muka surat akhbar Sinar Harian semalam berkenaan perkembangan mazhab itu di Malaysia mutakhir ini.



Syiah pernah dikategorikan sebagai sesat namun kini ia dibenar untuk diamalkan di Malaysia tetapi tidak dibenar untuk disebarkan.



Walaupun bukan berasal dari Iran, majoriti penduduk negara itu adalah pengikut Syiah.



Pada masa sama, dasar luar Iran menolak campurtangan luar dalam hal-ehwal serantau dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali Israel, dan Amerika Syarikat sejak kejatuhan pemerintahan Shah Iran.



Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting pun untuk dibahaskan.



"Saya pun tak tahu kenapa artikel ini timbul semula. Benda ini bukan perkara baru," katanya.



Beliau turut membidas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya dalam akhbar sama yang menyifatkan Syiah sebagai "agama politik".



"(Fathul Bari) Umno dengan PAS pun dia tak boleh nak bezakan jadi buat apa dia nak bincang (agama politik).



"Yang penting fokus perjuangan menegakkan keadilan," katanya.



RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pas gesa warga Felda tolak BN

Posted: 19 Jun 2012 07:53 PM PDT



Datuk Seri Abdul Hadi Awang SHAH ALAM - Pas meminta rakyat, khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa  Saham.
Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.
"Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara.
"Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan," katanya, semalam.

Polis berkawal di AGM KPF, Isa tak hadir

Posted: 19 Jun 2012 07:40 PM PDT

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.

Pihak urusetia mesyuarat mengesahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak akan hadir ke mesyuarat kali ini.

Lost and going downhill?

Posted: 19 Jun 2012 07:30 PM PDT

If not for any other reason, BN should be rejected due to its election date game.

Again there are rumours that Prime Minister Najib Tun Razak may dissolve Parliament this month, to be precise on June 22, in order for the 13th general election to be held in July.
There are several reasons why he may want to hold the polls next month:
  • Before he gets any bad news from Europe;
  • Before the Malaysian economy takes a downturn due to the global economic climate;
  • Before anymore financial scandals are revealed by the Auditor-General's Report to be presented at the next Parliament sitting; and
  • To consolidate his position before the hostile internal forces in Barisan Nasional closes in on him.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 3.0: Pakatan mahu suruhanjaya bebas siasat

Posted: 19 Jun 2012 07:25 PM PDT


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mahu satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat pihak yang mencetuskan provokasi ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Katanya, sebuah suruhanjaya siasatan diraja wajar ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar mengapa kekecohanan berlaku pada perhimpunan di ibu negara.

Beliau juga berkeras menolak bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi suruhanjaya tersebut jika ia dibentuk, sebaliknya mengesyorkan boleh diketuai oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia enggan mulakan siasatan Scorpenes walaupun terdapat bukti khianat

Posted: 19 Jun 2012 07:22 PM PDT

" Menteri pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi adalah yang terbaru menyertai " mod penafian BN " seperti yang lain, enggan memulakan siasatan ke atas dakwaan ada bukti telah berlaku penjualan rahsia tentera laut kepada DCNS, pembuat senjata Perancis yang berkait rapat dengan pembelian kontroversi Perdana Menteri Najib Razak untuk 2 unit kapal selam Scorpene.

"Tidak ada bukti untuk menunjukkan perkara seperti ini berlaku. Saya memberi jaminan bahawa kita akan menyiasat dengan teliti jika ada bukti kerana ini melibatkan keselamatan negara," Zahid telah dilaporkan berkata demikian oleh Berita Harian akhbar, media yang dikawal oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yakin penafian terbaru daripada kerajaan BN Najib. Malah, keengganan BN untuk membawa menjalankan siasatan terbuka ke atas dakwaan bahawa Najib dan Umno telah mengambil sogokan haram sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM570 juta memaksa NGO negara yang terkenal, SUARAM, untuk memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Perancis
Read More / Baca Lagi >>

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya

Posted: 19 Jun 2012 07:19 PM PDT



SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

'Demokrasi di Malaysia perlu disuburkan'

Posted: 19 Jun 2012 07:07 PM PDT


Debat Sinar SHAH ALAM – Debat Sinar Harian, Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi melahirkan kesimpulan senada antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
bahawa demokrasi di negara ini perlu disuburkan.
Apa yang menarik, keduanya bersetuju demonstrasi jalanan adalah instrumen terpenting dalam pergerakan demokrasi namun bercanggah sama ada masih perlu had, kewajaran dan kemunasabahan untuk diadakan.
Saifuddin juga Ahli Parlimen Temerloh bertegas beliau tidak memusuhi pihak yang mengadakan demonstrasi, namun pendekatan itu tetap mengundang risiko terutama kepada masyarakat umum jika tidak dilakukan secara tertib.
Read More / Baca Lagi >>

Umno - Kedai Kopi Yang Tidak Laku !

Posted: 19 Jun 2012 07:05 PM PDT

Oleh Musli Oli
Parti UMNO saya ibaratkan sebuah  kedai kopi yang satu ketika dulu menarik ramai pelanggan. Kopinya sedap. Nasi lemaknya enak. Tentu sekali harganya juga berpatutan kerana tuan punya kedai orang yang berjiwa besar. Tidak tamak atau mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang sebangsa dan seagama.

Tahun demi tahun. Pemilik kedai silih berganti. Dari bapa kepada anak. Daripada ipar kepada biras. Lama kelamaan sikap tamak mula menguasai diri. Keuntungan yang diperolehi hasil dari kedai kopi tidak digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan dan meningkatkan kualiti makanan.  Read More / Baca Lagi >>

Nizar – a pawn in Umno’s monarchy ties

Posted: 19 Jun 2012 07:05 PM PDT

In 1993 it was Umno which mobilised the whole nation into a frenzy demanding to do a King Philip and Marie Antoinette thing on the Malay monarchy.

The bedrock of democracy is of course liberal ideas and principles of freedom within legal and constitutional libraries.
But this is not what Umno wants. Umno wants unfettered concentration of power so that it can do as it pleases – plunder and pillage and bully the people.
The Nizar Jamaluddin (former Perak menteri besar) episode has served to widen the rift between the people and Umno.
Three years ago when Prime Minister Najib Tun Razak pompously proclaimed that the age of big government was over, he was only doing a publicity stunt.
That was said only to get absolute support from the people by making them believe that his government believes in liberalism.
But what Najib actually wanted was the concentration of power promoted under the disguise of liberal principles.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan tawar permit teksi, bukan sekadar 4 tayar – Anwar

Posted: 19 Jun 2012 07:03 PM PDT

SABAK BERNAM 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.
"Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat.  Insya-Allah," kata Ketua Pembangkang itu.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini, Anwar menyifatkan sogokan  itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.
"Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.
"Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?
"Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu," sindirnya dan disambut sorakan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr M

Posted: 19 Jun 2012 07:01 PM PDT

SHAH ALAM, 19 JUN: Budaya rasuah di negara ini menjadi semakin buruk apabila pentadbiran negara diambil alih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun.
"Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat.
"Masuk penggal kedua pula dia mula 'bersih, cekap, amanah' untuk kroni dan keluarga dia.
"Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia," ujar Tunku Harmy yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Read More / Baca Lagi >>

Haram jadah: Adakah PM akan mohon maaf?

Posted: 19 Jun 2012 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada akan memohon maaf dan menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dihamburkannya dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8, Jerantut pada 8 Mei lalu.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lain-lain pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini adalah sebagaimana di bawah.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sikap Kerajaan dalam menjalin hubungan dengan Negara-negara Timur Tengah yang baru membentuk Kerajaan selepas "Arab Spring" yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Suhakam siasat dakwaan tahanan ISA 'diseksa'

Posted: 19 Jun 2012 06:58 PM PDT

suhakam memo shaani sha'ani 170412Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengatur  pertemuan dengan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyiasat dakwaan berlakunya penyeksaan ala Guantanamo.

Ketika dihubungi semalam selepas mesyuarat suruhanjaya itu, di
mana isu tersebut telah dibincangkan, Pesuruhjayanya, Muhammad Sha'ani Abdullah (kiri) berkata Suhakam menjangka berbuat demikian dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat untuk mendapatkan bukti dan keterangan untuk tindakan susulan.
"Dakwaan ini bukan sahaja berkaitan dengan tahanan sekarang tetapi juga tahanan yang lalu... ada juga yang menulis buku mengenai tempoh tahanan awal (apabila penyeksaan itu didakwa berlaku), "katanya.Read More / Baca Lagi >>

Tujuan demo bukan mahu guling kerajaan, kata Salahuddin

Posted: 19 Jun 2012 04:26 PM PDT


Tujuan demo bukan mahu guling kerajaan, kata Salahuddin SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang bukan bertujuan mahu menggulingkan kerajaan, sebaliknya bertujuan memperkukuhkan institusi yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Sehubungan itu beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan terus menyuburkan demonstrasi sebagai salah satu cara untuk membentuk negara yang mangetengahkan suara-suara rakyat dalam memacu kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan semasa) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

Posted: 19 Jun 2012 04:25 PM PDT


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Read More / Baca Lagi >>

Moderator: 'Saifuddin dan Salahuddin winneable candidate'

Posted: 19 Jun 2012 04:24 PM PDT


Debat Sinar
Mohamad Abu Bakar mempengerusikan Debat Sinar disertai Saifuddin Abdullah (kiri) dan Salahuddin Ayub malam tadi.
 
SHAH ALAM - Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menggulung debat malam tadi dengan menyifatkan kedua-dua pendebat - Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub sebagai "winneable candidate" atau calon yang bakal menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Istilah itu diperkenalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU13.

Read More / Baca Lagi >>

The Lady : Kisah benar seorang pejuang demokrasi

Posted: 19 Jun 2012 04:24 PM PDT

Siapa tidak kenal dengan Aung San Suu Kyi, seorang pejuang demokrasi yang cukup gigih dan tabah di bumi Burma yang dikuasai oleh pemerintahan tentera.  Kisahnya bukan sahaja menjadi ikutan di Malaysia malah ia mendapat perhatian di seluruh dunia.

Kebetulannya, hari ini adalah ulang tahun kelahiran beliau yang ke-67, satu ukuran usia yang dikira sudah wajar untuk melabuhkan tirai dalam perjuangan namun itu bukan yang disangkakan kerana Suu Kyi semakin gagah merempuh ombak dan badai.

Read More / Baca Lagi >>

PR beri BN ruang demo jika menang PRU13

Posted: 19 Jun 2012 04:21 PM PDT

PR akan beri BN ruang demo jika menang PRU13
Debat Sinar yang dijayakan oleh Saifuddin Abdullah (kiri) dan Salahuddin Ayub. Ia berlangsung di Auditorium Kompleks Media Karangkraf malam tadi.
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Beliau juga berkata, PR akan menghapuskan doktrin undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepenuhnya jika mereka diberi peluang untuk menerajui negara.

"Kalau PR ambil alaih Putrjaya malam ini, kami akan hapuskan terus doktrin undang-undang dan kebebasan suara dapat diberikan kepada rakyat spenuhnya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, demonstrasi yang diadakan PR telah dicemari provokasi oleh pihak tertentu dengan pelbagai insiden yang berlaku terutamanya Bersih 3.0 April lalu.

"Perhimpunan Bersih 3.0 lalu telah dicemari provokasi pihak tertentu yang nyata pesertanya hanya membawa botol dan garam dalam perhimpunan tersebut.

"Penguat kuasa telah melepaskan gas pemedih dan gunakan cota menyebabkan perhimpunan tersebut bertukar buruk," katanya.

Sementara itu, Salahuddin turut menyatakan PR akan memberi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang betul kepada pasukan polis untuk menjaga demonstrasi yang di ketuai BN kelak katanya.

Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi - 3

Posted: 19 Jun 2012 04:20 PM PDT

Penyerahan Memorandum TANAH

Posted: 19 Jun 2012 04:12 PM PDT

Habis.. tanah kami [Part 2]

Posted: 19 Jun 2012 04:11 PM PDT

Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi' Sidang Media

Posted: 19 Jun 2012 04:10 PM PDT

KHALID SAMAD - Video Pujuk Lompat Parti Akan Diperinci

Posted: 19 Jun 2012 04:08 PM PDT

Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi - 2

Posted: 19 Jun 2012 04:03 PM PDT

Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi - 1

Posted: 19 Jun 2012 04:02 PM PDT