MIMPI SENJA |
- Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi
- Lembu tak boleh tinggal di kondo lagi - 'One Menerung' disita
- DSAI menang kes saman Nallakaruppan
- Janda dakwa disihir bapa saudara jadi hamba seks
Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi Posted: 19 Jun 2012 07:59 PM PDT SEOUL, 20JUN 2012: Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi. Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan. Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan. Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official. Sesi fotografi berkenaan dilaksankan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear. Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry. Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional. Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan. - Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi! - murai |
Lembu tak boleh tinggal di kondo lagi - 'One Menerung' disita Posted: 19 Jun 2012 05:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. "Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya. Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam. Empat aset yang disita itu ialah dua unit 'One Menerung' kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya. "Bagi memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, adalah menjadi kewajipan supaya perintah penyitaan itu disiarkan di dua akhbar utama berbahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebelum 20 Jun ini," katanya. Ramli berkata kegagalan mematuhi peruntukan itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 86 AMLATFA 2001. Pada 12 Mac lepas, Pengerusi eksekutif NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, 64, didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua unit kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail. Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009. – Bernama |
DSAI menang kes saman Nallakaruppan Posted: 19 Jun 2012 04:52 AM PDT Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta. Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini. Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya. Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah. Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany. Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga. Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik. Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah. Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan. Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya. Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi. Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. |
Janda dakwa disihir bapa saudara jadi hamba seks Posted: 19 Jun 2012 01:00 AM PDT ADU...Kamariah menceritakan kejadian menimpanya kepada wartawan. CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi 'hamba seks' bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai 'menakluk' wanita itu dengan ilmu hitam. Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta menyerahkan wang simpanannya. "Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun," katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan