Jumaat, 15 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Saya melakukan hubungan sex dengan lebih 10 lelaki" - Nur

Posted: 15 Jun 2012 08:01 PM PDT

'Saya ingin kembali ke pangkal jalan'
Nur ingin lupakan kisah silamnya dan ingin kembali ke pangkal jalan.
DUNGUN – "Saya ingin kembali ke pangkal jalan, namun siapa yang boleh membimbing saya? Semuanya hendak mengambil kesempatan, saya hanya menjadi mangsa pemuas nafsu
lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu."

Demikian rintih seorang gadis berusia awal 20an yang difahamkan dinodai lebih 10 kali oleh lelaki yang dikenali.

Dia yang hanya mahu dipanggil Nur mengaku mula terjebak setelah ibu dan bapanya yang masing-masing berasal dari Gurun, Kedah serta Dungun bercerai lebih empat tahun lalu.

Kata Nur, ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan sedang menuntut di tingkatan empat disalah sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun.

"Sejarah hitam saya bermula ketika berada di rumah ibu bersama bapa saudara.

"Saya tidak sangka bapa saudara sendiri sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap saya," katanya.

Kata Nur, sejak kejadian itu, dia trauma. Hidupnya terumbang-ambing dan tidak tahu dengan siapa hendak mengadu.

"Saya kemudian menemui lelaki yang saya anggap boleh menjadi tempat untuk bergantung, namun pujuk rayunya membuatkan saya sekali lagi terjebak ke lembah hina.

"Sejak itu saya makin berani dan liar," katanya yang berasal dari Kampung Paya Balai Besar.

Disebabkan terlalu mengikut nafsu remajanya, dia kemudiannya dibuang sekolah tanpa sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak berhenti sekolah, saya melakukan hubungan seks lebih dari sepuluh kali.

"Saya menjadi semakin liar kerana tiada siapa yang ingin membimbing saya, ibu bapa saya bercerai malah semua lelaki yang mengenali saya pula mengambil kesempatan di atas kelemahan saya," katanya selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat dengan seorang kaki dadah yang bekerja sebagai pemasang jubin di sebuah rumah dekat sini.

Akibat terlalu tertekan, Nur juga mengambil dadah jenis methampethamine dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupannya.

"Saya mahu berubah tetapi siapa yang sudi menerima dan membimbing saya yang sudah jauh terpesong ini.

"Saya tidak kuat untuk melakukannya seorang diri, saya perlukan sokongan mereka yang boleh dipercayai," katanya - SH

“Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana bosan dengan DSAI dan Azmin Ali. - Zamil

Posted: 15 Jun 2012 06:33 AM PDT

Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil.
 


Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
"Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.
"Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR," katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.
"Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN," katanya.

Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.
Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.
Ada 25 VCD lagi
Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan VCD yang didakwa Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan pakatan itu.
"Saya meminta kedua-dua pemimpin itu mendedahkan 25 VCD lagi kerana saya mengadakan banyak pertemuan dengan pemimpin dan wakil rakyat PKR.
"Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana menurutnya bosan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
"Mereka ini di depan Anwar memaki hamun BN tetapi di belakang mencium tangan pemimpin BN," kata Zamil.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan. = FMT

Debat Rakyat : Zul Nordin diserbu penduduk yang dah 'angin'

Posted: 14 Jun 2012 11:46 PM PDT

Friday, 15 June 2012 14:00 Izardy Amiruddin

E-mailPrint
alt
PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.

YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.


Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.

Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.

Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.

Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.

Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.

Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. - KL pos

Kenapa di Malaysia golongan agama yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? - Mat Sabu

Posted: 14 Jun 2012 11:33 PM PDT

Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:07PM Jun 15 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang.

Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).

ayatullah khomeini iran spiritual leader 290509 02"Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng?

"Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya.

Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor".

Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir.

NONESebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskanharam untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas). - Malaysiakini

bumiperak

bumiperak


Nizar Jamaluddin Tidak Perlu Layan Isu Plat Kereta

Posted: 15 Jun 2012 08:17 AM PDT

MSO- Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.

Apa lah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh mertabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.
  
www1
Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bangkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.

Budak kecil pun tahu
dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.

Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulut lah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.

Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.

Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Sebelum ini isu Pegawai Tinggi Tentera yang digambarkan Nizar memihak kepada kuasa politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.

Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.

Begitu juga hasrat nak jumpa sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.

Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada sultan Perak – walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS JOHOR `HANG TUAH', YB NIZAR `HANG JEBAT'?

Posted: 15 Jun 2012 10:11 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU YB Nizar ingin mengadap Tuanku Sultan Johor untuk menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam isu plet kenderaan yang beliau nyatakan di dalam twitternya, yang tidak pernah diceritakan oleh akhbar pencacai bagi saya adalah satu langkah terpuji.  Samada YB Nizar ingin memohon maaf kepada Tuanku atau tidak, itu soal lain tetapi difahamkan atas budibahasa dan adab MB Perak yang sah ini beliau telah pun memohon maaf kepada Tuanku sekiranya Tuanku tersinggung.

Baru-baru ini, kita jelas melihat Tuanku bukan sahaja tersinggung malahan dilihat murka kepada YB Nizar.  YB Nizar dikatakan dengan berbagai-bagai oleh Tuanku secara terbuka di dalam Dun Johor.  YB Nizar mungkin tidak `murka' dengan titah Tuanku sedemikian rupa kerana YB Nizar hanya rakyat biasa.  Adakah rakyat biasa juga `murka' dengan cara Tuanku itu?  Rakyat juga tidak boleh `murka' kerana `murka' hanya untuk golongan Istana.  Rakyat tetap rakyat.

PAS sepatutnya bersyukur memiliki tokoh seperti YB Nizar

Semalam, saya terbaca di dalam akhbar Sinar (15 Jun).  Pesuruhjaya PAS Johor yang bercakap atas kapisiti PAS Johor berharap agar YB Nizar bukan sahaja memohon maaf kepada Tuanku, tetapi juga memohon maaf kepada rakyat Johor.  Saya awalnya menjangkakan PAS Johor akan membela YB Nizar kerana bukan mudah untuk mencari tokoh Melayu Islam seperti YB Nizar yang sanggup di cop Penderhaka kerana bersuara atas kebenaran.  Bukankah Islam mengajar kita berkatalah walaupun pahit?  Bukankah Islam mengingatkan kita bahawa Penguasa akan rosak jika tiada rakyat atau Alim Ulamak yang berani menegur Sang Penguasa?

Apakah PAS Johor berpendirian sama seperti pemimpin Umno Johor yang mendakwa YB Nizar derhaka?  Adakah PAS Johor berpendirian bahawa YB Nizar telah melakukan kesalahan kepada rakyat Johor sehingga PAS Johor mahu YB Nizar memohon maaf?  Di mana pendirian PAS Johor?  Kita mudah faham mengapa pemimpin-pemimpin Umno menggelar YB Nizar sebagai penderhaka, tetapi sukar sungguh untuk kita memahami mengapa PAS Johor juga seolah-olah berperangai seperti mereka.

Kita faham PAS Johor sedang berhempas pulas untuk menawan beberapa kerusi di Johor dan dikatakan peluang ini amat cerah.  Tetapi apabila isu ini timbul. mungkin PAS Johor menganggap YB Nizar telah menggagalkan cita-cita mereka.  Rakyat Johor pasti menolak PAS sekiranya YB Nizar tidak memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.  Benarkah begitu?  Adakah sekiranya YB Nizar memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor, maka PAS akan mendapat sokongan rakyat Johor?  

PAS Johor silap jika berfikiran begitu.  Hakikatnya, isu ini adalah hikmah buat PAS Johor untuk menunjukkan bahawa PAS tetap konsisten memperjuangkan keadilan.  Di ulangi, "Keadilan'.  Rakyat di Johor dari semua kaum terutamanya dari kaum bukan Melayu yang semakin kuat menyokong PR dan PAS pasti akan melihat sejauh mana PAS Johor sanggup mempertahankan tokoh mereka sendiri yang berani kerana benar.  Jika tokoh seperti YB Nizar yang pernah disanjung sebagai MB terbaik dari PAS, tidak upaya PAS Johor untuk membelanya, apa jaminan rakyat marhaen dari berbagai kaum akan dibela sekiranya PAS berkuasa di Johor?

Saya amat tidak setuju dengan tindakan PAS Johor yang bukan sahaja gagal membela YB Nizar, bahkan menekannya dengan isu ini.  Isu pokoknya, adakah YB Nizar benar-benar bersalah dari segi undang-undang negara lebih-lebih lagi menyalahi hukum Islam?  Jika benar YB Nizar bersalah, PAS Johor patut mengesyorkan agar PAS Pusat mengambil tindakan terhadap YB Nizar termasuk dipecat jika perlu.  Biarlah PAS bersih dari tokoh seperti YB Nizar dan jadilah PAS seiras dengan Umno.  Buat apa ke hulu ke hilir bercerita tentang Islam, tentang Jihad, tentang keadilan dan bermacam-macam lagi sejarah Nabi dan para sahabat diceritakan, tetapi hati kecil kita sebenarnya masih mengagung-agungkan selain dari Allah.

Sebenarnya tindakan PAS Johor seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar itu menunjukkan PAS Johor tidak memperjuangkan Islam sebenar.  PAS Johor mungkin takut kehilangan undi orang-orang Melayu tetapi PAS Johor tidak sedar bahawa sekarang ini orang-orang Melayu sudah semakin sedar yang mana satu pemimpin yang jujur dan ikhlas dan yang mana satu pemimpin yang suka membodek.  PAS Johor mungkin gementar dengan perhimpunan yang dikatakan 30, 000 orang itu, tetapi PAS Johor lupa jutaan lagi manusia yang berakal akan mengadili PAS dengan isu ini.

Saya mohon PAS Johor menarik balik gesaan terhadap YB Nizar untuk memohon maaf kepada rakyat Johor.  YB Nizar sudah memohon maaf dan sanggup untuk mengadap Tuanku Sultan Johor bagi menyatakan isu sebenar dan akan memohon maaf sekali lagi kepada Tuanku Sultan, jadi jangan lah PAS Johor bertindak melampau dari itu.  Jika PAS Johor takut untuk membela YB Nizar, biarlah kami dari PAS luar Johor dan PR yang lain akan membela tokoh ini.  PAS Johor mungkin ingin menjadi Hang Tuah, YB Nizar pula mungkin dianggap sebagai Hang Jebat.  Siapa yang benar, Hang Tuah kah atau Hang Jebat?/wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Umno Mesti Terima Kekalahan Dalam Pilihanraya

Posted: 15 Jun 2012 09:24 PM PDT

SHAH ALAM, 15 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberikan jaminan peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya rakyat memilih untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Samad, permintaan ini relevan kerana sejak kebelakangan ini banyak pimpinan Umno-BN mengakui mereka akan berhadapan dengan satu pilihanraya sengit kali ini.
"Ini menunjukkan satu kesedaran bahawa suasana dalam masyarakat telah banyak berubah dan sokongan kepada Barisan Nasional telah menurun dan ada kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dimana mereka kalah dalam pilihanraya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Saya kurang selesa pindaan Akta Keterangan - Khairy

Posted: 15 Jun 2012 09:23 PM PDT

khairy jamaluddin at bn youth volunteers 2Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa 'kurang selesa' terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi bertemu pengikut Twitternya di sebuah restoran di ibu negara, Khairy berkata, pindaan akta tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Menurut Khairy, beliau sebelum ini telah membangkitkan isu tersebut
kepada peguam negara sebelum ia dipinda.

"Kita telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam negara mengenai perkara. Saya serahkan kepada kerajaan untuk mengkaji sama ada perlu atau tidak tarik balik akta tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Sang Murabbi - Ustaz Yahya Othman

Posted: 15 Jun 2012 09:19 PM PDT

PRU13 selepas Aidilfitri?

Posted: 15 Jun 2012 05:47 PM PDT


Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat 'terpaksa' dilupakan banyak pihak.

Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

Read More / Baca Lagi >>

UN says both sides escalating violence

Posted: 15 Jun 2012 05:14 PM PDT

Rebel armies fighting against Myanmar government

Posted: 15 Jun 2012 05:04 PM PDT

Komen KJ Mengenai Bahasa Kesat Oleh Blogger Pro Kerajaan

Posted: 15 Jun 2012 05:01 PM PDT

NUBE best time for increment

Posted: 15 Jun 2012 05:00 PM PDT

Parliament reporters speak out against working conditions

Posted: 15 Jun 2012 04:54 PM PDT

Haram jadah: Saman jika Najib enggan mohon maaf

Posted: 15 Jun 2012 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Saman malu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan 'haram jadah' yang ditujukan kepada beberapa peneroka Felda akan diteruskan jika beliau gagal memohon maaf secara terbuka.

Beliau diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian, atau diminta membayar gantirugi sebanyak RM10 juta setiap seorang daripada mereka, jika gagal berbuat demikian.

Sehubungan gesaan itu, peneroka terbabit bertindak menyerahkan notis saman melalui peguam yang mewakili mereka, Haris Abdullah di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Awkward weekend foray for Najib

Posted: 15 Jun 2012 04:49 PM PDT

A delayed visit by Prime Minister Najib Tun Razak to KadazanDusun and Murut heartland in Keningau, Sabah, may prove to be politically uncomfortable.

KENINGAU: The people in the interior divisions of Sabah are preparing to use the weekend visit of Prime Minister Najib Tun Razak, the third this year, as an opportunity to deliver a strong message about what they feel about his party, Umno, and his leadership style.
Najib will be in Keningau today (Saturday) to officiate at the national-level Kaamatan Festival and then he moves to nearby Tambunan in the weekend to launch the ground-breaking of a Parti Bersatu Sabah (PBS)-initiated KDM College.
In the works are plans to transport the thousands from the interior and other parts of Sabah to the town centres to give Najib a morale boost and show that support from his "fix-deposit" state is intact, ahead of the 13th general election.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Samseng : Geng samseng gempur sekolah

Posted: 15 Jun 2012 04:47 PM PDT

 SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan. 
 
KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.
Read More / Baca Lagi >>

Almarhum Ustaz Yahya: Insan suci istiqamah dalam perjuangan

Posted: 15 Jun 2012 04:35 PM PDT

Sebaik mendapat khabar dukacita menyatakan Ustaz Yahya Othman, 73 telah kembali ke Rahmatullah menjelang Maghrib semalam (14 Jun 2012), ingatan dan fikiran saya berbusa-busa dan menerawang menjamah wajah dan perwatakan sosok ulamak dan siasah ini. Seluruh ingatan dan kenangan pada detik-detik bersama dengannya juga diperah sehabisnya untuk mengenang segala tentangnya.  Saya mahu mengingati seluruh kenangan dan memeluk semua nostalgia bersamanya yang saya mulai kenali pada tahun 1978.


Allahyarham dan Anwar Ibrahim - pertemuan terakhir.
Bentuk tubuhnya yang kecil molek, warna kulit yang putih mengapas, bersih dan suci menjelma ke dalam dua buah kolam mata saya. Begitu juga patah-patah perbualan dan percakapannya yang lemah lembut, teratur dan penuh takmaninah menusuk ke dalam telinga dan melabuh di sanubari. 

Sambil mengingat dan mengamati wajah suci bersihnya, kesedihan memutar tangkai hati.  Ah, ustaz yang kukenali dan berhemah sudah tidak ada lagi. Air mata bagaikan manik terputus dari karangan, berjeruk jatuh teburai menimpa meja tulis usang di bilik hotel di Banda Aceh. Sebuah puisi yang terlahir secara spontan tidak dapat disiapkan kerana terlalu emosi dengan segala bayangan dan kenangan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Posted: 15 Jun 2012 04:35 PM PDT


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira di mana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Kampung, Perompak dan UMNO

Posted: 15 Jun 2012 11:51 AM PDT

Oleh Khalid Samad
Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pemba
ngunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, "adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta?

Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?" Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>

Kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam

Posted: 15 Jun 2012 11:49 AM PDT

Ada lebih baik di nyatakan disini kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam.Mengapa? kerana pada mereka Islam itu sama dengan lain lain agama, sedangkan Islam adalah wahyu bukan dan buah fikiran nabi Muahmmad SAW.

Jika Islam itu buah fikiran nabi Muhammad pasti ia adalah ideologi sepertimana kebanyakan fahaman hari ini.Mereka memahamkan begitu.

Sejak dahulu lagi kebanyakan kita salahfaham dengan istilah "umat Islam" dan "non muslim".Pada hal Rasulullah SAW telah menyatakan,Umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima. Manakala 72 puak lagi tak diterima, kerana tak ikut ajaran nabi.

Read More / Baca Lagi >>

Debt cut on track despite extra RM14b bill

Posted: 15 Jun 2012 11:44 AM PDT

The government claims that per capita income had increased, which means there is more revenue in the coffer.
KUALA LUMPUR: The government insists that it is on track to rein in public debt despite a bleak growth forecast which will likely force it to fork out more money.
Minister in the Prime Minister Department Idris Jala claimed per capita income had risen, which means there is more government revenue.
He said this would help offset the growing deficit amid concerns that the government's demand for an additional RM13.8 billion would add to the growing debt.
"The good news is that gross national income per capita has grown. Last year, it was RM30,700 (US$9,700), compared with US$6,700 in 2009. We are still on track for a 4.7% deficit," he told reporters here.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

Posted: 15 Jun 2012 11:41 AM PDT

"Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"

Read More / Baca Lagi >>

Bukti! Salinan dokumen mahkamah kes bakal menantu Najib

Posted: 15 Jun 2012 11:39 AM PDT

BEBERAPA hari lalu kita digemparkan dengan laporan akhbar luar negara termasuk The New York Post dan Dailymail UK, berhubung sebuah dokumen mahkamah di New York yang mendakwa bakal menantu Najib Razak terlibat dengan satu kes penipuan terhadap bapa tirinya, rujuk sini [Bakal besan Najib].

Bagaimanapun, bakal besan Najib, yang juga merupakan ibu kepada tunang anak perempuan Najib (Daniyar Nazarbayev) mendakwa laporan tersebut adalah menipu dan tidak masuk akal [TMI].


Read More / Baca Lagi >>

Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau

Posted: 15 Jun 2012 11:37 AM PDT

Orang Bijak Pandai Ramai Masuk PAS - Aishah

Kuala Terengganu: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.

Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.

"Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Nizar Jamaluddin Tidak Perlu Layan Isu Plat Kereta

Posted: 15 Jun 2012 11:29 AM PDT

Nizar Jamaluddin
Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.


Apa lah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh mertabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Read More / Baca Lagi >>

Isu Video MP PKR: Umno-BN Cuba Beri Persepsi Buruk Pada PR

Posted: 15 Jun 2012 06:15 AM PDT

SHAH ALAM, 15 JUN: Umno-BN mensasarkan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat dengan tawaran lumayan merupakan satu usaha untuk membentuk perspektif negatif rakyat kepada parti berkenaan.
MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, strategi kotor yang dimainkan oleh Umno-BN ini merupakan rentetan kepada amalan budaya rasuah, ugutan dan sogokan yang selama ini menjadi budaya kepada parti tersebut untuk disuburkan dalam masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Tengah nazak pun Umno masih nak mengugut

Posted: 15 Jun 2012 06:14 AM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

Kerajaan BN melakukan tindakan kurang cerdik apabila membekukan pinjaman Pusat Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada siswa di dua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Alasannya ialah Pakatan Rakyat mahu tabung tersebut dimansuhkan, jadi BN tolong memansuhkan bagi IPT yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PR. Jawapan itu adalah satu bentuk sindiran tapi 'sindiran' dibuat tidak menepati langsung hasrat sebenar PR.

Read More / Baca Lagi >>

Anak mahu dapatkan perintah mahkamah halang FGVH

Posted: 15 Jun 2012 06:12 AM PDT

Jerebu jejas kualiti udara

Posted: 15 Jun 2012 06:11 AM PDT