Isnin, 4 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ALAHAI MAHATHIR KU SAYANG......

Posted: 04 Jun 2012 10:04 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

HIMPUNAN HIJAU Menuju Putrajaya bukan sahaja membuatkan perut Najib jadi kecut, bahkan mantan PM yang sudah pencen Mahathir Kutty pun terasa mahu tercirit dibuatnya.  Maka, Mahathir Kutty pun berkata jumlah yang hadir di Stadium Darul Aman sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya itu sebenarnya dibeli, dan mereka itu semua bukan pengundi untuk menentukan kemenangan PR atau PAS.  Baca di SINI.




Jika mereka itu bukan pengundi PAS/PR, ertinya yang hadir ratusan ribu itu adalah pengundi Umno/Bn?  Jangan ketawa dengan komen orang tua tersebut kerana kita sedia maklum faktor usia dan faktor tekanan membuatkan doktor ini membuat kenyataan sedemikian rupa.  Bukan mudah untuk menghadapi tekanan apabila membayangkan jika PR memerintah negara ini, beliau mungkin akan mencipta sejarah berada di kandang mahkamah.  Beliau juga terbayangkan nasib Hosni Mubarak sekarang ini yang jatuh sakit secara tiba-tiba apabila kuasanya hilang.  Amat berat tekanan yang dihadapi oleh Mahathir Kutty, dan anaknya selaku pemegang saham terbesar Syarikat Arak di Filipina tidak mampu membantunya lagi.

Benarlah, yang berhimpun di Stadium Darul Aman baru-baru ini bukan hadir untuk mengundi, wahai Mahathir Kutty.  Begitu juga yang hadir di Hari Himpunan Belia sambil menyaksikan punggung-punggung Wanita Korea baru-baru ini pun bukan hadir utuk mengundi.  Mereka semua akan mengundi apabila Najib umumkan pembubaran Parlimen.  Tapi bila?  Ada yang berkata, selagi Najib tidak jumpa `telor' selagi itu lah Parlimen tidak akan dibubarkan.  Kita pakat-pakat tunggu sahaja Menteri Wanita ini jumpa apa yang dicarinya.

Jelas, Himpunan Hijau di Kuantan, Himpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya sudah cukup buat pemimpin Umno tidak tidor lena malam.  Sebab itulah, program-program ceramah kita mereka selalu bikin kacau kerana daya berfikir pemimpin mereka hampir `zero' sekarang ini.  Apa yang penting, tingkatkan tekanan ke atas mereka dan terus bekerja kuat./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


pulak dah ... Haramkan DS Nizar ke bumi Johor

Posted: 04 Jun 2012 06:26 AM PDT

Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Jun 2012


JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.


Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.



Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan 'Daulat Tuanku' dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.



Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.



Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.



Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.



Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.- sinar harian

ya betoi MahaDet ooii tapi tu UMNO, kami PAS tak macam tu ... faham?

Posted: 04 Jun 2012 05:26 AM PDT

NONE
Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.

PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.

YDP PAS Jeli saman blogger UMNO RM1 juta

Posted: 04 Jun 2012 01:59 AM PDT

M Faqih,04 Jun 2012

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.

Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011.

Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. - Harakah

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Apabila amah2 Indonesia sudah kembali ke Malaysia maka Raispun mula pusing...Hehe!!

Posted: 03 Jun 2012 10:49 PM PDT


Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman'
1:20PM Jun 4 2012 
Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONE"Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras. 

"Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau.Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas).

Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan".

Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik.

"Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik?

"Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.

Santuni Raja Berakhlak Mulia....

Posted: 03 Jun 2012 09:47 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SLAP IN THE FACE FOR HANIF: We know you're an Umno soldier, stop embarrassing yourself!

Posted: 04 Jun 2012 08:20 PM PDT

SLAP IN THE FACE FOR HANIF: We know you're an Umno soldier, stop embarrassing yourself!In his pitch for public acceptance, former Inspector General of Police, Haniff Omar has again failed to understand what every man on the street with a slightly higher IQ seems to understand why both Bersih 2.0 Steering Committee and the Bar Council have unanimously rejected the government's offer to probe the peaceful rally which took place on April 28.
As a matter of fact, a wider scope in the terms and reference does not necessarily translate itself to be better than one that is more focused on the core issues, which Suhakam has already adopted. Haniff, therefore, has no reasons to brag about the ten terms of reference that he has been given, when in the first place, the panel set up by the Home Ministry lacks public confidence, and has no legal clout compared to Suhakam.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat “Cleared”, But Her Credibility Is Ruined

Posted: 04 Jun 2012 08:12 PM PDT

Our first reaction on hearing that former Minister for Women, Family and Community Development Shahrizat Abdul Jalil, had been "cleared of any wrongdoing" in the National Feedlot Centre (NFC) scandal, was to say, "I told you so!"
The second is anger.
The third is to ask the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) how much money was wasted on "clearing" her name. The rakyat feels that is has been cheated twice; first, by the scandalous abuse, by her family, of RM25 million of the taxpayers' money and second, by the time and money spent on this sham investigation.
The MACC's Dr Hadenan Abdul Jalil closed any further examination into Shahrizat's involvement in NFC: "We have found she was not involved in the process of awarding the loan........ The decision to award the contract to the company and to award the loan does not involve her."
We feel as if the MACC has missed the point entirely.
Read More / Baca Lagi >>

UTUSAN PORNO SUDAH GILA-PEMBANGKANG THAILAND DISEBUT PAKATAN RAKYAT

Posted: 04 Jun 2012 08:08 PM PDT

LAPORAN akhbar propaganda Utusan Merapu, semakin hari semakin merapu. Ada sahaja ideanya untuk memperbodohkan pembaca.

Terbaru akhbar propaganda itu melaporkan peserta berbaju kuning antikerajaan daripada Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) melakukan demo sekatan jalan raya menuju ke parlimen di Bangkok.

Hairan juga, sejak bila pula Pakatan Rakyat boleh buat demonstrasi sampai ke negara jiran? Tak cukup ke demonstrasi di negara sendiri? Kah kah kah...
Gambar......
Parti People's Alliance for Democracy (PAD) di Thailand kini disebut sebagai Pakatan Rakyat untuk Demokrasi oleh akhbar propaganda Regim Barisan Nasional, Utusan.
Read More / Baca Lagi >>

LUMPOHkan sumber wang Barisan Nasional ....baru jalan ke Putrajaya kemas..!!!!

Posted: 04 Jun 2012 07:54 PM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyidin dengan rasa cemas nya, Rais dengan kegentlemanan nya.

Posted: 04 Jun 2012 07:50 PM PDT


Semua orang ketawa bila mendengar Muhyidin Yasin dan Rais Yatim bercakap. Muhyidin menyifatkan PRU13 ini sebagai mati atau hidup UMNO. Rais Yatim pula menasihatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim supaya bersikap gentleman kalau mahu bermain politik di negara ini. mungkin sikap gentleman yang di maksudkan oleh Rais Yatim yang dah naik jobo ini ialah, mahu melihat Anwar di ikat tangan dan di balun oleh UMNO. Rupa2 nya UMNO belajar dari Rahim Noor. 
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Tak Mustahil BN menang percuma 150 kerusi...!!!

Posted: 04 Jun 2012 07:44 PM PDT

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon?

Aku penuh yakin yang PRU13 nanti akan jadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan penipuan yang paling dahsyat terutama sekali yang ada bersangkut paut dengan daftar pemilih.

Bunga-bunga penipuan pun dah cukup jelas nampak terutama sekali kecelaruan daftar pemilih. Nama orang yang mati masih ada dalam daftar pemilih tapi nama orang yang hidup pulak dibuang kononnya dah mati.

Macam tu jugak nama-nama yang meragukan masih belum dikeluarkan dari daftar pemilih, jugak bilangan pengundi yang terlalu ramai dalam sebuah rumah termasuk dari berbagai kaum.
Tapi yang paling teruk sekali dalam bab daftar pemilih ni bila Hj Mahfuz Omar dakwa ujud satu Task Force haram di pejabat Perdana Menteri yang bagi MyKad kepada warga asing semata-mata untuk didaftarkan sebagai pengundi. Satu aksi 'si anjing Umno' yang bukan setakat nak menipu dalam pilihanraya tapi dalam masa yang sama 'menjual' negara.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama UMNO Bakar Kapal

Posted: 04 Jun 2012 07:42 PM PDT

Blog drmaza.com

SAYA bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.


Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis Politik Ramal Barisan Nasional Tumbang?

Posted: 04 Jun 2012 07:41 PM PDT


DUA bulan lalu, Najib Altantuya minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.


Semalam, timbalannya, Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.

Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing.

Read More / Baca Lagi >>

PERBAK beri kata dua pada JKM

Posted: 04 Jun 2012 07:38 PM PDT

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) memberi kata dua kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada menyelesaikan masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah seliaan mereka atau berdepan dengan demonstrasi.Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah berkata, masalah kerakyatan anak-anak yatim di bawah kelolaan JKM sudah berlarutan selama tujuh tahun dan sehingga kini masih belum diselesaikan.
"Saya bagi tempoh dalam masa dua minggu untuk JKM selesaikan, sekurang-kurangnya 10 daripada 20 anak yatim itu dapat kad pengenalan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan demonstrasi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Count Down’ Kejatuhan UMNO/BN PRU-13

Posted: 04 Jun 2012 07:33 PM PDT

Oleh: ulitmayang

"Kurang dari satu tahun dari hari ini, 'by hook or by crook' , najib mesti mengisytiharkan pru-13 dengan izin Mahathir.

Pru-12 berlangsung pada 08 Mac 2008 , maka kalau diikut tarikh dan harinya maka tidak lewat daripada 07 Mac 2013 pru-13 mesti diadakan, samada ketika itu bacian dan bacan najib dan Mahathir umno/bn menang atau kalah , najib mesti mengadap DYMM Agung untuk perkenan bubar parlimen.

Dalam suasana yang kian gawat dan tidak menyebelahi najib dan Mahathir dalam hampir semua isu kini, maka ada wajarnya pakatan rakyat melancarkan satu lagi perang psikologi dan saraf ke atas najib dan Mahathir dengan mengisytihar dan melancarkan upacara memperingati dan merayakan detik – detik 'kejatuhan' kerajaan umno/bn dari takhta.

Read More / Baca Lagi >>

More than four million Spaniards out of work

Posted: 04 Jun 2012 07:25 PM PDT

Negara zina : Restoran seks

Posted: 04 Jun 2012 07:24 PM PDT

Army and al-Qaeda face off in Yemen's south

Posted: 04 Jun 2012 07:22 PM PDT

Ceramah Umum ABU, Kg. Bendahara, JB

Posted: 04 Jun 2012 07:22 PM PDT

Ceramah Umum ABU, Kg. Bendahara, Johor Bahru

Posted: 04 Jun 2012 07:21 PM PDT

Kenapa Fathul Bari takut debat?

Posted: 04 Jun 2012 07:20 PM PDT

31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melelaui emel dan fax.


Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU

Tajuk yang kami kemukakan ialah "PAS vs Umno : Siapa Sesat" dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.

Read More / Baca Lagi >>

Kelembapan ekonomi, reformasi perlahan akan gugat populariti BN

Posted: 04 Jun 2012 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis.
Pentadbiran Najib (gambar) melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center.
"Tangguhkan pilihan raya akan mengeruhkan keadaan. Perlu diingat, ada krisis di Eropah, dan ia mungkin akan melibatkan Malaysia," kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider.
Pakar ekonomi beranggapan penyingkiran Greece daripada Kesatuan Eropah (EU) akan menurunkan perkembangan China kepada 6.4 peratus tahun ini daripada 9.2 peratus pada 2011. Malaysia bersama dengan negara Asia yang lain telah meningkatkan perdagangan dengan China sejak bertahun lalu dan gergasi Asia itu kini merupakan rakan dagang terbesar.
Read More / Baca Lagi >>

Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak

Posted: 04 Jun 2012 07:18 PM PDT

KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang  dihadiri oleh Anwar Ibrahim di  Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali  ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.

Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.

Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya. Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka  digerusi dan ditakuti. Dalam mana-mana politik  duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.

Read More / Baca Lagi >>

Hisham's meaningless pledge: Najib, BN must promise to leave Putrajaya peacefully if they lose

Posted: 04 Jun 2012 07:14 PM PDT

Hisham's meaningless pledge: Najib, BN must promise to leave Putrajaya peacefully if they lose After prolonged silence, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has given the assurance that the authorities would maintain peace and order at all costs should there be attempts to create chaos during and after the next general election.
He said the police would act impartially and according to the law to maintain order, declaring "Anyone who violates the law will be prosecuted to ensure the safety of the innocent. The safety of the people is of paramount importance."
Failed to reassure
However, Hishammuddin's statement failed to achieves the effect of giving full assurance to Malaysians for two reasons, viz:
> The inaction/indifference of the Prime Minister, Home Minister and the police authorities to the recent escalation of the political culture of aggression, thuggery and violence targeting Pakatan Rakyat and Bersih 2.0 leaders, including Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Nurul Izzah, Datuk Ambiga Sreenivasan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin and most recently, the vicious attacks on DAP Selangor State Committee member V. Ganapathirao and his brother Papparaidu in Klang last Wednesday.
Read More / Baca Lagi >>

NGO bergabung jadi pemerhati PRU13

Posted: 04 Jun 2012 07:13 PM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada pilihan Raya Umum (PRU) ke -13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, perbincangan bersama NGO terbabit telah dilakukan oleh satu jawatankuasa yang dilantik dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, pemilihan NGO itu menepati etika dan syarat-syarat yang ditetapkan sebagai pemerhati, antaranya mereka tidak berpihak kepada parti politik, tidak mengganggu proses pilihan raya dan menghantar laporan secepat mungkin kepada SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat

Posted: 04 Jun 2012 07:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : 'Hidup mati' tanda BN sudah goyah, rumus Pakatan

Posted: 04 Jun 2012 04:31 PM PDT


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan ia semakin kurang sokongan dan peluang untuk mendapatkan semula negeri-negeri di bawah perikatan itu agak mustahil.

Naib Presiden Pas,  Salahuddin Ayub menyifatkan rakyat kini lebih pandai menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah

Posted: 04 Jun 2012 04:30 PM PDT


Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah
Nik Abdul Aziz mengimamkan solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.

Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

"Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris," katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Dia Nasoha Yang Berani Maki Tuan Guru Nik Aziz?

Posted: 04 Jun 2012 04:18 PM PDT


Perghh, mendidih darah jugaklah bila tengok sedap jer maki ulama kunun ada lesen sebab dia ni profesor!

Tetapi rupanya, apa yang blog Umno-APCO hentam tak pulak diceritakan siapa sebenarnya Prof Dr Nasoha yang seenaknya bercakap ikut perut bukan ikut akal.

Lihatlah gambar di atas, yang berbaju batik biru dan bersongkok itulah Nasoha tetapi perhatikan siapa yang duduk memakai cermin pemeriksaan mata?

Budak sekolah pun tahu itu siapa, Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang kelmarin memaparkan kebodohannya suruh penjawat awam yang tak setia dengan KERAjaan Umno-APCO supaya letak jawatan.

Alasanya makiannya, Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas.

Read More / Baca Lagi >>

DAP dari sudut pandang seorang Islamis

Posted: 04 Jun 2012 04:14 PM PDT

Dr Maslee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK. Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP.
Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang?
Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama. Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato' Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy. Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan. Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan.
Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik. Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka. Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>