Ahad, 3 Jun 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BEBAL MUHYIDDIN DAN MAHATHIR TIDAK JAUH BEZANYA

Posted: 03 Jun 2012 09:30 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUHYIDIN nampaknya begitu tertekan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang luar biasa dan tidak sabar menanti Parlimen dibubarkan.  Nampaknya kenyataan si lembam ini semakin lama semakin tolol jadinya.  Bermula dengan dakwaan beliau bahawa peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang baru berakhir di Alor Setar, Kedah baru-baru telah diupah sebagaimana peserta-peserta BERSIH 3.0 juga telah diupah.

Sememangnya mentaliti pemimpin Umno adalah `upah' dan 'upah'.  Mereka anggap semua rakyat adalah berotakkan lembu seperti mereka.  Justeru itu, tidak pelik kebelakangan ini mereka mengumumkan `upah' demi `upah' kepada rakyat agar rakyat bisa dilembukan.  Dari segenap bandar dan kampong hingga ke kawasan felda, tidak terkecuali akan cuba di`upah' oleh puak ini.  Tanpa `upah' siapa lagi mahu sebut nama Umno?

Terbaru, si lembam terus menunjukkan kebodohannya yang tidak kurang dengan kebodohan Mahathir Kutty.  Si lembam ini bersetuju dengan pendapat Mahathir Kutty bahawa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan membuat huru-hara dengan demontrasi.  Kedua-dua tokoh yang otaknya terletak di kepala lutut ini tidak sedar bahawa sudah berapa kali Pembangkang tewas di dalam PRU dan telah berapa banyak rekod yang menunjukkan Pembangkang melakukan huru-hara.  Baca di SINI.

Pertamanya, jika kita mahu mengguna pakai teori mamak Mahathir Kutty dan si lembam itu bahawa jika PR tewas di dalam PRU akan berlaku huru-hara, maka untuk mengelakkan berlakunya huru-hara adalah lebih lojik diberi kemenangan kepada PR.  Ertinya, jika PR menang dan menjadi Pemerintah maka tiada berlaku huru-hara.  

Keduanya, dakwaan si lembam bahawa semua peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya telah diupah, maka secara tidak langsung si lembam mengakui kekuatan kewangan PAS.  Bayangkan jika belum menjadi Kerajaan Pusat lagi PAS telah memiliki dana yang begitu banyak, maka lojiknya PAS atau PR tidak mempunyai masalah untuk memimpin negara ini.  Pendek kata, PAS bukan parti lekeh atau parti yang sentiasa mengharapkan derma, bahkan PAS yang memberi `upah' kepada setiap yang hadir.  Ertinya, dakwaan Umno selama ini bahawa PAS adalah parti mengutip derma ternyata bercanggah dengan dakwaan Muhyidin.

Jelas, Umno semakin terdesak sehinggakan kenyataan pimpinan mereka menjadi bahan ketawa rakyat.  Maka lojik dan munasabahlah pemimpin Umno amat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang kerana jika ini lah standard hujah pimpinan Umno, aku gerenti Najib atau Muhyidin akan terkincit di atas pentas debat itu nanti./wfauzdin.blogspot.com  
 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kerabat Diraja lari tak bayar bil hotel AS7.4 juta

Posted: 03 Jun 2012 09:06 PM PDT

Paris – Seorang puteri Arab Saudi yang juga bekas isteri Putera Mahkota Nayef Abdel Aziz berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri daripada hotel Shangrila tanpa menjelaskan bil berjumlah AS$7.4 juta.
Maha al- Sudani, cuba melarikan diri pada pukul 3.30 pagi menyebabkan pihak hotel terpaksa menghubungi polis.
Selain itu, duta Arab Saudi turut dihubungi susulan kejadian itu, namun Maha menikmati kekebalan diplomatik.
Sementara itu, pengarah hotel mewah tersebut, Alain Borgers berkata, bil berkenaan masih belum dibayar sehingga kini.
Puteri tersebut sebelum ini pernah melarikan diri daripada membayar bil pada 2009 sehingga memaksa beliau ke mahkamah selepas rangkaian fesyen Key Largo menuntut bayaran sebanyak 89,000 euro yang dihutang oleh Maha.
Pada tahun sama, Telegraph melaporkan puteri berkenaan telah mengurung diri dalam Hotel George V di Paris bagi mengelakkan diri daripada pengutip hutang yang menunggunya.

Maha dilaporkan telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membeli pakaian berjenama, barang kemas dan barangan mewah lain sejak menetap di Paris selama beberapa tahun.
Setiap kali beliau bersama rakannya memasuki gedung mewah tersebut, wakilnya akan memberikan dokumen bahawa bayaran akan dibuat kelak.
Berikutan tabiatnya yang kuat berbelanja itu, Raja Abdullah telah mengarahkan tahanan dalam rumah ke atas puteri tersebut. - MD

DS Nizar - WWW 1 : Ni la kerja orang yang tak dak kerja

Posted: 03 Jun 2012 04:15 AM PDT

Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.



"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya kepada pemberita.


Isnin lepas, Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 oleh Sultan Ibrahim dalam Twitternya.

Sementara itu, lebih 100 anggota Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan Johor sehingga luar pekarangan Istana Besar.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri Syahrin Md Jamaluddin meminta masyarakat menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan Raja-Raja Melayu di negara ini.

Bernama

Hidup dan mati BN pada PRU 13 kata Muhyiddin ... jadi kita pastikan BN mampuih pada PRU 13 ni

Posted: 02 Jun 2012 11:49 PM PDT

PRU 13 penentu "hidup dan mati" BN kata Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.
"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.
"Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
"Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang.
"Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang.
"PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang.
Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
"Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi.
Dalam perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Himpunan Tunjuk Kuat : POLITIK KEAHLIAN UMNO DAN PAS

Posted: 03 Jun 2012 04:21 AM PDT

Sengaja diletakan pic Himpunan Hijau kerana jelas Hijau paling kuat berbanding Merah..

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah kepada Parti PAS..ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS dan tidak lupa juga kepada peminta-peminat Ustaz Azhar Idurs kerana berjaya menjayakan "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yg bertempat di Stadium Darulaman..
Sebelum itu tahniah juga kepada Parti UMNO..ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong UMNO kerana berjaya menjayakan "Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66" di Stadium Bukit Jalil.

Disini bukan utk membicarakan tentang jumlah kehadiran ahli dan penyokong atau pengisian yg ada ketika berlangsungnya kedua-dua acara yg melibatkan dua buah parti besar yang telah lama berada diarus arena politik tanahair..

Disini berlegar satu persoalan yg bermain diminda yang mana ianya hanya mampu dijawap oleh setiap jiwa yang mencari alternatif disebalik berlangsungnya acara kedua-dua pihak iaitu UMNO dan PAS..

TUNJUK KUAT

Secara jujurnya ingin diperkatakan pendapat bahawa  melalui kedua-dua acara besar ini..ianya menunjukan satu penanda aras dimana kedua-dua parti masing-masing melalui ego yg normal ingin memperlihatkan kepada umum bahawa mereka masih mampu..masih kuat..masih gagah perkasa didalam menongkah arus utk memperolehi "kuasa politik" didalam arus perdana arena politik negara..

Tidaklah mengejutkan dimana rata-rata ahli kedua parti memperlihatkan..mempamerkan..kehebatan parti masing-masing sepanjang berlangsungnya kedua acara besar parti mereka..baik melalui media tradisional parti atau pun melalui kecanggihan media dalam talian..

UMNO nak tunjuk kuat dimana partinya juga mampu menghimpunkan seramai yang mungkin ahli dan penyokongnya utk dibandingkan dengan himpunan BERSIH 3.0..malah setelah dibisikan bahawa parti UMNO bukan pilihan anak muda..maka terlaksana pula Himpunan Sejuta Belia peringkat kebangsaan di Putrajaya yang mana dimomokan pula ianya menunjukan sokongan anak muda kepada UMNO malah turut juga kepada Barisan Nasional..

Manakala PAS nak tunjuk kuat bahawa setelah melalui 12 kali Pilihanraya Umum..kali ini..PAS benar-benar bersedia utk mengHIJAUkan Putrajaya..dan agak menarik juga lokasi acara besar PAS ini dilakukan di negeri Kedah yang amat rapuh kedudukanya..
Umum mengetahui sudah dua kali berlangsungnya acara besar yang diadakan di negeri Jelapang Padi..
Sejujurnya dihati ini..jelas mengatakan bahawa utk membawa ketenangan..utk menstabilkan suhu yang panas..utk mengubat luka-luka yang terhiris..memang wajar sekali Kedah menjadi pilihan lokasi acara besar PAS sesudah gelora masalah dalaman PAS Kedah..

Keyakinan amat tinggi setelah melihat bahawa PKR dan DAP agak berhati-hati mencorakan POLITIK KEAHLIAN didalam menunjukan kekuatan mereka dengan mempamerkan kekuatan keahlian dan penyokongnya sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dan PAS..

Dari pengamatan kecil yang dilakukan..gerakan PKR dan DAP masih bersifat "gelira didalam hutan" dimana utk menunjukan politik keahlian ianya dilaksanakan melalui "isu-isu" yang ditimbulkan..dan dilakukan disatu-satu tempat yang mana mereka yakini kekuatan ahli mereka sedikit bernafas walaupun didalam lumpur..apatahlagi dengan sumber kewangan,fasilitis yang agak terbatas..menyukarkan kedua parti ini PKR dan DAP nak tunjuk kuat melalui politik keahlian yang mereka ada...

Namun begitu..jangan lupa pendekatan yang telah diambil oleh DAP..mereka berjaya melalui POLITIK ISU..dan bukan POLITIK KEAHLIAN..dan apa yg dilihat kini..PKR sedang bergerak bersama dengan POLITIK ISU..dan..rasanya PKR sudah mampu menguasai POLITIK ISU sehingga dapat menambah keanggotaan partinya secara mendadak dengan pantas ..

POLITIK KEAHLIAN

Melalui kedua acara besar parti UMNO dan PAS ini..sememangnya politik keahlian memainkan peranan paling penting utk  menjadi pengukur tanda aras bahawa parti tersebut..bersedia..bersatu..bersama..menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku baik dari segi kehilangan kuasa mahupun memperolehi kemenangan..

Namun begitu..wajarkah kita melihat kebergantungan POLITIK KEAHLIAN ini mampu menjamin masa depan sesebuah parti politik di negara ini...apatahlagi kita kini berada didalam POLITIK ALAF BARU..

Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa hanya dengan hanya politik keahlian maka sesebuah parti politik dapat menjamin kemenangan..sejujurnya pendapat itu disanggah disini...maaf perbezaan pendapat berlaku sedang berlangsung kini..

Ini kerana kedudukan realiti politik tanahair menunjukan  politik keahlian sesebuah parti masih belum mampu menjamin kemenangan sesebuah parti untuk meraih undi majoriti..semaklah mana-mana kawasan yg dipertandingkan baik bagi Parlimen atau DUN sejak 12 Pilihanaraya yang lalu.

Pada pilihanraya 10 Mei 1969..DAP sebuah parti kecil jika hendak dibandingkan dengan Perikatan malah keahlian parti DAP ketika itu diakui sendiri oleh Lim Kit Siang bahawa parti mereka mempunyai keanggotaan yang terbatas..
Namun proses demokrasi berlaku juga ketika itu dimana pihak pembangkang memenangi sejumlah 37 kerusi Parlimen, iaitu 13 utk DAP,12 utk PMIP, 8 utk Gerakan dan 4 utk PPP...manakala Perikatan memenangi 66 kerusi...

Ini menunjukan bahawa faktor politik keahlian tidaklah boleh dianggap sebagai "kuasa tunggal" utk mencapai satu-satu kemenangan..

POLITIK ISU

Apakah faktor utama kemenangan pembangkang pada tahun 1969 yang menyebabkan Perikatan hanya mampu menang 66 kerusi dari 103 kerusi Parlimen..?
Tidak lain tidak bukan POLITIK ISU yang mejadi peranan besar kemenangan pembangkang ketika itu walaupun keanggotaan sesebuah parti politik pembangkang ketika itu agak terbatas..dan betapa ahli-ahli yang agak terbatas berjaya MENGGARAP SESEBUAH ISU agar menyakini dan memilih untuk mengundi pihak pembangkang.

Kemudian..apabila pihak pemerintah dapat menghidu kelemahan mereka maka dikecilkan ruang POLITIK ISU utk bergerak dengan berlakunya peristiwa gelap 13 Mei..diwujudkan pula undang-undang utk menyekat POLITIK ISU itu terus hidup bersama ruang demokrasi..maka POLITIK ISU..menjadi hambar..dan akhirnya luput dari ingatan massa..

Secara tiba-tiba...kecerahan buat POLITIK ISU kembali menyinar..ruang demokrasi terbuka automatiknya dengan pelanggaran ledakan Internet..ditambah pula dengan lahirnya bapa segala POLITIK ISU ketika itu...iatu apa yang terjadi pada 1999 dimana ketika itu muncul isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri dari jawatanya malah belau dipukul,dibogel,dihina,diaibkan,dijatuhkan maruah beliau dan keluarganya dimata umum..dan POLITIK ISU itu yang menyebabkan pengunduran Perdana Menteri selama 22 tahun bersara-berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama..

Kemudian..pihak pemerintah menyedari kelemahan mereka..maka timbul lagi POLITIK ISU yang menyebabkan perpecahan berlaku di pihak pembangkang seterusnya melemahkan momentum menawan Purajaya..pemerintah berjaya melakukan POLITK ISU sebaik mungkin apatahlagi dengan segala macam instrumen yang mereka miliki..

Sesudah itu..muncul kembali bekas Timbalan Perdana Menteri..beliau menyusun dan menggarap POLITIK ISU semaksima mungkin..dan tanpa disedari..betapa hebatnya POLITIK ISU itu dimainkan..maka berlakunya TSUNAMI POLITIK 2008..apatahlagi ianya mendapat sentuhan dari komposer BERSIH..

Kini POLITIK ISU semakin mendapat tempat..apatahlagi dengan kemunculan media sosial baru yg telah memberikan umum/rakyat aksess kepada pendapat yang pelbagai.Rakyat menilai sesuatu isu dan untuk meraih sokongan ( sama ada ahli atau tidak ), sesebuah parti politik mesti mampu menggarap isu dengan baik.

Apa yang difahami..bahawa POLITIK ISU yang terbaik berlaku didalam negara sudah tentu ianya tidak lain tidak bukan..BERSIH ..BERSIH 2.0 dan yang terbaru BERSIH 3.0..

Setakat ini hanya BERSIH benar2 memperPOLITIKan ISU sehingga berjaya menghimpunkan rakyat Bangsa Malaysia yang berbilang kaum menyertainya..

UMNO dan PAS hanya berjaya menghimpunkan majoriti ahli dan penyokongnya yang rata-rata Melayu-Islam..

RAMALAN

Diramalkan "POLITIK ISU" akan lebih menentukan keputusan PRU13 berbanding "POLITIK KEAHLIAN"

Jumlah keahlian sesebuah parti politik tidak menentukan sama ada menang pilihanraya atau sebaliknya.

Sesebuah parti politik atau seseorang calon akan menang pilihanraya jika sekiranya mampu menggarap isu dengan baik,artikulasi isu secara yang dapat diterima oleh rakyat dan menentukan ia sentiasa menang dalam perbahasan apa sahaja.

Menguruskan isu jauh lebih penting daripada menguruskan keahlian parti...



USINKATA;..


RUJUKAN UTAMA;  Buku Tuan NOBISHA ; TUNGGU APA LAGI

















RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Klang flooding: Who's responsible?

Posted: 03 Jun 2012 09:06 AM PDT

RM 2.04 Juta Lebur Untuk Maksiat

Posted: 03 Jun 2012 08:58 AM PDT

MERDEKA RAKYAT : CIKGU BARD - PULAU PINANG

Posted: 03 Jun 2012 08:51 AM PDT

Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau

Posted: 03 Jun 2012 08:49 AM PDT

Kepaduan dan semangat ahli dan penyokong Pas ini dicemburui Umno.
Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.


Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Merdeka Rakyat : Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang

Posted: 03 Jun 2012 08:43 AM PDT

Lingkup NAJIB kalau semua ahli Umno camni... kahkahkah...

Posted: 03 Jun 2012 08:38 AM PDT

ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.

"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Terlalu Banyak Memfitnah, Akhirnya Utusan Malukan Khalil Yaakob

Posted: 03 Jun 2012 08:35 AM PDT


Melaka 1 Jun - Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga hari ini.

Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.... (petikan Utusan, 2/6/2012)
Read More / Baca Lagi >>

Demo anti Nizar di Johor Bahru

Posted: 03 Jun 2012 08:26 AM PDT

Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Denyut jantung Mahathir semakin kencang......

Posted: 03 Jun 2012 08:19 AM PDT

Oleh: tokpepijat

"Cakap 1
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

Read More / Baca Lagi >>

RCI bermotif politik, tutup mulut BN Sabah

Posted: 03 Jun 2012 08:18 AM PDT

Forex losses alone US$ 5.5bil: No wonder Dr M 'hypercative' with fear he'll be exposed!

Posted: 03 Jun 2012 08:17 AM PDT

Forex losses alone US$ 5.5bil: No wonder Dr M 'hypercative' with fear he'll be exposed!Former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad has been more than his hyper-active self in the past fortnight, not only making preposterous statements about the political situation in the country but doing his utmost to fob off any possibility that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak might stick to his earlier timetable to hold 13th General Election in June/July.
It was in the past two weeks that Mahathir:
· Made the wild and preposterous statement that the Bersih 3.0 rally was a "preparation" and "warm-up" by Pakatan Rakyat for violent demonstrations to reject the results of the 13th general election should the opposition fail to win it.
· Made another wild and preposterous statement when warning that the defeat of UMNO would be akin to the Malays losing power in their own country, when the coalition that would replace UMNO/Barisan Nasional would be Pakatan Rakyat comprising PKR, PAS and DAP;
Read More / Baca Lagi >>

Debat Chua Soi Lek-Lim Guan Eng 2: Mampukah ia capai matlamat yang disasarkan?

Posted: 03 Jun 2012 08:15 AM PDT

Oleh Markus Lim
Debat sering kali dilihat sebagai terma yang cukup menggerunkan dan merimaskan kepada kita khususnya ketika di bangku sekolah dahulu.Dengar dan sebut sahaja perkataan berkenaan, akan terlintas dalam fikiran, ia sesuatu yang memudaratkan dan tidak memberikan manfaat.


Pendek kata, ada sahaja alasan-alasan untuk mengelak mahupun tidak mengambil bahagian langsung. Semuanya gara-gara kerana ketidakyakinan dan perasaan fobia diri terhadap kemampuan mereka. Malah hingga ke hari ini, boleh dikatakan sentimen sedemikian masih kekal dalam segelintir masyarakat kita termasuk juga pemimpin-pemimpin politik.
Read More / Baca Lagi >>

Assad: Syria faces 'real war' from outside

Posted: 03 Jun 2012 08:14 AM PDT

Ketua UMNO Bahagian Bakal Jadi Kuasa Ketiga?

Posted: 03 Jun 2012 08:13 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Walaupun kedua-dua pihak iaitu BN dan PR masing-masing menaruh keyakinan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang ini, hakikatnya kemenangan yang mungkin dicapai adalah kemenangan yang tipis sahaja.


Dengan pelbagai isu dan pergolakan yang berlaku dalam kedua-dua gabungan itu menyebabkan kedudukan sokongan rakyat juga sering berubah-ubah. Sekejap UMNO dan BN dilihat berada diatas tetapi di masa yang lain mereka pula ke bawah dan PR pula berada diatas.
Rating Najib dan Anwar, pengemudi BN dan PR juga sering turun naik serta tidak menentu dan ini pastinya membawa pengaruh juga kepada sokongan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Today in History for June 3rd

Posted: 03 Jun 2012 08:13 AM PDT

Mahathir kuatir skandal kewangan zaman pemerintahan akan terdedah

Posted: 03 Jun 2012 08:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau akan didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timor ini menegaskan, situasi itu melihatkan pemimpin yang masih berpengaruh itu dilihat semakin agresif sejak akhir-akhir ini apabila mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.
"(Dr) Mahathir sebenarnya khuatir kebenaran skandal kewangan ketika pemerintahan beliau selama 22 tahun akan didedahkan jika Pakatan memerintah.
"Beliau bukan sahaja mula bertindak mengeluarkan kenyataan agresif, malah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meneruskan cadangan supaya pilihan raya umum tidak dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

ONLY WAY OUT FOR MALAYSIA: Change the government

Posted: 03 Jun 2012 08:10 AM PDT

ONLY WAY OUT FOR MALAYSIA: Change the government - Kim QuekThe simultaneous announcement on May 31 by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on the following three corruption issues has once again brought into sharp focus the severely criticised integrity and independence of the Commission:
> Former minister and current Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jalil, whose husband and children had been landed with a plum multi-million government project (NFC) a few years ago under highly dubious circumstances, is finally pronounced innocent of improprieties after many months of swirling controversy.
> Opposition PKR deputy president Azmin Ali's 17 year old corruption allegation, abandoned for further investigation then due to lack of corruption evidence, is now re-opened for further investigation with lightning speed upon a blogger highlighting the case in his website.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Telah Membela Melayu Islam

Posted: 03 Jun 2012 08:10 AM PDT

SHAH ALAM, 3 JUN : Kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) di negeri-negeri yang ditadbirnya dalam menaikan taraf hidup Melayu Islam adalah bukti bahawa PAS telah membela nasib komuniti itu.
Dalam menyangkal dakwaan Umno-BN bahawa PAS itu tidak mampu membela nasib Melayu Islam, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pakatan yang dianggotai Pas bersama PKR dan DAP lebih memperjuangkan kepentingan komuniti itu berbanding Umno-BN.
Malah, katanya, tuduhan PAS dipinggirkan juga tidak berasas kerana kerjasama semua parti yang bergabung dalam Pakatan adalah kukuh.
Read More / Baca Lagi >>

We are confused, Najib: If Pakatan wins GE-13, will you defend the wishes of the majority?

Posted: 03 Jun 2012 08:06 AM PDT

We are confused, Najib: If Pakatan wins GE-13, will you defend the wishes of the majority?Does the Prime Minister know what he is talking about or just reading blindly from script prepared by his advisers? Does he mean what he says or is he conniving what is happening right in front of his eyes with his own dangerous speech?
This was what Najib said in his Umno Presidential Address at the UMNO General Assembly in 2010
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang gerjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Translated and reported in major online news portal:
"Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya,"
And what he said over weekend as reported by The Malaysian Insider
The government will continue to act firmly without compromise to quash any threat bent on disrupting public order, said the prime minister.
Read More / Baca Lagi >>

‘Wasatiyah’ Najib hanya mainan di bibir

Posted: 03 Jun 2012 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep kesederhanaan atau wasatiyah yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar 'mainan di bibir'.
Sedangkan dalam realiti sebenar, kata beliau, menunjukkan sebaliknya apabila rasuah dan penyelewengan wang rakyat tetap berlaku dalam pentadbiran negara.
"Wasatiyyah juga tidak ada pada akhlak dan peradaban kepimpinan negara.
"Pecah amanah, ambil hak orang lain, putar belit fakta, tidak adil dalam pentadbiran (dan) undang-undang yang berpihak juga mencemarkan negara,"  jelasnya semasa menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Sembilang Pantai, Seberang Jaya, Permatang Pauh, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?

Posted: 03 Jun 2012 04:54 AM PDT

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin Mula Terikut Agenda Buang Tebiat Dr M

Posted: 03 Jun 2012 04:50 AM PDT

Oleh: psyco

"Tak pasti lah Muhyiddin ni sempat untuk duduk jawatan PM kalau UMNO dan gerombolan di talkinkan pada PRU13 nanti atau dia sendiri akan disepak keluar oleh Najib. Mamat ni pon bukan nya ada sokongan dalam UMNO dan hanya mengekor punggung Dr M untuk dijadikan Mentor beliau, jika Najib di C4 kan oleh ahli UMNO sendiri gara-gara  pelbagai skandal Najib yang semakin merosak imej Najib dan UMNO sendiri.

Sudah 3 kenyataan Dr Mahathir yang di laporkan oleh beberapa akhbar/media pencacai melaporkan bahawa PR akan menimbulkan huru-hara jika kalah dalam PRU13 nanti. Hanya beberapa kerat sahaja pencacai tegar UMO yang respon termasuk Ibrahim katak yang jijik pada pandangan aku. sorry to say that.....

Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus - Himpunan Hijau ke Putrajaya

Posted: 03 Jun 2012 04:49 AM PDT

Himpunan Hijau: Ceramah Aishah dibayar RM2.4 juta.....

Posted: 03 Jun 2012 04:48 AM PDT

Oleh Penarik Beca
Pengarah Program Himpunan Hijau ke Putrajaya, Datuk Mahfuz Omar menganggarkan hampir 100,000 orang menghadiri himpunan itu. Hari ni, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, mungkin ada bayaran untuk memobilisasikan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara supaya menghadiri himpunan itu.


Saya ni kenal la juga satu dua sumber dalaman PAS. Saya cuba la try cari info berapa mereka bayar kepada penyokong-penyokong PAS supaya menyerondoi ramai-ramai ke himpunan itu.
Read More / Baca Lagi >>

When will Russia change its stance on Syria?

Posted: 03 Jun 2012 04:45 AM PDT