WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
BEBAL MUHYIDDIN DAN MAHATHIR TIDAK JAUH BEZANYA Posted: 03 Jun 2012 09:30 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MUHYIDIN nampaknya begitu tertekan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang luar biasa dan tidak sabar menanti Parlimen dibubarkan. Nampaknya kenyataan si lembam ini semakin lama semakin tolol jadinya. Bermula dengan dakwaan beliau bahawa peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang baru berakhir di Alor Setar, Kedah baru-baru telah diupah sebagaimana peserta-peserta BERSIH 3.0 juga telah diupah. Sememangnya mentaliti pemimpin Umno adalah `upah' dan 'upah'. Mereka anggap semua rakyat adalah berotakkan lembu seperti mereka. Justeru itu, tidak pelik kebelakangan ini mereka mengumumkan `upah' demi `upah' kepada rakyat agar rakyat bisa dilembukan. Dari segenap bandar dan kampong hingga ke kawasan felda, tidak terkecuali akan cuba di`upah' oleh puak ini. Tanpa `upah' siapa lagi mahu sebut nama Umno? Terbaru, si lembam terus menunjukkan kebodohannya yang tidak kurang dengan kebodohan Mahathir Kutty. Si lembam ini bersetuju dengan pendapat Mahathir Kutty bahawa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan membuat huru-hara dengan demontrasi. Kedua-dua tokoh yang otaknya terletak di kepala lutut ini tidak sedar bahawa sudah berapa kali Pembangkang tewas di dalam PRU dan telah berapa banyak rekod yang menunjukkan Pembangkang melakukan huru-hara. Baca di SINI. Pertamanya, jika kita mahu mengguna pakai teori mamak Mahathir Kutty dan si lembam itu bahawa jika PR tewas di dalam PRU akan berlaku huru-hara, maka untuk mengelakkan berlakunya huru-hara adalah lebih lojik diberi kemenangan kepada PR. Ertinya, jika PR menang dan menjadi Pemerintah maka tiada berlaku huru-hara. Keduanya, dakwaan si lembam bahawa semua peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya telah diupah, maka secara tidak langsung si lembam mengakui kekuatan kewangan PAS. Bayangkan jika belum menjadi Kerajaan Pusat lagi PAS telah memiliki dana yang begitu banyak, maka lojiknya PAS atau PR tidak mempunyai masalah untuk memimpin negara ini. Pendek kata, PAS bukan parti lekeh atau parti yang sentiasa mengharapkan derma, bahkan PAS yang memberi `upah' kepada setiap yang hadir. Ertinya, dakwaan Umno selama ini bahawa PAS adalah parti mengutip derma ternyata bercanggah dengan dakwaan Muhyidin. Jelas, Umno semakin terdesak sehinggakan kenyataan pimpinan mereka menjadi bahan ketawa rakyat. Maka lojik dan munasabahlah pemimpin Umno amat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang kerana jika ini lah standard hujah pimpinan Umno, aku gerenti Najib atau Muhyidin akan terkincit di atas pentas debat itu nanti./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan