Sabtu, 2 Jun 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS Batu Kurau ... tengok sat apa yang tak kena dengan depa-depa ni ... betoi ka?

Posted: 02 Jun 2012 07:27 PM PDT


Tak dapat projek kot ... hahaha
atau ada puak-puak HARAMJADAH dah janji nak bagi projek ker?

Kisah Nabi Musa dan Wanita Penzina

Posted: 02 Jun 2012 07:23 AM PDT

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. 


Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk 
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."



"Apakah dosamu wahai wanita?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.



"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik itu. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.



Maka perempuan itupun berkata, "Saya… telah berzina."



Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati," ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.



Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.



Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"



"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa a.s. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina."



Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.



Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.



Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 



"sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" 
(H.R. Atthabarani)



Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 



"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia."



Al-Ghazzali berkata: "Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir."



Ahmad bin Hanbal berkata: "Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang."



Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. SUMBER


Datuk Seri, agak-agak jumlah kehadiran Perhimpunan Hijau ni sampai tak 2,000?

Posted: 02 Jun 2012 02:41 AM PDT

2 JUN — Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Star malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu. Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.
Himpunan anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Star itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya.
Kejayaan ini amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh Umno. Bayangkan jika Umno menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan Umno dan ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit.
Jika Umno hendak mengadakan perhimpunan sebesar ini secara "conservative"nya ia akan memakan belanja sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai yang lain selalu berkata Umno (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak 24 tahun yang lepas.
Kalaulah begini keadaannya saya tidak nampak bagaimana Umno boleh bertahan di seluruh negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. Umno tidak berani untuk menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang baru berlalu itu. Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk membawa artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan kehadiran yang sejemput itu.
Sebaliknya ratusan ribu yang datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star malam tadi tidak perlu membawa artis Korea dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan mengiurkan tetapi perhimpunan itu hanya didatangi oleh Uztaz Azhar Idrus sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang dari Korea atau pun Jepun dan tidak pula berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget. Uztaz Azhar Idrus hanya datang dari Terengganu sahaja. 
Enam puluh peratus daripada ratusan ribu yang hadir itu adalah dari golongan muda mudi, kelompok terbesar di antara rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat di negara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja.
Jika dinilai daripada keadaan tekanan terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita cadangkan supaya Umno mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja pentadbiran kerajaan kita kepada pihak alternatif kali ini.
Kita tengok sahajalah, apa yang Umno perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada Umno ialah ego dan keras kepala mereka sahaja.
Bagaimana pula reaksi Rais Yatim kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan ini. Agak-agak Datuk Seri, jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak 2,000 orang? Kita hendak bertanya kepada Datuk Seri, kerana dalam ramai-ramai rakyat di negara ini hanya Datuk Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua ini semuanya buta, tuli dan bodoh-bodoh belaka.
Tetapi gambar-gambar ini dengan sendirinya memberitahu Rais Yatim jumlah sebenarnya kehadiran peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Datuk Rais, kigho boto-boto. — aspanaliasnet.blogspot.com

Agak-agak akan jadi macam ni tak di Malaysia?

Posted: 02 Jun 2012 02:02 AM PDT

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup


2012/06/02

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau tahun lalu. 

Hukuman itu dijatuhkan sebuah mahkamah di sini, hari ini. - AP

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAMPAI BILA PERLU BERSABAR?

Posted: 02 Jun 2012 08:04 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH mereka mengganggu kediaman S.Ambiga, mereka membaling batu sewaktu program ceramah kita, kini mereka mengganggu rumah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali pula.  Baca DI SINI.

Mereka ini terdiri dari puak yang takut untuk berdepan secara anak jantan.  Perdebatan adalah sesuatu yang menggerikan bagi pimpinan puak yang tidak bertamadun ini.  Mereka hanya mahu menunjukkan kekuatan mereka melalui media yang sentiasa sanggup diperlembukan oleh mereka.

Masalahnya, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi cara baru mereka itu?  Sanggupkah kita terus dengan kesabaran setelah semakin lama semakin buruk dan jijik perangai mereka ini?  Perlukah kita menanti sehingga ada yang mati dikerjakan oleh puak-puak haramjadah ini baru kita mahu bertindak?  Di sini, kita perlukan pimpinan yang tegas dan berani untuk berdepan dengan lembu-lembu gila ini./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kat Malaysia tak lama lagi adalarrrr yang kena macam ni!! Tunggguuuu....

Posted: 02 Jun 2012 07:52 AM PDT


~penarik beca

~penarik beca


Berita pengkhianatan terkini Umno dalam FMT

Posted: 01 Jun 2012 11:41 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..

Posted: 02 Jun 2012 06:19 PM PDT

Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka 'dianjingkan' oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi. 
Read More / Baca Lagi >>

Kes Nizar: Jangan salahkan Pas

Posted: 02 Jun 2012 06:15 PM PDT


Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW1 bernilai RM520,000 yang dimenangi Sultan Johor bukanlah pandangan Pas, sebaliknya adalah pandangan peribadinya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan Pas kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan.

"Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Zaman Singapura dilanggar todak dah berlalu !!

Posted: 02 Jun 2012 06:14 PM PDT

Kecuh satu Malaysia,.. yang buat kecuh faham-fahamlah ! siapa lagi kalau bukan orang-orang Melayu kuno yang berjiwa Umno, termasuk bloger dan media pengampu. Semuanya gara-gara teguran bekas menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin kepada Sultan Johor yang membazir berbelanja wang sejumlah RM520,00.00 semata untuk memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1.

Menurut Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak tak kiralah sama ada baginda menggunakan wang rakyat atau wang dari poketnya sendiri, perbuatan itu tetap membazir. Sebagai pemimpin,.tak kira.menteri, raja atau sesiapa saja,  amalan membazir patutlah dielakkan. 
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat baru terselamat sebelah kaki!

Posted: 02 Jun 2012 06:12 PM PDT

Tak terlibat proses pemberian,..menyalahguna wang bagaimana? 

Kelmarin Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek bernilai RM250 juta  kepada syarikat NFC milik suaminya…  Aduhhh! Leganya ! mungkin begitulah  kata suara hati  Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Kalau SPRM dan kerajaan Najib nak paksa juga rakyat percaya bahawa Shahrizat tak terlibat dalam proses pemberian projek lembu bernilai 250 juta itu kepada suaminya,. ok tak apa lah !   Rakyat masih boleh terima yang Shahrizat tak lerlibat !!  tetapi mengapa pula SPRM tak sebut siapa yang terlibat? Peranan menteri yang berkenaan bagaimana?  termasuk peranan PM ?.  
 
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto

Posted: 02 Jun 2012 06:10 PM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SUBANG JAYA - Sebanyak 30 dari 36 manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri hasil usaha mereformasikan pentadbiran yang lebih telus dan bersih.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun masih ada janji yang belum dilaksanakan, namun Kerajaan Negeri telah berjaya membuat pelbagai program lain khusus untuk kebajikan rakyat.

Menurutnya, selain janji penurunan cukai pintu, kesemua manifesto penting PR berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Paling Bangang : Letak jawatan jika Polis dan Askar sokong pembangkang - MB Terengganu

Posted: 02 Jun 2012 06:08 PM PDT


Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

"Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

"Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah," katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang

Posted: 02 Jun 2012 06:06 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.



Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Pengerusi BN P.Pinang

Posted: 02 Jun 2012 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun— Rakyat Malaysia telah menjadi semakin rasis sejak pilihan raya 2008, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow menolak dakwaan rakyat semakin bersedia menerima politik bukan berasaskan perkauman.
Setiausaha Agung Gerakan menjelaskan sebagai parti multi etnik, parti itu mendapati lebih sukar untuk membincangkan perkara berkenaan bukan perkauman sejak beberapa tahun lalu.
Beliau menambah, selepas pilihan raya, lebih banyak pertubuhan berasaskan kaum seperti Perkasa ditubuhkan, dan menambahkan situasi ketegangan kaum di negara ini.
"Saya tidak fikir rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum. Selepas 308 (PRU2008), kami mendapati amat sukar untu berbincang soal isu bukan perkauman.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang penganas....

Posted: 02 Jun 2012 06:02 PM PDT



KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.

Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.

Read More / Baca Lagi >>

Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak

Posted: 02 Jun 2012 06:01 PM PDT

SHAH ALAM, 2 JUN : Tindakan kerajaan Pusat mendirikan loji penapis minyak terbesar di Pengerang, Johor merupakan usaha tersusun kerajaan membelakangi kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di negara ini.
Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) mendakwa mengalami kerugian "tak terhingga" berikutan keputusan Kerajaan Pusat membina logi penapisan minyak di Johor dengan kos RM127 bilion.
Pengerusi Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga menyifatkan keputusan dibuat sebagai tidak munasabah kerana Johor bukan sebuah negeri pengeluar minyak.
Read More / Baca Lagi >>

Ikrar PAS di Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 04:26 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Menteri Besar Kedah

Posted: 02 Jun 2012 04:22 PM PDT

Amanat Presiden PAS di HIMPUNAN HIJAU ke PUTRAJAYA

Posted: 02 Jun 2012 04:21 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Pak Samad (Sasterawan Negara)

Posted: 02 Jun 2012 04:21 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Aisyah (Artis-Penyanyi)

Posted: 02 Jun 2012 04:20 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Dato' Fauzi Saari

Posted: 02 Jun 2012 04:20 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Mohd Zaid Ruby (Bekas Pengacara TV Al-Hijrah)

Posted: 02 Jun 2012 04:19 PM PDT

Hijau ke Putrajaya - Bekas Pemain Bola bersama PAS

Posted: 02 Jun 2012 04:18 PM PDT

K-pop, artis dan Pilihan Raya Umum ke-13

Posted: 02 Jun 2012 04:15 PM PDT

Oleh SiasahDaily
Budaya popular semakin menjadi ciri penting kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sehingga semakin mengambil bahagian yang besar dalam wacana politik popular negara.

Kempen Barisan Nasional melalui perhimpunan belia di Putrajaya minggu lalu menerima reaksi negatif, termasuk daripada mufti Perak ekoran kemunculan artis pop Korea yang berpakaian tidak sopan.

Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir!

Posted: 02 Jun 2012 04:14 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu.
Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.


Himpunan anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Setar itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya.
Kejayaan ini amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan jika UMNO menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan terhadap pemimpin INDRAF 2.0: Kit Siang desak KDN beri perhatian

Posted: 02 Jun 2012 04:10 PM PDT

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussin mesti memberi perhatian penuh terhadap kes-kes politik yang berbudaya ganas dan samseng di negara ini seperti serangan yang dilakukan ke atas Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor V.Ganapathirao dan adiknya Papparaidu di Klang pada malam hari Rabu daripada memberi perhatian kepada propaganda kompilasi video BERSIH 3.0.

Semalam, Hishamuddin (gambar kanan) telah berkata bahawa kompilasi video yang mengandungi klip-klip apa yang telah berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lepas akan disiapkan dalam dua hari lagi dan akan dimuat naik dalam laman sesawang kementerian setelah siap.

Katanya, ia akan mengandungi klip visual "yang baik dan yang buruk" yang telah diterima oleh pelbagai parti sepanjang perhimpunan tersebut.

Adakah kompilasi video dalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri akan memasukkan juga klip-klip video yang menunjukkan keganasan dan kekecohan yang telah berlaku samada mangsa-mangsa tersebut di antara kakitangan polis, wakil-wakil media atau peserta-peserta perhimpunan atau kompilasi tersebut hanya akan menunjukkan klip-klip yang selektif berlandaskan kempen fitnah yang telah dilemparkan terhadap peserta BERSIH 3.0?
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan dasar Pengerusi Nasional Kongres PSM 2012

Posted: 02 Jun 2012 04:09 PM PDT

1. PENGENALAN

Komrad, perjuangan kita menegakkan ideologi Sosialisme sudah lama bertapak di Tanah Air kita.  Kita pernah merempuhi ranjau yang berduri dan mengharungi kekejaman yang tidak terperi.  Namun begitu kita tidak mudah berputus asa dan tetap kental dalam perjuangan menegakkan kebenaran.  Begitulah.  Apabila kita sudah mengenali dan mengkaji segala ufuk/sudut dunia dan mengenali peranan diri sendiri maka kita benar-benar sudah mengenali erti kebenaran.  Kebenaran yang menjunjung keadilan dan mengimbangan hubungan sejagat.  Justeru itu kebijaksanaan itu bermula apabila kita dapat meletakkan sesuatu (ide, tindakan dan lain-lain) yang sesuai pada tempatnya (Wisdom begins when we can place an entity (ideas, actions etc) in their rightful place).

Hubungan kita dengan Negara-negara Sosialis, parti-parti Sosialis dan pergerakan Sosialis di rantau ini amatlah rapat.  Sentiasa bertukar pandangan dan sentiasa bantu membantu kerana kita sedar usaha menumpaskan sistem kapitalis memerlukan kegigihan dan solidariti yang kukuh.  Kita turut berbangga apabila Negara Prancis kini ditadbir oleh pimpinan Sosialis.  Negara Venezuela juga berkembang pesat mengamalkan kuasa rakyat dari bawah.  Ini menggambarkan Sosialisme tetap segar bugar dan tidak pula lapuk ditelan zaman.  Kerana sistem Sosialis sajalah yang dapat mendedahkan segala pekung sistem ekonomi kapitalis dan berupaya menelanjangi sejarah dan ragam / mekanisme sistem kapitalisme yang nyata-nyata berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan.  Manusia dan kemanusiaan dijadikan bahan dagangan bagi menambahkan lagi keuntungan.  Tabiat ini sudah menjadi satu ketagihan yang sungguh menakjubkan (Profit is the opium of the capitalists) dan meracuni dunia sejagat.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 04:08 PM PDT

Firman Allah:
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)

1. Mukadimah

PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah.  Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan.  Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya.

Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut.  Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu.

Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene: Rahsia Pertahanan Negara Bocor Angkara Siapa?

Posted: 02 Jun 2012 04:06 PM PDT


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoal bagaimana Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan Perdana Menteri, Najib Altantuya memperoleh dokumen sulit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk dijual kepada DCNS.

"Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib Altantuya,"

"Saya khuatir adakah Najib Altantuya juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan," katanya kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's illusory transformation: The PM is MOONWALKING!

Posted: 02 Jun 2012 03:54 PM PDT

Najib's illusory transformation: The PM is MOONWALKING!On 12th April 2012, Prime Minister, Dato Seri Najib Tun Razak invited Malaysians to walk with him in his journey to transform Malaysia[1]. Five days later, Najib tabled the Security Offences (Special Measures) Act ("SOSMA") to replace the Internal Security Act ("ISA").
Malaysians deciding whether to join Najib's walk must know whether it is a walk for freedom like Nelson Mandela's or Michael Jackson's moon walking. Moon walking is a step that is apparently moving forward which actually is a backpedal taking you nowhere. Najib in replacing the ISA with SOSMA is moon walking.
Illusory Transformation
Read More / Baca Lagi >>