RAKYAT MARHAEN |
- UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..
- Kes Nizar: Jangan salahkan Pas
- Zaman Singapura dilanggar todak dah berlalu !!
- Shahrizat baru terselamat sebelah kaki!
- MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto
- Kenyataan Paling Bangang : Letak jawatan jika Polis dan Askar sokong pembangkang - MB Terengganu
- Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang
- Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Pengerusi BN P.Pinang
- Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang penganas....
- Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak
- Ikrar PAS di Himpunan Hijau Ke Putrajaya
- Hijau ke Putrajaya - Menteri Besar Kedah
- Amanat Presiden PAS di HIMPUNAN HIJAU ke PUTRAJAYA
- Hijau ke Putrajaya - Pak Samad (Sasterawan Negara)
- Hijau ke Putrajaya - Aisyah (Artis-Penyanyi)
- Hijau ke Putrajaya - Dato' Fauzi Saari
- Hijau ke Putrajaya - Mohd Zaid Ruby (Bekas Pengacara TV Al-Hijrah)
- Hijau ke Putrajaya - Bekas Pemain Bola bersama PAS
- K-pop, artis dan Pilihan Raya Umum ke-13
- Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir!
- Serangan terhadap pemimpin INDRAF 2.0: Kit Siang desak KDN beri perhatian
- Ucapan dasar Pengerusi Nasional Kongres PSM 2012
- Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya
- Skandal Scorpene: Rahsia Pertahanan Negara Bocor Angkara Siapa?
- Najib's illusory transformation: The PM is MOONWALKING!
Posted: 02 Jun 2012 06:19 PM PDT Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka 'dianjingkan' oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi. |
Kes Nizar: Jangan salahkan Pas Posted: 02 Jun 2012 06:15 PM PDT Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, adalah tidak adil menyalahkan Pas kerana itu adalah tindakan spontan Mohammad Nizar selepas pengumuman dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Biarlah undang-undang mengambil tempat berhubung perkara ini. Kita serahkan kepada saluran perundangan, setiap orang melakukan kesilapan. "Tidak ada sesiapa pun berhak menghukum beliau melainkan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam. |
Zaman Singapura dilanggar todak dah berlalu !! Posted: 02 Jun 2012 06:14 PM PDT Kecuh satu Malaysia,.. yang buat kecuh faham-fahamlah ! siapa lagi kalau bukan orang-orang Melayu kuno yang berjiwa Umno, termasuk bloger dan media pengampu. Semuanya gara-gara teguran bekas menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaludin kepada Sultan Johor yang membazir berbelanja wang sejumlah RM520,00.00 semata untuk memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1. Menurut Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak tak kiralah sama ada baginda menggunakan wang rakyat atau wang dari poketnya sendiri, perbuatan itu tetap membazir. Sebagai pemimpin,.tak kira.menteri, raja atau sesiapa saja, amalan membazir patutlah dielakkan. Read More / Baca Lagi >> |
Shahrizat baru terselamat sebelah kaki! Posted: 02 Jun 2012 06:12 PM PDT Tak terlibat proses pemberian,..menyalahguna wang bagaimana? Kelmarin Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek bernilai RM250 juta kepada syarikat NFC milik suaminya… Aduhhh! Leganya ! mungkin begitulah kata suara hati Dato' Seri Shahrizat Jalil. Kalau SPRM dan kerajaan Najib nak paksa juga rakyat percaya bahawa Shahrizat tak terlibat dalam proses pemberian projek lembu bernilai 250 juta itu kepada suaminya,. ok tak apa lah ! Rakyat masih boleh terima yang Shahrizat tak lerlibat !! tetapi mengapa pula SPRM tak sebut siapa yang terlibat? Peranan menteri yang berkenaan bagaimana? termasuk peranan PM ?. |
MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto Posted: 02 Jun 2012 06:10 PM PDT Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun masih ada janji yang belum dilaksanakan, namun Kerajaan Negeri telah berjaya membuat pelbagai program lain khusus untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, selain janji penurunan cukai pintu, kesemua manifesto penting PR berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri. |
Kenyataan Paling Bangang : Letak jawatan jika Polis dan Askar sokong pembangkang - MB Terengganu Posted: 02 Jun 2012 06:08 PM PDT Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada. "Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat. "Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah," katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam. Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan. Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan. |
Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang Posted: 02 Jun 2012 06:06 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri. Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam. |
Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Pengerusi BN P.Pinang Posted: 02 Jun 2012 06:04 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Jun— Rakyat Malaysia telah menjadi semakin rasis sejak pilihan raya 2008, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow menolak dakwaan rakyat semakin bersedia menerima politik bukan berasaskan perkauman. Setiausaha Agung Gerakan menjelaskan sebagai parti multi etnik, parti itu mendapati lebih sukar untuk membincangkan perkara berkenaan bukan perkauman sejak beberapa tahun lalu. Beliau menambah, selepas pilihan raya, lebih banyak pertubuhan berasaskan kaum seperti Perkasa ditubuhkan, dan menambahkan situasi ketegangan kaum di negara ini. "Saya tidak fikir rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum. Selepas 308 (PRU2008), kami mendapati amat sukar untu berbincang soal isu bukan perkauman. Read More / Baca Lagi >> |
Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang penganas.... Posted: 02 Jun 2012 06:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya. Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang. |
Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak Posted: 02 Jun 2012 06:01 PM PDT SHAH ALAM, 2 JUN : Tindakan kerajaan Pusat mendirikan loji penapis minyak terbesar di Pengerang, Johor merupakan usaha tersusun kerajaan membelakangi kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di negara ini. Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) mendakwa mengalami kerugian "tak terhingga" berikutan keputusan Kerajaan Pusat membina logi penapisan minyak di Johor dengan kos RM127 bilion. Pengerusi Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga menyifatkan keputusan dibuat sebagai tidak munasabah kerana Johor bukan sebuah negeri pengeluar minyak. Read More / Baca Lagi >> |
Ikrar PAS di Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 04:26 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Menteri Besar Kedah Posted: 02 Jun 2012 04:22 PM PDT |
Amanat Presiden PAS di HIMPUNAN HIJAU ke PUTRAJAYA Posted: 02 Jun 2012 04:21 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Pak Samad (Sasterawan Negara) Posted: 02 Jun 2012 04:21 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Aisyah (Artis-Penyanyi) Posted: 02 Jun 2012 04:20 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Dato' Fauzi Saari Posted: 02 Jun 2012 04:20 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Mohd Zaid Ruby (Bekas Pengacara TV Al-Hijrah) Posted: 02 Jun 2012 04:19 PM PDT |
Hijau ke Putrajaya - Bekas Pemain Bola bersama PAS Posted: 02 Jun 2012 04:18 PM PDT |
K-pop, artis dan Pilihan Raya Umum ke-13 Posted: 02 Jun 2012 04:15 PM PDT Oleh SiasahDaily Budaya popular semakin menjadi ciri penting kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sehingga semakin mengambil bahagian yang besar dalam wacana politik popular negara. Kempen Barisan Nasional melalui perhimpunan belia di Putrajaya minggu lalu menerima reaksi negatif, termasuk daripada mufti Perak ekoran kemunculan artis pop Korea yang berpakaian tidak sopan. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir! Posted: 02 Jun 2012 04:14 PM PDT Oleh Aspan Alias Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu. Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini. Himpunan anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Setar itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya. Kejayaan ini amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh UMNO. Bayangkan jika UMNO menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan UMNO dan ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit. Read More / Baca Lagi >> |
Serangan terhadap pemimpin INDRAF 2.0: Kit Siang desak KDN beri perhatian Posted: 02 Jun 2012 04:10 PM PDT Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussin mesti memberi perhatian penuh terhadap kes-kes politik yang berbudaya ganas dan samseng di negara ini seperti serangan yang dilakukan ke atas Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor V.Ganapathirao dan adiknya Papparaidu di Klang pada malam hari Rabu daripada memberi perhatian kepada propaganda kompilasi video BERSIH 3.0. Semalam, Hishamuddin (gambar kanan) telah berkata bahawa kompilasi video yang mengandungi klip-klip apa yang telah berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lepas akan disiapkan dalam dua hari lagi dan akan dimuat naik dalam laman sesawang kementerian setelah siap. Katanya, ia akan mengandungi klip visual "yang baik dan yang buruk" yang telah diterima oleh pelbagai parti sepanjang perhimpunan tersebut. Adakah kompilasi video dalam laman sesawang Kementerian Dalam Negeri akan memasukkan juga klip-klip video yang menunjukkan keganasan dan kekecohan yang telah berlaku samada mangsa-mangsa tersebut di antara kakitangan polis, wakil-wakil media atau peserta-peserta perhimpunan atau kompilasi tersebut hanya akan menunjukkan klip-klip yang selektif berlandaskan kempen fitnah yang telah dilemparkan terhadap peserta BERSIH 3.0? Read More / Baca Lagi >> |
Ucapan dasar Pengerusi Nasional Kongres PSM 2012 Posted: 02 Jun 2012 04:09 PM PDT 1. PENGENALAN Komrad, perjuangan kita menegakkan ideologi Sosialisme sudah lama bertapak di Tanah Air kita. Kita pernah merempuhi ranjau yang berduri dan mengharungi kekejaman yang tidak terperi. Namun begitu kita tidak mudah berputus asa dan tetap kental dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Begitulah. Apabila kita sudah mengenali dan mengkaji segala ufuk/sudut dunia dan mengenali peranan diri sendiri maka kita benar-benar sudah mengenali erti kebenaran. Kebenaran yang menjunjung keadilan dan mengimbangan hubungan sejagat. Justeru itu kebijaksanaan itu bermula apabila kita dapat meletakkan sesuatu (ide, tindakan dan lain-lain) yang sesuai pada tempatnya (Wisdom begins when we can place an entity (ideas, actions etc) in their rightful place). Hubungan kita dengan Negara-negara Sosialis, parti-parti Sosialis dan pergerakan Sosialis di rantau ini amatlah rapat. Sentiasa bertukar pandangan dan sentiasa bantu membantu kerana kita sedar usaha menumpaskan sistem kapitalis memerlukan kegigihan dan solidariti yang kukuh. Kita turut berbangga apabila Negara Prancis kini ditadbir oleh pimpinan Sosialis. Negara Venezuela juga berkembang pesat mengamalkan kuasa rakyat dari bawah. Ini menggambarkan Sosialisme tetap segar bugar dan tidak pula lapuk ditelan zaman. Kerana sistem Sosialis sajalah yang dapat mendedahkan segala pekung sistem ekonomi kapitalis dan berupaya menelanjangi sejarah dan ragam / mekanisme sistem kapitalisme yang nyata-nyata berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan. Manusia dan kemanusiaan dijadikan bahan dagangan bagi menambahkan lagi keuntungan. Tabiat ini sudah menjadi satu ketagihan yang sungguh menakjubkan (Profit is the opium of the capitalists) dan meracuni dunia sejagat. |
Pakatan perlu menang sekurang-kurang 100 kerusi parlimen Semenanjung untuk tawan Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 04:08 PM PDT Firman Allah: Read More / Baca Lagi >>وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60) 1. Mukadimah PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa pemimpinnya. Sejak mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke arah itu. Dalam menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan kita hadapi. |
Skandal Scorpene: Rahsia Pertahanan Negara Bocor Angkara Siapa? Posted: 02 Jun 2012 04:06 PM PDT "Saya terkejut mendapat tahu dokumen sulit TLDM boleh terlepas ke pihak luar. Ini sangat berbahaya kerana boleh mengancam keselamatan negara. Ia dijual oleh Razak yang merupakan sahabat baik Najib Altantuya," "Saya khuatir adakah Najib Altantuya juga terlibat kerana secara kebetulan beliau ketika itu adalah Menteri Pertahanan," katanya kepada Keadilan Daily. Read More / Baca Lagi >> |
Najib's illusory transformation: The PM is MOONWALKING! Posted: 02 Jun 2012 03:54 PM PDT On 12th April 2012, Prime Minister, Dato Seri Najib Tun Razak invited Malaysians to walk with him in his journey to transform Malaysia[1]. Five days later, Najib tabled the Security Offences (Special Measures) Act ("SOSMA") to replace the Internal Security Act ("ISA"). Malaysians deciding whether to join Najib's walk must know whether it is a walk for freedom like Nelson Mandela's or Michael Jackson's moon walking. Moon walking is a step that is apparently moving forward which actually is a backpedal taking you nowhere. Najib in replacing the ISA with SOSMA is moon walking. Illusory Transformation |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan