MIMPI SENJA |
- PAS Batu Kurau ... tengok sat apa yang tak kena dengan depa-depa ni ... betoi ka?
- Kisah Nabi Musa dan Wanita Penzina
- Datuk Seri, agak-agak jumlah kehadiran Perhimpunan Hijau ni sampai tak 2,000?
- Agak-agak akan jadi macam ni tak di Malaysia?
PAS Batu Kurau ... tengok sat apa yang tak kena dengan depa-depa ni ... betoi ka? Posted: 02 Jun 2012 07:27 PM PDT |
Kisah Nabi Musa dan Wanita Penzina Posted: 02 Jun 2012 07:23 AM PDT Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik itu. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun berkata, "Saya… telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati," ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa a.s. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina." Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata "sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" (H.R. Atthabarani) Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: "Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia." Al-Ghazzali berkata: "Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir." Ahmad bin Hanbal berkata: "Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang." Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. SUMBER |
Datuk Seri, agak-agak jumlah kehadiran Perhimpunan Hijau ni sampai tak 2,000? Posted: 02 Jun 2012 02:41 AM PDT 2 JUN — Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Star malam tadi adalah perhimpunan raksasa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu. Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara bahawa kedatangan lebih daripada seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini. Himpunan anjuran PAS ini sangat berjaya kerana orang ramai sudah memenuhi stadium dari pukul 4 ptg semalam. Orang ramai bukan sahaja telah memenuhi semua tempat duduk Stadium Alor Star itu tetapi juga meliputi padang stadium tersebut dan juga di luar stadium. Ramainya peserta himpunan ini menunjukkan bahawa rakyat serius dalam perjuangan untuk menuju ke Putrajaya dan sambutan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar akan kemahuan rakyat keseluruhannya. Kejayaan ini amat membanggakan kerana mereka datang dengan sukarela dari seluruh negara tanpa dibayar tambang atau tempat penginapan dan tidak pula diberikan kemudahan perkhidmatan ribuan bas percuma seperti yang dilakukan oleh Umno. Bayangkan jika Umno menganjurkan perhimpunan tanpa wang, topi dan T-shirt serta tempat penginapan tidak akan ada siapa pun yang akan hadir kerana pergerakan Umno dan ahlinya memerlukan tolakan dengan wang ringgit. Jika Umno hendak mengadakan perhimpunan sebesar ini secara "conservative"nya ia akan memakan belanja sekurang-kurangnya RM15 juta. Itulah sebabnya saya dan ramai yang lain selalu berkata Umno (baru) tinggal sejarah sahaja setelah wujud sejak 24 tahun yang lepas. Kalaulah begini keadaannya saya tidak nampak bagaimana Umno boleh bertahan di seluruh negara dan apatah lagi untuk kembali mengambil alih kerajaan Kedah itu. Umno tidak berani untuk menunjukkan kepada media keadaan himpunan sejuta belia yang baru berlalu itu. Kementerian Belia dan Sukan telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk membawa artis-artis dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan kehadiran yang sejemput itu. Sebaliknya ratusan ribu yang datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star malam tadi tidak perlu membawa artis Korea dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan mengiurkan tetapi perhimpunan itu hanya didatangi oleh Uztaz Azhar Idrus sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang dari Korea atau pun Jepun dan tidak pula berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget. Uztaz Azhar Idrus hanya datang dari Terengganu sahaja. Enam puluh peratus daripada ratusan ribu yang hadir itu adalah dari golongan muda mudi, kelompok terbesar di antara rakyat negara ini. Himpunan ini merupakan pemaparan manifestasi sebenar rakyat di negara ini. Mereka mahukan perubahan. Untuk kemajuan masa depan kita perlukan perubahan. Mereka mahu menolak kerajaan rasuah melalui peti undi dalam pilihanraya yang akan datang. Itu sahaja. Jika dinilai daripada keadaan tekanan terhadap kerajaan hari ini tidak salah jika kita cadangkan supaya Umno mengangkat bendera putih sahaja dan menyerahkan sahaja pentadbiran kerajaan kita kepada pihak alternatif kali ini. Kita tengok sahajalah, apa yang Umno perlu buat selain dari mengaku kalah sahaja. Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebenarnya. Hanya yang tinggal pada Umno ialah ego dan keras kepala mereka sahaja. Bagaimana pula reaksi Rais Yatim kali ini berhubung dengan jumlah peserta perhimpunan ini. Agak-agak Datuk Seri, jumlah kehadiran perhimpunan hijau ini sampai tak 2,000 orang? Kita hendak bertanya kepada Datuk Seri, kerana dalam ramai-ramai rakyat di negara ini hanya Datuk Seri sahaja yang pandai mengira. Kita semua ini semuanya buta, tuli dan bodoh-bodoh belaka. Tetapi gambar-gambar ini dengan sendirinya memberitahu Rais Yatim jumlah sebenarnya kehadiran peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Datuk Rais, kigho boto-boto. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Agak-agak akan jadi macam ni tak di Malaysia? Posted: 02 Jun 2012 02:02 AM PDT KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan