Rabu, 30 Mei 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bubu Syahrini bakal berkahwin?

Posted: 30 May 2012 10:44 PM PDT

Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Kontroversi mengenai status kekasih Syahrini, Syazni Alias atau Bubu masih hangat dikatakan. Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, namun cinta mereka tetap teguh.

Hubungan terjalin selama dua tahun itu khabarnya tidak akan di sia-sia begitu sahaja kerana masing-masing ingin lebih serius.

Bubu, menerusi temu bual akhbar tempatan, mengakui dia dan Syahrini masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

"Alhamdulillah, hubungan kami semakin dekat seperti yang diinginkan sebelum ini. Namun, untuk memperkatakan mengenai hubungan pernikahan, ia masih belum dibincangkan lagi.

"Saya rasa, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat," katanya.

Sementara Syahrini pernah mengakui semakin selesa bersama Bubu dan tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.  SH

Tangan ghaib di sebalik institusi polis menghalalkan budaya samseng?

Posted: 30 May 2012 09:55 PM PDT

Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik.
Kajian Politik Untuk Perubahan
Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.
Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama? ... seterusnya

Hina Sultan : Aduka Taruna tak bersalah

Posted: 30 May 2012 09:05 PM PDT

NONEMahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu - edyesdotcom

Skandal Scorpene : Notis Merah Interpol menggamit Najib ...

Posted: 30 May 2012 05:07 PM PDT

Kini segalanya berkemungkinan buat Perdana Menteri, Najib Altantuya dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan waran tangkap antarabangsa jika mereka gagal mematuhi arahan sepina (subpoena) Perancis untuk membantu siasatan rasuah dalam skandal kapal selam kelas Scorpene.


Peguam SUARAM dari Perancis, Joseph Brehem memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok, Thailand bahawa hakim-hakim Perancis mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara mereka untuk meminta Interpol mengeluarkan notis merah (waran tangkap antarabangsa) terhadap saksi yang gagal untuk hadir ke mahkamah Perancis.


Walau bagaimanapun ini akan menjadi pilihan terakhir yang akan diambil untuk memaksa saksi-saksi untuk memberi keterangan di Paris.



Breham menjelaskan bahawa mahkamah Perancis boleh mengambil beberapa kaedah tindakan, dalam usaha memaksa saksi Malaysia yang dinamakan dalam kertas siasatan pendakwaan supaya hadir.


Beliau berkata bahawa, pertama; hakim-hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi, dan sebaik sahaja sepina telah dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam mencatatkan keterangannya.


"Kedua, Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan 'mandate d amener', memaksa saksi untuk hadir di hadapan hakim.


"Jika saksi itu gagal untuk patuh, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan pada asalnya tertakluk dalam sempadan wilayah jajahan Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim memikirkan perlu untuk memperluaskannya.


"Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa," katanya.


Beliau juga berkata bahawa hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua orang hakim yang yang ditugaskan untuk menyelia kes itu, secara prinspnya telah menerima terutamanya senarai SUARAM tujuh orang saksi yang dicadangkan, termasuk Najib Altantuya, Zahid Hamidi dan Razak Baginda.


"Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni yang rumit dari SUARAM pada 20 April lalu selama tiga jam, telah menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan dengan tidak akan berpatah balik lagi," kata Breham.


Beliau menambah bahawa pada penerimaan tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, hakim Perancis telah meminta butir-butir penuh identiti saksi yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana dengan budi bicaranya merasakan perlu untuk berbuat demikian.


Kewajipan undang-undang


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUARAM selepas sidang akhbar di Bangkok, NGO hak asasi manusia itu berkata bahawa Malaysia mempunyai obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Rasuah (United Nations for Counter-Anti-Corruption - UNCAC) untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.


Ia menambah bahawa kerajaan negara yang terbabit (Perancis dan Malaysia) tertakluk untuk memberikan bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.


SUARAM juga berkata bahawa ia telah mendapat keistimewaan akses penuh kepada kesemua 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya Perancis di Paris.


"Ini ialah satu langkah sangat besar ke hadapan, banyak maklumat yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal selam Perancis)," katanya.


Ia berkata bahawa dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen 97 - nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 yang berkaitan dengan temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia-Perancis dalam kerjasama pertahanan (tujuan pembelian kapal selam).


"Nota tersebut menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.


"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno-APCO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari 'bos-bos' mereka, "kata kenyataan Suaram.


Rangkaian Isteri-Isteri


Mengulas lanjut, Brehem berkata bahawa nota yang disebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda adalah sebagai 'tempat rujukan' untuk rangkaian politik, sambil menambah bahawa Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah individu yang rapat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda ketika itu rapat dengan Menteri Pertahanan, Najib Altantuya.


"Nota tersebut juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula menurun berikutan kejatuhan daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan yang nama Mohd Ibrahim Mohd Noor, dari Perimekar Sdn Bhd, kedua-duanya bertindak sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudian digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.


"Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang," tambah SUARAM.


SUARAM berkata nota itu juga menunjukkan bahawa isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.


SUARAM juga berkata bahawa ia terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok - dan tidak di Kuala Lumpur - berikutan pengusiran paksa salah seorang lagi peguam SUARAM, William Bourdon, pada Julai tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk bercakap mengenai kes tersebut.


Aduan SUARAM dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009 telah menyebabkan bermulanya siasatan kehakiman di Tribunal Grande de Instance di Paris.


Siasatan itu akan memfokuskan jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara Malaysia dan Perancis dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh DCNS, syarikat pembinaan kapal Perancis dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh Najib Altantuya.


Glosari - Sapina


Sebuah sapina adalah sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:


a) subpoena ad testificandum 


Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.


b) subpoena duces tecum 

Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah - Warga Marhaen

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - MurSHIT Am Zahid Md Arip Memang Benar-Benar Gila

Posted: 30 May 2012 12:43 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 suku, lidah resmi Syaitan malam tadi macam biasa meneruskan bisikan Syaitan dengan berita terbaru.  Beritanya adalah kenyataan MurSHIT Am CIBAI, Zahid Md Arip yang telah membuat laporan kepada SPRM tentang kononnya Azmin Ali rasuah dan telah dilindungi oleh DS Anwar sewaktu Ketua Umum tersebut berada di dalam kabinet.

MurSHIT Am CIBAI seterusnya memberi amaran kepada SPRM untuk menyiasat laporan bangang yang dibuat olehnya di dalam tempoh seminggu.  Jika gagal, MurSHIT Am akan membawa gerombolan lembu-lembu gila untuk berdemontrasi di hadapan bangunan SPRM.  Tambahnya lagi, beliau mahu SPRM siasat segera dan jangan takut untuk bertindak.

Kelakar apabila MurSHIT Am berkata "jangan takut untuk bertindak".  Lojik atau tidak SPRM takut kepada YB Azmin atau DS Anwar?  Apa hebatnya YB Azmin dan DS Anwar sehingga MurSHIT Am ini merasa bimbang SPRM takut untuk bertindak?  Adakah DS Anwar sekarang PM dan YB Azmin itu TPM?  Jika betul, memang ada lojiknya SPRM takut.

Masalahnya kes itu berpuluh tahun dahulu dan sekarang baru timbul.  Adakah dari dulu lagi hingga sekarang SPRM sentiasa berada di dalam ketakutan kepada YB Azmin dan DS Anwar?  Sebab itulah saya katakan Zahid Md Arip ini telah gila dan kenyataan beliau itu sebagai bukti bahawa beliau memang layak digelar 'MurSHIT".

Satu lagi bukti, beliau di dalam satu ceramahnya dahulu pernah berkata, sekiranya beliau menyertai Umporno, anggaplah beliau telah gila dan rakyat jangan lagi mempercayai orang gila seperti beliau.  Cuba tonton video ini, sebagai bukti;




Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Ingat lagi bro 14 tahun lalu....??

Posted: 30 May 2012 08:32 AM PDT


Anwar Ibrahim, beberapa hari selepas ditinju oleh Rahim Noor.

Mungkinkah insan ini akan jadi PM Malaysia ke 7 selepas PRU13 akan datang?

Kuasa Allah, segalanya mungkin...

Winnable candidate kayo ghayo...!!

Posted: 30 May 2012 12:07 AM PDT


Kes bunuh Sosilawati: Adun terlibat urusan jual beli tanah
KHALILAH GUSTI HASSAN
30 Mei 2012
logo sosilawati
Kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.

Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.

Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

"Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.

Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?

Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?

Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.

Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.

Perbicaraan bersambung hari ini.

~penarik beca

~penarik beca


Kali ni saya sokong Nizar 100 peratus

Posted: 30 May 2012 01:31 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Senam punggung: Tak kisahlah ahli Umno atau tidak !!

Posted: 30 May 2012 08:54 PM PDT


Perbuatan tetap lucah ! aibkan diri, Melayu dan Islam
  Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom yang mengepalai  'senaman punggung' di hadapan rumah Datuk S Ambiga Pengerusi Bersama BERSIH 3, pada 15 Mei lalu menegaskan beliau bukan ahli Umno. " Saya buat kerja dengan betul " katanya..

PVTM bertindak atas dasar kami sebuah persatuan yang menyokong kerajaan dan tidak ditaja oleh mana pihak,  katanya lagi
 
Sedarkah kamu, bahawa kamu telah meletakkan taraf kamu dan kumpulan kamu ketahap yang amat rendah sekali!  Ada banyak lagi badan NGO yang sokong kerajaan, tapi mereka tak buat kerja bodoh macam ni melainkan kamu dan kumpulan heret kepala lembu depan pejabat MB Selangor satu ketika dulu.
Read More / Baca Lagi >>

DAP cadang dana RM1 bilion untuk Sabah basmi kemiskinan

Posted: 30 May 2012 08:51 PM PDT


KOTA KINABALU, 30 MEI: DAP mencadangkan penubuhan Dana Wakaf Sabah bernilai RM1 bilion untuk membina modal insan di negeri bawah bayu melalui usaha pendidikan, ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Pembinaan modal insan untuk Sabah dapat dijayakan melalui pelaksanaan 3E:
* Education – menyediakan peluang pendidikan yang bermutu;
* Economy - Meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera Sabah; dan
* End poverty – Membasmi kemiskinan seluruh negeri Sabah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dana itu akan memberikan bantuan wang kepada golongan miskin, menyediakan peluang ekonomi yang saksama, menawarkan biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan memasang wi-fi internet percuma di tempat-tempat awam bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung.
Read More / Baca Lagi >>

BNM didakwa menyebelahi salahlaku NFC

Posted: 30 May 2012 08:50 PM PDT

PKR melihat tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) memanggil Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau ke atas pendedahan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah pelanggaran terhadap peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.Naib Presiden PKR, N. Surendran menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah.
"Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah.
"Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.
"Bagaimana seseorang yang membuat pendedahan penyelewengan NFC boleh dipanggil untuk memberi keterangan atas kesalahan jenayah?" soalnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

4 years recession expected in Malaysia?

Posted: 30 May 2012 08:48 PM PDT

A Greek departure from the euro zone would cause a second recession in as little as four years in Malaysia as the repercussions may be felt throughout the global economy, Bloomberg reported analysts and economists as saying today.Economists told Bloomberg that investors are now betting on the small Mediterranean country leaving the euro zone soon.Although Greece is only responsible for 0.4 per cent of the world economy, anxiety over the June 17 Greek elections has already helped wipe almost US$3 trillion (RM9.5 trillion) from global equities this month.
A Greek exit from the euro zone could reduce China's expansion to 6.4 per cent this year, from 9.2 per cent in 2011, economists at China International Capital Corp (CICC) said last week.
Malaysia, along with the rest of Asia, has increased trade with China for years and the Asian giant is now its top trade partner.
Read More / Baca Lagi >>

Aduka Taruna tak bersalah hina almarhun sultan Johor

Posted: 30 May 2012 08:42 PM PDT

NONEMahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ulamak Pelapis PAS Pusat Anjur Ijtimak Watani

Posted: 30 May 2012 08:24 PM PDT

"Kuala Lumpur, Lajnah Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat insyaAllah akan menganjurkan Ijtimak Ulamak Pelapis PAS Pusat sempena Himpunan Hijau PAS di Kedah pada hari esok 1 Jun 2012 iaitu pada Hari Jumaat.

Program Ijtimak Watani Ulamak Pelapis tersebut insyaAllah akan bermula pada jam 3 petang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Bt. 9, Simpang 4 , Alor Setar, Kedah.
InsyaAllah diantara pengisian Ijtimak Watani tersebut ialah ucapan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb.Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri dan Pengerusi Lajnah Ulamak Pelapis dan Keahlian Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Mutanazzar.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Melampau Mentohmah PAS

Posted: 30 May 2012 08:23 PM PDT

Oleh GreenCresent
Seorang ilmuan Islam tidak mungkin berfikir seperti budak-budak. Jauh sama sekali untuk dikatakan dungu. Tidak pula dipandang bodoh bila berkata-kata. Setinggi nilai keilmuan didadanya, apabila berhujah sandarannya istiqamah dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis serta dalil yang seiringan dengan sunnah dan qias ijmak ulama. Inilah seringkas penilaian tatkala diminta menilai keintelektualan Islam seseorang itu yang setaraf ulama mahupun mufti.

Paling janggal dan dangkal pula, apabila seseorang ilmuan Islam seumpama mufti bercakap tentang isu-isu yang bukan bidang utama yang dihayati atau dialaminya. Ibarat seorang jurutera cuba merawat pesakit jantung atau seorang doktor bedah diminta membuat overhaul enjin kereta, sudah tentu akan timbul keraguan melampau kalangan masyarakat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Melaka : Pemandu Lori Mogok Bantah SPAD

Posted: 30 May 2012 08:20 PM PDT

Melaka : Pemandu Lori Mogok Kerana Tidak Berpuas Hati Dengan SPAD

Posted: 30 May 2012 08:20 PM PDT

Rafizi sangsi laporan polis Salleh nafi beli lapan hartanah projek KL Eco City

Posted: 30 May 2012 08:13 PM PDT

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan kesangsian terhadap satu laporan polis yang dibuat pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) terhadapnya yang menyatakan Rafizi telah memfitnah beliau berhubung pembelian lapan unit hartanah dalam projek KL Eco City.
Rafizi yang dipanggil untuk memberi keterangan di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagaimanapun menjelaskan, daripada dokumen bank yang diperolehinya menunjukkan Datuk Seri Salleh Ismail ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah tersebut.
"Sewaktu saya disoal siasat oleh Bank Negara, ada beberapa laporan polis yang dibuat kepada saya, dan ada satu laporan polis yang dibuat oleh Datuk Salleh mengatakan saya telah memfitnah beliau apabila mendedahkan beliau ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah dalam projek KL Eco City.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia

Posted: 30 May 2012 08:12 PM PDT

Oleh Iza Suraiya
Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu  dan jelas apa objektif yang ingin dibawakan.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Hijau dan debat yang tertangguh

Posted: 30 May 2012 08:10 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman,
Secara peribadi saya mengharapkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, yang bertanggungjawab ke atas media yang dibiayai dana awam, khususnya RTM dan Bernama, dapat mempertimbangkan dengan rasional cadangan debat politik di antara Perdana Menteri, Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malang sekali, beliau secepat kilat menolak saranan itu dengan daleh: "Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa." Malah Rais menyifatkan debat antara Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN, anjuran akhbar Sinar Harian, dan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani, sebagai "mainan politik".
Read More / Baca Lagi >>

KBS jelaskan isu K-Pop hari ini.......!!! adakah ia halal atau haram..tue jerk rakyat nak tau..!!! Kes Drag dah kantoi.....???

Posted: 30 May 2012 08:07 PM PDT

K-Pop
K-Pop dikatakan kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian semasa membuat
persembahan.
SHAH ALAM - Berikutan teguran pelbagai pihak berhubung persembahan kumpulan dari Korea atau lebih dikenali sebagai K-Pop, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat sidang media khas hari ini bagi menjelaskan isu tersebut.

Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan persembahan seumpama itu tidak patut diadakan kerana program di Putrajaya minggu lalu kerana ia melibatkan golongan belia.

Selain mufti, pihak daripada pertubuahan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik turut mengecam persembahan tersebut yang disifatkan melampau kerana berpakaian terlalu seksi.

Bangga sertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya

Posted: 30 May 2012 08:05 PM PDT

NIk Abduh Nik Abdul Aziz,

Hari ini, bersama keluarga, saya akan bergerak awal ke Kedah untuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Semoga perjalanan merentas Lebuh raya Timur Barat selamat dan diberkati Allah.

Mengapa kita berhimpun?

1) Meraikan dan mensyukuri kejayaan kita terpilih sebagai pejuang menegakkan ugama menjelang pilihanraya umum memilih pimpinan negara.

2) Menjadi tentera perjuangan yang siap siaga untuk patuh mendengar arahan dan amanat pimpinan parti menjelang hari tempur.

3) Menunjuk kekuatan dan kesatuan umat demi kekuatan diri dan meremangkan roma ketakutan dalam jiwa musuh.

4) Memperteguh azam dan keyakinan menuju Putra Jaya bersama Pakatan Rakyat.

5) Mempertahankan kerajaan PAS Kedah.

Berhimpun adalah iman yang membakar di dada.

Ayuh teman-teman, datanglah beramai-ramai dan berbanggalah menyertai perhimpunan besar ini.

'Bukan isu orang import tapi isu samseng'

Posted: 30 May 2012 08:04 PM PDT

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei membidas Menteri Pembangunan Wilayah Datuk Seri Raja Nong Chik yang mendakwa kemungkinan orang luar yang diimport telah mencetuskan kekecohan di satu ceremah parti itu di Lembah Pantai baru-baru ini.

Shuhaimi berkata tindakan menuduh orang 'import' yang berbuat demikian sebagai satu "helah" untuk mengalih daripada isu pokok iaitu budaya samseng.

"(Jadi) bukan isu bawa orang luar. Itu isu lain. Tindakan itu tidak boleh diterima dalam budaya politik baru di negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Tangan ghaib di sebalik polis halal samseng?

Posted: 30 May 2012 08:02 PM PDT

Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.

Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama?

Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama

Posted: 30 May 2012 07:58 PM PDT

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.
Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.
Read More / Baca Lagi >>

'Dead' man says he is alive and kicking: more voter roll discrepancies

Posted: 30 May 2012 07:56 PM PDT

'Dead' man says he is alive and kicking: more voter roll discrepanciesDead on paper, but still very much alive. This aptly describes the plight of Mohamad Diah Arjan, a voter from Kuala Kubu Baharu under the Hulu Selangor parliamentary constituency.
To his horror, he discovered that National Registration Department had declared him deceased.
As if that was not shocking enough, Diah's voter details which existed in the Election Commission's record at the Kuala Kubu Baharu post office, are not found online.
Diah said the NRD branch at Kuala Kubu Baharu told him that his Mykad number 691130-01-5063 had returned a result saying he was dead, though not confirmed.
"When I asked how this could happen, the officer on duty said there has been a mistake at NRD's Putrajaya office. A week later, I checked again at the Kuala Kubu Baharu NRD branch and the status was corrected.
Read More / Baca Lagi >>

Tsunami politik PRU13 dari selatan, kata Pas

Posted: 30 May 2012 07:55 PM PDT


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali SHAH ALAM - Jika perubahan senario politik empat tahun lalu dikaitkan dengan tsunami politik dari utara, perkembangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa akan bertolak dari selatan Semenanjung - yang Pas mengatekorikan sebagai "tsunami dari selatan."

"Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.
Read More / Baca Lagi >>

"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan

Posted: 30 May 2012 07:54 PM PDT


Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.

Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .

Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.

Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.

Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Scorpene : Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit

Posted: 30 May 2012 07:51 PM PDT

NONESuatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.
Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi
manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene

Posted: 30 May 2012 07:50 PM PDT


MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.


"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.


"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

UN Observers Discover 13 Bound Corpses in Syria

Posted: 30 May 2012 07:32 PM PDT

Pessimism in UN as Syria crisis worsens

Posted: 30 May 2012 07:31 PM PDT

DR. ASRI: JIWA FEUDAL MELAYU (RM500K BIDA WWW1)

Posted: 30 May 2012 07:30 PM PDT