RAKYAT MARHAEN |
- Senam punggung: Tak kisahlah ahli Umno atau tidak !!
- DAP cadang dana RM1 bilion untuk Sabah basmi kemiskinan
- BNM didakwa menyebelahi salahlaku NFC
- 4 years recession expected in Malaysia?
- Aduka Taruna tak bersalah hina almarhun sultan Johor
- Ulamak Pelapis PAS Pusat Anjur Ijtimak Watani
- Mufti Melampau Mentohmah PAS
- Melaka : Pemandu Lori Mogok Bantah SPAD
- Melaka : Pemandu Lori Mogok Kerana Tidak Berpuas Hati Dengan SPAD
- Rafizi sangsi laporan polis Salleh nafi beli lapan hartanah projek KL Eco City
- BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia
- Himpunan Hijau dan debat yang tertangguh
- KBS jelaskan isu K-Pop hari ini.......!!! adakah ia halal atau haram..tue jerk rakyat nak tau..!!! Kes Drag dah kantoi.....???
- Bangga sertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya
- 'Bukan isu orang import tapi isu samseng'
- Tangan ghaib di sebalik polis halal samseng?
- Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama
- 'Dead' man says he is alive and kicking: more voter roll discrepancies
- Tsunami politik PRU13 dari selatan, kata Pas
- "Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan
- Skandal Scorpene : Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit
- Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene
- UN Observers Discover 13 Bound Corpses in Syria
- Pessimism in UN as Syria crisis worsens
- DR. ASRI: JIWA FEUDAL MELAYU (RM500K BIDA WWW1)
Senam punggung: Tak kisahlah ahli Umno atau tidak !! Posted: 30 May 2012 08:54 PM PDT Perbuatan tetap lucah ! aibkan diri, Melayu dan Islam Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom yang mengepalai 'senaman punggung' di hadapan rumah Datuk S Ambiga Pengerusi Bersama BERSIH 3, pada 15 Mei lalu menegaskan beliau bukan ahli Umno. " Saya buat kerja dengan betul " katanya.. PVTM bertindak atas dasar kami sebuah persatuan yang menyokong kerajaan dan tidak ditaja oleh mana pihak, katanya lagi Sedarkah kamu, bahawa kamu telah meletakkan taraf kamu dan kumpulan kamu ketahap yang amat rendah sekali! Ada banyak lagi badan NGO yang sokong kerajaan, tapi mereka tak buat kerja bodoh macam ni melainkan kamu dan kumpulan heret kepala lembu depan pejabat MB Selangor satu ketika dulu. Read More / Baca Lagi >> | ||
DAP cadang dana RM1 bilion untuk Sabah basmi kemiskinan Posted: 30 May 2012 08:51 PM PDT KOTA KINABALU, 30 MEI: DAP mencadangkan penubuhan Dana Wakaf Sabah bernilai RM1 bilion untuk membina modal insan di negeri bawah bayu melalui usaha pendidikan, ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Pembinaan modal insan untuk Sabah dapat dijayakan melalui pelaksanaan 3E: * Education – menyediakan peluang pendidikan yang bermutu; * Economy - Meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera Sabah; dan * End poverty – Membasmi kemiskinan seluruh negeri Sabah. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, dana itu akan memberikan bantuan wang kepada golongan miskin, menyediakan peluang ekonomi yang saksama, menawarkan biasiswa kepada mereka yang memerlukan dan memasang wi-fi internet percuma di tempat-tempat awam bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung. | ||
BNM didakwa menyebelahi salahlaku NFC Posted: 30 May 2012 08:50 PM PDT PKR melihat tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) memanggil Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk memberi keterangan berhubung pendedahan beliau ke atas pendedahan kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah pelanggaran terhadap peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.Naib Presiden PKR, N. Surendran menegaskan, arahan yang dikeluarkan oleh BNM itu adalah tidak sah kerana akta itu bukan digunakan untuk melindungi seseorang yang melakukan perbuatan jenayah. "Arahan ini adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Ini adalah penyalahgunaan Bafia itu sendiri kerana akta itu bukan digunakan bagi melindungi kegiatan jenayah. "Rafizi telah melakukan pendedahan jenayah, dan suami menteri sendiri telah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya. "Bagaimana seseorang yang membuat pendedahan penyelewengan NFC boleh dipanggil untuk memberi keterangan atas kesalahan jenayah?" soalnya lagi. | ||
4 years recession expected in Malaysia? Posted: 30 May 2012 08:48 PM PDT A Greek departure from the euro zone would cause a second recession in as little as four years in Malaysia as the repercussions may be felt throughout the global economy, Bloomberg reported analysts and economists as saying today.Economists told Bloomberg that investors are now betting on the small Mediterranean country leaving the euro zone soon.Although Greece is only responsible for 0.4 per cent of the world economy, anxiety over the June 17 Greek elections has already helped wipe almost US$3 trillion (RM9.5 trillion) from global equities this month. A Greek exit from the euro zone could reduce China's expansion to 6.4 per cent this year, from 9.2 per cent in 2011, economists at China International Capital Corp (CICC) said last week. Malaysia, along with the rest of Asia, has increased trade with China for years and the Asian giant is now its top trade partner. | ||
Aduka Taruna tak bersalah hina almarhun sultan Johor Posted: 30 May 2012 08:42 PM PDT Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya. Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini. Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010. Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. | ||
Ulamak Pelapis PAS Pusat Anjur Ijtimak Watani Posted: 30 May 2012 08:24 PM PDT "Kuala Lumpur, Lajnah Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat insyaAllah akan menganjurkan Ijtimak Ulamak Pelapis PAS Pusat sempena Himpunan Hijau PAS di Kedah pada hari esok 1 Jun 2012 iaitu pada Hari Jumaat. Program Ijtimak Watani Ulamak Pelapis tersebut insyaAllah akan bermula pada jam 3 petang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Bt. 9, Simpang 4 , Alor Setar, Kedah. InsyaAllah diantara pengisian Ijtimak Watani tersebut ialah ucapan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb.Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri dan Pengerusi Lajnah Ulamak Pelapis dan Keahlian Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Mutanazzar. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 30 May 2012 08:23 PM PDT Oleh GreenCresent Seorang ilmuan Islam tidak mungkin berfikir seperti budak-budak. Jauh sama sekali untuk dikatakan dungu. Tidak pula dipandang bodoh bila berkata-kata. Setinggi nilai keilmuan didadanya, apabila berhujah sandarannya istiqamah dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis serta dalil yang seiringan dengan sunnah dan qias ijmak ulama. Inilah seringkas penilaian tatkala diminta menilai keintelektualan Islam seseorang itu yang setaraf ulama mahupun mufti. Paling janggal dan dangkal pula, apabila seseorang ilmuan Islam seumpama mufti bercakap tentang isu-isu yang bukan bidang utama yang dihayati atau dialaminya. Ibarat seorang jurutera cuba merawat pesakit jantung atau seorang doktor bedah diminta membuat overhaul enjin kereta, sudah tentu akan timbul keraguan melampau kalangan masyarakat awam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Melaka : Pemandu Lori Mogok Bantah SPAD Posted: 30 May 2012 08:20 PM PDT | ||
Melaka : Pemandu Lori Mogok Kerana Tidak Berpuas Hati Dengan SPAD Posted: 30 May 2012 08:20 PM PDT | ||
Rafizi sangsi laporan polis Salleh nafi beli lapan hartanah projek KL Eco City Posted: 30 May 2012 08:13 PM PDT Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan kesangsian terhadap satu laporan polis yang dibuat pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) terhadapnya yang menyatakan Rafizi telah memfitnah beliau berhubung pembelian lapan unit hartanah dalam projek KL Eco City. Rafizi yang dipanggil untuk memberi keterangan di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagaimanapun menjelaskan, daripada dokumen bank yang diperolehinya menunjukkan Datuk Seri Salleh Ismail ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah tersebut. "Sewaktu saya disoal siasat oleh Bank Negara, ada beberapa laporan polis yang dibuat kepada saya, dan ada satu laporan polis yang dibuat oleh Datuk Salleh mengatakan saya telah memfitnah beliau apabila mendedahkan beliau ada membuat pinjaman bank untuk membeli hartanah dalam projek KL Eco City. Read More / Baca Lagi >> | ||
BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia Posted: 30 May 2012 08:12 PM PDT Oleh Iza Suraiya Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu dan jelas apa objektif yang ingin dibawakan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Himpunan Hijau dan debat yang tertangguh Posted: 30 May 2012 08:10 PM PDT
Malang sekali, beliau secepat kilat menolak saranan itu dengan daleh: "Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa." Malah Rais menyifatkan debat antara Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN, anjuran akhbar Sinar Harian, dan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani, sebagai "mainan politik". Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 30 May 2012 08:07 PM PDT Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan persembahan seumpama itu tidak patut diadakan kerana program di Putrajaya minggu lalu kerana ia melibatkan golongan belia. Selain mufti, pihak daripada pertubuahan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik turut mengecam persembahan tersebut yang disifatkan melampau kerana berpakaian terlalu seksi. | ||
Bangga sertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Posted: 30 May 2012 08:05 PM PDT
Hari ini, bersama keluarga, saya akan bergerak awal ke Kedah untuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Semoga perjalanan merentas Lebuh raya Timur Barat selamat dan diberkati Allah. Mengapa kita berhimpun? 1) Meraikan dan mensyukuri kejayaan kita terpilih sebagai pejuang menegakkan ugama menjelang pilihanraya umum memilih pimpinan negara. 2) Menjadi tentera perjuangan yang siap siaga untuk patuh mendengar arahan dan amanat pimpinan parti menjelang hari tempur. 3) Menunjuk kekuatan dan kesatuan umat demi kekuatan diri dan meremangkan roma ketakutan dalam jiwa musuh. 4) Memperteguh azam dan keyakinan menuju Putra Jaya bersama Pakatan Rakyat. 5) Mempertahankan kerajaan PAS Kedah. Berhimpun adalah iman yang membakar di dada. Ayuh teman-teman, datanglah beramai-ramai dan berbanggalah menyertai perhimpunan besar ini. | ||
'Bukan isu orang import tapi isu samseng' Posted: 30 May 2012 08:04 PM PDT Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei membidas Menteri Pembangunan Wilayah Datuk Seri Raja Nong Chik yang mendakwa kemungkinan orang luar yang diimport telah mencetuskan kekecohan di satu ceremah parti itu di Lembah Pantai baru-baru ini. Shuhaimi berkata tindakan menuduh orang 'import' yang berbuat demikian sebagai satu "helah" untuk mengalih daripada isu pokok iaitu budaya samseng. "(Jadi) bukan isu bawa orang luar. Itu isu lain. Tindakan itu tidak boleh diterima dalam budaya politik baru di negara kita. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tangan ghaib di sebalik polis halal samseng? Posted: 30 May 2012 08:02 PM PDT Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan. Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama? Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat? Read More / Baca Lagi >> | ||
Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama Posted: 30 May 2012 07:58 PM PDT SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang. Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini. Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ. Read More / Baca Lagi >> | ||
'Dead' man says he is alive and kicking: more voter roll discrepancies Posted: 30 May 2012 07:56 PM PDT Dead on paper, but still very much alive. This aptly describes the plight of Mohamad Diah Arjan, a voter from Kuala Kubu Baharu under the Hulu Selangor parliamentary constituency. Read More / Baca Lagi >>To his horror, he discovered that National Registration Department had declared him deceased. As if that was not shocking enough, Diah's voter details which existed in the Election Commission's record at the Kuala Kubu Baharu post office, are not found online. Diah said the NRD branch at Kuala Kubu Baharu told him that his Mykad number 691130-01-5063 had returned a result saying he was dead, though not confirmed. "When I asked how this could happen, the officer on duty said there has been a mistake at NRD's Putrajaya office. A week later, I checked again at the Kuala Kubu Baharu NRD branch and the status was corrected. | ||
Tsunami politik PRU13 dari selatan, kata Pas Posted: 30 May 2012 07:55 PM PDT "Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam. | ||
"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan Posted: 30 May 2012 07:54 PM PDT Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan. Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut . Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela. Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka. Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau Read More / Baca Lagi >> | ||
Skandal Scorpene : Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit Posted: 30 May 2012 07:51 PM PDT Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis. Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene Posted: 30 May 2012 07:50 PM PDT MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene. Read More / Baca Lagi >>"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut. "Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi. | ||
UN Observers Discover 13 Bound Corpses in Syria Posted: 30 May 2012 07:32 PM PDT | ||
Pessimism in UN as Syria crisis worsens Posted: 30 May 2012 07:31 PM PDT | ||
DR. ASRI: JIWA FEUDAL MELAYU (RM500K BIDA WWW1) Posted: 30 May 2012 07:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan