MIMPI SENJA |
- Bubu Syahrini bakal berkahwin?
- Tangan ghaib di sebalik institusi polis menghalalkan budaya samseng?
- Hina Sultan : Aduka Taruna tak bersalah
- Skandal Scorpene : Notis Merah Interpol menggamit Najib ...
Bubu Syahrini bakal berkahwin? Posted: 30 May 2012 10:44 PM PDT Kontroversi mengenai status kekasih Syahrini, Syazni Alias atau Bubu masih hangat dikatakan. Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, namun cinta mereka tetap teguh. Hubungan terjalin selama dua tahun itu khabarnya tidak akan di sia-sia begitu sahaja kerana masing-masing ingin lebih serius. Bubu, menerusi temu bual akhbar tempatan, mengakui dia dan Syahrini masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. "Alhamdulillah, hubungan kami semakin dekat seperti yang diinginkan sebelum ini. Namun, untuk memperkatakan mengenai hubungan pernikahan, ia masih belum dibincangkan lagi. "Saya rasa, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat," katanya. Sementara Syahrini pernah mengakui semakin selesa bersama Bubu dan tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin. SH |
Tangan ghaib di sebalik institusi polis menghalalkan budaya samseng? Posted: 30 May 2012 09:55 PM PDT Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara. Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik. Kajian Politik Untuk Perubahan Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan. Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama? ... seterusnya |
Hina Sultan : Aduka Taruna tak bersalah Posted: 30 May 2012 09:05 PM PDT Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya. Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini. Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010. Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu - edyesdotcom |
Skandal Scorpene : Notis Merah Interpol menggamit Najib ... Posted: 30 May 2012 05:07 PM PDT Kini segalanya berkemungkinan buat Perdana Menteri, Najib Altantuya dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan waran tangkap antarabangsa jika mereka gagal mematuhi arahan sepina (subpoena) Perancis untuk membantu siasatan rasuah dalam skandal kapal selam kelas Scorpene. Peguam SUARAM dari Perancis, Joseph Brehem memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok, Thailand bahawa hakim-hakim Perancis mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara mereka untuk meminta Interpol mengeluarkan notis merah (waran tangkap antarabangsa) terhadap saksi yang gagal untuk hadir ke mahkamah Perancis. Walau bagaimanapun ini akan menjadi pilihan terakhir yang akan diambil untuk memaksa saksi-saksi untuk memberi keterangan di Paris. Breham menjelaskan bahawa mahkamah Perancis boleh mengambil beberapa kaedah tindakan, dalam usaha memaksa saksi Malaysia yang dinamakan dalam kertas siasatan pendakwaan supaya hadir. Beliau berkata bahawa, pertama; hakim-hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi, dan sebaik sahaja sepina telah dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam mencatatkan keterangannya. "Kedua, Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan 'mandate d amener', memaksa saksi untuk hadir di hadapan hakim. "Jika saksi itu gagal untuk patuh, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan pada asalnya tertakluk dalam sempadan wilayah jajahan Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim memikirkan perlu untuk memperluaskannya. "Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa," katanya. Beliau juga berkata bahawa hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua orang hakim yang yang ditugaskan untuk menyelia kes itu, secara prinspnya telah menerima terutamanya senarai SUARAM tujuh orang saksi yang dicadangkan, termasuk Najib Altantuya, Zahid Hamidi dan Razak Baginda. "Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni yang rumit dari SUARAM pada 20 April lalu selama tiga jam, telah menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan dengan tidak akan berpatah balik lagi," kata Breham. Beliau menambah bahawa pada penerimaan tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, hakim Perancis telah meminta butir-butir penuh identiti saksi yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana dengan budi bicaranya merasakan perlu untuk berbuat demikian. Kewajipan undang-undang Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUARAM selepas sidang akhbar di Bangkok, NGO hak asasi manusia itu berkata bahawa Malaysia mempunyai obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Rasuah (United Nations for Counter-Anti-Corruption - UNCAC) untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah. Ia menambah bahawa kerajaan negara yang terbabit (Perancis dan Malaysia) tertakluk untuk memberikan bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah. SUARAM juga berkata bahawa ia telah mendapat keistimewaan akses penuh kepada kesemua 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya Perancis di Paris. "Ini ialah satu langkah sangat besar ke hadapan, banyak maklumat yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal selam Perancis)," katanya. Ia berkata bahawa dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen 97 - nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 yang berkaitan dengan temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia-Perancis dalam kerjasama pertahanan (tujuan pembelian kapal selam). "Nota tersebut menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik. "Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno-APCO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari 'bos-bos' mereka, "kata kenyataan Suaram. Rangkaian Isteri-Isteri Mengulas lanjut, Brehem berkata bahawa nota yang disebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda adalah sebagai 'tempat rujukan' untuk rangkaian politik, sambil menambah bahawa Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah individu yang rapat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda ketika itu rapat dengan Menteri Pertahanan, Najib Altantuya. "Nota tersebut juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula menurun berikutan kejatuhan daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan yang nama Mohd Ibrahim Mohd Noor, dari Perimekar Sdn Bhd, kedua-duanya bertindak sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudian digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda. "Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang," tambah SUARAM. SUARAM berkata nota itu juga menunjukkan bahawa isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor. SUARAM juga berkata bahawa ia terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok - dan tidak di Kuala Lumpur - berikutan pengusiran paksa salah seorang lagi peguam SUARAM, William Bourdon, pada Julai tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk bercakap mengenai kes tersebut. Aduan SUARAM dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009 telah menyebabkan bermulanya siasatan kehakiman di Tribunal Grande de Instance di Paris. Siasatan itu akan memfokuskan jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara Malaysia dan Perancis dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh DCNS, syarikat pembinaan kapal Perancis dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh Najib Altantuya. Glosari - Sapina Sebuah sapina adalah sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina: a) subpoena ad testificandum Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan. b) subpoena duces tecum Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah - Warga Marhaen |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan